Bus Stop

Cerita aku bukan lah pasal bus stop yang sibuk bas dan teksi lalu 24 jam. Lebih kepada yang dekat kawasan taman. Yang kebanyakkan cuma teksi datang dan tempat budak lepak. Cerita ni dah lama. Zaman aku sekolah menengah tingkatan 4.

Aku duduk rumah flat, tingkat atas sekali tingkat 5. Dari tingkap belakang rumah aku kalau pandang luar memang boleh nampak satu bus stop ni. Mulanya tak ada, lagipun aku bukan sehari dua duduk situ. Tapi dah lama 4-5 tahun juga. Sampai lah lagi 2 bulan nak SPM. Aku selalu tidur lambat sebab nak study. Jadi setiap kali nak ke tandas tu aku pandang luar. Aku tengok bus stop tu. Aku nampak lelaki duduk situ. Awal aku ingat tunggu orang ambik ke apa. Aku biarkan je lah.

Sampai lah dah seminggu masih lelaki tu ada dekat situ. Benda yang aku perasan setiap kali aku ternampak atau terjaga tu mesti sekitar 3Pagi. Ada sekali tu sebab aku musykil dia tunggu siapa dan dari mana. Dalam pukul 2 nak dekat pukul 3 aku tunggu je. Tapi tak muncul sampai lah tiba-tiba aku rasa ada benda panas dekat leher aku terus terkejut. Bila check tak ada apa. Aku terganggu sekejap tu je bila pandang terus lelaki tu ada. Padahal berapa saat sangatlah.

Tapi kali ni ada satu benda pelik. Biasa dia duduk je tapi kali ni berdiri. Lama juga. Tiba-tiba dia pusing badan dia. Tahu arah mana? Yup arah flat rumah aku. Aku cepat cepat sembunyi dekat celah baju. Aku pandang lagi tapi dia tenung arah blok rumah aku tak bergerak. Sebab dah ngantuk aku tidur dekat ruang tamu. Esok pagi aku pergi sekolah macam biasa. Kelas aku ni dekat bangunan paling belakang 2 tingkat. Mengadap pintu pagar belakang sekolah. Aku duduk tepi tingkap. Memang still clear lagi subjek ekonomi waktu tu. Aku tengah ngantuk dengar cikgu terangkan aku pandang luar tingkap. Tiba-tiba ada lelaki dekat luar pagar sekolah pandang dekat kelas aku.

Aku terkejut lah terlepas pensel. Aku cepat2 panggil kawan aku ni. “Weyh adam kau tengok tu pakcik tu, dia buat apa berdiri pandang sini?” Adam pandang luar lepastu pandang aku. “Pakcik mana?” Soal adam. Aku siap tunjuk. Tapi tiba-tiba cikgu sergah bila pandang balik terus hilang. Awalnya aku rasa lah cuak juga. Tapi aku biarkan je. Sampai lah ketua pengawas sekolah aku ni. Mahfuzah nama dia. Waktu tu aku baru habis latihan silat dekat padang. Semua dah balik tapi aku lepak dulu dalam pukul 5.30 lepak dekat Astaka sekolah. Tiba-tiba mahfuzah tegur aku. ” tak balik lagi ke? Kesian ayah tunggu lama.” Aku pelik kejap. Ayah? Aku tanya dia. “Eh mana ada. Balik sorang je.” Mahfuzah ni pula tiba tiba dia cakap. “Oh habis yang dekat kantin tu siapa? Sebab tadi dia duduk dekat kantin bila tegur dia tengok dekat astaka ni tadi.” Aku pun pergi lah dengan mahfuzah.

Tengok dekat kantin tak ada. Aku tanya mahfuzah macam mana rupa. Katanya berjambang pakai baju hitam seluar putih. Aku diam kejap. Itu baju pakcik yang aku nampak dekat pagar sekolah tadi. Aku pun taknak kasi mahfuzah ni takut. Aku cakap mungkin dah balik dulu. Aku balik tu takut juga lah. Dalam hati tanya siapa pakcik tadi tu. Sampai lah esoknya. Hari jumaat. Aku nak pergi solat jumaat. Aku gerak awal sikit dalam 12.30. Tengah jalan kaki ni. Aku berselisih dengan pakcik ni. Mula-mula aku tak perasan. Tapi dah masuk kali ke empat baru aku perasan. Baju hitam seluar putih. 3 kali selisih aku pandang lain. Kali ke empat baru aku nak pandang. Tahu tak waktu berselisih tu aku dengar dia gelak sambil renung tajam dekat aku.

Meremang bulu roma aku. Aku cepat jalan laju laju. Dari rumah aku nak ke masjid 15 minit sampai. Sebelum sampai masjid. Aku singgah 7 eleven kejap. Beli air. Tengah aku nak bayar ni. Aku nampak dekat sebelah aku. Dekat slurpee punya machine tu ada pakcik tadi tu. Terlepas terus duit aku nak hulur tu. Kena pula tiba-tiba cawan yang bersusun dekat slurpee tu jatuh. Aku tak tenang ni. Aku ambik wudhu masuk masjid. Alhamdulilah dalam masjid okay. Balik tu hujan. Lebat. Aku pun berhenti dekat kedai ni. Ramai juga stay situ sebab hujan. Tapi entah macam mana pakcik tadi tu. Dia berdiri tegak tengah hujan. Dia pandang dekat arah aku. Aku takut gila waktu ni. Aku cakap dengan budak sebelah aku ni. “Orang gila ke tu”? Budak tu blur pandang dekat sana sambil tak layan aku. Aku dah agak budak tu tak nampak. Lama juga dia berdiri pandang. Aku sebab takut aku gerak redah hujan.

Nasib dekat rumah ada mak aku. Sebab takut punya pasal aku duduk dapur berbual dengan mak aku. Tapi aku belum cerita lagi. Cuma aku ada tanya mak aku. “Ibu, kalau ibu terjaga pagi pergi tandas tengok dekat bus stop tu ada nampak orang tak?” Mak aku diam kejap. ” tak ada pula. Kenapa?” . Aku terus jawab saja tanya. Malam tu aku tidur awal pukul 9. Kali ni terjaga lagi pukul 3. Aku dah takut. Tapi perasaan nak tahu tu buat aku bangun juga. Menyelit dekat sebalik baju sidai tu aku intai keluar. Tingkap aku tutup rapat tengok dari dalam je. Terkejut aku benda tu ada berdiri dan pandang dekat blok rumah aku. Aku memang takut tapi tak boleh gerak. Sampai lah tiba-tiba dia lambai. Berderau d***h aku sampai jatuh terduduk. Habis jatuh baju dengan patah hanger baju sebab terentap. Terjaga mak ayah aku. Kena marah juga sekejap.

Dah seminggu benda tu aku tak nampak. Aku ingat dia dah hilang. Tapi silap, sekolah aku macam sekolah lain. Hari jumaat pagi berkumpul dewan/dataran. Baca Yassin. Ada sekali tu tengah baca Yassin aku sakit perut. Nak taknak keluar dewan. Aku pergi tandas dekat dengan bengkel kemahiran hidup sebab situ je tandas sedap. Dah settle buang air besar ni basuh tangan dekat sinki. Tiba-tiba ada tangan sentuh bahu aku. Bila aku toleh pakcik tu rupanya. Mengelupur aku dekat lantai sambil keluar berlari dari tandas tu. Sampai aku terlanggar tiang dekat sekolah. Aku ingat masuk dewan dan baca Yassin benda tu hilang. Tapi tak langsung. Aku nampak dia dekat pintu luar dewan. Aku asyik pandang benda tu. Sampailah cikgu disiplin ni. Dia tepuk bahu aku. “Pandang apa tu?” Aku tunduk sambung baca Yassin. Benda tu ada lagi. Dia berdiri dekat luar pintu dewan.

Tiba-tiba cikgu disiplin aku ni cikgu rahman. Dia bangun dia pergi dekat pintu yang “benda” tu berdiri. Dia jalan tiba-tiba dia cakap apa entah. Dia libas rotan dekat bucu pintu dewan tu terus benda tu hilang. Terkejut aku. Dalam hati aku cikgu Rahman tu nampak ke benda tu. Satu hari benda tu tak ganggu aku dah. Petang nak pergi latihan silat ni terserempak dengan cikgu Rahman. Cikgu tu pandang aku. “Benda tu ada ikut lagi ke?” Terkejut aku dengar. “Takde dah cikgu. Tapi benda tu dah lama juga ikut sebenarnya.” Cikgu rahman ajak aku masuk bilik dia. Sebab dia guru hal ehwal pelajar.
Dalam tu aku ceritakan lah semua. Sempat juga lah kena marah. Dia kata lain kali jangan tegur biarkan je. Lepastu aku dah tak check lagi dekat tingkap waktu pagi. Dah nak dekat SPM ni makin rancak lah study dengan kelas tambahan. Aku ada kelas tambahan sejarah dengan Akaun. Sejarah pukul 1.30 sampai 3.30 akaun pula 4. Sampai 5.30. Tengah kelas akaun ni. Waktu tu azan asar cikgu suruh solat dulu. Waktu tu budak sesi petang pun sama pergi solat. Aku pergi lambat sikit sebab jumpa guru kelas aku kejap. Jadi bila aku pergi surau ada lah dalam 5-6 orang.

Lepas wudhu aku ambik sudut dalam surau dekat corner paling tepi. Dah lafaz niat semua tengah solat. Masuk rakaat ke 2 ni tengah sujud. Aku nampak ada orang sujud sebelah aku. Aku pun terus hilang khusyuk. “Punya luas apasal dia solat sebelah aku” dalam hati aku. Aku bangun je mengigil terus. Bila pakcik tu rupanya sebelah. Dia duduk di antara dua sujud. Sambil leher pusing sebelah aku. Aku baca doa tahiyat awal pun tak fokus. Aku bangun rakaat ke tiga aku terus laung “AllahuAkbar” kuat-kuat. Nasib benda tu hilang.

Lepastu benda tu makin kerap hantui aku. Aku tengah belajar dalam kelas dia berdiri sebelah cikgu. Kadang-kadang dia lambai aku dari jauh. Aku sebenarnya ada jalankan terapi. Bukan kaedah islam ke apa. Cuma lebih kepada kaedah saintifik dan psikologi. Tapi makan masa juga. Lama aku buat terapi. Benda tu hilang tiba-tiba. Sampai sekarang dah tak ada. Tapi aku tetap rasa ada orang perhati aku. Ada sekali tu aku dah sambung belajar. Duduk dengan housemate aku. Tengah sembang ni tiba-tiba aku nampak ada pakcik tu pandang rumah aku dari luar pagar rumah. Cepat2 aku tutup tingkap.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Am

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4.5]

19 thoughts on “Bus Stop”

  1. Dia da bkenan kat kau dik…akak rs elok jmp perawat2 islam cpt.amal ayat pendinding.susah klau dia da suka.xaman hidup klau asik kena ikut..kena perati..

    Reply
  2. Ko penakut sgt..dia dlm rupa manusia je kot…dr asyik duk lari..buat la mcm abam..ko tanya la dia tu sapa..nk apa..baru setel masalah ko..kot2 dia cam muaz ke..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.