#Butirstar – Dengki

Assalamualaikum semua!

Ramai yang tanya tentang Encik Li bila saya tengok komen-komen dalam FB. Maaf sebab saya tak dapat nak bagi response dalam FB. Untuk menjawab beberapa persoalan, saya akan nyatakan disini sebelum saya kongsi kisah yang seterusnya. Encik Li seorang jin Islam dan dia menjadi sahabat saya. Sebenarnya, dia bukan ular hitam seperti dalam gambar. Dia ketika itu menjadi seekor ular tedung selar berwarna perang gelap. Antara saya dan Encik Li, kami memang tak boleh berkahwin dan tiada istilah muhrim dan bukan muhrim. Mengikut kata salah sorang ustaz, tak semua orang dapat tengok jin tapi jin memang dapat tengok kita. Bayangkan kalau kita berada dalam rumah. Kita tak nampak jin jadi kita tak payah la nak risau tentang aurat.

Baiklah, saya ingin teruskan cerita saya memandangkan saya tak nak meleret tak tentu pasal. Kisah ini ada kena-mengena dengan cerita saya yang bertajuk Cincin Hitam. Sekarang pembaca dah tau saya seorang guru di sebuah sekolah asrama penuh. Ketika itu, saya mengajar dua kelas tingkatan 5; satu kelas kedua, dan satu lagi kelas terakhir. Saya ada seorang pelajar di kelas akhir bernama Afiq (bukan nama sebenar). Afiq seorang yang pendiam dan dia duduk di barisan belakang bersama 3 orang lagi rakannya. Budak-budak kelas akhir ni sangat aktif dan saya suka buat aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan. Kalau mengajar saja di hadapan, dah tentu separuh kelas akan tidur.

Beberapa hari selepas kejadian gangguan makhluk dari cincin hitam, saya dapat rasakan perangai Afiq dah lain. Dia dah mula bercakap kalau saya bagi soalan. Kalau dulu memang dia malu nak jawab. Dan dia suka tenung ke arah saya. Pada mulanya saya hanya buat tidak tahu sebab saya tak fikir apa-apa yang buruk tentang Afiq. Tapi, pada satu petang, ketika saya sedang menanda latihan kelas Afiq, saya ternampak satu kertas kecil terselit dari buku Afiq (masa tu saya tanda buku dia). Saya ambil kertas tu dan baca.

“Jangan ingat kau boleh terlepas dari aku! Aku akan datang kembali!”

Saya berasa pelik sebab saya kenal tulisan Afiq dan surat tu dia yang tulis. Saya berasa tak sedap hati tapi saya selitkan kembali kertas dalam buku Afiq. Malam tu, saya tak dapat nak tidur sebab teringatkan apa yang tertulis dalam kertas tu. Dia macam tujukan kata-kata tu kepada saya. Kemudian, saya perasan sehari selepas Encik Li menewaskan makhluk cincin hitam tu, Afiq nampak moody. Saya tak nak berfikiran buruk pada Afiq. Tapi hati saya mengatakan ada sesuatu yang tak kena dengan Afiq. Oleh kerana saya buntu, saya menghantar mesej kepada Ustaz Ali (bukan nama sebenar), guru saya dan memberitahunya tentang kertas tersebut. Saya juga ada bertanyakan King tentang Afiq.

King bagitau saya yang dia rasa pelik dengan perubahan Afiq. Di asrama, Afiq selalunya suka buat hal dia sendiri. Roommate dia memberitahu Afiq jenis yang tidur awal. Lepas balik prep, dia akan terus tidur. Sejak dua tiga hari ni, Afiq lebih suka berborak-borak dengan rakan-rakan yang lain dan kadang-kadang dia suka share cerita hantu. King pernah la jugak dengar cerita dari Afiq tapi dia buat tak tahu je. Biasalah, duduk asrama, ramai yang suka kongsi cerita hantu.

Malam tu, saya bermimpi berjumpa dengan Encik Li. Encik Li memberitahu saya ada seorang pelajar sekolah saya telah menyeru sesuatu dan biliknya adalah ‘pintu’ utama laluan. Dia suruh saya berhati-hati sebab budak ni dekat dengan saya. Saya tanya siapa nama budak tu, tapi Encik Li tidak mahu memberitahu. Nanti bahaya akan datang menimpa saya. Katanya, budak itu dengki dengan saya. Sebabnya, saya ada Encik Li. Dia pun nak jugak berkawan dengan jin tapi dengan cara yang salah.

Esoknya, saya pergi ke rumah Ustaz Ali. Kebetulan hari minggu, jadi saya memang free sepanjang hari. Saya bagitau apa yang Encik Li sampaikan pada saya dalam mimpi semalam. Ustaz Ali memberikan beberapa potongan ayat untuk dijadikan pendinding. Dia juga suruh saya berpuasa sunat. Petang tu, saya berjumpa dengan King di dewan makan sebab saya bertugas untuk membuat laporan makanan di dewan makan putera. Biasanya hujung minggu, warden-warden yang berkeluarga tak datang dewan makan.

King memberitahu, ada beberapa orang pelajar ternampak Afiq berada di kawasan padang sebelah surau pada satu malam. Lebih kurang pukul 11 malam, selepas waktu prep. Afiq ke sana ditemani oleh sesuatu yang berbadan besar. Dia memang kerap ke sana dan ada orang nampak dia bersilat di tengah padang tersebut. Saya membuat keputusan untuk berjumpa Afiq sendiri.

Malam tu, selepas saya check dorm, saya dapat rasakan ada orang memerhatikan saya. Ketika saya naik tangga untuk balik ke rumah, saya berhenti lalu memandang ke belakang. Ada seorang lelaki tua, wajahnya berkedut seribu, matanya satu kecil dan satu besar memegang tongkat hitam sedang mengekori saya dari belakang. Saya terus membaca potongan ayat yang diajar oleh Ustaz Ali dan memberanikan diri untuk berkomunikasi dengannya.

“Apa yang pakcik mahu? Kenapa pakcik ikut saya?” saya bertegas.

Lelaki tua tersebut senyum dan menampakkan beberapa batang giginya. Dia ketawa perlahan.

“Mana kawan kau? Panggil dia datang ke mari,” kata pakcik.

“Apa yang pakcik nak dengan dia?” saya dah mula rasa yang benda ni yang Afiq seru. Kalau tak, macam mana dia tahu tentang Encik Li.

Pakcik itu ketawa sehingga bergema. “Kau tak dapat panggil, betul tak? Sebab dia tak mampu nak tolong kau lagi!”

“Apa yang pakcik buat pada dia?” saya menjerit dengan nada yang marah.

Pakcik tersebut senyum sinis lalu hilang secara perlahan-lahan. Tiba-tiba saya berasa sangat risau tentang Encik Li. Saya berlari menuju ke rumah dan terus masuk ke bilik. Saya tenangkan diri dan cuba memanggil Encik Li dari jauh. Saya tak pernah panggil Encik Li sebelum ni jadi saya tak berapa nak tahu macam mana nak panggil dia.

Kemudian, saya mendapat mesej dari King. Katanya Afiq meracau tak tentu pasal selepas King bersemuka dengannya. Tak lama kemudian, kawan saya mengetuk pintu bilik. Saya suruh dia masuk. Katanya, ada budak lelaki telefon, ada budak histeria dekat surau. Saya terus tukar pakaian lalu ke surau. Di sana, ramai budak lelaki berkumpul. Ustaz Ali pun baru sampai. Warden lelaki yang lain memberi laluan kepada Ustaz Ali. Ketika itu, Afiq dia pegang oleh beberapa budak lelaki dan Ustaz Nasir (bukan nama sebenar) sedang membaca ruqyah sambil memegang kepala Afiq.

“Keluar kau sekarang! Aku tak suka kau!” Afiq menjerit marah ketika dia melihat saya dan Ustaz Ali mendekatinya.

“Kau yang sepatutnya keluar! Bukan aku!” gertak Ustaz Ali. Benda yang merasuk Afiq terdiam sebentar. Kemudian dia senyum ke arahku. Senyumannya sama dengan pakcik yang aku jumpa dekat tangga sebentar tadi.

“Kau dah kalah,” katanya. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Apa maksud dia?

“Kau jangan nak kacau cikgu ni! Kau lawan dengan aku!” Ustaz Ali membuka silat lalu menepuk bahu Afiq dengan kuat. Afiq meraung. Ustaz Ali membaca sepotong ayat lalu menepuk dada Afiq. Dia genggam tangannya seperti memegang sesuatu lalu mengeluarkan pakcik yang merasuk Afiq keluar melalui ubun-ubun kepalanya. Afiq menjerit lalu pengsan. Ustaz Ali masih menggenggam tangannya lalu dia keluarkan botol kecil dari poket seluarnya. Dia sumbat jelmaan pakcik tu ke dalam botol.

“Bawak dia masuk dorm. Baca Ayatul Kursi 7 kali dan hembus dalam air. Bila dia dah sedar, bagi dia minum air tu untuk pulihkan semangat dia,” pesan ustaz Ali kepada beberapa pelajar lelaki sebelum memapah Afiq balik ke dorm.

Kebanyakan warden dah beredar tinggal Ustaz Nasir dan King dan juga saya dalam surau. Ketika King memberitahu apa yang Afiq dah buat, saya tergerak hati untuk toleh ke belakang. Saya terkejut melihat Encik Li bersandar pada tiang surau. Keadaan dia sangat lemah ketika itu. Saya meluru ke arahnya. Risau betul saya tengok keadaan Encik Li ketika itu. Ustaz Ali mendekati kami.

“Biar dia balik rumah aku. Cikgu jangan risau. Nanti, cikgu baca Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas dan selawat banyak-banyak. Sedekahkan pada dia untuk pulihkan dia kembali,” kata Ustaz Ali. Saya mengangguk. Nak nangis pun ada masa tu. “Mari, ikut aku,” Ustaz memegang bahu Encik Li dan dia mengangguk perlahan.

“Cikgu boleh ke balik sorang-sorang ni?” tanya Ustaz Nasir.

“Boleh je, Ustaz,” jawab saya lalu pulang ke rumah.

Rakan serumah saya memang menunggu saya di ruang tamu. Mereka ingin tahu pasal Afiq. Saya menceritakan kepada mereka yang Afiq kena rasuk tapi Ustaz Ali dah buang benda tu. Kami masuk ke bilik masing-masing lepas saya habis bercerita. Sebelum tidur, saya buat apa yang Ustaz Ali pesan tadi.

Alhamdulillah, beberapa hari kemudian, Encik Li pulih seperti biasa. Afiq pun dah kembali menjadi seorang yang pemalu semula. Dia meminta maaf dengan saya dan berjanji takkan buat benda yang syirik macam tu lagi.

Sampai sini saja kisah saya untuk kali ini. Maaf kalau cerita tidak menarik dan tidak seram. Insya Allah saya akan tulis lagi di lain waktu.

#butirstar

Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit

butirstar

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

14 thoughts on “#Butirstar – Dengki”

    • ????
      Istilah msti tepat..klau tak tepat istilah mksd akan brubah..mcm baca al quran la klau xtepat makhraj wlpn satu huruf,wlpn satu baris,wlpn satu tasydid pun akan merubah mksd ayat2 al quran lbh2 lg jika kesilapan berlaku dlm bcaan al fatihah dlm solat,maka blh menyebabkan solat tidak sah (blh rujuk kitab fekah Fathul Mu’in bab bacaan rukun dlm solat)…..ilmu pd sudut penceritaan sgt bagus…klau tahu guna istilah bahasa arab dgn tepat lg bagus…truskan berkongsi cerita…kami setia tggu cerita seterusnya ???

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.