#Butirstar: Roommate

Sebelum aku pindah ke rumah sewa, aku duduk dalam kampus; kolej Bunga. Masa ni aku rasa macam aku menang pertandingan gores dan menang. Aku bukannya aktif masa duduk dalam kampus dari semester 1. Aku pulak tak cukup kredit untuk duduk asrama. Aku apply rayuan pun secara gamble je sebab aku malas nak cari rumah sewa lagi masa ni. Alhamdulillah, rayuan aku diterima dan aku dapat duduk dalam kampus untuk satu lagi semester.

Kolej Bunga ni asrama perempuan. Yelah, dah namanya pun Bunga. Kolej ni agak lama dan ramai kawan-kawan aku cakap kolej tu angker. Tu nak menakutkan aku la tu sebab diaorang tak dapat duduk kolej dan terpaksa cari rumah sewa. Dulu aku duduk kolej lain. Kolej ni bagi aku amat strategik; dekat dengan kafe, dekat dengan bus stop dan dekat dengan kelas aku. Jadi, aku tak payahlah nak susah payah jalan jauh.

Aku dapat bilik B230. Aras dua dan paling hujung. Bagi aku bilik ni pun strategik jugak. Sebelah bilik tu tangga dan depan bilik ada bilik mandi dan tandas. Tak payah aku bangun awal sangat nak berebut bilik mandi. Bilik ni bilik 2 orang je. Aku tak suka sangat share ramai-ramai. Kawan aku Mimi dah pindah ke rumah sewa. Dia ada ajak aku tapi aku tak nak sebab kami course lain dan housemate dia semua satu course. Nasib baik dia bukan jenis yang cepat merajuk dan memahami perangai aku ni.

Abang Ngah aku yang tolong punggah barang-barang aku ke bilik. Masa aku sampai, dah ada orang menghuni sebab aku nampak cadar dan bantal dah ada sarung. Buku-buku dah tersusun kemas atas meja study tepi tingkap. Cuma tuan empunya badan je tak ada. Agaknya dia keluar kot. Abang Ngah aku tak boleh lama-lama dekat kolej perempuan ni, nanti dia mula la menggatal. Lepas angkut barang, aku ajak dia keluar dan makan dekat KFC yang berdekatan. Sebenarnya aku nak pau duit dia seberapa banyak yang mungkin. Jahat tak? Itulah gunanya abang!

Lepas balik makan, aku terus naik ke bilik. Roommate aku dah ada. Aku berkenalan dengan dia. Dia ni jenis yang agak ramah. Namanya Ruby (bukan nama sebenar). Orangnya sedikit chubby, rambut panjang dan lurus (macam model iklan Rejoice), muka ala-ala Cina dan pakai spek. Dia orang Borneo. Patut la muka dia lain dari orang Melayu dekat semenanjung ni. Dia ambil course Art and Design. Mesti dia pandai lukis. Ruby ni last roomate yang aku dapat untuk semester ni sebab the next semester aku duduk rumah sewa. Dia ni sangat special.

“Ni first time saya dapt roomate orang Semenanjung,” katanya. “Saya dulu duduk dengan budak-budak Borneo. Ramai kawan-kawan saya nak duduk rumah sewa. Mostly diaorang ni non-Muslim. Sebab tu saya nak duduk dalam.”

“Saya pun sama. Awak la first roomate dari Borneo,” aku senyum. Aku ada bungkus sikit ayam KFC. “Jom la makan ayam. Tadi saya pergi KFC. Saje je ni nak tapau,” aku pelawa.

“Tak apa, tak apa. Saya sudah kenyang. Tadi saya makan dekat kafe,” katanya. Tapi sebab aku pelawa dia banyak kali, makan dia pun ambik la seketul.

Malam tu kami borak-borak pasal family dan juga hobi. Rupanya kami banyak persamaan. Kami anak bongsu, kami tak suka crowded, kami suka anime. Borak punya borak, kami tak sedar dah lewat malam. Bila kami perasan dah nak pukul 1 pagi, kami terus tidur. Kalau Abang Long tau aku tidur lewat, mesti kena bebel.

Esoknya aku bangun seperti biasa. Aku kejutkan Ruby sebelum aku pergi mandi. Aku gosok gigi dulu. Dah la nak cari sinki yang elok susah. Ada yang tak ada kepala paip. Kemudian, aku pergi mandi. Beberapa minit lepas tu, aku dengar ada beberapa orang masuk. Nasib baik aku bangun awal sebab ada bilik mandi yang kotor dan tak sanggup aku nak mandi kat situ. Ada satu bilik mandi ni tak ada pintu. Lagi ngeri kalau mandi dekat situ.

Lepas siap mandi, aku balik ke bilik. Ruby tak ada. Mungkin dia pergi mandi. Katil dia dah kemas. Aku solat dan bersiap nak pergi kelas. Ruby pun balik ke bilik. Rupanya dia pergi solat dekat surau. Rajinnya. Surau tak jauh dari sini mengikut kata Ruby. Dia cakap dia pernah duduk kolej ni tapi aras lain. Kami bersiap dan terus ke kelas. Kebetulan ada kelas pagi. Sampai je dekat bus stop, Ruby duduk kat situ. Fakulti dia agak jauh, so dia kena naik bas. Aku crossed the road dan terus ke kelas.

Mujurlah aku tak ada kelas petang jadi lepas makan petang, aku lepak-lepak dalam bilik, tunggu Ruby balik. Dah nak Maghrib baru la dia sampai. Dia cakap kelas dia banyak hari ni. Dia terus pergi mandi. Aku dah mandi tadi jadi aku tunggu azan je la. Kali ni aku solat sama-sama dengan Ruby. Dia suruh aku jadi imam. Aku okay je. Dia cakap dia tak berani nak ke surau time Maghrib sebab laluan situ agak gelap. Kalau waktu subuh dia berani sebab dah nampak matahari. Tak la takut sangat. Lepas solat, kami mengaji. Sedap jugak suara Ruby ni. Lain kali nak suruh dia jadi imam la pulak.

Malam tu kami tengok cerita dekat laptop aku. Awal-awal semester ni mana ada assignment lagi. Aku ni minat cerita Jepun jadi kami tengok la cerita Anna-san No Omame. Memang lawak la cerita tu. Ruby cakap dia takut tengok muka Becky, macam hantu katanya. But she enjoyed the drama.

Malam tu, lepas tengok drama Jepun, kami ke bilik air sama-sama. Aku tak tau la kenapa aku rasa seram sejuk semacam. Macam ada orang perhati je. Ruby pun cakap macam tu. Katanya dia rasa meremang. Kami gosok gigi sebelah-menyebelah. Baru je habis gosok gigi, tiba-tiba ada pintu terhempas. Kuss semangat! Ruby dah pucat mukanya. Dia cepat-cepat tarik tangan aku dan blah dari bilik air tu.

Masa dalam bilik, dia cerita yang dia nampak something dalam bilik mandi hujung melalui cermin. Masa kami berus gigi, kami guna sinki yang dekat dengan pintu sebab yang tu lagi elok berbanding yang lain. Kami tak suka guna sinki yang perangkapnya berlubang. Geli! Masa pintu terhempas, dia nampak macam ada benda hitam kat tepi pintu tu. Aku pun naik seram wei! Kami cepat-cepat tutup lampu dan tidur dengan berselimut sampai ke kepala.

Esoknya, aku macam biasa bangun awal. Teringat pulak kisah semalam. Aku jenguk bilik mandi paling hujung. Tak ada apa-apa. Cuma bilik mandi tu kotor sikit, mungkin tak ramai mandi dekat situ. Lepas mandi, aku terserempak dengan Ruby. Dia cakap dia takut nak mandi. Tapi, ada lagi beberapa orang masuk, dia macam berani la sikit. Kesian pulak aku tengok Ruby ni.

Ruby mesej aku yang dia balik lewat sikit sebab ada kelas malam. Aku okay je. Petang tu aku dah pergi makan dekat dewan dan aku beli benda-benda tak berkhasiat dekat kafe (sosej goreng, nuggets dan sewaktu dengannya) untuk aku buat kunyah-kunyah malam nanti. Lepas Maghrib, aku macam biasa membaca al-Quran dan tunggu Isyak. Aku terkejut bila ada orang ketuk pintu bilik macam nak roboh. Siapa pulak ni?

Aku buka pintu dan terkejut Ruby terus menerpa masuk dengan mukanya yang pucat. Macam nampak hantu je minah ni. Aku suruh dia bertenang dulu sebab dia dah mula nak nangis. Aku suruh dia minum air masak segelas untuk tenangkan diri. Lepas dia dah nampak okay sikit, aku suruh la dia cerita.

“Tadi, masa saya naik tangga, saya lalu dekat bus stop, saya nampak ada sorang laki ni. Dia pakai serba hitam. Saya tak nampak muka dia sebab dia pakai hoodie. Saya pelik la kenapa dia pakai macam tu sedangkan hari bukannya nak hujan. Masa saya nak naik tangga saya perasan dia tengok saya. Saya takut,” ceritanya panjang lebar.

“Mungkin dia nak tunggu bas kot. Orang laki kan suka pakai macam tu. Siang hari pun diaorang pakai hoodie,” aku nak menyedapkan hati.

“Saya tau. Tapi yang ini saya rasa seram. Saya rasa dia hantu la, Fia. Sebelum ni saya tak pernah nampak orang macam tu dekat situ,” katanya.

“Dah la. Tak payah pikir sangat. Kamu letih tu sebab kelas sampai malam. Baik kamu pergi mandi dulu. Tak payah takut, ramai lagi dalam bilik air masa ni,” kataku. Dia angguk lalu capai kain tuala dan ambil toiletries dia ke bilik mandi.

Malam tu kami dah ada assignment. Ruby ni nampak letih sebab dia kena fikir nak buat poster apa. Lecturer dia suruh buat poster untuk promoting satu barang. Aku cadanglah handbag, tapi dia cakap benda tu typical. Dia nak buat lain sikit. Aku ni kalau bab-bab promoting barang memang fail. Akhirnya, dia just brainstormed je lepas tu tidur. Aku tengok dia tidur, memang rasa berjangkit la. Aku tutup buku, gosok gigi, lepas tu tidur. Aku ada jugak nak ngendap bilik mandi angker tu tapi tak jadi. Karang tiba-tiba muncul ‘kakak cantik’, tak cukup tanah aku lari.

Selang beberapa minggu, kami masing-masing busy dengan assignments. Ruby pulak banyak kelas malam dan dia selalu je cakap dia takut nak balik ke bilik. Kawan-kawan dia ramai yang duduk rumah sewa. Ada yang duduk dekat dalam, tapi kolej lain dan dekat dengan fakulti dia. Dia ada juga tumpang kawan dia, tapi kawan dia dropped dia dekat bus stop. Dah la dia takut nak lalu dekat bus stop tu sejak dia jumpa lelaki misteri tu.

Kawan-kawan aku pulak sibuk nak suruh aku stay rumah sewa diaorang untuk siapkan assignments. Ni yang aku tak suka group assignments. Ramai pro; procrastinator. Bila dua hari deadline, baru la nak buat. Aku nak je pergi tapi aku kesiankan Ruby. Karang dia takut pulak duduk sorang dekat bilik. Jadi, aku cakap kat group members aku, aku nak buat part aku dekat kolej. Kalau duduk rumah sewa diaorang pun belum tentu siap. Asyik nak bergosip je.

Ruby pulak agak stress assignments dia. Banyak benda yang lecturer dia reject. Kesian pulak aku tengok dia. Dan sebab tu la, malam tu aku ajak dia pergi kafe. At least dia tak la terperap dalam bilik time-time stress ni. Tapi dia tak nak. Dia cakap tak cukup duit. Banyak dia guna duit dia untuk buat assignments.

“Ala, guna duit aku dulu la. Nanti bila-bila kau bayar la,” pujukku. “Kau tak boleh terperap dalam ni. Sesekali kita kena jugak relief stress dekat luar.”

“Tak mau la. Aku tak nak susahkan kamu. Lagipun, kalau aku stress, aku tak ada selera makan. Sorry la,” Ruby nampak sedih.

“Okay, okay. Kalau macam tu, aku nak kau rehat. Stop dulu pikir pasal assignment kena reject tu. Kau kena bertenang,” kataku. Kemudian aku teringat sesuatu. “Ha, aku ada sedut satu anime ni dari junior aku. Jom tengok. Mesti stress kau hilang.”

Ruby angguk-angguk sambil tersenyum riang. Senyuman dia ni kadang-kadang comel, kadang-kadang menyeramkan pun ada. Tapi aku tak kisah. Aku pun boleh jugak buat orang seram kalau aku ketawa. Bak kata ayah aku, pontianak pun lari kalau dengar aku ketawa. Kami pun tengok la anime Ouran High School Club malam tu. Tiga episod je. Nanti kalau tengok semua episod, tak tidur malam la jawabnya.

Bila dah nak dekat final exam, kami masing-masing sibuk. Aku kadang-kadang balik lewat. Bila dah sampai bilik, Ruby dah tidur. Kadang-kadang Ruby yang balik lewat malam. Sejak kebelakangan ni, dia selalu solat dekat surau atau dekat studio dia. Aku pun dah jarang bertemu muka dengan dia. Sometimes weekend pun jarang jumpa sebab dia bangun awal dan ke studio dan siapkan projek akhir.

Ada satu malam, aku tengah stay up buat assignment, Ruby terkocoh-kocoh masuk dalam bilik. Mukanya pucat macam dia nampak hantu. Aku peluk dia dan suruh dia bertenang sebab masa tu dia dah nangis. Aku tepuk-tepuk belakang dia sambil baca ayatul Kursi. Aku suruh dia baca sekali. Bila dah okay, aku suruh dia duduk atas katil dan ceritakan kenapa dia nampak cuak tadi.

“Fia, aku tak nak la lalu dekat tangga tu. Aku takut,” katanya.

“Kenapa? Kau nampak apa?” aku pun cuak sebab aku memang guna tangga hujung dekat sebelah bilik aku, tapi aku tak pernah jumpa apa-apa sebelum ni. Kalau setakat bunyi-bunyi tu normal la.

“Tadi, masa aku naik, aku nampak ada orang laki. Pakai jubah hitam. Pakai hood. Muka dia aku tak nampak. Dia ada cakap sesuatu, tapi tak jelas. Aku terus lari ke bilik,” jawab Ruby.

Lelaki pakai hood? Macam aku jumpa lelaki tu. Hmmm.

“Ruby, jom kita tengok sama-sama,” aku capai penyapu kat belakang pintu. “Kalau lelaki tu ada lagi, aku ketuk dia dengna penyapu ni.”

“Aku takut la. Kalau dia tu jenis yang bahaya, macam mana? Tak payahlah, Fia,” Ruby tarik tangan aku.

“Tak pe. Jom, jom,” aku ajak dia.

Kami perlahan-lahan buka pintu bilik. Aku intai kat luar. Sunyi-sepi. Masa ni agaknya ramai yang duduk dalam bilik sebab dah nak dekat exam. Ruby pegang lengan aku dengan kemas. Kami buka pintu tangga dan jenguk kat situ.

Ya, lelaki tu memang ada tercegat kat situ. Lelaki yang biasa aku jumpa. Tapi aku tak bagitau Ruby pasal lelaki tu. Aku tak nak dia takut. Aku buat isyarat dengan mata aku supaya dia beredar. Tapi lelaki tu tetap duduk kat situ.

“Dah tak ada la, Ruby. Agaknya dia dah pergi kot,” aku tipu Ruby. Dalam masa yang sama, aku menoleh ke arah Ruby. Dia pejam mata masa ni sambil baca doa pelindung. “Jom la balik ke bilik semula.”

Lepas kejadian tu, Ruby memang tak guna dah tangga kat hujung. Dia rela jalan jauh sikit, guna tangga dekat tengah. Aku je yang acah-acah berani lalu tangga tu. Kalau waktu pagi, berani la. Kalau malam-malam, aku guna jugak tangga tengah.

Hari last exam, aku kemas-kemas bilik. Alhamdulillah dah habis dah semua papers. Aku rasa nak yahoo yahoo je ni. Ruby pun dah start kemas barang-barang dia. Dia punya paper ada satu lagi. Barang aku memang sikit jadi aku packing gitu-gitu je la. Aku call Abang Ngah suruh ambik aku esok pagi je. Malam ni aku nak lepak-lepak dengan Ruby buat kali terakhir. Aku masak Maggi. Satu je aku perasan, Ruby ni tak makan benda-benda tak bagus macam ni. Bagus la tu. Aku ni, dua minggu sekali, mesti nak makan Maggi.

“Fia, aku sedih la kena berpisah dengan kau. Kau la kawan aku yang paling best aku jumpa. Tak sangka kau sudi berkawan dengan aku. Lepas tu, kau la yang banyak tolong aku,” katanya. Alamak, syahdu la pulak rasa di hati.

Ya, dia memang kawan special yang sangat best. Jarang la boleh jumpa kawan macam dia.

“Aku pun sedih jugak, Ruby. Lepas ni tak tau la boleh jumpa lagi ke tak,” aku cuba senyum walaupun dalam hati aku memang sedih. “Kau pun banyak jugak tolong aku.”

Kami diam sekejap lepas tu Ruby ajak aku tengok Spirited Away untuk kali terakhir. Anime tu memang kami punya favourite, siap hafal dialog kot! Dah nak pukul 12, kami dah ngantuk. Aku tutup lampu dan terus tidur.

Esoknya, aku macam biasa terjaga pukul 6.00. Aku kejutkan Ruby sebelum aku pergi mandi. Ruby bangun terpisat-pisat dan senyum padaku. Aku cakap kat dia dah masuk waktu Subuh, then aku pergi mandi. Lepas mandi aku solat Subuh. Bila aku bagi salam yang kedua, aku perasan sesuatu. Aku lipat telekung dan pandang ke arah katil Ruby. Katil tu dah usang dan tilamnya pun dah nampak buruk. Aku tau Ruby dah pergi. Aku ternampak sebuah Al-Quran lama di atas meja study Ruby.

Selama ni aku memang tau yang aku duduk dengan makhluk bukan manusia. Ya, Ruby bukan manusia macam aku. Tapi aku seronok dapat jumpa dia. That’s why aku cakap dia ni special. Abang Ngah call aku. Dia cakap dia dah sampai dekat parking lot. Aku angkut semua barang-barang aku. Abang Ngah tak dibenarkan naik jadi aku kena la angkut dua tiga round.

Bila aku masuk kereta, aku pandang ke arah bilik yang aku duduk. Aku nampak Ruby di tepi tingkap. Aku lambai ke arahnya dan dia melambai aku kembali dengan satu senyuman yang agak menyeramkan.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

butirstar

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

202 thoughts on “#Butirstar: Roommate”

  1. Lah, Butirstar ni pompuan ke. aku ingat laki.haha.’

    Cerita awal-awal aku baca bosan, sebab kurang elemen seram. banyak describe aktiviti kau dengan ruby kat asrama je. Dah macam diari peribadi.

    TAPI

    at the end ko twist otak aku ye..ko buat aku terbayang2 aktiviti ko dengan ruby.

    Btw kirim salam RUBY.huhuhuh

    Rate: 7/10

    Reply
    • it’s my intention to do such a story. just want to know the reader’s feeling reading this kind of story. sometimes this thing happens in our life. climax lambat….haha

      btw, thanks for being honest and straightforward, wak nana

      Reply
  2. bunian kot. best gak citer ni…pandai kau olah…tak sngka dgn identity ruby tu…x expect pon. tp yg hairan…SIAPA THE LELAKI HOODIED TU???

    Reply
  3. Sebenarnya aku nak pau duit dia seberapa banyak yang mungkin. Jahat tak? Itulah gunanya abang! yang ni aku setuju sangatttttt! Hahahahahaaha

    Fia, kau memang dah tahu dari awal ke yang Ruby tu bukan manusia? Nampak macam ko macam dah tahu je. huhu. Ataupun ko baru tahu masa hari terakhir kat bilik?

    tapi memang best ! 8/10

    Reply
  4. #butirstar sis memang strong!! wahhhh terkedu + mulut terbuka sikit baca part last bleh pulak sis stay macam tu.. baik pulak sanggup x stay rumah kawan sbb nk teman ‘ruby’ sis memang terbaik!! bleh dijadikan contoh hahahaha..
    #sisbutirstarmemangstrong
    #nakjadimacamsistptakkuat
    #roomateruby
    #saperlelakijubahhitam

    Reply
    • ok komen bru baca komen lain… so #lelakiberhoodie tu #en.li.. maknanyer dah lme la kenal #en.li..
      masa #en.li sesat tu bkn first time la.. ok get it..
      #manaen.li
      #keepsharingsis

      Reply
  5. Suka semua cerita awak…tapi nak tanya sikit, Ruby ni sebenarnye sejenis apa? bunian ke jin ke? dan betulke dia dari borneo? tak boleh nak imagine sbb awak cerita life dia macam manusia..makan, belajar, solat, mengaji..so maknanya orang lain tak nampak lah dia ye…tapi awak mmg tough..da tahu pon relax je..haha..next soalan pernah rasa takut tak jumpa “dorang” ni..

    Reply
    • tq delustar

      bunian dengan jin ni sama je. org melayu je pggl jin islam ni bunian. yang tu wallahualam, dah dia kata dari borneo, aku okay je la. as a muslim, mmg la kena solat. and diaorang mmg ada makanan diaorang sendiri.

      pernah jugak rasa takut masa kecik dulu. tapi bila dah besor panjang ni tak takut dah. dah biasa…hehe

      Reply
  6. kelebihan buat awk saudari . anime favourite sy jgk tu yg sis tgok , haha , alhamdulillah even ruby tu bkn manusia mcm kita , tp still trima kita utk bkwn dgn dia .

    Reply
  7. Seriously??
    Cmna ko leh rilex je deq?? Klu akk dh lama mtk tuko bilik huhu 1 sem tu… pengsan bangun balik pastu pengsan balik.. congrats deq.. pengalaman berharga tu hehehe

    Reply
  8. Encik Li kan lelaki berhoodie tu? haha rajin dia follow awak dekat mana2 ye. Dari awal2 dah tau awak ni girl sebab selalu follow cite awak.

    story best!!! Baik sangat Ruby jadi roomate. Pasal tak suke share bilik dengan orang lain share dengan bunian pon jadi lah ye. haha nasib Ruby tak menjelma jadi benda lain

    Reply
    • yup, encik Li. dia bukan selalu follow. kalau dia rasa ada benda jahat nak buat khianat, dia datang la. encik Li ni dh jadi BFF saya dah…ahahaha!!

      Duduk dengan diaorang ni memang best. bagi saya la. takde kerenah sgt setakat ni

      Reply
  9. logiknya takkan x penah classmate dtg ke bilik Fia.. so kewujudan Ruby ni akan terbongkar dari awal?

    adeihhhh xleh hadam.

    so yg pakai hoodie ni sape?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.