#Butirstar: Sihir Pengasih

Assalamualaikum semua!

Kisah yang saya nak kongsi kali ni ialah tentang kawan sebilik saya masa belajar di universiti dulu. Namanya Mimi. Orangnya kecil molek, ceria dan sangat friendly. Saya kenal dengan dia sejak semester 1. Kami duduk satu bilik sehingga ke semester 4. Sejak saya kenal dia, dia memang tak ada boyfriend. Kejadian berlaku ketika kami berada di semester 3. Walaupun berlainan course, kami banyak luang masa bersama especially hari minggu. Kami ni sama-sama orang pantai timur tapi berlainan negeri. Hari minggu biasanya kami keluar jalan-jalan atau lepak je dalam bilik. Satu hari, kelas saya habis lebih awal. Mimi balik ke bilik waktu petang. Saya nampak dia lain macam je.

Saya suruh dia cerita. Dia Cuma cakap dia balik dengan senior. Tu je. Saya tak tanya la lebih-lebih sebab saya assume dia takkan balik dengan orang lelaki. Beberapa hari lepas tu, dia selalu balik lambat. Bila saya tanya, dia cakap ada kerja banyak, group work pulak tu. Saya ok je la. Bila hari minggu, biasanya saya akan breakfast sama-sama, tapi kali ni dia cakap dia dah janji breakfast dengan senior dia. Saya dah mula rasa pelik dan saya dapat teka yang senior dia tu lelaki. Cuma saya malas nak tanya banyak-banyak. Mimi ni jenis sensitif sikit. Lepas breakfast dekat dewan makan, saya malas nak naik ke bilik lalu saya turun ke dataran untuk ambil angin. Saya terpandang la sepasang couple yang duduk dekat gazebo tak jauh dari tempat saya duduk. Saya kenal perempuan tu; Mimi. Dia membelakangi saya masa tu. Dia sedang lepak dengan seorang lelaki. Diaorang gelak-gelak dan saya pelik dengan kedudukan diaorang; lelaki atas bangku, Mimi duduk bawah sambil memeluk kaki lelaki tu.

Masa tu saya dah rasa tak sedap hati sebab saya nampak ada benda lain duduk bersama mereka. Saya cepat-cepat balik ke bilik. Mimi balik hampir pukul 11 pagi. Dia nampak sangat gembira dan mula menceritakan kepada saya pasal senior dia tu. Nama dia Abang Imal. Mimi ni memang dah jantu cinta dengan Abang Imal ni. Saya tak tahu macam mana dia jatuh cinta dan saya rasa berat hati nak bagitau apa yang saya nampak dekat gazebo.

Setiap hari, Mimi memang akan keluar makan malam dengan Abang Imal. Dia dah mula kurang mengaji. Solat pun tak jaga. Saya cuba nasihat dekat dia tapi dia tetap degil and tak nak dengar. Hubungan kami semakin renggang. Dia dah kurang bercakap dengan saya. Satu hari minggu, saya tidur sorang dalam bilik sebab Mimi cakap dia tidur dekat rumah kawan dia untuk study. Exam pun masa tu dah around the corner dan minggu tu minggu study leave. Lepas solat Subuh, saya terbau sesuatu yang sangat busuk. Saya mula-mula ingat bau bangkai binatang dekat luar bilik sebab bilik kami aras paling bawah. Lama-kelamaan, bau tu makin kuat. Hanya Allah je la yang tau betapa busuknya bau tu. Saya dah rasa loya dah masa tu. Tapi saya cuba untuk cari bau tu datang dari mana.

Hati saya tergerak untuk buka loker Mimi. Mimi ni jenis yang tak kunci loker kecuali cuti mid sem. Bila saya buka loker Mimi, saya terkejut melihat air yang pekat hitam, dengan bau busuknya dalam botol mineral. Saya teringat yang dia pernah bawa balik dua botol air mineral selepas balik dari makan malam dengan Abang Imal. Zaman tu dah ada handphone tapi yang 3310 la. Kamera tak ada, apatah lagi WhatsApp. Kebetulan saya ada kamera digital dan terus mengambil gambar. Saya tutup loker Mimi dan hubungi Abang Long saya. Nasib saya baik sebab Abang Long saya ada dekat rumah pakcik (dia cakap dia nak buat surprise la kononnya tapi saya yang surprise kan dia dulu…haha). Saya bagitau pasal Mimi dan air hitam tu. Abang Long saya terus cakap nak jumpa. Dia datang ambil saya dekat asrama dan bawa ke rumah pakcik.

Saya cerita dekat Abang Long dan pakcik pasal Mimi dan tunjuk gambar dalam kamera saya. Mereka sangat terkejut bila tengok air hitam tu. Untuk pengetahuan korang, Abang Long dan pakcik saya ni memang boleh rasa dan nampak (Abang Long boleh nampak lebih jelas dari pakcik). Abang Long cakap, benda ni sihir pengasih. Saya dah syak, Abang Imal kesayangan Mimi yang hantar sihir tu.

Bila Mimi balik je ke bilik, saya memang confront dengan dia. Saya kena jugak bagitau dia pasal ni sebelum melarat.

“Mimi, saya tau saya tak ada hak nak halang awak jumpa Abang Imal awak tu. Tapi, saya nak pesan yang dia tu dah buat sesuatu dekat awak,” saya memulakan sesi luahan. Masa tu memang saya dah fully ready untuk menghadap apa saja yang Mimi akan response. Mungkin dia akan marah, mungkin dia akan bela Abang Imal dia. Mimi diam seketika.

“Ye…saya tau. Saya dapat rasa yang sesuatu yang pelik berlaku pada saya. Tapi bila jumpa Abang Imal, saya rasa macam saya di control oleh sesuatu. Saya terus suka pada dia dan ikut je kalau dia ajak pergi mana-mana. Saya perasan yang saya asyik teringat dekat dia je. Saya pernah mimpi Abang Imal buat benda tak baik pada saya,” kata Mimi dengan rasa penuh bersalah.

“Mimi, saya dah lama perasan. Saya memang nampak awak dengan Abang Imal tu. Banyak kali and mostly kedai makan. Awak dah tak macam dulu. Mengaji pun dah jarang. Saya nak tunjuk sesuatu. Sebelum tu, saya minta maaf sebab terpaksa buka loker awak,” saya tunjuk la gambar yang saya ambil dalam kamera digital.

Mimi memang terkejut masa tu. “Ya Allah! Apa benda ni?”

“Yang ni air yang awak bawa balik lepas keluar makan dengan Abang Imal. Masa awak tidur rumah kawan awak, saya terbau benda ni. Busuk ya amat! Saya ambil gambar nak tunjuk dekat awak,” kata saya. “Saya rasa, kita kena buang air ni dan awak kena pergi berubat. Mana la tau dia dah letak something dalam makanan awak ke.”

“Betul jugak,” kata Mimi lalu memeluk saya. “Terima kasih bagitau benda ni dekat saya. Saya nak balik kampung esok. Mak dan Abah saya dah tau. Dia nak bawa saya berubat.”

“Baguslah kalau macam tu. Lebih baik berubat sebelum exam. Jom, kita buang air ni.” Mimi terus mengambil botol mineral tersebut dan kami buang dalam sink. Masa ni Mimi hanya nampak sebagai air mineral biasa. Saya masa tu dah ready tutup hidung sebab baunya busuk. Mimi memang tak bau la sebab air tu dituju pada dia.

Esoknya, Mimi balik ke kampung. Mujurlah dia dah beli tiket dan tiket tak mahal. Saya berseorangan lagi untuk beberapa hari. Malam tu, saya pagar bilik sebab saya dapat rasa ada sesuatu akan ‘melawat’ saya nanti. Saya baca Quran dan azan setiap penjuru. Saya ke tandas untuk buang hajat dan gosok gigi sebelum tidur. Masa saya nak balik ke bilik, ada seorang lelaki berbaju pahlawan melayu sedang berdiri di tepi dinding sebelah pintu bilik saya.

Masih ingat tak lagi lelaki yang saya jumpa masa berubat sepupu saya dan menyelamatkan kami malam tu? Ha, dia la yang datang. Dia senyum bila saya dah hampir ke pintu bilik. Handsome jugak mamat ni! Dengan baju pahlawannya, dengan pedang tersisip di belakangnya.

“Assalamualaikum,” sapanya.

“Waalaikumussalam,” jawab saya. Nasib baik masa ni tak ada orang lalu. Kalau tak, mesti orang lain ingat saya ni gila cakap sorang-sorang. “Ada apa awak datang sini?”

“Ingin memberi pertolongan,” jawabnya pendek.

Saya masuk ke bilik dan dia mengekori dari belakang. Saya tepuk-tepuk katil sebelum duduk. Lagipun kejap lagi saya dah nak tidur.

“Kamu jangan risau. Aku akan temankan kamu malam ni. Ia akan datang sebab ia marah,” katanya. Saya memang paham apa yang dia maksudkan; benda yang saya buang dalam sinki semalam.

“Siapa nama awak? Boleh saya tau?” tanya saya.

“Namaku Sani (bukan nama sebenar sebab tuan empunya badan tak izinkan). Aku dah lama memerhatikan kamu semenjak kali pertama kita berjumpa. Aku tak berniat untuk mengekori kamu tapi aku ingin memastikan kamu selamat. Itu saja,” jawabnya.

Tiba-tiba, angin sejuk menyapa. Sani bersedia mengeluarkan pedangnya dari sarung. “Dia dah muncul. Kamu baca Ayatul Kursi dan ayat-ayat pendinding yang kamu tau. Dan jangan bergerak dari katil kamu sehinggalah aku selesaikan ia.”

Lembaga hitam dan tinggi muncul di tengah-tengah bilik. Pertarungan antara Sani dan makhluk tu bermula. Kalau korang pernah tengok movie lawan-lawan dalam panggung, lebih kurang sama la dengan apa yang saya alami Cuma yang ni memang real. Saya tak putus membaca ayat-ayat pendinding yang saya tau. Sesekali Sani terasak ke belakang dan saya dapat lihat kecederaan yang dia alami. Tapi, dia tak mudah menyerah.

Makhluk tadi cuba menerkam saya tapi berjaya di halang oleh Sani. “Lebih baik kau kembali pada tuan kau!” tiba-tiba saya dapat kekuatan untuk marah makhluk tu. Makhluk tu menjerit marah. “Aku tau siapa tuan kau! Aku akan hantar kau balik! Tak pun aku akan pancung kau!” Sekarang ni saya pula yang rasa marah. Mungkin saya nak marah sebab Sani dah cedera agak teruk.

Makhluk tu tenung saya tajam dengan matanya yang merah. Dia ingat saya takut ke? Masa tu memang saya nak marah sangat-sangat. Dan saya agak marah dengan perbuatan Abang Imal yang menyihir Mimi. Tiba-tiba, makhluk tu menjerit tapi kali ni ia menjerit kesakitan. Ia menggelupur di atas lantai dan perlahan-lahan ia hilang. Saya rasa rawatan Mimi dah pun selesai. Kalau tak, tak mungkin makhluk ni boleh tewas dan hilang.

“Sani! Awak tak apa-apa?” saya menerpa ke arah Sani yang menahan sakit. Sani hanya menggeleng dan kemudian dan mengerang kesakitan. Saya tak tau nak buat apa.

“Assalamualaikum,” tiba-tiba ada 2 lelaki muncul dan mereka berpakaian lebih kurang sama dengan Sani.

“Waalaikumussalam,” jawabku. Masa tu rasa berdebar kot-kot mereka ni nak buat apa-apa dekat Sani.

“Kami datang untuk membawa saudara kami,” kata salah seorang. “Dia perlu dirawat dengan segera.”

Mereka berdua memapah Sani lalu hilang. 2 hari sebelum exam, Mimi pun balik semula. Alhamdulillah dia nampak ceria dan dia cerita masa dia ada sesi rawatan dengan ustaz yang juga kawan baik ayah dia. Memang benda ni berpunca dari Abang Imal. Mimi dah delete nombor dia. Abang Imal pernah mesej dia yang dia marah pada Mimi. Mungkin dia tau yang Mimi dah tau rahsia dia.

Mimi bagitau yang Abang Imal tak ambil exam (dia dapat tau dari gosip kawan-kawan Abang Imal) dan dia cuti sebab sakit. Ha, padan la dengan muka dia. Siapa suruh main dengan sihir? Kan dah kena batang hidung sendiri.

Setakat ni saja cerita daripada saya. Insya Allah saya akan cerita lagi pengalaman saya yang lain.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

butirstar

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 5]

18 thoughts on “#Butirstar: Sihir Pengasih”

  1. lepas baca fiksyen shasha ni kesedaran aku tentang sihir lebih meluas..
    macam tak percaya orang sekarang yang sesangat la moden masih main dengan sihir yang sememangnya salah.. jiran aku pun ada yang meninggal sebab sihir.. sedangkan kerja dia baiki kerata ajar budak mengaji,, manusia macam2…
    muasabah diri…

    Reply
  2. Student lagi dah guna sihir..huhuhu..arwah mertua dan kakak ipar saya pun meninggal krn sihir gara2 cemburu..mak saya pun pernah disihir saya pun..sedih sikap melayu islam yg tergamak buat benda mcm ni

    Reply
  3. Adeehhhh…
    Amendeleerr x macho lgsg…
    Main antor2 sihir plaakkk…
    Be gentle arr…
    Klu berkenan tu ngorat elok2…
    Klu nak lg afdhal, ku pinang kau dgn bismillah…
    Org lain belanja awek minom Cool Blog…
    Ko belanja air longkang tahap loji najis…
    Manenye ade awek yg nak cenggitu cara dik…
    Nk ngorat kena kuor modal…
    Modal diri sendiri (perangai elok, agama bagus) atau modal duit utk jenis awek materialistikplastik ler tuuu…
    Huhuhuhuuu…

    Reply
  4. macam saya penah kena dan rasa skrg ni..kerana benda ni hubungan ku hancur..gara2 perempuan jnda xguna tu..terima kasih hancurkan hidup aku..semoga Allah membalasnya..bahagia atas penderitaan org lain xkn kekal lama dan untuk dia syg hrp b akan sedar suatu hari nanti :'(

    Reply
  5. jumpa bomoh pakai duit ptptn lettew! hahaha buat hal sihir2 org ek. padai pulak tu carik bomoh. kita dulu belajar, pergi kelas blk kelas je. tak terpikir pasal nk bomoh kan org

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.