Hi assalamualaikum, kepada fiksyen shasha terima kasih sebab menyiarkan cerita saya, nama aku ira, kalau termasuk cerita ni, sudah 4 kali aku bercerita di sini, alang-alang aku pon tak ada benda nak buat so aku isi masa lapang dengan menulis story je. Okey tanpa berlengah jom move to the next story…
Cerita kali ni boleh dikatakan urban legend jugaklah kat Kelantan, almost semua orang Kelantan tau pasal kisah tempat ni iaitu Caltex di Salor. Ramai yang sudah kecoh tentang kehadiran entiti di stesyen minyak ni ditambah pula dengan kubur lama dan gerai lama yang dikatakan selalu berniaga “satay” diwaktu malam, namun biasalah manusia akan menganggap cerita tersebut hanyalah rekaan semata-mata jika tidak terjadi pada batang hidung sendiri. Cerita ni ni terjadi apabila keluarga aku perlu ke tanah merah untuk melawat ahli keluarga yang sudah tenat, aku sekeluarga pergi menaiki dua buah kereta bersama dengan pakcik aku sekeluarga.
Kami terpaksa bertolak pada pukul 9 malam kerana menunggu anak pakcik aku untuk balik dari tempat kerjanya pada pukul 8, setelah berkumpul di rumah aku, kami pon bertolak menuju ke destinasi.Lebih kurang setengah jam perjalanan pakcik aku beri signal untuk belok ke kanan dan kereta ayah aku hanya menurut sahaja dan memberhentikan kereta di tepi stesyen minyak caltex. Rupanya pakcik aku nak pergi tandas, aku pon mengajak umi aku ke dalam kedai stesyen minyak tersebut untuk membeli air dan kudapan.
Selesai memilih barang yang aku nak beli kami berdua pergi ke kaunter untuk membayarnya, namun layanan staff tersebut boleh dikatakan agak kasar dan acuh tak acuh je, mungkin dia kepenatan fikir ku, tapi yang peliknya kepala nya hanya menunduk dan tidak mendongak sama sekali untuk menghulurkan baki ke tangan umi aku, bercakap pon tidak , umi aku hanya merujuk skrin komputer untuk mengetahui harga barangan yang dibeli tadi.
Masuk je kereta adik-adik aku merengek lapar, tulaa tadi kat rumah taknak makan, kebetulan berdekatan stesyen tersebut ada gerai yang masih buka, tanpa sempat ayah aku berkata apa-apa pakcik aku dah memberi signal untuk membelok. Keluar je dari kereta aroma satay telah menusuk ke hidung aku membuatkan perut aku bergelora walaupun baru je habis sepinggan nasi di rumah tadi. Ayah aku bertanya kepada pakcik aku “Ngoh jolo ko mg nok turun makei sini” (ayah aku menggelarkan pakcik aku sebagai angah, “angah betul ke kau nak makan kat sini? ) Lalu pakcik aku menjawab “Ho lah , sedei molek lapaa perut doh ni ” (yela dah alang-alang lapar). Ayah aku tetap menegaskan untuk larang pakcik aku makan di situ namun apakan daya dia sudah selamba memesan satay kepada tuan kedai tersebut, haa memang pakcik aku ni dia keras kepala siket,.
Umi aku turut nak memesan satay kerana adik aku dari tadi dok merengek lapar , tapi ayah aku tak kasi , ayah aku kata kita minum air je, apa lagi cebek laa adik aku merajuk, nasib baik tadi ada jugak beli roti bolehlaa makan kat situ. Mula-mula jika tengok sekali imbas tiada apa pon yang pelik kat gerai tu, lampu terang benderang, pelanggan pon ramai duduk makan disitu memenuhi gerai yang bersaiz sederhana itu.
Tapi setelah diamati betul-betul suasana disitu tak riuh hanya suram dan kelam, yang peliknya pelanggan lain hanya tunduk dan makan hidangan mereka tanpa bercakap sesama sendiri, hanya kami dua keluarga je yang bising kat situ. Aku perasan pakcik yang dok membakar satay tu statik je means tangan dia gerak dok kibas satay tapi dia berdiri statik je selama kitorang duduk kat situ, yelaa tak kan tak lenguh kot, Aku cuit ayah aku pastu aku muncungkan mulut ke arah pakcik tu, ayah aku faham dan hanya suruh aku diam hingga kitorang berangkat dari situ.
Selesai bayar kami pon memulakan perjalanan kembali, tiba-tiba telefon ayah berdering, rupanya makcik aku yang bergelar mok zah menelifon ayah bertanya lambat lagi ke untuk kami sampai ke sana, sepatutnya dah sampai pada waktu sebegini, ayah pelik, aihh rasanya tadi hanya sejam kitorang berhenti untuk makan dan ke tandas, mengapa jam menunjukkan sudah pukul 2.30 pagi? Tanpa sedar rupanya kami telah melalui jalan yang sama selepas mula bertolak dari gerai satay tadi. Ayah aku yang tadi hanya kelihatan ‘cool’ dengan permainan makhluk tu mula marah-marah kerana ini tidak sepatutnya dijadikan gurauan oleh mereka. Ayah menelifon pakcik aku menyuruh nya berhenti kan kereta di tepi jalan dan baca surah-surah yang patut, dan ayah berpesan kepada pakcik aku untuk kunci pintu dan tutup tingkap walau apa pon berlaku jangan bukak pintu kereta ,pakcik aku hanya menurut mungkin sudah faham situasi yang dialami .
Dari kejauhan aku melihat seorang budak perempuan menuju ke arah kami, entah dari mana dia muncul aku pon tak tahu, dia mula mengetok tingkap kereta seperti ingin meminta tolong, tapi ayah ku berkata itu hanya lah permainan mereka sahaja, cukup sekadar kita tersesat di alam mereka jangan nak cari masalah lain.. makin lama kedengaran ketukan di tingkap itu semakin kuat, seperti dia kemarahan. Ayah aku pon melaungkan azan sekuat hati nya dan ketukan tu pon hilang. Kemudian kelihatan beberapa buah kereta pon lalu kemungkinan kami sudahpun keluar dari alam tersebut anggapan ayahku, dan kami menyambung perjalanan. Kami tiba ke destinasi tepat pukul 4:47 pagi, Jika diikotkan tidak lama pon kami menyinggah dan berlegar-legar di atas jalan tu, tapi takpelah asal selamat sampai.
Keesokan nya sekeluarga pakcik aku berulang ke tandas kerana sakit perut, mungkin kerana telah makan makanan yang entah dari alam mana semalam, “Tulahh aku oyak doh, jangei makei situ, pokmu tok dengar woh aku” (Haa aku dah cakap jangan makan kat situ, korang tak dengar cakap aku) perli ayah aku kepada pakcik aku. Pakcik aku hanya tersenyum.
Dengar cerita stesyen minyak tu telah ditutup dari tahun 2018 lagi sebab muflis, aku pon tak tahu. Tapi yang pasti bukan hanya kami sekeluarga yang pernah mengalami situasi tersebut, rata-rata yang pernah terkena bercerita tentang pola yang sama dimana ada gerai satay dan stesyen minyak tersebut masih beroperasi. Ada yang kata pakcik yang menjual satay tu kuburnya terletak di kubur lama di situ , Wallahualam..
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
haritu aku ade tengok scene paranormal dia pi lawat caltex tu. ye la weh dari jauh, mmg nampak stesen minyak tu mcm buka. tp bila dah park, masuk. rupanya humm
ye dok mung
dari zul kajang