Camping Puaka

Assalamualaikum dan Hai tuk semua pembaca tegar Fiksyen Shahsha.. Seperti korang semua aku juga seperti korang yang menjadi pembaca setia di FS ni.. Sebelum aku memulai cerita disini aku ingin introduce dulu sedikit sebanyak tentang diri aku. Nama aku Farish, berumur 29 tahun dan berasal dari Sarawak.. Kisah yang ingin aku kongsikan merupakan antara yang pertama kali aku bertemu muka dengan makhluk Allah yang rare ni.

Tahun 2007

Selesai je last paper tuk SPM, aku dan beberapa geng sekepala yang lain bercadang nak bermalam kat salah 1 tempat riadah tidak jauh dari kampung (30 minit kot lau naik kereta). Selepas berbincang dengan semua dan capai kata sepakat, kiteorang decide nak bertolak pada sabtu dan balik pada Ahad. (aku nak bagi gambaran lah ya, tempat ni mesti nak kena lalu jalan sawit yang berbatu & boleh dikatakan kat tengah hutan)

Hari yang dijanji telah tiba, Aku, Lan, Udin, Fadil, Ayie dan Edi pun sediakan dan periksa setiap barang bekalan dan kelengkapan untuk kami di sana. Ada yang bawak joran dan kelengkapan memancing dan ada yang bawak daun terup. Kami bertolak sekitar jam 10 pagi dan setibanya kami di lokasi, keterujaan tergambar di setiap wajah sahabatku kerana akan pelbagai aktiviti yang kami lakukan, lebih-lebih lagi dihapadan kami merupakan kawasan air batu yang cukup jernih.

Kami membahagikan setiap tugasan, ada yang pasang khemah, ada yang cari kayu dan ada yang memasak. Yelah, lau tak buat camtu sah-sah takkan jalan laa program, mesti semua nak terjun sungai jadi sebelum benda tu jadi baik siapkan semua dulu baru mandi.

Aku dan Lan cari kayu sambil aku teman Lan cari tempat yang sesuai untuk dia casting.. “Riz, jom gi depan sikit, aku rasa macam ok je tempat tu tuk aku try mancing” pinta Lan pada ku. Aku  pun mengangguk dan ikut je mana dia nak gi.. “Lan, tempat ni ok tapi bagi aku macam jauh laa dari khemah” Lan hanya senyum sebab aku tahu yang kaki pancing ni tak kisah jauh ke dekat asal dapat kepuasan..

Kami pun balik ke khemah dan bbq sambil ada yang mandi.  Jam menunjukkan pukul 3 petang dan Lan pun ajaklah aku dan member lain teman dia gi mancing kat tempat yang aku ceritakan tadi.  Aku dan Fadil pun temankanlah si Lan ni sambil bawak pancing lebih, manakala Ayie, Edi dan Udin nak mandi puas puas katanya. Aku pun pesan dekat dorang jangan lupa nak buat unggun lau dah nak gelap. Masa tu si Udin pun bagitau jangan lupa bawak ikan pari nanti. (bapak dia pari kat sungai air batu)

Dalam perjalanan kitorang ke tempat mancing ni. Fadil tanya kat Lan ikan apa yang ada kat situ. Boleh pulak dengan selamber vavi Lan bagitau Ikan Duyong bra merah. Aku dah terdiam dengar Lan cakap lepas je camtu, yelahkan kat hutan kot dan sungai lagi tu. “lau aku dapat duyung tu Lan, malam ni aku tidur sorang lah dalam khemah” kata Fadil dan Lan pun ” Duyong tak nak orang Nepal macam kau lah Dil”. Aku yang dengar ni geram pun ada tapi nak gelakpu. Ada sebab muka Fadil berubah teruss ..Hahaha…

Tiba kat tempat tu, kami pun cari target tempat nak baling umpan. Lan pergi lah kat tempat yang jauh sikit dari aku dan Fadil, mungkin baginya kat situ ada ikan. Dalam tengah kusyuk main casting tu tiba-tiba aku rasa tak sedap hati rasa macam kena perhati je. Aku biarkan je sebab ada Fadil dengan Lan.. Tak lama lepas tu aku dengan Fadil tersentak dengan bunyi seakan ada yang terjun kat dalam sungai berdekatan dengan kami..

Kami berdua berpandangan sesama sendiri sebab nak kata dahan pokok mesti dah timbul tapi langsung takda tanda pun yang dahan pokok penyebab bunyi yang kami dengar tadi. Untuk sedapkan hati, aku cakaplah kat Fadil mungkin monyet. Fadil hanya mengangguk tanda faham apa yang tersirat.

Dalam 30minit selepas bunyian tadi, sekali lagi aku dan Fadil terdengar satu bunyi tapi kali ni bunyi pokok bergoncang dengan kuat dari satu ke pokok yang lain, bagai ada yang membelah laluan diantara pokok di situ. Kali ni aku memang dah tak boleh nak fikir positive lagi. Lan yang dah ada kat situ pun kali ni dah rasa lain macam sangat, sebab angin tak da langsung!! Lan dah buka mulut ajak aku dengan Fadil blah je dari tempat tu dan rehat kat khemah je. Aku dengan fadil cepat je simpan semua peralatan tadi.

Belum sempat kitorang nak gerak, satu pokok berhadapan kitorang bergoyang! Masa ni aku dah rasa nak teberak dah sebenarnya.Hehe.. (First bro kena main camni) masa tu lah ketiga-tiga kitorang nampak jelas benda yang berkain merah merangkak turun dari pokok. Punyalah slow dia merangkak turun tu sambil mata jeling kat kitorang. Senyum dia bhai aduhhh, elok lagi tak payah senyum kot.

Masa tu bukan kitorang taknak lari tapi memang rasa terpaku sangat dan mungkin sebab takut kot. (benda tu berkain merah pekat cam d***h,then muka pucat mengerutu, mata sepet then bukaan mulut dia besar) syukur masa tu Fadil terus laungkan azan dan aku dengan si Lan pun baru sedar terus baca surah lazim. Lepas tu apa lagi terus lari balik ke khemah..

Sampai dekat khemah kami bertiga bincang nak diamkan je benda ni. Taknak bagitau yang lain. Jadi pada malam tu. Kitorang bbq dan borak sambil gelak sakan sampai lupa apa yang baru jadi petang tadi. Malam tu kitorang target taknak tido sebab nak lepak sampai pagi. Banyak gak lah topik yang kitorang sembangkan, sampailah si Udin ni boleh pulak keluarkan topik pasal hantu.

Mengikut dari kata si Udin ni, dia pernah jumpa hantu tapi dia buat tak layan je. Masa tu, aku, Lan dan Fadil dah berpandangan.Yelah kan, baru petang tadi kena jackpot. Tengah rancak Udin bercerita tu, tiba-tiba kitorang dengar suara mendayu – dayu menangis, gelak,dan mendengus (maksud aku bukan 1 suara je masa tu, maksudnya ada beberapa ekor). Udin yang tadi rancak bercerita kini diam terus. Masa ni aku dengar dengan jelas “takut aku ke?”, “nak temankan?” lepas tu gelak jahat kedengarn, serius tak pernah aku dengar gelak camtu.

Aku ajaklah member lain temankan aku gi sungai sebab nak ambik wuduk dan baca apa yang patut. Dorang pun ikut je. Bunyi tu masih ada lagi. Lepas je Wuduk kitorang berzikir, baca surah lazim dan dekatkan khemah kitorang.( 2 khemah) malam tu kitorang tak tidur sampai pagi sebab dengar bunyi orang kat luar khemah gelak sakan. Sampai khemah kitorang kena goncang sambil menyanyi lahanat tu kat luar tapi lagu macam lagu lama yang entah ada atu memang irama dorang kot.

Pagi tu awal-awal kitorang terus packing barang dan terus balik. Masing2 muka ngantuk. Aku demam 3 hari balik dari situ. Lepas je peristiwa tu, kitorang makin suka gi camping, bukan sebab beranitapi sebab dah menjadi satu hobi. Hehe. Banyak la pengalaman seram masa camping, tracking dan sebagainya. Nanti ada masa aku kongsi lagi k. inta maaf jika penceritaan aku kurang memuaskan. Maafkan daku ya reader sekalian. Sekadar berkongsi pengalaman melalui coretan yang tidak seberapa. Nantikan next story yaaaa… Assalamualaikummm

FarishAimar

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Faze

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 2]

17 thoughts on “Camping Puaka”

  1. Pergh cite mcm ni la yg ditunggu2. Lengkap intro, part seram lawak bagai n ending n senang paham. Complete satu chapter. Terbaik xtergangtung. Aku tunggu next story beb. Thx.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.