Cari Hantu

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku tergerak nak tulis cerita ni lepas baca kisah makcik highland tower tu. Terkejut sebenarnya bila tahu rmai jugak yg bebal suka aktiviti cari hantu ni, haha. Yelah, zaman aku dulu mana ada gadget bagai, so melepak tak tentu hala tu aktiviti wajib. Dan dalam2 tengah lepak tu keluar la idea untuk cari hantu.

Cerita aku kali ni berkait tentang apa yg jadi masa aku dan kawan2 cari hantu. Masa ni baru lepas habis SPM. Aktiviti ni kami akan start dalam pukul 1 pagi macam tu, naik motor. Group kami ada dalam 6 orang, so pergi naik 3 motor. Kebiasaan nya kami akan jalankan aktiviti ni dekat kawasan tanah perkuburan dan juga bekas sekolah menengah kami. Sekolah kami ni agak famous dgn cerita2 mistik. Kalau ada perkhemahan dekat sekolah mesti akan ada cerita yg tak sedap didengar. Selalunya tentang penampakan (Pontianak) dan suara2 yg menakutkan la.

Berbalik kepada aktiviti kami tadi ni, untuk keluar dari taman perumahan ke kawasan kubur kami akan lalu satu flyover ni. Masa dekat flyover ni, salah sorang kawan aku An tengah bising2. Sambil memekak tu dia pergi baringkan badan dia atas motor. (dia pembonceng). Perangai dia memang gila2. Bila baringkan badan, automatic kepala akan menghadap belakang dalam keadaan terbalik kan. Lepas je dia menghadap belakang tu,dia terus bangun.

Terdiam. Sorang lagi kawan aku tegur kenapa dengan dia, tapi dia senyap je. Kami pun tak syak apa2 so terus je ke kawasan perkuburan.

Masa melintas kawasan kubur ni, kitorang rilek je (sebab ramai). Acah acah x takut walhal dalam hati kalau apa apa jadi, mesti terabur punya lari. Aku kenal sangat kawan2 aku ni haha. Kami pun just lalu je dekat kubur tu, x berhenti pun. Lepas 100 meter melepasi kawasan kubur ni, tiba2 aku macam terhidu satu bau ni.
Wangi sangat, tak pernah aku bau. Baru je aku nak bersuara tanya bau apa ni dekat kawan2 aku, kawan aku An tu tegur dengan suara separuh kuat, “ JANGAN TEGUR!” Oh, bukan aku jela yg terhidu bau tu. Member2 lain semua senyap je. Goyang la tu.

Habis round kubur, kami ke rumah sorang kawan ni. Ada pondok melepak situ. Sampai je situ masing2 cerita pasal bau tu. Kawan aku An tu tiba2 bersuara, “korang tau tak kenapa aku senyap tadi masa atas motor?” Semua menggeleng. An pun cerita masa dia baring menghadap belakang tu, dia ternampak ada KEPALA PEREMPUAN pandang dia. Kepala tu betul2 atas jalan, takde badan. Tajam je mata pandang kawan aku An ni. Nasib dia tak cepat gelabah, kalau tak tergolek dari motor agaknya. Dia pun dah biasa benda macam ni. Kiranya dalam geng kami, dia ni magnet hantu la. Senang nampak. Sebab tu selalu bawak dia. Apa2 dia dulu kena hahah.
Terima kasih sebab baca.
-DA5-

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

DA5

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.5]

3 thoughts on “Cari Hantu”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.