#CarlitoRocker – Maki Hamun Tok Wan (Pontianak Ulu Tembeling)

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh & Salam Sejahtera. Lama sungguh rasanya aku tidak bersiaran. Kali ini aku nak berkongsi cerita mengenai pengalaman seram yang pernah dilalui oleh arwah tok wan aku (atuk kepada Carlito Rocker). Kisah ini adalah kisah benar dan merupakan salah satu daripada sisa pengalaman seram yang pernah dilalui olehnya. Aku tahu korang semua rindukan buah tangan daripadaku. Harap korang semua bersabar. Seperti insan lain aku juga terikat dengan kerja hakiki, mana yang sempat aku tulis aku akan kongsikan dengan korang semua. Harap korang semua faham OK? Baiklah tanpa membuang masa, ayuh bersama-sama mengembara ke dunia angker Carlito Rocker. Aku mulakan dengan lafaz kalimah yang agung lagi suci Bismilahirrahmanirrahim.

Ceritanya begini. Tok wan aku adalah seorang bekas pegawai kerajaan dalam sektor kesihatan. Zaman terjadinya peristiwa ini adalah pada lewat tahun 1950an dahulu. Tok wan aku yang ketika itu masih muda dan ronggeng seringkali terpaksa bekerja sehingga ke luar daerah. Arwah nenek aku iaitu Tok raja akan ditinggalkan bersendirian di rumah yang telah dibeli oleh Tok Wan. Mak aku pun masih belum wujud lagi pada era itu. Rumah tok wan terletak di hujung kampung. Sebagai seorang inspektor kesihatan dia terpaksa melawat sehingga ke kawasan pedalaman dan ceruk kampung bagi meninjau dan membuat kajian tentang wabak penyakit demam malaria yang menjadi punca kematian kepada masyarakat di luar bandar pada era tersebut.

Rumah tok wan terletak di dalam sebuah kampung yang baru dibuka. Ia dikelilingi oleh pokok-pokok kelapa dan semak samun yang agak tebal. Rumahnya terletak di hujung kampung dan agak jauh daripada jiran yang lain. Oh ya sebelum terlupa, tok wan aku bukan berasal daripada pantai timur tetapi daripada sebuah negeri di utara tanah air. Tok raja sahaja yang memang berasal daripada pantai timur. Tok wan memang jenis keras kepala, berhati kering, sangat tegas, berintegriti tinggi, dan menolak keras akan kewujudan hantu puaka kerana doktrin mindanya adalah berasaskan kepada doktrin British. Dia tidak menolak akan kewujudan alam ghaib tetapi tidak percaya langsung akan kewujudan hantu puaka. Baginya hantu puaka tidak lagi wujud kerana faktor peredaran zaman. Kejadian yang bakal terjadi nanti mengubah terus persepsinya akan dunia demonologi dan mistik ini.

Pada satu hari tok wan telah mendapat arahan daripada pegawai atasannya untuk melawat ke sebuah kawasan pedalaman orang asli dalam jajahan Ulu Tembeling. Perjalanan untuk ke sana bukanlah mudah. Ianya sangat mencabar ditambah pula dengan ketiadaan akses jalan raya untuk ke sana. Tok wan dan stafnya terpaksa menggunakan sampan untuk sampai ke kampung itu.

TOK WAN & MAKI HAMUNNYA KEPADA PONTIANAK ULU TEMBELING.

“Awak, saya kena keluar daerah lebih kurang dalam 2 minggu ke Ulu Tembeling…” Kata tok wan kepada tok raja. “Sepanjang saya takde kat sini kalau awak nak balik ke rumah mak awak saya boleh suruh Zeli hantar esok…” Jelasnya lagi.

“Takpelah, saya duk kat sini je. Nanti saya panggil mek wok dan cik su untuk teman saya sepeninggalan awak nanti…” Jawab tok raja dalam nada sedih.

“Sebab tugas saya kena tinggalkan awak. Saya harap awak faham.”

“Saya faham, oh ya barang-barang awak dah kemas ke belum?” Soal tok raja.

“Dah, siang tadi dah kemas. Awak ada nak kirim apa-apa ke?”

“Takde apa-apa kot. Cuma awak jaga diri sajalah. Ingat doa dan amalan yang saya bagi tu.” Pesan tok raja lagi.

“InsyaAllah.”

Maka bertolaklah tok wan bersama 4 orang stafnya iaitu Wak Li, Zeli, Meor, dan Man. Daripada darat mereka menyambung pula perjalanan menyusuri sungai dengan sebuah sampan yang tidak berenjin. Mereka hanya bertawakal kepada yang Maha Esa untuk menuju ke jajahan Ulu Tembeling itu.

“Lama lagi ke kita nak sampai ke sana?” Soal tok wan pada Zeli.

“Lama lagi . Bos tanya Wak Li. Dia orang paling berpengalaman kat sini. Dia dah biasa keluar masuk ke sana.” Jawab Zeli dengan selamba.

“Kalau ikut dari pengalaman Wak Li, berapa lama lagi anggaran masa untuk kita sampai ke sana?” Soal tok wan.

“2 hari paling lama. Kalau air sungai elok, hujan tak turun insyaAllah lusa kita dah boleh naik sampai ke darat sana.” Jawab Wak Li sambil mengayuh sampan kayu itu.

Mereka berlima sanggup berhujan dan berpanas demi tanggungjawab pada masyarakat di kawasan pedalaman. Amanah yang dipikul bukanlah menjadi satu beban kepada mereka. Apa yang penting kebajikan kepada masyarakat terbela.

“Bos, kalau kita mudik ikut sana dalam masa 5-6 jam kita dah boleh sampai ke kampung tu.” Terang Wak Li pada tok Wan.

“Kalau kita lalu terus kita akan sampai berapa lama lagi? Yang mana lagi selamat?” Soal tok wan pula.

“Kalau kita terus ke depan mungkin makan masa 8-10 jam lagi. Jalan terus lagi selamat dari belok ke mudik.”

“Kalau macam tu kita jalan terus. Biar lambat asal selamat.” Jawab tok wan.

Menurut kata tok wan sepanjang malam itu dia merasakan seperti diperhatikan oleh sesuatu. Dia hanya membaca surah-surah lazim sambil mendayung sampan untuk ke muara sungai. Malam itu suasananya agak sunyi. Bulan mengambang penuh, sesekali terdengar libasan ekor buaya dan ngauman harimau di kiri dan kanan sungai itu. Mereka semua hanya mendiamkan diri dan bertawakal kepada Allah agar dilindungi daripada sebarang malapetaka dan bencana. Cahaya bulan yang terang sedikit sebanyak membantu penglihatan mereka ketika menyusuri sungai itu.

“Bos, ada benda kat atas pokok depan tu.” Bisik Wak Li pada tok wan. “Cuba bos suluh torchlight kat situ.” Arahnya lagi.

“Bertenang. Aku pun nampak jugak. Korang semua diam.” Arah tok wan.

Mereka mendayung sampan dengan perlahan dan menghampiri tebing sungai itu. Sampan ditambat pada akar pokok yang tidak diketahui jenisnya. Tok wan mengarahkan semua stafnya untuk turun daripada sampan dan berdiri di tebing sungai bagi tujuan keselamatan.

“Wak Li dan Zeli ikut aku. Meor dan Man tunggu kat sini, kalau aku kelipkan torchlight 3 kali korang datang. Kalau tak korang standby je kat sini.” Arah tok wan dalam nada serius.

“Kita nak buat buat apa ni bos?” Soal Zeli.

“Aku nak tengok apa benda yang ada kat atas pokok tu. Kot-kot ada musuh mengendap je.” Jawab tok wan spontan.

“Bukan orang tu!” Bentak Zeli sambil memegang bahu tok wan.

“Argh, kau mana tahu. Sebelum dia serang kita, lebih baik kita berjaga-jaga. Jalan tu pelan-pelan. Jangan pijak ranting kayu.” Jelas tok wan lagi pada mereka berdua.

Mereka bertiga menggenggam parang. Apabila sampai di pokok itu, tok wan menghalakan lampu suluhnya ke bahagian atas pokok itu. Terzahir dengan jelas jasad seorang wanita di dalam pakaian serba putih dan berwajah agak buruk berkecai sedang memerhatikan mereka bertiga.

“Takkanlah hantu?” Monolog tok wan sendirian.

“Wak Li, cuba kau amik kayu tu lempar kat dia…” Arah tok wan bersahaja.

“Bos, jangan main gila bos…hantu tu. Tak berani saya.” Jawab Wak Li sambil mendekati tok wan.

“Apa daa? Itu orang menyamar nak takutkan kita. Kita bertiga kat sini. Takut kat dia apa kau dapat?”

“Takut tak takutlah bos. Saya ada anak bini kat rumah…”

“Hoi, turun kau, nak menakutkan orang tak beringat langsung?” Jerit tok wan ke arah wanita tersebut.

Lalu tok wan mengutip beberapa biji batu sungai lalu melemparnya ke arah wanita yang berada di atas pokok itu.

“Kau nak menyamar menakutkan orang erk? Dah takde kerja lain?” Rungut tok wan.

“Bos, itu pontianak! Bos buat apa ni? Naya kita semua nanti.” Tegur Wak Li.

“Huh. Kita jangan jadi jumud sangat. Entah-entah komunis yang menyamar.” Jawab tok wan sambil melempar batu-batu sungai ke arah wanita itu.

“Aku bagi peluang untuk kau bertaubat. Dasar komunis bintang 3. Pui…” Jerkah tok wan lagi.

Akibat tidak tahan dengan gangguan dan makian daripada tok wan, wanita itu melompat mengapungkan dirinya di depan mereka bertiga sambil mengilai dengan kuatnya. Dia terbang menghilangkan diri ke tempat lain.

“Bos nampak tak? Mana ada manusia boleh terbang macam tu?” Celah Zeli sambil menggenggam erat bahu tok wan.

“Itu hantu? Pontianak? Maafkan aku sebab aku belum pernah lagi tengok hantu…” Jawab tok wan dalam keadaan terkejut. “Kita serahkan kepada Allah segalanya.” Ujarnya lagi.

Mereka bertiga pun kembali ke tempat asal. Peristiwa itu tidak diceritakan kepada Meor dan Man kerana tidak mahu mereka terkejut. Wak Li dan Zeli mengikuti rapat tok wan kerana bimbangkan keselamatan mereka.

“Yang korang duk rapat sangat ni kenapa? Rimas tau?” Jerkah tok wan pada Wak Li dan Zeli.

“Kami segan…”

“Segan ke takut?”

“Samalah tu bos…”

Perjalanan diteruskan semula. Air sungai tiba-tiba sahaja berkocak dengan kuat. Lampu picit dihalakan ke arah kocakan tersebut. Tok wan membaca ayat Qursi dan surah-surah lazim memohon perlindungan daripada Allah. Ketika itu mereka semua ternampak kelibat pontianak yang telah mereka temui pada awal tadi. Tok wan mula berasa panas hati lalu mengambil batang pengayuh sampan dan beberapa kali menghentak tubuh pontianak yang sedang menggila itu. Zeli turut membantu tok wan memukul pontianak itu.

“Woi celaka, kau dah kenapa?” Jerit tok wan pada pontianak itu.

“Saya rasa dia nak balas dendam sebab tadi bos kacau dia…” Terang Zeli.

Sampan hampir sahaja terbalik tetapi selamat dikawal dengan jayanya oleh Wak Li, Man, dan Meor.

“Anak luar nikah punya hantu. Pui.” Tok wan meneruskan carutan dan makian sambil memukul tubuh pontianak itu dengan kayu pendayung.

Kemudiannya tok wan mencedok semangkuk air sungai lalu membaca ayat Qursi lalu disimbahnya ke arah pontianak itu. Maka bertempik bergempitalah pontianak itu. Dia berterbangan dan terus hilang dari pandangan mereka semua.

“Celaka anak haram betul. Hoi! Itu baru sikit!” Jerit tok wan lagi.

“Korang semua tak apa-apa ke?” Soal tok wan kepada semua stafnya.

“Alhamdulillah bos!”

“Kalau takde bos haru biru jadinya.” Celah Man pula.

“Ni semua kuasa Allah. Kalau aku tak kacau dia tadi takkan jadi benda ni.” Jelas tok wan lemah. “Sepanjang aku hidup, nilah kali pertama aku nampak hantu. Dahlah tu, korang mesti ingat yang berkuasanya Allah. Bukan hantu puaka.” Terangnya lagi.

“Betul tu bos…”

“Depan tu penambang, kita dah nak sampai bos. Alhamdulillah.” Ujar Meor sambil meneruskan dayungannya.

Mereka berlima selamat berlabuh di penambang Ulu Tembeling pada awal pagi itu. Tok wan menceritakan pengalamannya dan stafnya ketika dikacau di sungai itu pada ketua kampung orang asli di situ. Menurut ketua kampung, kebanyakan penduduk di situ sudah lali dikacau oleh pelbagai jenis hantu puaka yang mendiami kawasan tersebut sejak zaman berzaman lagi. Ada keluarga yang membelanya untuk menjaga tanah kebun dan haiwan ternakan serta ada juga yang membelanya untuk melindungi kaum keluarga dan saudara-mara daripada ancaman sihir dan santau oleh musuh-musuh mereka. Ketua kampung itu telah memandikan mereka berlima dengan air bunga bagi mengelakkan diri mereka daripada diganggu semula oleh pontianak berkenaan.

Selama mereka menjalankan tugas di situ, mereka berlima beberapa kali diganggu oleh makhluk puaka yang merajai kampung itu. Walaubagaimanapun mereka tetap cekal dan mengganggapnya sebagai ujian daripada Allah Taala.

Setelah selesai dengan tugasnya, mereka pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat. Ketua kampung tersebut telah menghadiahkan beberapa barangan mistik sebagai hadiah di atas sumbangan mereka berlima di dalam mengubati penyakit demam malaria yang menimpa penduduk di situ. Kain Polong, Rantai Gigi Harimau, kayu Suluh Bertam, dan kayu Nibung Tunggal adalah barang mistik yang diberikan oleh ketua kampung itu.

Ketika hayatnya, arwah tok wan pernah menunjukkan barang-barang tersebut kepada kami semua (anak cucu). Ada yang telah bertukar tangan dan ada yang masih tersimpan rapi di rumahnya. Tok wan banyak bercerita mengenai zamannya ketika di era pendudukan Jepun dan British. Tak lupa juga dengan cerita-cerita seram lagi angker yang pernah mendatangkan trauma kepada kami semua. Bagiku tok wan sememangnya seorang insan yang berhati keras dan berani. Mulut tok wan memang lancang. Sifatnya sedikit mengalir di dalam diriku. InsyaAllah kita akan bertemu lagi di dalam post yang akan datang. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh, Salam Sejahtera & Jazzakallah Khairo Khotiro.

-CarlitoRocker 2017-

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Carlito Rocker

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 3.8]

75 thoughts on “#CarlitoRocker – Maki Hamun Tok Wan (Pontianak Ulu Tembeling)”

  1. Kah kah kahhhh…
    Ilanglah bisa Cik Ponti dh kena libas ngan pendayung sampan…
    Lengkali gune penyapu Nenek Kebayan, lagi power kesan die…

    Senarai barang yg Tok Wan dapat tu serem plak akk bygkan…
    Mistik jer bunyiknye…
    Ade kesan pape x Tok Wan simpan benda2 tu semua???

    Reply
  2. 9.2/10 welcome back bro..

    **Komen kami bukan sebab nak buang tebiat.
    **aku maafkan kamu
    **berbahagialah
    **bersihkan sikit hati ngan kepala otak tu

    Reply
  3. orang dulu-dulu punya berani lain macam.. sampai di bedalnya akak tu.. kalau kak mami lah.. usah nak bedal.. nak bukak mata pon tak berani.. siap baling batu kau..

    Reply
  4. excited betul tengok nama pena carlito rocker. even cerita pendek tapi mantap. harap lepasni cerita pengalaman dari penulis sendiri pulak. apepun memang hati keras ah tok wan tu. powerrr

    Reply
  5. Baru je kelmarin terdetik… mana pergi penulis2 otai mcm CarlitoRocker, Kucing Kelabu, Mr.M.. hari ni bukak FS nampak nama CarlitoRocker terubat jgk rs rindu..

    Reply
  6. Baru je kelmarin terdetik… mana pergi penulis2 otai mcm CarlitoRocker, Kucing Kelabu, Mr.M.. hari ni bukak FS nampak nama CarlitoRocker terubat jgk rs rindu..

    Reply
  7. oh tadi masa tokwan pukul puntianak dia belum baca apa2 ayat kan?lepas tu baru baca Qursi?
    makanya benda tu boleh dipukul la yea..ingat benda tu tak boleh dipegang sebab berkabus/lutsinar.

    ermmm menarik..

    Reply
  8. “2 hari paling lama. Kalau air sungai elok, hujan tak turun insyaAllah lusa kita dah boleh naik sampai ke darat sana.” Jawab Wak Li sambil mengayuh sampan kayu itu. ayat wak li.. macam 2jam lagi sampai..amboi…mcm tu punya jauh…adoi..

    Zeli turut membantu tok wan memukul pontianak itu. (kemain zeli ..tumpang sekaki…haha..)

    Reply
  9. Best! Jiwa kental tok wan tu. Bole dia g sergah pontianak tu.Tgelak2 akak bc masa dia g baling batu tu.hehe..kipidap!
    Tulis lg carlito!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.