Cemburu

Assalamualaikum warga FS yang dikasihi. Setelah lama membaca kisah² yang kongsi di sini, saya juga tertarik untuk menulis kisah saya yang tak berapa seram ni. Aku Ali (bukan nama sebenar) dalam umur aku 12 gitula keluarga aku ada sewakan ¹/⁴ tanah kawasan rumah kami (ok, aku tak tau macam nk terangkan keluasan tanah tu) untuk didirikan sebuah kedai menjual barangan basah (barangan dapur kot).

Si penyewa merupakan kawan kepada mak aku Cik Nani (juga bukan nama sebenar). Tak jauh daripada tempat Cik Nani berniaga ada jugak kedai yang dah lama jual bahan² basah ni. Kisah seram bermula apabila perniagaan Cik Nani semakin untung, biasalah bila dah untung tu adalah yang iri hati dengki kat perniagaan Cik Nani.

Cik Nani ni suka masak so bila dia berniaga dia akan masak macam² dekat kedai dan akan bagi kitorang makan. Ada satu hari tu, Cik Nani ada bagi kek yg dia buat kat kedai. Kek tu sedap gile. Lebihan kek tu ada banyak so aku pon bawak la sikit pegi kelas tambahan malam (exam dah nak dekat mmg banyak kelas tambahan), aku bagi si Ihah (kawan aku) makan kek tu. Tapi, lepas tu dia boleh ludahkan balik kek. Dia kata rasa macam muntah digaulkan garam. Aku pelik elok je aku rasa.

Malam esoknya tak ada kelas tambahan jadi aku tengok tv je kat rumah atas (rumah kampung paham²la), tengok tv sorang² sebab mak ayah dah tido. Masa tengah tengok tv tiba-tiba rasa macam kena cuit ,tapi tak ada lah rasa apa². Dah lama² gitu dalam pukul 1 pagi dengar bunyi orang menyapu sampah daun² kering gitu la. Ok masa ni dah start fikir bukan², aku diamkan sahaja sebab aku ni jenis yg tak ambil kisah.

Tak lama lepas tu aku dengan abang aku tengok cerita kat laptop dia sambil on tv. Awal² memang tak ada apa jadi tapi bila dah tengah malam, benda tu start malah makin berani apabila dia main remote tv kejap tv 3 kejap tv 9, tapi tak lama la jadi kitorang tak ambik kisah sangat. Tak cukup lagi, lepas tu boleh pulak dia main perkakas dapur kat gerai Cik Nani. Punyalah takut kitorang lari ke bilik masing². Bilik aku pulak kat sebelah pokok ara, macam² aku dengar kadang bunyi cakaran kat tingkap, kadang-kadang dengar bunyi budak menangis dan macam² lagi.

So bila dah tak tahan mak ayah aku pun panggilkan pakcik aku. Pakcik aku ni jenis orang yang memang tangkap ‘benda’ tu. Pakcik aku suruh Cik Nani datang sekali untuk buang benda tu.

Malam tu, kami berkumpul dekat rumah kayu. Rumah aku (untuk pengetahuan korang rumah aku ada 3 bahagian, rumah semua kayu, rumah semua batu dan bahagian dapur separuh kayu separuh batu.) Aku pulak tengah kat dapur basuh botol² kaca yg nak digunakan. Masa tengah basuh botol² tu, tiba² aku rasa seram sejuk kepala aku pening macam ada sesuatu goncang kepala aku. Kebetulan mak aku nampak jadi dia terus tarik aku pegi rumah atas. Lepas tu aku tak nampak apa cuma gelap.

Sedar² ada dua botol kaca kat sebelah aku katanya pakcik aku dah keluarkan semua benda² kotor dalam badan kami sekeluarga termasuk dalam badan Cik Nani. Rupa²nya benda yang terjadi selama ni disebabkan ‘sesuatu’ yang dihantar seseorang untuk menjatuhkan perniagaan Cik Nani. Benda tu diarahkan hanya untuk menganggu Cik Nani tapi entah macam mana kami pun kena sekali. Kata Cik Nani benda tu pernah muncul depan dia masa senja waktu dia tengah sibuk bersihkan kedai.

Mengikut kata Cik Nani, benda tu macam orang terbakar rambut panjang bau hanyir. Muka dia cengkung pipi macam berlobang siap berulat lagi, mata putih dia warna merah d***h.Tempat tinggal dia kat pokok besar dekat dengan gerai Cik Nani, tapi kadang dia lepak kat pokok ara dekat sebelah bilik aku.

Pakcik aku nak tangkap lagi seekor yang muntah kat setiap makanan yang Cik Nani masak tapi benda tu dah lari mungkin takut atau tuan dia panggil balik. Apa yang pakcik aku jumpa ialah kain kuning yang diikat kat celah dahan pokok besar tu. Sekian sahaja cerita aku yang tak seram ni untuk kali. Kalau ada masa aku akan sambung lagi cerita seterusnya yang menyebabkan kematian suami Cik Nani.

Ps: tak elok la dengki² ni sampai merana orang tu.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 2]

8 thoughts on “Cemburu”

    • Sama dgn mama saya lah awak. Tapi kami tetap berniaga nak cari rezeki halal. Setiap pagi sbl bukak kedai akan pasang ayat ruqyah. Hmm.. Bkn kedai besar pun, warung kecil buruk tepi jalan pun org nak dengki. Sedih. Kalau kita ni org ada2, tak ada lah kita naksgt meniaga kt warung buruk tu. ?

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.