Cerita Aku

#niq #cerita aku

Assalamualaikum warga FS!ย Sebelum memulakan cerita, meh aku perkenalkan diri dulu. Panggil sahaja aku Niq, seorang ibu yang berumur 27 tahun. Aku seorang yang dilahirkan dengan tiada deria keenam. Haha! Dan mintak dijauhkan sebab aku ni penakut. Huuu. Cuma aku nak cerita sedikit sebanyak pengalaman aku ternampak atau terlibat dengan makhluk yang dipanggil hantu ni tanpa disengajakan. Maaf jika tulisan tidak seberapa kerana aku cuma menulis sesedap rasa.

Peristiwa ni berlaku semasa aku berumur sembilan or sepuluh tahun macam tu. Masa tu aku tidur berdua dengan adik aku. Aku ni diibaratkan kembarlah dengan adik aku ni, sebab beza umur setahun je. Nak dijadikan cerita, ada satu malam tu aku terjaga. Sejuk ke panas entah, tapi masa tu aku pusingkan badan ke kiri sebab nak tekan kipas. Tiba-tiba aku terpandang sosok tubuh seorang wanita gempal. Huargh! Dei! Mak aku rupanya, tengah belek majalah. Dah memang hobi dia baca majalah, lagi-lagi majalah yang banyak resepi tu. Walaupun sekadar tengok je, haha! Tapi aku peliklah jugak, apasal pulak mak aku berdiri dekat situ bukak majalah, tapi lampu tutup? Nampak ke?

Aku tak tegur pun mak aku, aku just tengok je dia. Masa aku duk terkelip-kelip tengok mak aku ni lah tiba-tiba mak aku alihkan kepala dia pandang aku. Guess what? Lutut kau guess what! Sekali mak aku sengih pandang aku. Scary you! Zupp! Aku perasan giginya tidaklah seperti biasa. Bertaring! Time ni aku baru tersedar yang ni bukan ibu kesayanganku. Maka dengan terkejutnya aku pusing balik ke kanan dan berhuhu seorang diri, sampai aku berani keluar bilik tinggalkan adik aku.

Sebenarnya banyak jugak cerita dari mulut orang lain pasal rumah ni. Tapi aku nak cerita pengalaman aku je. Ni pun yang dah aku tapis supaya tak melalut. Ehemm. Makin aku meningkat dewasa, aku sekali lagi dipertemukan dengan dirinya tanpa sengaja. Pertemuan tanpa dirancang di dalam keriuhan ramai. Masa tu aku dengan kakak aku dua orang duduk melepak dekat luar rumah. Alah, rumah kayu. Buka je pintu tu kan ada tempat lepak tu. Orang panggil apa entah? Pangkin ke?

Tengah syok bergelak ketawa, tak ingat dunia, tiba-tiba aku bangun berdiri, konon nak buat lawak. Sekali terhambar pulak lawak tu. Sebab tengah dok berhuha-huha tu, aku terpandang something…

Dia tak gelak sekali dengan kitorang. Dia cuma merenung aku dengan pandangan mata yang tajam.

Sungguh, aku terkedu lalu terkeliru.
Sekali lompat je aku dah dalam rumah. Punyalah penakut. Korang nak tahu rupa dia? Saiz budak tadika, baju warna putih dan rambut macam Mia Sara time kecik. Alhamdulillah, aku tak adalah demam ke apa, just muka time tu pucat and taknak bercakaplah kejap.

Satu lagi kejadian dekat rumah ni yang menimpa aku, masa tu aku dah masuk universiti. Peliknya, aku ni, asal balik cuti sem je aku demam. Bila aku balik universiti, OK je! Sihat wal’afiat gitu.

Aku tak ingat kejadian tu malam ke siang, tapi yang pasti time tu aku tengah sedap tidur. Hahaha.
Tengah sedap tidur tu, tiba-tiba aku rasa macam kena tindih. Alah, korang pun mesti biasa kena tindih, kan? Tapi yang ni aku boleh buka je mata. Cuma tak boleh nak bangun. Dalam masa tu aku nampak lembaga lelaki (ke, jantan?) yang tangannya kudung sebelah. Dia dari arah pintu slow-slow datang ke arah aku dan dengan steadynya duduk sebelah aku. Hahaha! Matilanak!ย Lembaga tu macam nak rapatkan diri, tapi macam mana entah, aku tersedar. Tapi macam real weh! And aku rasa memang real pun kejadian tu. Wallahua’lam.

Nak dijadikan cerita, arwah mak cik aku time tu sakit. Sakit yang jenis sihir-sihir ni lah. Orang nak test ilmu, tapi terlebih test. Dibuatnya hingga bertemu ajal. Al-fatihah buat mak cik aku. Dalam proses berubat, adalah yang cakap rumah aku tu laluan or tempat benda halus lalu-lalang. Rumah aku dijadikan tempat lepak sebab pokok dekat area rumah aku kena tebang (yakni rumah depa-depa ni). Orang tu kata ada tiga ekor. Salah satu yang lelaki tempang tu lah. Huhu.

Untuk makluman korang, sekarang adik aku dengan isteri dia yang duduk rumah tu. Mak ayah aku dah lama pindah rumah lain. Mak aku tak boleh duduk sana selepas episod menyihir beralih kepada mak aku pulak. Tu nanti aku cerita lagi di lain hari. Itu pun kalau korang sudi baca lagilah.

Eh, lupa… terima kasih admin kerana sudi siarkan penulisan aku ni.

P/S: kecaman yang berhemah adalah sangat dialu-alukan.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Niqlyana

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

21 thoughts on “Cerita Aku”

  1. ok saya da baca..saya nak kecam ni..hahah..taklah..cite ok best..kire dari kecik sampai besar muat dalam satu citer ..gituhhh..laju cite die tak sempat nak teguk air ..overall best..keep on writing…saya bagi 4 bintang!
    sedih plak aku nak komen-komen hari ni
    au revoir mon ami

    Reply
  2. Hi Yana, cerita you ringkas je tau tapi padat. Best!

    “Itu pun kalau korang sudi baca lagilah.”

    Seribu kali sudi Puan Yana. Share la banyak banyak pengalaman yg you ada. Kami layan je.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.