Cerita Asrama

Assalamualaikum. Terlebih dahulu, nama aku Mat dan terima kasih kepada sudi yang membaca dan juga terima kasih kepada Fiksyen Shasha kerana memberi peluang untuk aku kongsikan kisah dan pengalaman aku sendiri sewaktu aku belajar di Johor, kawasan Batu Pahat dahulu, ketika aku sedang menuntut di kolej poly-tech MARA ambil jurusan Computer Graphic Designer.

Jadi kisah ini berlaku sejak semester pertama lagi apabila masa itu aku baru sahaja belajar untuk menyesuaikan diri di tempat orang. Banyak pantang larang yang aku jaga jika berada di tempat orang ini. Aku pendekkan cerita, kejadian pertama yang terjadi dekat aku masa itu ketika aku ini jenis manusia yang susah nak tidur. Bila malam selalu terjaga. Kiranya waktu lewat malam dalam pukul satu pagi macam itu, aku merayau kawasan asrama dengan niat nak berkenalan dengan budak-budak yang belajar di situ. Daripada junior sampailah ke senior. Dan pada masa itu bila sudah lewat malam, ramai yang sudah tidur dulu. Mungkin kepenatan kerana orientasi.

Setelah habis merayau satu ‘dorm’ ke satu ‘dorm’ lalu aku pun hendak balik ke bilik aku semula. Dalam perjalanan itulah pengalaman pertama aku diganggu makhluk alam ghaib ini. Mungkin “diaorang” mahu berkenalan, sebab itu “diaorang” tegur.

Jadi gangguan pertama aku nasib baiklah bukan gangguan yang menonjolkan kelibat, tapi hanya bunyi-bunyian sahaja, macam contoh aku bagi, bunyi berdengus macam bunyi binatang buas garau. Tapi aku tak pasti apa yang aku dah buat sampai tiba-tiba benda tu berdengus dan selepas itu aku tak pasti sudah jam berapa aku pergi bilik air pula. Sengaja aku bosan, aku main hembus asap rokok buat ‘skill’ keluar bentuk “o” apa semua depan cermin tandas, lepas tu aku perasan pintu tandas buka tutup, sedangkan angin tiada. Aku beranikan diri untuk pastikan ada orang atau tidak, aku pun jenguk tengok. Memang aku seorang sahaja dalam tandas itu… tiada orang lain.

Pengalaman gangguan yang pertama taklah seram sebab tiada nampak apa-apa kelibat dan tak menakutkan lagi bagi aku, hanya sekadar bunyi-bunyian.

Tibalah semester kedua dan kali ini aku duduk di bilik yang boleh memuatkan empat orang pelajar dan kesemua itu rakan-rakan aku sendiri. Cerita pengalaman yang kedua agak menyeramkan sikit, sebabnya “benda” ini sudah mula menonjolkan diri dia dekat aku dan aku tak rasa semua orang nak tengok benda yang kita tak mampu nak lihat.

Bermulanya pengalaman kedua ini ketika aku sedang tidur di bilik aku dan pada masa yang sama, ‘roomate’ aku ini pun ada sekali dalam bilik, cuma yang seorang kawan aku ini sedang ‘on call’ dengan kekasih dia.

Pada masa itu sebenarnya kitorang tengah ponteng (tak pergi surau).

Nak dijadikan cerita, kitorang tidur waktu maghrib, tapi yang malangnya aku seorang sahaja yang kena gangguan. Sewaktu aku tidur, aku sedar aku sudah pun terjaga sebab aku dengar kawan aku yang dekat sebelah katil aku tengah berbual dengan kekasih dia dalam ‘phone’ jadi aku buka mata aku sedikit dan terpandang ada kelibat lembaga berkain putih dan berambut panjang sedang memerhatikan aku. Aku macam terkedu dan terkejut tak tahu nak cakap apa yang aku rasa. Aku terpaku dan cuba untuk panggil kawan aku yang dekat sebelah katil aku tapi aku tak boleh bergerak, seolah semua berat macam kena himpit.

Aku meronta tapi tak seorang pun dengar. Aku cuba bergerak banyak kali badan aku, tapi tak satu pun bergerak. Sambil itu lembaga ini makin hampir dan dekat dengan aku. Aku cuba tenangkan diri aku dan terlintas untuk baca ayat Kursi. Nasib aku hafal dan sebelum lembaga ini nak himpit aku, aku baca dengan tenang sampai habis ayat Kursi.

Tiba-tiba lembaga itu hilang dan aku pun terus tersedar, tangan aku terhayun terhentak almari kawan aku. Terkejut dia. Kawan aku pelik dan aku diam ambil wudhu’ dulu, tenangkan diri. Malam tu keluar lepak makan, baru aku ceritakan dekat ‘roomate’ aku. Pada awalnya diaorang tak percaya, tapi bila sudah ramai yang cerita dan ramai yang sudah merasa baru diaorang ambil ‘serious’. Tapi tak lama lepas tu, kawan aku seorang yang duduk katil sebelah aku ni pulak kena.

Hujung Semester dua, hari terakhir aku dengan kawan-kawan ‘batch’, aku duduk di asrama sebab naik semester tiga, semua kena duduk rumah sewa. Asrama hanya sampai semester dua sahaja. Ketika ini aku dengan kawan aku yang duduk sebelah katil aku ni tinggal berdua, sebab kawan-kawan yang lain ada yang sudah duduk di luar rumah sewa. Jadi cerita dia, kawan aku ni tidur lewat sampai dia tak perasan yang aku sudah tidur dulu sebelum dia. Bermulalah gangguan yang seterusnya, tapi bukannya kena dekat aku, tapi kawan aku dan melibatkan aku sebab kali ini kawan aku nampak lembaga ini berdiri betul-betul hujung katil dekat kaki aku!

Dah kenapa aku juga yang lembaga ini nak tenung? Tapi kawan aku cakap dia tak berbuat apa pun, cuma berdiri dan tenung aku. Keesokan hari lepas kitaorang dah duduk luar sudah jumpa rumah sewa, barulah kawan aku ni cerita apa yang dia nampak dan baru dia tahu apa yang aku kena sebelum ini.

Begitulah kisah pengalaman aku di asrama. Mungkin tak seram bila dibaca, tapi seram bila kita yang merasakannya sendiri. Kita hidup berkongsi alam, jadi berhati-hatilah. Jangan sampai kita terasa dunia ini kita yang punya dan secara tak langsung ada mata yang memerhati gerak geri kita dan tunggu peluang untuk bersuai kenal. Heee.

Mat 666

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

29 thoughts on “Cerita Asrama”

      • Yup…sejak duk asrama lah kite pandai menjinak2 kan diri dengan cerita seram ni…senior duk kongsi cerita pas perkara seram yg pernah berlaku lah…pastu kapten asrama bgitaw tempat larangan yg x blh dilalu apabila senja dan malam lah…mcm2…hasilnya sekarang boleh jd fanatik sgt2 ngan cerita seram…hahaha

        Reply
        • hahah tula tu dia da mcm legasi turun temurun ada yang betul ada yang hanya mereka crita dgn ada sebabnya trsendiri hee,apa2 pun asrama memang bukan tempat tuk kita suka2 lebih2 wktu mlm better kita hormat stiap sekeliling yg ada dekat kita,tanak ada prkara buruk trjadi kan..tpi tula jgn trlalu taksub dgn crita seram takut trbawak2 smpai tak dpt nk beza dgn alam reality hahahah

          Reply
  1. Bab susah tdor malam kita geng bro dari zaman skolah lg..sanggup jln kaki srg2 dari asrama ke bggunan skolah 2 ke stor buku pukul 1,2 pg semata2 nk amik feel isap rokok dunhill 7 tnpa di pau dgn member..

    Reply
    • hahah kan betul la tu serius bila mlm kalau semua dah tido mula la nak merayau sambil hisap rokok sebatang amik feel jln2 malam smbil tgk spe tak tido lagi nk ajk borak

      Reply
        • hahah dia mcm heran “sedara aku ker yg tidur ni” juz kidding..yep kalau sendiri yg berdepan cuak gak arr kalau da rmbut berjurai mata nk trkeluar bau hanyir kain lusuh berdarah fuhh Allah jer tahu perasaan tu cmne hahah

          Reply
  2. Ada cerita sikit pasal asrama ni..taun 98 zaman dunhill 7s lg ni..aspura dan aspuri ni tak la bertentangan sgt..yg btentangan pn bhagian toilet aspuri dan stor tilam aspura..tmpt tu dh jd port sniper kami..mlm tu warden laki balik kg..jd merdeka la kami..timbul idea jahat nk mengusik geng pmpn dia kt toilet..jd kami balut cadar putih buat mcm pocong..aku mgsa yg kna jd pocong kt bhagian stor tilam..tp tak dpt smbutan pn..depa(geng pmpn)buat derk sja..dlm pukul 2pg isap rokok kt bhagia toilet laki tnampak ada pmpan kt tgkat 2 toilet pmpn duduk atas koridor(spnjang bertugas sbgai sniper ni,toilet pmpn tgkat 2 tak pernah dguna..pntu sntiasa ttutup xberlampu)..tp kali pntu tbuka..tau apa pmpun tu buat?..dia duduk atas koridor smbil bsandar kt dinding pastu diselaknya kain smpai ke pangkal paha..oleh kerana chaya kt situ samar2..hanya lampu pagar yg kaler oren tu ja yg ada kami pn blari amik tmpat msing2 di port sniper(stor tilam).sampai ja tmpt tu dh tiger show tu dh xada..pntu toilet pn ttp rampat..masa tu perasaan bbelah bgi nk takut ke nk sedap haha pocong kami xdak smbutan..

    Reply
    • wow serius ah,tula tu jangan sebarangan ngintai takut terngintai cik ponti hee..sama la penah nak usik member ujung2 terusik “benda” tu hmm..serik kejap jer pastu buat lagi hahah

      Reply
    • owh yeke hmm tula,sama jugak kdg2 tgh tido sedar2 kena ‘tindih’..pastu yg tak best tiap kali kena ‘tindih’ perasan “benda” tu muncul sambil tenung hmm

      Reply
  3. Masa kat u.. Pernah sekali rumate balik kelas petang dia demam. So walaupun dkt maghrib dia tidur jugak. Aku ke bilik air utk mandi. Masa aku kat toilet tu lah datang 1 makhluk tindih dia. Dia punya berani.. Bole pulak dia cabar makhluk tu.. Kalo ko berani.. Ko tunjuk lah diri.. Sekali bertenggek atas perut dia. Hitam legam. Lepas peristiwa tu.. Terus dia jd insan berani..duk sorang2 kat kafe/kumpul 1-2 pagi sorang2 semata2 nak download anime sb line wiFi laju
    Katanya.. Makhluk tu penakut sebenarnya.. Mentang2 ghaib boleh lah kacau org.. Keras betul hati ko siddiq..

    Reply
  4. Masa kat u.. Pernah sekali rumate balik kelas petang dia demam. So walaupun dkt maghrib dia tidur jugak. Aku ke bilik air utk mandi. Masa aku kat toilet tu lah datang 1 makhluk tindih dia. Dia punya berani.. Bole pulak dia cabar makhluk tu.. Kalo ko berani.. Ko tunjuk lah diri.. Sekali bertenggek atas perut dia. Hitam legam. Lepas peristiwa tu.. Terus dia jd insan berani..duk sorang2 kat kafe/kumpul 1-2 pagi sorang2 semata2 nak download anime sb line wiFi laju
    Katanya.. Makhluk tu penakut sebenarnya.. Mentang2 ghaib boleh lah kacau org.. Keras betul hati ko siddiq..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.