Salam, kisah ini sekitar tahun 2011-2012,aku seorang guru muda, yg baru posting di sebuah daerah di negeri xxxxxxxx, kisah ini aku alami sendiri selepas aku belajar ilmu untuk mengenal diri (bukan ilmu bukan2 ye,Allah tetap Yang Satu, tak perlu aku ulas sebab ianya boleh jadi perbahasan yg panjang), aku tuntut ilmu ne atas sebab untuk belajar melindungi diri sendiri sekurang kurangnya, dengan masa depan yg aku kira mencabar,bagi aku lah, kalau korang xrasa mencabar, aku nak kata apa kan?, ilmu yang guru aku turunkan dengan pelbagai pesanan, di antaranya “hang ada ilmu ini dugaan dia besar dari orang lain…” dan dugaan yg dtg mmg besar ,bukan takat mistik, dr dugaan dgn manusia pon banyak, tapi tu semua ketentuan dari Allah, aku redha saja, wallhua’lam…
Semua aku tulis bukan untuk menunjuk kehebatan, cuma berkongsi, KEHEBATAN tu Allah saja yang layak, aku makhluk serba lemah, cuma diberi kesempatan untuk menjaga diri sendiri dan keluarga, itupun semua dengan izin Allah, bukan semua situasi aku mampu tangani sendiri, ada juga aku minta bantuan orang yang lebih hebat dan tinggi ilmunya dari aku.
Cerita 1
Di Sekolah:
Masuk sebulan aku posting di sekolah pertama, aku ditugaskan untuk menjaga dan menyelia bilik tayang, pagi khamis, memandangkan aku xde kelas, aku bersihkan bilik tayang seorang diri, letaknya di bangunan utama setinggi 4 tingkat dan tentulah di tingkat 4. Hehe. Tengah khusyuk menyapu dan mengelap lantai, nampak kelibat orang lelaki berjalan di kaki lima, memandangakan tingkap tertutup, aku turuti bayang itu yang menuju ke pintu, beranggapan GPK1 aku dtg mencari aku, tapi bayang itu xlalu pula di depan pintu, lalu aku jengah, nyata tiada siapa…
Waktu rehat aku ceritakan pada rakan yang lain dan Gpk1 aku menyampuk, “dia nak kenal orang baru tu ri…” diakhiri dengan ketawa berdekah dekah……
Korang faham x perasaan aku?
Damn…….
Cerita 2
Di Rumah sewa/tumpang
Aku ne tumpang rumah staff Klinik Kesihatan, sebab sekolah aku tu agak dalam dan jauh dr pekan terdekat, lebih kurang 16km jugaklah, rumah yang aku tumpang ne cuma 6km je dr pekan, oklah tu…haha. (benda yang perlu kau hadap bila posting kat tempat yang bukan pedalaman, sebab klu kat pedalaman, geng2 umah sewa/bujang, mestilah ada kan………redha je lah)
Aku ne selalu dok sorsng2 je, kami tiggl berdua je dalam rumah 3bilik ne, dalam pukul 9lebih lepas isyak, tengah aku tengok tv, tiba kaki aku sejuk bermula dari ibu jari dan mula naik ke atas perlahan2, sampi ke tapak kaki dan betis, xpernah aku rasa, aku terus tutup tv dan baring atas katil dan berselimit, ingatkan nak demam, aku berselimut, rasa sejuk tu naik sampai ke peha, pinggang dan dada
Waktu rasa sejuk tu naik ke peha, aku fikir ne bukan demam ne, ne benda lain ne, aku terus baca ayat kursi dan aku mohon berlindung dengan nama Allah, aku berserah diri pada Allah, andai takat inilah hayat hidupku.
Dengan izin Allah, rasa sejuk yang dah sampai di dada, tadi tiba2 mula turun balik ke pinggang, peha betis dan kaki, dan hilang, semuanya dengan izin Allah.
Esoknya otw ke sekolah, aku perasan, ada yang terkejut ternampak aku tengah bawa motor ,entah mungkin aku perasan je,sangka baik, wallahua’lam (aku seorang penunggang motor tetap…hehe)
Apa yang aku alami ne aku kongsi dengan guru ku, dia mengesahkan, sihir/jin akan masuk ke dalam badan manusia melalui kaki. Wallahua’lam. Bersangka baik, kaki aku mmg sejuk malam tu.
Cerita 3
Aku dah duduk rumah sewa, duduk serumah dengan pekerja pengurusan sebuah ladang di sini. Alhamdulillah rumah tu di pekan.
Dia duduk sorang, di rumah 4bilik, 3bilik air, yang ada cuma tv. 2011 ne walaupun dah ada smarphone, tapi aku xpakai lagi, cuma bergantung dengan laptop, fb dan berukband yang hampeh tu, hp pon biasa2 je, takat boleh play music dan video. Memang bosan la ai. Harapkan tv jelah
Housemate aku memang outstation selalu, pernah tu 3minggu straight tak duduk rumah, aku balik rumah kadang tengak siling dengan kipas jelah selain tengok tv, kadang menyembang dengan jin dalam rumah tu, ok yang sembang dengan jin tu tipu.
Duduk rumah sorang2 macam ne, tanpa ada kawan2 yang dekat2 area ne, memang mencabar, mau taknya, jadi apa2 kat aku, xde sapa tau. Lagi2 bab bangun pagi, memang kelaut, xde sapa nak kejut woi. hahahah
Bila dok sorang2 ne kerap jugak aku kena ganggu, antaranya pernah aku nak tido aku rasa ada benda usap2 kemaluan, bila aku cuba buka mata nampak macam toyol, budak kecik kepala botak duduk melutut menghadap aku, aku angkat kaki nak libas lepas tu hilang, baca ayat kursi dan aku pasang ayat2 quran di hp, lepas tu alhamdulillah bolehlah tido.
Kali kedua benda yg sama terjadi, kali ne pocong pulak, buat benda yg sama jugak, baru lah boleh tido.
Cerita 4.
Dipendekkan cerita, satu malam, aku dan housemate, baru balik tengok wayang, naik kereta housemate aku tu(aku panggil dia ustaz sebab muka dia macam ustaz yang femes selalu masuk tv), lalu di kawasan yang amat sunyi, xde apa kawasan tu, yang ada cuma ladang dan ladang sepanjang 10km, kat situ aku dan ustaz sembang pasal hantu, dia crita dia tak takut hantu dan aku xnak kalah aku pon cakap, aku pon tak takut hantu, semuanya makhluk Allah nak takut apa.kan? Haha hanat nye bongkak.
Malam tu lebih kurang 3pagi, tengah aku tido nyenyak aku rasa satu benda yang aku xpernah rasa seumur hidup aku, ada berasa macam ada benda dok terbang atas badan aku, dia rasa dari kaki dan naik keatas, smpi ke kepala, dok ulang2 naik turun, dari aku tertido sampi aku terjaga, masuk kali ke3, aku tahu,ini bukan benda lain, mesti makhluk halus, dengan kudrat yang Allah bagi, aku istighfar, masih cuba nak tido semula, tapi nampaknya gangguan masih xhilang dan dengan pantas aku bangun, duduk, dengan xsemena-mena, dalam tempob xsampi sesaat hijab aku terbuka, aku nampak seekor pontianak tengah menyeringai di depan aku dalam jarak 2-3 meter dari aku, tergantung setinggi 2meter, lepas tu hilang, aku yakin benda tu masih kat situ lagi aku baca ayat kursi berdoa pada Allah, pinjamkan aku kekuatan, aku buat isyarat macam sedang memanah, dan baca “aku berlindung dari syaitan yang direjam”, aku buat 3kali, benda ne semua spontan, apa yang terlintas,
Aku istighfar, selawat, baca ayat kursi berulang kali, dan pasang surah alBaqarah, dan tido semula, terfikir waktu tu nak kejutkan ustaz tapi, apa barang tido berdua sebab takut dengan makhluk, tido la sendiri balik smpi esok. (Poyo)
Esoknya aku crita pada ustaz, (kisah2 sebelum ne pon aku crita jugak) tapi macam biasalah, dia bagitau dia xpernah kene kacau pon.
Hmmmmmmmmm
Cerita 5
Aku merupakan petugas di Pusat Kokurikulum. Alhamdulillah aku xpernah diganggu lah di sini, cuma…
Aku bila masuk di pusat kokurikulum, kem yang berlangsung 5hari, hari ke 3 mesti aku dah mula demam selsema yang teruk, teruk sampi doktor akan bagi mc 3 hari, sebab demam panas, selsema, batuk berkahak, dan kahak/selsema warna hijau.
Bila pertama kali jadi, aku anggap kebetulan mugkin sebab penat, kali kedua dan ketiga terjadi aku kata ini bukan kebetulan, sebab asal masuk Pusat Ko dia akan jadi.
Kebetulan aku berkenalan dengan seorang ustaz perubatan islam, seorang hafiz, aku panggil dia ustaz Sobri. Aku ceritakan pengalaman aku, memang dia akui tempat tersebut berpenunggu, dan masalah yang aku hadapi tu dia bagitahu, memang ada benda duduk di dapur Pusat ko, yang campurkan makanan yang dimasak dengan benda kotor, makluman, benda tu bukan milik siapa2, dia memang syaitan jin yang duduk di situ, untuk menjahanamkan kita manusia,
Jadi mula dari hari tu, aku elakkan makan di situ, kalau aku makan pon cuma kuih dan air.
Lepas bergaul dengan kakitangan kem, ada juga yang mengalami masalah yang sama, cuma diorang lebih berkata xlalu/xselera/dan xmakan masakan berkawah
Ini cuma pendapat dan pengalaman aku.
Penutup Kisah
Benda ne berdasarkan pengalaman aku sendiri, tokok tambah aku untuk melindungi dan tutup aib orang lain. Semua yang terjadi adalah dengan izin Allah, aku xde kuasa, Allah yang Maha Kuasa, aku xmampu melindungi diri aku sendiri melainkan Allah lah yang memberikan dan membenarkan aku dilindungi
Kisah ne bukan aku nak berbangga, cuma nak korang tahu:
1. Allah wujud
2. Makhluk takde kuasa
3. Semuanya yang terjadi adalah kehendak Allah.
4. Syaitan xakan berhenti menyesatkan kita dengan pelbagai cara.
5. Jangan kita biarkan diri kita kosong tanpa ilmu dan amalan.
6. Bukan manusia kita saja duduk kat atas muka bumi ne, yang penting jangan takut dengan benda tu.
7. Aku berharap aku mampu sambung lg tulisan ne
Sekian, salam sahur.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
amende laaaaaaaaa
kelam kabut je cerita, unsur seram tak sampai.
Toyol dan pocong cerita 4 tu kuat seks. Sekian
Dehel.Hahahahaha.
Dah tuan toyol tu suruh “pegi curi money”. Dia buat la.
igtkan toyol suka curi duit. rupanya toyol suka pegang tote awwww
Menonjol sgt kowt tu yg toyol dok usap..hihihi
Umur berapa cikgu ni tak reti taip elok2? Annoyed sangat tengok NI jadi NE. Banyak pulak tu.
Bosan aaa..hmm x brapa sangat.lagipon sila tulis leklok yer CIKGU.HAHAHHA sorry
Toyol tu lain mcm jea main usap2 hahahahahahahahhahahahaha
Teruskan menulis cikgu.kdg2 xsemestiny cikgu kne tulis sbiji2..seketul2 nk bagi nampak formal sgt.ada masa santai, santaila..ckg pun manusia.bila bcmpur dgn bdk2 jd budak2.bila dgn org tua jd org tua..bcmpur dgn hantu jd hntula..haha.yg pnting sampai pd pmbaca.ok.tu j sinopsis sy.bole letak dlm buku nilam da.? mntion kt sini bila da tulis next cerita yer cikgu.tikiu
Tak kisah la nak type santai ke hapa.
Tapi kalau ‘Ni’ jadi ‘Ne’ ni dah kenapa?
Aku bayangkan cikgu ni mulut senget ke?
Type elok2 ‘Ni’ tak boleh ke.
NENENENENENNEENNENENEN
Dari gaya ko tulis mcm bgtau ko ade ilmu..tp pengalaman yg ko tulis mcm xde ilmu je..mgkin ilmu biasa yg ko blajar bukan ilmu dunia perubatan islam.