Cerita Dinas

Assalamualaikum dan hi semua..! Thanks Admin for the approval. Sebenarnya dah lama jadi pembaca tegar FS ni, cuma baru sekarang tergerak hati untuk berkongsi cerita buat semua. Harap-harap ianya boleh dijadikan tauladan buat kita. Btw, sebelum tu nak declare ler kalau aku ni meleret lah macam mak joyah, sebab tak berapa pandai nak olah benda jadi pendek. Harap korang semua baca dgn hati yg terbuka ye!

Okay, Cerita ni sebenarnya mengenai kawan baik aku, Dinas. Kami berkawan baik sejak dibangku sekolah rendah lagi. Sampailah lepas SPM, result Dinas ni antara top 5 dalam sekolah dan lepas tu dia pun sambung belajar ke private college di KL, aku pula bawa hala tuju aku. Sampailah dapat cerita dia nak nikah sorang Dato’ ni. Kira dia baru 19 tahun masa tu.

Lepas dia dah kahwin memang kami takde lah rapat mcm dulu dah. Dia dah ade life dia kan. Aku pun makin sibuk dgn student life aku ni. Sampailah 2 tahun lepas tu, dia tiba-tiba call nak jumpa. Masa ni lama juga kami tak bersembang, tup tup nak ajak jumpa. Rupa-rupanya dia dah ada baby lelaki dah masa tu, and expecting another one (2mths pregnant) kau. Haa.. Cepat betul! Haha! Then of course lah aku happy bila dia ada balik dalam life aku ni.

KISAH 1

Fast forward 2 tahun kemudian, aku selalulah lepak rumah dia ni.

Masa ni dia tinggal kat condo mewah kat area KLCC. Aku suka pergi rumah dia sebab ada swimming pool air masin. Bagus tau untuk kulit Hahaha! Boleh kata kalau tak balik kampung, mesti aku lepak rumah dia. Lagi pun suami dia selalu outstation.

Sampailah satu malam ni,
Masa aku overnight kat rumah dia. Dia bagitahu aku yang orang atas dia suka sangat main ‘golf’ jam awal pagi. Dia memang tak syak lah guli, sebab bunyi objek kat atas tu macam solid dah berat. Tak macam bunyi melantun. Aku memang takdelah pulak nak komen ada jin ke apa. Sebab gaya dia cakap tu macam dia pasti sangat tu bunyi apa kan.

Then kebetulan malam tu org atas buat hal lagi. Tepat jam 3am! Kami belum tidur, sebab layan movie kat hall. Sekali dengar bunyi berulang-ulang mmg sebijik bunyi ala bola golf. Dinas ni memang ready je nak call guard, suruh sound org atas. Then, bila dengar je bunyi tu berlarutan sampai dekat 10mins, dia terus interkom ke guard suruh sound orang atas. Sat lagi bangun baby dia pula.

Hmm. Dalam 10mins lepas tu guard ketuk pintu rumah kami pula, guard tu dengan muka pelik tanya kami ulang-ulang “Are you sure madam? Nobody lives in that unit..” Guard ni Orang Nepal. Muka macam baru bangun tidur, kesian dia. Agaknya dia pun mamai kami duk minta tolong macam tu pagi-pagi buta.

Dinas pandang aku, aku pandang Dinas.

P.S : Nak sedapkan diri..kami cuba bagitau diri yang itu bunyi dari centralized aircond system (rumah ni mmg guna built in aircond)

KISAH 2

Selepas 1 tahun kejadian tu, suami Dinas dilanda masalah dalam business. So, dia downgrade lah life yg mereka ada sekarang ni ke something yang lebih ringkas dan berpadanan dengan ekonomi semasa tu. Mereka pindah di kejiranan tak jauh dari Plaza Damas di Sri Hartamas, rumah ni 2
tingkat. Teres. Belakang rumah ada compound yang besar utk anak-anak dia bermain. It just that area tu sangat banyak nyamuk. So Dinas ni memang jarang buka glass door utk ke ruang patio belakang rumah tu.

Pada tempoh ni, suami Dinas ni macam biasa. Masih lagi sering outstation. Aku pula masa tu dah start keje, so memang takde banyak masa nak melepak sangat dengan Dinas lah. Sampailah satu hari Dinas called, nangis-nangis katanya suami dia ada orang lain. Bukan setakat ‘ada orang lain,’ rupanya dah nikah lain!! Huhu

Waktu ni aku nampak Dinas ni sangatlah tabah. Untuk penjelasan, Dinas ni bukan jenis social, dulu masa sebelum beranak memang dia akan ikut suami dia pergi business meeting / trip tapi bila dah ade anak ni, masa dia memang banyak dengan anak-anak dia je. Dinas ni kalau bab makan, pakai suami aku tengok mmg tip top sangat. Rumah pun kemas tersusun. Tapi itulah, dah namanya qada’ dan qadar. Dinas start ubah lifestyle.. Masa ni aku dapat tengok yang luaran dia senyum, tapi mata dia tak boleh tipu. Mata dia sayu. Menangis.

Tapi demi anak-anak, Dinas teruskan life dia macam biasa. Tapi kali ni dia alihkan perasaan negatif tu kepada sesuatu yg positif. Dia start kerap excercise. Pagi jogging, petang brisk walk, malam cycling.
Dia banyak alihkan perhatian dia pada anak-anak. Kalau suami dia balik dia layan macam biasa cuma of course lah dah tak sama, bitter you!

Then, sampailah satu hari ni. Masa Dinas nak keluar untuk brisk walk dekat area rumah petang tu, dia nampak ada kereta wira parked tak jauh dari rumah dia. Then ada lelaki 2 orang duk focus kat rumah dia. Seram kau, ntah orang nak culik anak ke kan.. Haa. Dia dalam kelam kabut tu call laki dia, laki dia boleh cakap “Alah, relax je lah.. Takde apa tu” @&£? Betul punya laki.

Tebantut niat Dinas nak keluar petang tu. Haa, lepas dari kejadian tu, bermula lah satu episod baru. Bila start maghrib je, anak Dinas yg no. 2 tu jadi takut. Nak berkepit je manjang dengan Dinas or bibik dia. Ada satu malam tu, masa Dinas lalu depan bilik anak dia terpandang ada hakak pakai baju putih, rambut mayang mengurai lepas bahu duduk one corner dekat dengan rak buku anak dia.
Disebabkan benda tu sekali imbas, Dinas ni abaikan je lah.

Sampai satu tahap, masa main dengan anak dia dalam kid’s room, anak dia no.2 kena sergah “HUARGGGHHHHH” masa nak ambil buku kat rak. Mencecet budak tu lari, dgn Dinas & bibik pun cabut! Masa ni Dinas dah start yakin benda ni bukan sekadar khayalan dia. Tiap-tiap malam tidur mereka anak-beranak dihimpunkan dalam masterbed room. Tidur lambak. Sebab ayah mereka pun dah tak tahu jalan balik katanya. Memang kesian aku tengok diorg time ni.
Hari-hari on CD 30juzuk tu sampai ke pagi.

Gangguan tu bukan sekadar sampai di situ je ye Puan2 dan Tuan2 sekalian. Gangguan tu makin mengganas. Seolah-olah nak ‘berlawan’ atau marah.

KISAH 3

Malam-malam Dinas dan anak-anak masih lagi ditemani dengan bacaan CD Alquran. Sehingga satu malam ni, Dinas terjaga dari tidur dalam jam 2.30AM. Dinas tengok CD player dah OFF (tapi masa ni dia fikir anak dia main remote, and tertekan button ‘repeat’ mode tu).

Dinas bangun untuk ON semula, tiba-tiba sayuuuuup je bunyi 2-3 ekor anjing menyalak seolah-olah kat tepi tingkap bilik dia yang berada di tingkat 2 tu. Nak tak nak, dia tetap je bangun untuk teruskan niat dia. Tak lama lepas tu bunyi tu hilang!

Tak berapa lama lepas tu, macam biasa bila hujung tahun ni memang lah kerap hujan. Nak kata setiap petang wajib lah hujan. So Dinas memang banyak spend masa dengan anak dalam rumah. Satu hari ni, tengah syok layan anak dia main time hujan lebat kat hall bawah. Tiba- tiba laju air menitis dari siling rumah dia. Yang buatkan dia hairan :

Hall ni kat bahagian bawah, macam mana rupa aliran masuk air boleh menitis?
Dan, rumah ni baru diubahsuai kurang dari setahun (which is masih boleh claim kalau ni defect kontraktor lah).

Elok je lepas Dinas ni tarik anak dia menjauhi spot air menitik tu, tiba-tiba siling rumah (plaster of Paris) tu rebak!! Bayangkan kalau dia terlewat seminit tarik anak dia? Apa agaknya jadi..tak boleh nak bayangkan. Ya Allah. Serentak dengan tu, mencurah-curah air membanjiri rumah dia. Dari hall bawa ke bilik office sampai ke dapur. Haa kau, swimming pool terus dalam rumah. Memang disaster habis.

Ada satu kejadian tu, masa ni laki dia ada kat rumah. Dinas ni memang ada bela Ayam, ya Ayam! Dinas ni bela Ayam sebab katanya bila bangun pagi rasa suasana kampung ? Then.. Malam tu mereka baru terlelap. Tiba-tiba bunyi riuh rendah Ayam kuat sangat kat bawah. Tak lama lepas tu bunyi glass door bawah macam kena tendang. Doooomm!!! Serentak dengan tu alarm rumah memekak!

Bila buka lampu dan check, tengok-tengok ada kesan d***h ayam di seret – seret.
Oh, by this time laki dia dah tahu serba sedikit cerita rumah tu. Tu sebab dia balik malam tu konon nak panggil Ustaz. Tapi laki dia kata tu musang. Ya. Musang zaman skrg dan pandai buka lock sangkar kucing rupanya.

Besok malamnya Ustaz sampai, terus Ustaz pesan kalau boleh cari rumah lain, ada yang nak berpenghuni di rumah tu. Ustaz ni memang tak elaborate sangat kekdahnye. Dinas akur.

Selang 2 bulan lepas tu masa nak pindah, siling bilik tidur utama pula start nak rebak. Mujurlah sempat mereka jumpa rumah baru. Ha, cerita rumah baru nanti le sambung.

Sebenarnya kejadian-kejadian ni terjadi sebab madu (ke racun) si Dinas ni dapat tahu Dinas ni lawa orangnya. Bukan macam laki dia duk described selama ni. Laki tu cakap yang Dinas ni tak lawa, gemuk.

Padahal bergetah je. Yelah, baru nak masuk 23tahun je kut umur dia. Rajin exercise pulak tu. Ha.. Sekali madu tu hantar spy (lelaki dalam kereta wira tu) untuk tangkap gambar, ambil address.
Bila tengok gambar, mendidihlah madu yang berumur 35tahun ittew..haha.

Dah tak dapat nak main gusti tarik rambut, dia hantar lah benda syirik ni buat laki dia benci kat Dinas, supaya ingat kat dia je. Dah macam kerbau kena cucuk hidung! Lepas tu dia hantar buat sengsara life Dinas ni, so that Dinas ni akan ada point je nak create masalah kat laki tu. Nanti lama-lama laki tu rimas and akan ceraikan Dinas lah. Padahal dia tak tahu, memang Dinas nak minta cerai pun. Just tunggu masa sesuai je.

Cerita ni pula dicerita oleh seorang Ustaz lain ni. Ustaz ni lebih terbuka bila share infomation. Sebab Dinas bukan nak hantar balik ke apa pun. Just nak tahu je. Bab spy tu pula laki dia sendiri yg story kemudian2nya. Patut relax je dia. Rupanya dah tahu.

Kesimpulannya,
Selain dari beramal pada rukun yg wajib.. Kalau timbul gerakan hati yang ragu-ragu / nampak yg pelik-pelik / dengar yang pelik-pelik tu jangan diabaikan.

Macam Dinas ni, kalau dia sempat berubat masa dengar bola golf tu maybe dia dapat prevent certain things? Wallahua’lam.

Ha guys, sampai sini lah dulu. Kejung tangan aku menaip ni ha.
Sorry le Mak Joyah memang tak pandai nak short cut.
Syabas pada yang membaca sampai habis, anda memang hebat ??

Mak Joyah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

17 thoughts on “Cerita Dinas”

  1. moga Dinas tabah. knp laki dia suka kat madu Dinas yang umo 35 ittteewwwww?? sedangkan Dinas 23 kot. aiseyhhhh. I cannot brain ape laki pndg sbnrnya kat pmpn…

    Reply
  2. Mak aii, yg bini tua baru 23tahun. Nak jugak yg baru amek 35tahun. Bongok ah laki dia. Takpun da kena guna guna kot. Nauzubillah jauhkan la.

    Reply
  3. macam mana nak yakin? pakai dinas laaa..haha…

    okei,cerita best…step by step kita tahu kejadian yg terjadi&sebab apa…ada masa,sila lah ceritakan lagi

    Reply
  4. laki ni mmg tak pernah cukup satu kan???? isteri punyalah lawa pi cari madu yg tua buatpa??? haihh panaih betoi hati kita ni

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.