CERITA EL 10: Melayu dan Hasad Dengki!

Seperti Anak Kambing Hitam malang menuju KEMATIANNYA, yang akan mengutuk nasibnya sendiri dan PENDOSA akan tertawa senang

“Jangan Biarkan Hidup Anda diselubungi Misteri! Hahahahahahahaha.”

Gray menumbuk numbuk bahu kiri aku melepaskan geram. Sampai di bilik hotel, yang lain sedang seronok bermandi manda di kolam renang. Aku terus bersarapan bersama Hafiz sambil menonton televisyen. Selesai makan,aku capai tuala mandi putih bertulisan merah menuju ke bilik mandi,

“Haa. Tenung tuala tu lama lama dah kenapa? Jangan nak bawak balik pulak yea, karang tak dapat deposit balik. Hahahaha.” sindir Hafiz.

Aku mengerutkan dahi “Huh! Bilik hotel RM700.00 semalam tak termasuk GST mana tau dapat tuala FREE! Breakfast pun tak dapat! Yang dapat cuma nampak ha…..”

“Nampak apa? Haaa?”

“Er. Nampak Hang punya Pungkok!”

Cepat cepat aku masuk ke dalam bilik air, hampir hampir aku terlepas cakap. Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi, hampir selesai mengemaskan semua barang kepunyaan aku.

“Aik? Kau kemas awal awal ni nak kemana EL?” Azmeer jalan terjengket jengket menuju ke bilik air dek takut lantai bilik di basahi air kolam.

“La, kan EL nak balik rumah parents dia lepas ni. Tak ingat la tu” Jerit Ilham dari kolam renang.

“Yea. Aku ambik cuti, dah alang alang akpu dekat PD ni baik aku terus balik”
Gray datang menekati aku.

“Kau nak tinggalkan aku ke?” dengan menunjukkan muka yang berpura pura sedih.

“Hahaha. Kau kan dah ada kawan baru. Siapalah aku ni!”

Gray hanya ketawa mendengar jawapan aku. Gray menukar topik perbualan, aku tau yang dia sebenarnya takut nak bercerita tentang hantu malam tadi dalam bilik ini. Hahaha. Dari pandangan cermin pandang belakang, kelihatan lima orang lelaki sedang melambai lambai kearah kereta putih yang sedang bergerak perlahan meninggalkan kawasan hotel. Melepasi Lorong “Smart TAG”, aku terus memecut laju ke arah selatan mengunakan lebuh raya. Jalan agak lenggang pada masa itu. Setelah dua jam setengah perjalan, aku selamat sampai di depan pagar rumah dan segera membunyikan loceng rumah.

“Aik. Tak ada orang dekat rumah ke? Kereta Camry ada, keluar pakai kereta kakak ke? Selalu Mama dah tunggu aku depan pintu bila tau anak dia ni nak balik” aku merungut seorang diri.

Tiba tiba terdengar suara orang rancak berbual dari rumah sebelah, aku terus pergi menjenguk dari luar pagar. Ada selipar yang aku kenali berada di pintu masuk yang terbuka luas. Aku masuk sambil memberi salam. Rupanya semua ahli keluarga aku berada di sini, seperti membincangkan sesuatu hal yang mustahak.

“Malam ni nak temankan Cik Razman pergi jumpa Ustaz dekat Bandar Hilir.”

“Papa nak pergi jumpa Ustaz? Buat apa? Siapa kena kacau?”

Hampir 15 tahun keluarga aku berjiran dengan Cik Razman, seorang pemandu lori dan tukang masak. Dia sering menjadi ketua tukang masak untuk majlis perkahwinan di sekitar taman perumahan. Mana tidaknya, kerjanya teratur, kemas, dan yang penting masakannya sedap terutamanya Nasi Beriani! Cik Razman memulakan perniagaan Nasi Beriani di Kuala Lumpur beberapa bulan lepas. Permulaan perniagaannya berjalan maju. Maklumlah, ada orang KL yang sanggup pergi ke selatan tanah air semata mata ingin merasakan kesedapan Nasi Beriani di sini, apa lagi bila terpandang papan tanda kedai yang tertulis “Nasi Beriani Batu Pahat”, pasti mendapat sambutan. Orang ramai sanggup beratur panjang menunggu meja kosong. Hampir dua bulan berlalu. Cik Razman untung besar! Tapi semuanya hanya untuk sementara waktu,

“Man, sini kejap. Cuba kau bau nasi ni?”

“Eh? Dah basi? Macam mana boleh basi? Kan baru je masak tadi?”

“Entahlah.”

“Masak lain lah” Cik Razman memberikan arahan kepada pekerjanya tanpa banyak soal. Malam keesokannya,

“Bau apa ni Bos? Busuknya!” Salah sorang pekerjanya merungut.

“Yea. Macam bau bangkai pulak. Ada haiwan m**i ke dalam kedai ni?” Dia mula merasakan ada yang tidak kena pada malam tu, bukan kerana bau busuk itu sahaja, tetapi jumlah pelanggan yang datang berkurangan walaupun pada hari sabtu.

Keesokan harinya, saat dia ingin membuka kedai, ada serbuk puith di sekeliling pintu kedai. Dia hanya mengabaikan sahaja, sebaik saja pintu di buka, Cik Razman terpaksa mengundur beberapa langkah kebelakang. Bau busuk yang sangat kuat memenuhi ruang di dalam kedai! Dia terpaksa menutup kedainya pada hari itu untuk menghilangkan bau tersebut. Saat dia menutup kedai, seseorang lelaki berumur lewat 50-an berjalan menghampirinya dan memberi salam,

“Bang. Hari ni tak bukak kedai ke?”

“Yea. Hari ni saya tutup. Maaf tanya, encik ni siapa yea?”

“Saya Ishak. Saya bukak kedai dekat hujun sana tu. Saya dah lama dekat sini. Tula saja jumpa peniaga baru. Hahaha”

“Oh yea? Senang senang datang lah rasa Nasi Beriani saya. Hahaha”

“Insyallah. Senang senang pun, datang lah kedai saya” Lelaki tersebut berjalan meninggalkan Cik Razman menuju ke kedainnya.

Selang beberapa hari kemudian, kuah kari kambing yang di masak menggunakan periuk besar tiba tiba menjadi basi. Nasi Putih, Nasi Beriani, dan lauk pauk semua menjadi basi hanya tak sampai sejam apabila siap di masak. Perkara tersebut berlarutan sehingga seminggu. Pekerja Cik Razman ramai yang mengambil cuti sakit kerana demam secara tiba tiba. Cik Razman tahu ada ada sesuatu yang menggangu perniagaannya.

Malam tu, Cik Razman tutup kedai pada waktu yang agak awal dari kebiasaannya. Semasa dia menutup pintu kedai, dia terdengar suara orang bercakap dari dalam. Bila diamati, bunyi tadi semakin kuat kedengaran. Dia melekatkan telinganya di dinding pintu, bunyi seseorang sedang bercakap dari dalam,

“HAHAHAHAHA”

Cik Razman terkejut sampai terjatuh kebelakang kerana terdengar suara orang ketawa. Pencuri? Dia segara mencapai kuncinya yang jatuh dan sepantas mungkin membuka pintu. Pintu kedai terbuka luas. Gelap. Sunyi. Tak ada sebarang kesan seseorang telah memecah masuk dari belakang. Dalam perjalanan balik, Cik Razman berhenti di stesen minyak berdekatan kedainya. Seorang pekerja di situ menegurnya,

“Cik Razman! Sihat?”

“Alhamdulilah, kerja shift malam ke? Haha”

“Yea. Saya nak tanya ni”

“Kenapa?”

“Saya bawa keluarga saya hari tu nak pergi rasa Nasi Beriani Cik Razman, tapi tutup pulak! Tiga hari lepas pun sama, saya nak makan tengah hari, bila sampai kedai Cik Razman tutup. Kawan kawan saya pergi pun semua cakap kedai Cik Razman tutup. Kenapa? Cik Razman renovate kedai ke?”

Bermacam macam benda yang sedabg bermain di dalam kepalanya dalam perjalanan pulang. Pada malam tersebut, Cik Razman bermimpi seseorang sedang meceroboh masuk kedainya. Sebaik sahaja dia tersedar dari mimpi ngeri, dia merasakan sesuatu sedang terjadi pada kedainya. Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi, dia terus mencapai kunci kereta dan pergi memeriksa kedainya pada waktu itu juga. Sampai di sana, keadaan sangat sunyi. Cik Razman memarking keretanya di seberang jalan, sambil memandang sekitar deretan kedainya.

Hampir satu jam berlalu, Cik Razman berniat untuk pulang sahaja. Tapi tiba tiba dia ternampak seseorang lelaki berdiri kaku di hadapan kedainya. Cik Razman keluar dari kereta dan berjalan kearah lelaki itu. Dia kini berada betul betul berada di belakang tubuh yang sedang berdiri.

“Assalamualaikum. Awak siapa yea?”

Tiba tiba kepala lelaki tersebut berpusing menghadapnya, tapi badanya masih membelakangkanya. Cik Razman tahu yang sedang di lihatnya pada masa itu bukan manusia. Lelaki itu memberikan senyuman yang mengerikan kepadanya. Lelaki tadi berjalan ke arah kedainya sambil kepalanya masih memandang Cik Razman. Tubuh tadi terus berjalan menembusi pintu kedainya,

“Ya Allah”

Kedengaran bunyi orang sedang memecahkan kerusi, meja dan pinggan dari dalam kedainya. Bunyi yang sangat kuat! Bunyi seperti orang sedang bergaduh, merosakkan segala benda yang terdapat dalam kedainya. Cik Razman segara membuka pintu dan menghidupkan lampu, kesemuanya dalam keadaan baik, meja dan kerusi tak ada tanda pernah diusik, keadaan masih sama seperti dia menutup kedai tadi, tetapi matanya terpaku melihat benda yang terbang berlegar legar di sekitar dalam kedai,

“Cik Man nampak, tak taulah macam mana nak cakap! Lebih dari sepuluh ekor lembaga yang terbang sekeliling kedai masa tu. Terbang ke kiri, ke kanan. Ada yang melompat lompat atas meja. Ada yang merangkak dekat dinding. Banyak sangat. Macam macam rupa. Ada rupa orang. Ada yang berbulu. Ada yang macam Langsuir!”

Walaupun keadaan masih lagi terang, tapi bulu roma aku berdiri tegak mendengar cerita Cik Razman.

“Tu yang Cik Man nak jumpa Ustaz.”

“Kau ada syak siapa siapa tak man?” tanya Papa.

“Ada. Tapi tak baik tuduh kalau tak ada bukit.”

Petang tu juga kami bercadang pergi berjumpa Ustaz. Aku pula belum sempat menjejakan kaki kedalam rumah lagi,

“Mama! Mana….”

“Ada dekat bilik dia. Tidur tadi lepas balik. Dah cepat, jauh nak pergi ni. Jangan balik malam malam tau”Belum sempat aku menghabiskan katakata, Mama seperti sudah tahu apa yang ingin aku tanyakan. Tak sabar nak berjumpa dengan dia. Rindu yang teramat sangat!

Aku, Papa dan Cik Razman sampai di rumah Ustaz yang berada di Bandar Hilir, Melaka. Dapat melihat Menara Taming Sari yang sedang berpusing pusing dari depan rumahnya. Cukup dekat. Mungkin hanya perlu berjalan kaki ke pusat bandar untuk membeli Asam Mangga jenama Jeedjard berharga RM5.00 sebotol yang menjadi kegemaran aku. Tapi Papa memaksa aku masuk ke dalam dan menunggu sehingga habis. Sesudah sesi bercerita tentang masalah yang di hadapi Cik Razman, dia memberi alamat kedainya. Tak lama kemudianya ayat yang pertama keluar dari mulut Ustaz,

“Cadangan saya Cik Man, baik awak tutup kedai awak”

Hah! Aku tercegang mendengar jawapan Ustaz. Tutup? Kenapa? Kenapa tak lawan?! Cik Razman hanya diam membisu, beberapa saat kemudia baru dia berkata kata,

“Kenapa yea Ustaz?” Reaksi muka Cik Razman bertukar sedih.

“Macam ni, ada orang dah SANTAU kedai awak sebulan yang lepas.”

“Siapa dia?”

“Maaflah saya tak boleh beritahu. Tapi awak pernah jumpa dia sekali. Dia meniaga kedai makan di kawasan sekitar tempat awak. Sejak awak berniaga, perniagaanya mula merosot. Jadi dia jumpa bomoh untuk SANTAU kedai awak. Nasi awak jadi basi, pekerja awak sakit dan paling teruk pelanggan yang datang nampak kedai awak tutup”

Aku hanya diam membisu mendengar Ustaz, Cik Razman dan Papa berbincang.

“Saya boleh tolong Cik Razman, tapi apa yang saya nampak. Orang tu tak akan BERHENTI! Hampir dua puluh ekor jin sekarang ada dekat kedai awak. Dia akan buat apa saja sampai kedai awak tutup, dan yang buat saya takut, dia hantar SANTAU ke Cik Razman ataupun keluarga.”

“Tapi Ustaz boleh lawan kan? Ilmu Ustaz lagi tinggi dari bomoh tu!”

“Dengan izin Allah, tapi ada sebab saya suruh Cik Razman tutup kedai. SANTAU yang dia hantar ni bukan sembarangan, ini SANTAU THAILAND!”

“SANTAU THAILAND?!”

“Yea. Orang tu sanggup pergi Thailand semata mata nak menghancurkan perniagaan Cik Razman. SANTAU Thailand ni paling susah. Mungkin ambil masa yang lama. Tapi yang saya paling risaukan keselamatan keluarga Cik Razman. Cik Razman faham kan?”

Dalam perjalanan balik, suasana dalam kereta sunyi sepi. Papa dan Cik Razman tak banyak berbual. Aku senyap duduk di belakang sambil menikmati Asam Mangga yang sempat aku beli tadi. Kereta Hyundai Cik Razman berhenti di betul betul di depan tandas awam RnR Pagoh. Aku dan Cik Razman hanya menunggu di dalam kereta, tiba tiba Cik Razman bersuara,

“Abang, abang rasa Cik Man kena tutup kedai ke?”

Aku terkelu. Tidak tahu apa jawapan yang hendak diberikan. Kesian Cik Razman. Dari nada suaranya aku tau dia sangat sedih.

“Saya pun tak tau Cik Man, saya sebenarnya bangga di lahirkan berbangsa Melayu.”

“Bangga? Kenapa?” Cik Razman menoleh kebelakang memandang aku dengan senyuman. Senyuman yang penuh dengan tanda tanya, pelik dengan jawapan yang aku berikan.

“Yela, satu satunya bangsa dekat dunia ni dengan satu syarat yang istimewa”

“Syarat apa?”

“Sesiapa Yang Lahir dari Bangsa Melayu mesti beragama Islam. Kan?”

Cik Razman ketawa kecil.

“Setakat ni la Cik Man, saya belum pernah dengar bangsa lain yang yang tetapkan syarat macam tu, orang Arab tu pun macam macam agama, sampai ada Arab Muslim, Arab Kristen, Arab Yahudi, Arab Druze, dan Arab Yazidi. Senang cakap ada je orang Arab makan B**i! Hahaha. Tapi bangsa Melayu tak, orang Melayu mesti ISLAM! Tapi itulah, bangsa Melayu tidak habis habis dengan perasaan hasad dengki sesama sendiri. Kandang kadang saya cemburu dengan bangsa Cina, dorang tak macam kita, kalau barang dekat kedai dia habis, dia suruh pergi kedai Cina yang lain. Entahlah, sampai bila Bangsa Melayu yang beragama Islam ini nak berubah? Sampai kiamat agaknya!”

“Hahaha. Abang ni bagi jawapan macam Profesor pulak. Cik Man pun tak tau pasal Arab ni, makan b**i la. Hahaha. Banyak ilmu ni!”

“Hehe. Tak adalah. Saya suka baca tu je.”

“Ni ada cita cita nak sambung PhD ke lepas ni?”

“Hum. Bukan sekarang kot, tapi memang target sebelum umur 30 dah ada PhD. Hehehe”

“Okey, Cik Man tau apa maksud jawapan yang abang bagi. Berundur tak bermaksud kita kalah kan?”

“Betul!”

“Terima Kasih bang temankan Cik Man tau.” Cik Razman terseyum.

“Sama sama.”

Aku masuk kedalam bilik yang penuh dengan mainan. Hanya cahaya dari ruang tamu menjadi penyuluh yang menerangi sebagian kawasan bilik. Lego. Pistol. Bola sepak. Robot. Kereta kawalan jauh. Kapal korek. Lori. Semuanya bersepah di sekeliling lantai. Aku berjalan berhati hati takut terpijak mainan kebanyakkan dibeli oleh aku sendiri, dan duduk bersila di bucu katil kayu berwarna putih.

“Georgie Denbrough, wake up! If not, Pennywise the Dancing Clown will come!”

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

335 thoughts on “CERITA EL 10: Melayu dan Hasad Dengki!”

  1. dear abg EL my future husband (ABANG??)

    yang perenggan last dengan part “Georgie Denbrough, wake up! If not, Pennywise the Dancing Clown will come!” tu natang hapee

    ke geng sajat ni ada ketinggalan info pasal bala tentera abg EL?

    Reply
  2. “Asam Mangga jenama Jeedjard berharga RM5.00…”

    asam mangga tak payah huruf besar sebab tu kata nama am. Jeedjard huruf besar takpe sebab kata nama khas dan ia merujuk kepada satu jenama

    #justshawing

    Reply
  3. Aku masuk kedalam bilik yang penuh dengan mainan. Hanya cahaya dari ruang tamu menjadi penyuluh yang menerangi sebagian kawasan bilik. Lego. Pistol. Bola sepak. Robot. Kereta kawalan jauh. Kapal korek. Lori. Semuanya bersepah di sekeliling lantai. Aku berjalan berhati hati takut terpijak mainan kebanyakkan dibeli oleh aku sendiri, dan duduk bersila di bucu katil kayu berwarna putih.

    “Georgie Denbrough, wake up! If not, Pennywise the Dancing Clown will come!”

    ala apa ni en.l
    macam teka-teki la pulak..
    habis tu en.man tutup ker bisnes dia??
    lepas tu en.l tanyer sapa dekat mama en.l??
    #curiouskillthecat

    Reply
      • erm kesian en.man..
        kne tutup periuk nasi dia..
        tp kan en.l nak tnyer Pennywise the Dancing Clown
        macam dalam cerita Conjuring 2..
        bila si husbend dia bawak balik mainan tu..
        btl tak??

        Reply
      • hmm kedai Parents Rea pun dulu pernah kena kes mcm ni. Org selalu tak nampak kedai la, nampak kedai tutup la, tak jumpa la.. and ustaz yang kitorang jumpa pun ckp benda yang sama. bomoh siam orang tu guna. tak faham betul dgn segelintir org melayu ni. dari dok sebok bazir duit bayar bomoh sini sana + tambah dosa baik la kome ni pi belajar masak. kalau sedap confirm orang datang jugak kedai hang. hmm

        Reply
    • Nak tanya sikit part ni.
      Berenti kat RnR , macam mana tiba2 lepas tu ada scene masuk dalam bilik?
      Ada terdelete perenggan ka?
      Akak Skema tak boleh la kalu baca cite putus2 cam gini.

      Reply
  4. dear EL,if is true actually you had an “astral pro… is that u come to my dreams last saturday ..with u argue face?since I ask u for help…

    Reply
    • jap jap sorry nyampukk….

      “is that u come to my dreams last saturday ..with u argue face?since I ask u for help…”

      awak ni cakap pasal apa?

      si EL ni khadam ke sebenarnya?

      gegirl keliruuuu

      Reply
      • not really actually, haha… just ignore buzy body people… he’s/she’s? hell no…but for sure.. He’s try so hard to pretend just like a girls(mcm bangang kan)..and he’s likes you EL..euuuuuuw… atukoii. . . btw EL. . . sa main2 ja bah tu psl mimpi.. xsngka menarik minat pembaca yg lain pulak… do I care bah kirim salam sama bff ko org sabah tu ya elllll….itu sj sy mo kasih tahu

        Reply
          • haha EL..ko kasih ketawa kak yulie typo,nah ko ‘tengok’ ko pun typo dah… huahuaaa… lpas ni aku lagi yg typo sbb ktwakan ko…
            about jd abount…

            about my dreams, biarlh tu.. bkn mngada bah.. sini susah mo ckp… bg ko nombor hari tu pun xda ko call…huhu.. btw sdh kasih smp kah my regard dgn si gary…? aramaitii blng ya el…

          • Bkn die gelakkan akk typo, die gelak besor sbb akk betolkan typo die…
            Tp memang lucu pon typo EL tu…
            Mencurigakan…
            Hahahahahha…

  5. EL,
    Nnti sambung lagi k,
    Sedikit pembetulan tuk perkataanBandar Hilir tu,
    Banda Hilir saja…
    Xde huruf ‘r’ d belakang yer

    Reply
      • Hihihi…
        It’s ok EL,
        Sbb kita asal sna,
        Jgn mendoakan yg x baik udah,
        Da laa kita minat mmbca karya EL nie…
        Nnti sambung lagi k…

        Reply
          • Kat situ ada kedai nasi beriani,
            Tp x pasti yg mane 1,
            Xpe, nnti bole ushaa kat sdamare…
            Kg Mak kita x jauh nau pun dri situ,
            EL…
            Mntk djauhkan laa dri benda2 alah nie
            Bniaga sama2 laa, jgn ada hasad dengki

  6. Aku kena stop baca fiksyen shasha. Sebab sejak2 aku baca ni. Aku jadi cepat takut dan terkezut. Padahal sebelum ni, aku bukan penakut sampai nak tido pon kena bukak lampu.

    Reply
  7. Kesian Cik Man…
    Dapat rasa kekecewaan Cik Man tu sbb dulu arwah abah pn selalu kena…
    Memacam bisnes abah cube, setiap kali tu gaklah ade org x pueh hati buat memacam…

    Akk harap org yg buat tu idopnye lebih tenang, jd jutawan, leh g haji setiap tahun taubat cuci dosa2…

    Reply
  8. Cian cikman.. Kebanyakan melay* gitu la, xboleh tgk kaum sendiri maju. Mula la nk menyantau. Terutama bab kedai mkn.
    ?????
    Sory, teremo lak.

    Reply
  9. Suka baca cerita EL dan Mel. Always looking forward for yr new stories. Keep it up to both of you and the rest yg tulis cerita2 seram serta pengalaman masing2.

    Reply
  10. Alaa..nape cm tegantung je cite ko ni el..haha..aku pun x paham kenape mst ade perasaan dengki dlm bisnes org melayu..family aku ade bisnes mkn2 jgk..mmg selalu je kene kacau..
    Aku xpenah dpt rasa nasi beriyani bt pahat yg hebat..ade tmpt best x?kalo ade sila share

    #mixjawa

    Reply
  11. cerita terbaikk…. habis baca jer,baca2 komen kak yulie n geng sajat.. hahaha..
    masa bca crita si EL ni mmg seram gak.. lps tu baca komen geng sajat..hlang plak seram tu.hahaha..

    Reply
  12. Aku follow je cite kau ni El… best cara kau bercerita ringkas & sng faham
    Xsbr tggu cite berikutnye… jangan lupa upload lagi…

    Reply
  13. Cerita ko kali ni ciput jee EL…Tapi komen…Peerrgghhh…Beratussssss….
    Da ramai pengikut ni x nak buat novel atau Zine ke?wakakakaka

    Reply
  14. bila baca cite ko ni el mmg geram rasa nak g jumpa org yang ada hasad dengki ni….pasal hasad dengki ni lah sampai sekarang famili aku dapat susah ada je benda yang x kene datang…. pasal ni juga la aku berhutang dengan seseorang huhuhuhh belum dapat2 bayar…..

    Reply
  15. ingatkan EL ni pompuan.. rupanya lelaki.. ke aku salah orang yang dia ada kawan boleh bercakap tapi dia perempuan ek?? hahahaha… jarang masuk baca kat fiksyen shahsa ni sebab keberanian aku siang jer, malam2 kecut aku.. tapi kalau muncul aku tak tau aku berani ke tak.. mintak simpang lah.. ok bye..

    Reply
  16. Semua cerita kau memang BEST.. ???
    Tapi aku geramm betol dengan org yg dengki ni. Umur makin tua x sedar sedar lagi. Kubur kata mari rumah kata pergii

    Reply
  17. “Aik. Tak ada orang dekat rumah ke? Kereta Camry ada, keluar pakai kereta kakak ke? Selalu Mama dah tunggu aku depan pintu bila tau anak dia ni nak balik” aku merungut seorang diri.

    Perlu ke mention nama kereta camry tu? Adakah anda cuba menyampaikan sesuatu??

    Reply
    • CARA aku menulis memang aku suka mention benda benda yang wujud dekat Malaysia. Jenama kereta, Nama tempat, Nama orang, Nama mall, KFC, McD, Starbuck, LRT, SMART TAG. Tu memang style menulis aku. Style novle. Kalau kau rasa aku nak berlagak kaya, ‘CAMRY’ tak kaya beb! Lain lah aku tulis MASERATI! Kalau kau nak fikir mcm tu fikir la, TERPULANG. Aku tak boleh buat nak puas kan hati semua orang ?

      Reply
  18. Yang paling bahaya didalam hati manusia adalah hasad dengki.

    Saja nak share. lecturer aku dulu dia umur da 40 tahun tapi dia tak kahwin, dia kata dia takde masa nak fikir pasal kahwin. Sebab dia taknak menyusahkan orang. Aku pelik, apa maksud dia, dia cerita dulu ada orang dengki dengan dia satu family, semua ahli keluarga dia kena santau kecuali ayah dia sebab katanya santau tu tak dapat tembus ayah dia (ayah dia orang alim tak pernah tinggal solat tahajjud). Jadi mak dia, adik beradik dia, termasuk dia sakit teruk sehingga mereka disahkan penghidap penyakit yang kritikal (yang kalau tak dirawat boleh bawa maut). Dia paling sedih bila mak dia meninggal akibat disantau dgn sangat teruk. Dia dah jumpa ramai ustaz tapi tetap tak boleh buang sebab benda tu dah terlalu banyak sampai bersarang dalam badan. Tapi dia redha, dia tak putus asa dengan hidup dia. walaupun sakit dia tetap kuat, aku nak menangis dengar dia cerita. Dia kata dia selalu spend duit dia pada buku dan ubat-ubatan dia yg diimport dari luar negara , harga sebotol kecil cecah ratus-ratus.

    Dia selalu minta aku teman dia kat rumah dia sebb dia takut kalau dia sakit, dia pengsan ke apa, xde orang nak minta bantuan. Aku masuk toileit dia, aku tengok ada batu tutup lubang air, aku mula pelik juga kenapa ditutup lubang air ni. Lepastu aku keluar, dia tanya aku alihkan tak batu kat lubang air tu? Aku cakap aku alih tapi aku dah letak balik. Dia kata dia terpaksa letak batu kat lubang air tu sebab kala jengking, ular dan binatang berbisa selalu datang dari tempat-tempat tu. Dia kata binatang berbisa tu sebenarnya salah satu dari gangguan (santau). dia kata benda tu dah biasa ganggu dia, sebab tu dia selalu buat pendinding kat rumah dia.

    motif orang tu hantar santau pada famili dia sebab orang dengki dengan keluarga pensyarah aku ni, sebab adik beradik dia antara orang-orang yg berjaya dalam kampung tu.

    Kita tak pernah tahu kesalahan apa yang kita buat sampai orang dengki. Tapi bila kita dah dengki tu, kita sanggup musnahkan hidup dan masa depan orang lain. Famili pensyarah aku tak pernah niat nak balas dendam pada si pelaku (pensyarah aku tahu siapa yg buat), ayah pensyarah aku ni tak bagi anak-anak dia balas dendam atau hantar balik santau tu kat diorang, sebab dia percaya Allah uji tu pasti ada hikmah. Lagipun orang tu terlepas kat dunia je, dekat akhirat dia akan dapat balasan dia.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.