Cerita Nina

Hai readers! First nak cakap terima kasih kepada pihak FS sudi publish cerita ni. Nama aku Naz dan aku nak share sedikit pengalaman aku dengan adik aku, Nina, yang terjadi lebih kurang 6 tahun lepas. Aku cerita sikit la ye pasal family aku. Nina ni adik aku yang bongsu. baru umur 6 tahun masa kejadian ni berlaku. Sebenarnya sejak Nina kecik lagi dia selalu kene usik dengan benda2 ni. Sebab dia boleh nampak . Nenek (belah mak) aku kata sebab malam dak Nina dengan mak balik dari wad lepas bersalin tu, ada benda berkenan kat dia. So terkenan ke macam tu la term dia. Nak Tanya lah. Orang dulu2 ni macam ada kelebihan 6th sense ke apa ? ke nenek aku je. Wallahualam.

Sebab ade sekali tu masa balik kampung aku kene hempap kat bilik tamu rumah nenek. Badan takboleh gerak, suara jerit pun tak keluar. Tahu2 nenek kat muka pintu tanya aku okay ke. Terkejut aku. Terus tak terasa beban hempap tu. Pelik juga lah macam mana nenek boleh kat situ. Before tido tadi perasan nenek memang dah lena dah. Check jam dinding menunjukkan pukul 1 . Macam tahu2 je aku kene. Ade sekali tu pulak aku dengan cousin aku main tengteng kat luar rumah. Lukis tenteng atas tanah merah. Aku bagi nama cousin aku Cod. Masa tu nak maghrib dah. Nenek panggil masuk pun kitorang buat tak layan. Haha syok sangat main. Sampai turn aku, toss batu. Lompat2 then patah balik tu aku tengok Cod. “ weh Nott (adik Cod) . Eksyennn eh tadi aku ajak main taknak. Buat ape belakang Cod. Kau lambat lah. Kitorang dah nak habis main dah”

Cod pandang aku. “ Weh babun lah kau. Jangan buat seram. Senja ni. Aku dengan kau je ni gila! . Not kan ikut mama (mak Cod&Not) amik ayah tadi?” Lepas Cod cakap tu elok je aku rasa angin lalu laju tepi pipi. Takde dah kelibat Not. Damn. “wehh dah jom blah.” Lintang pukang kitorang lari takcukup tanah masuk rumah nenek. Mengah. “Ramai pulak harini.” Nenek pandang luar. tutup pintu.” Tu lah nenek panggil tadi taknak dengar” . Nenek kedapur. Terdiam kejap aku pandang Cod. Weh taksempat cerita kot kat nenek apa jadi. Hm. Kitorang pun takde nak Tanya nenek lepas kejadian tu macam mana dia tahu kitorang kene sakat. Okay selesai mukadimah.

Cerita yang bakal aku kongsikan ni ialah apa yang Nina cerita kat aku sepanjang aku dengan dia. Oh lupa bagitahu. Aku anak first. So Nina panggil aku Yong. Kami dua agak rapat juga sebab entah ek orang kata bonding anak first and last ke macam mana tah tu. Dulu aku sekolah asrama kat selatan tanah air.( asrama pun banyak gak story ni. Setiap sudut ada. Locker katil toilet etc. Kalau ada request nanti aku buat entry lagi). Budak asrama biasalah jarang balik rumah.Yang mana sekolah asrama dulu mesti faham ada minggu tertentu je boleh balik rumah.

So bila minggu balik rumah tu la baru la aku ada masa dengan Nina. And masa tu la dia duk sibuk cerita itu ini kat aku. Aku memang dah faham dah adik aku ni. Kalau balik mesti share cerita. Dia kata dia suka cerita kat aku sebab aku percaya dia. Kalau cerita kat mak,mak kata tu
perasaan dia je walaupun mak tahu benda tu ada. Actually mak aku percaya apa yang adik cerita tapi mak takut. Tu yang mak macam tak berapa sangat kalau adik start bukak cerita dia. Dak Nina ni dia bukan takat cerita pasal benda tu je, segala drama tv3 semua dia cerita.siap buat synopsis kat aku masa tengah tengok tv.

Stake 1 : Pokok Sagu

Rumah aku ni terletak kat area luar Bandar. Senang cakap kampong lah. Sebenarnya rumah pusaka arwah arwah atuk. Tapi wasiat dapat kat ayah. Kiri and kanan rumah aku kebun kelapa sawit. Depan rumah pun. Tapi belakang rumah aku ade rumah makcik aku.belakang rumah dia baru ada kebun kelapa sawit. Haa boleh imagine tak macam mana rupa. Ok sebelum area kebun kelapa sawit sebelah rumah aku, ni ada la arwah atuk dulu tanam sikit cam pokok durian, rambutan, jambu air dan pokok sagu (pokok ni aku taktahu apa function dia ditanam.haha).Kiranya pokok2 ni bebetul sebelah kebun kelapa sawit macam tulah. Boleh bayangkan tak? Huhu. Biasalah rumah kampong kan. Ade sepokok2 je la macam tu.Bukan dusun. Ada sekali tu aku balik rumah, sampai da dekat nak maghrib. Belok simpang rumah tu aku nampak Nina tercegat tengah jalan rumah aku duk tengok pokok sagu tu sambil teleng kepala.

Aku tegur la dia “Nina! Buatpe tu”. Nina macam tersentak. “Yong! Masuk rumah Yong. Cepat jom cepat”. Dia tarik tangan aku masuk rumah. Aku pun dalam hati dah kenapa budak ni. Ikutkan jelah. Lepas solat isyak, aku ajak Nina gi beranda rumah. Tengok bintang. Kadang aku rajin gak ngajar Nina buruj2 ni. Pasal dia ada belajar kat sekolah jugak. Tak lama duduk luar tu, Nina ajak masuk dalam dia cakap sejuk. Sejuk apa dia entah malam tu aku rasa suam2 je. Malam tu aku ajak Nina tido dengan aku. Sebagai hakak mithali aku tepuk2 dia sikit , nyanyi, main rambut dia nak tidurkan dia.hee.

Masa ni dia bukak cerita.”Yong.emm tahu tak petang tadi masa Yong balik rumah kan.. adik nampak ada kakak cantik pakai baju raya.” Baju raya ni aku tafsir dia maksudkan baju yang selalu orang pakai masa raya. Kebaya ke kurung. “Haa Yong ke tuuu hehe” Kebetulan minggu aku balik tu baru lepas majlis anugerah kecemerlangan kat sekolah. So aku melawa sikit. “ish tak lah. Akak tu diri atas pokok sagu tu tengok rumah kita. Dia nampak adik tengok dia.pastu dia nak datang dekat. Tapi bila dia dekat dekat muka dia kejap cantik kejap macam wewe (momok) Yong . Adik tengah tengok dia lagi masa Yong panggil tadi”.

Meremang segala bulu bila adik aku cerita macam tu. “tadi kat luar pun dia ada. Tapi dia takboleh masuk sebab rumah kita terang“. Part dia kata takboleh masuk tu aku lega dah. Wa nampak je kental beb. Ketar lutut juga setiap kali Nina cerita. Actually bukan Nina je. Orang Kampung pun ade yang ngadu kat ayah nampak benda tu macam tengah tunggu masa je nak masuk rumah kitorang. Sebab rumah pusaka ke sebab Nina? Tu aku tak pasti.

Stake 2 : Desaru

Ayah aku keje kat satu company ni. One fine day boss ayah belanja pegi holiday. Sebab apa dia belanja aku tak ingat dah. Yang pasti pasal kerja la. Performance ke dapat banyak tender ke entah. Maka ke Desaru lah kami..

Resort yang kami pegi tu dari luar memang pehh cunnnn. Tapi korang kene masuk lalu korridor dia dulu la baru kau tahu cun tak cun. Korridor dia tu, kau jalan situ kau boleh imagine scene Lights Out. Jalan sempit dinding dull macam aihhhh hodoh lah. Macam lama punya. Bos ayah pun satu cari tempat pun biau ler lawo sikit. Ish. Actually dalam bilik tu lawa je. Just kat lift dengan corridor tu je yang takdapat diselamatkan. Kami sekeluarga sampai ke resort tu lebih kurang tengah hari macam tu. Lepas lunch, kitorang lepak bilik je. Golek2 , tengok tv, tengok pemandangan dari berandah.

Petang tu memang da plan da nak g pantai. Main air, main buai, kutip cengkerang. Hehe. Banyak gak la hasil kutipan. da duk fikir nak buat souvenir tampal2 kat kad hari jadi , gelang etc. Gegirl sangat. kbye. Okay cerita dia, balik je dari pantai kitorang lepak bilik. Mandi solat semua. Sementara nak tunggu maghrib kitorang santai2 je dalam bilik. Ada yang tengok tv, main phone. Macam aku pulak aku duduk atas carpet depan katil. Main dengan Nina. Tiba2 Nina tunjuk bawah katil “ Yong apetu !” cemas. then dia nangis. Aku cepat2 peluk dia pujuk dia cakap takda apa. Yong ada. Mulanya reda sikit dah. Tak lama tu makin kuat dia nangis. Pastu suruh pergi. takkan budak ni suruh aku pegi pulak kan. huhu. Ayah taksedap hati, dia azan setiap penjuru bilik. Mak pulak marah kitorang kutip cengkerang tu.

Mak kata kitorang macam jemput ,dia’ masuk bilik. Sedihnya kene marah. Tapi biasalah pantai kan. Ade je benda tu sebenarnya. Masa dinner tu aku tanya Nina dia nampak apa tadi. Dia kata ada tangan hitam bulu lebat keluar dari bawah katil. Dia terkejut tu dia nangis. Yang melalak makin kuat tu pulak sebab tangan tu duk pegang dia. Tarik2. Takguna punya wewe. Kesian adik aku.hm. Aku ikut seram sejuk masa Nina cerita. Sebab aku tak nampak. cuba kalau aku nampak apa yang Nina nampak. Mau meraung berbuih mulut jugak dalam bilik tu tadi.

Okay gaiss. setakat ni saja cerita aku. Rasa tulis panjang dah ni. Hehe Ada banyak lagi yang Nina cerita. Inshaa Allah ada masa nanti aku menulis lagi. share kasi semua baca. –Yong Naz –

Naz

Leave a Reply

9 Comments on "Cerita Nina"

Notify of
avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
RoseAva

despite of the seramness, seronok tgok hubungan awak dengan nina >,<

Ratu Sulaman

Cot Not nama kucing saya, hehehe…
Sambung menulis cerita best!

luhan

sambung sambung pliss. cerita best!

Kak Ieda

Best! Teringat cerita satu lagi yang adik dia pun sama mcm adik penulis ni..nama adik dia Nuha kot. Tertunggu jugak citer beliau..

Mira

aah.. betul tu. lebih kurang mcm cita nuha, tertunggu2 jugak sambungan nya.

Bob

best jgk, nak tau lg cite dari si Nina…

Panda

Best! Ceritalah lagi! Part bonding anak sulung dan bungsu tu memang betul! I pun anak sulung gak. Rindu pulak dgn adik bungsu aku. haiii

Kak Yulie

Hai Kak Yong…
Akk bkn anak sulung, tp mmg kamceng ngan adik bongsu…
Geng bergossip dan makaaannn…
Hahahhaahha…

Mesti Nina rinduuu sgt ble Yong dok asrama kaannn…
Kesian die…

Yan

aah. sweet je yong dgn nina. takguna punya wewe. haha. cute.

wpDiscuz