Cermin Antik

Nama aku Dom (Nama Samaran). Aku masih lagi teringatkan peristiwa dimana aku dan keluarga berpindah di sebuah banglo lama tinggalan mendiang atukku yang merupakan banglo berusia lebih dari 100 tahun. Seni binaannya nampak unik dan lain dari yang lain. Nak dijadikan cerita, ayahku merupakan anak tunggal hasil dari perkahwinan atuk dan nenekku. Oleh kerana ayahku sahaja anak mereka, maka secara automatik banglo peninggalan tersebut menjadi milik ayahku.

Suasana banglo tersebut agak menyeramkan kerana agak terpencil dikawasan hutan. Selain itu, bila hendak membuat panggilan telefon terpaksa pergi ke simpang jalan raya utama. Aku yang jenis berani sedikit cuba untuk melihat kawasan banglo tersebut dan terdapat sekitar dindingnya telah ditumbuhi lumut hijau dan tidak jauh dari tempat tersebut terdapat beberapa kubur usang dan tidak tahu siapa empunya.

Semasa kusyuk melihat kawasan banglo tersebut, mataku tertumpu pada sepohon pokok ara yang tumbuh tidak jauh dari banglo kami. Apa yang menariknya pokok tersebut, salah satu dahannya telah dipasang buaian. Tetapi, apa yang menghairankan ialah, buaian tersebut bergerak sendiri seperti ada orang yang bermain. Aku yang tidak mahu berfikir panjang langsung saja berkata mungkin angin yang membuatnya bergerak.

Semasa hendak pergi meninggalkan kawasan tersebut, aku terdengar seperti ranting kayu kecil dipijak. Langkahku terhenti dan melihat sekeliling tetapi tiada sesiapa. Lantas ku bersuara.

“Siapa tu?” Tanyaku. Namun tiada siapa juga disana.

Apa yang lebih menghairankan lagi, buaian tadi yang bergerak kencang, kini menjadi tenang dan sangat tenang. Melihat kejadian tersebut, bulu tengkuk dengan serta merta naik dan diselubungi rasa takut. Tanpa berfikir panjang, aku langsung membuka seribu langkah meninggalkan kawasan tersebut. Peristiwa tersebut tidak kuceritakan pada orang tuaku kerana takut dikatakan mereka cerita dan sengaja menakutkan adik ku yang lain.

Kami mula memunggah barang di dalam lori dan mula menyusun atur di banglo tersebut. Keadaan dalam banglo tersebut masih dalam keaadan elok dengan perabot yang tersusun rapi cuma agak bedebu sedikit. Aku dan adik beradikku naik ketingkat atas untuk mencari bilik tidur masing-masing. Aku memutuskan untuk memilih bilik dihujung sekali kerana ruangannya agak besar dan luas. Sedang mengamati kawasan bilik tersebut mata aku tertumpu pada satu pintu yang telah dikunci oleh mangga. Aku menghampiri pintu tersebut.

“Pintu apakah ini? Apakah yang terdapat didalam bilik tersebut?” Aku bermonolog dalaman.

Sedang asyik aku memegang kunci mangga tersebut, aku terdengar bunyi rintihan kecil. Aku terkedu seketika dan cuba mencari pasti dari mana datangnya bunyi tersebut. Aku melihat melalui lubang kecil kunci di pintu kunci tersebut tetapi gelap. Sedang mengamati ruang didalam bilik kunci tersebut, ‘PAPP!!’ Aku terkejut mendengar bunyi tersebut dan langsung berdiri semula. Ku lihat seorang lelaki dalam lingkungan 80 tahun keatas dan mempunyai parut di kiri pipinya meminta aku dan keluargaku untuk pergi meninggalkan banglo tersebut sambil memegang tangan kiriku.

“Keluar kau dan keluargamu dari rumah ini!” Teriak orang tua tersebut dan ku hanya memejamkan mata seketika sambil memegang dada yang seperti hendak terkeluar jantung akibat kejadian tersebut.
Apabila aku membuka mata semula, aku berasa hairan kenapa lelaki tersebut lenyap begitu cepat sekali tanpa bertanya siapakah dia. Adakah aku sedang bermimpi atau hanya ilusi ku sahaja. Yang menjadi tanda tanya, tanganku menjadi lebam dimana tempat lelaki tersebut memegang ku tadi. Aku berasa tidak sedap hati, langsung sahaja mencari ibuku dan bertanyakan peristiwa tersebut sambil memberitahu ibuku tentang ciri lelaki tersebut. Ibuku terkejut dan memberitahu kepadaku bahawa lelaki tersebut merupakan pekerja atukku yang menjaga kawasan rumah tersebut yang telah hilang sejak bertahun lamanya. Aku menjadi semakin kebingungan akan kejadian tersebut. Namun segalanya ku pendam sahaja.

Malam itu semuanya berjalan lancar sehingga waktu malam semasa hendak tidur. Sekali lagi aku dikejut dengan bunyi cakaran didalam bilik kunci tersebut. Kali ini bunyi tersebut telah mengejutkan kami seisi keluarga. Aku tanpa berlengah masa telah mengambil keputusan untuk memecahkan kunci mangga tersebut. Dengan berbekalkan lampu ‘Torch Light’ telefon pintarku, aku mengeledah masuk kedalam kawasan bilik tersebut. Alangkah terkejutnya aku dengan bangkai tulang manusia yang bertempiaran di seluruh kawasan tersebut. Aku memberanikan diri untuk melihat kawasan bilik tersebut. Aku terlihat sebuah cermin antik dan mempunyai corak yang begitu aneh sekali.

Sedang mengamati cermin tersebut, kelihatan seperti susuk tubuh wanita yang berlumuran d***h mula keluar dari cermin. Mukanya hancur dan seluruh bilik tersebut begitu berbau sekali (bau bangkai). Aku berasa takut dan rebah tersungkur. Telefonku terjatuh dan terpadam sehingga menyebabkan keadaan sekeliling menjadi gelap gelita. Aku meraba-raba lantai mencari telefonku semula. Apabila aku menemui telefonku lalu menghidupkannya semula. Semasa menghidupkan ‘torchlight’, aku mengamati semula ruang dibilik tersebut namun tiada apa jua dan menjangkakan mungkin cuma igauan ku sahaja. Sedang beberapa saat kemudian, aku seperti ditindih sesuatu benda yang begitu kuat sehingga menyebabkan aku jatuh tersadai.

Bila aku berpaling semula, satu makhluk tepat sekali diwajahku sambil merenung aku dengan tajam. Aku beteriak dan cuba melepaskan diri namun tiada berdaya.

“Lepaskan aku, jangan ganggu aku, pergi kau dari sini!” Bentakku.

Namun segala usahaku tidak menampakkan hasil. Makhluk tersebut dengan segera memasukkan dirinya melalui mulutku sehinggakan aku sesak nafas dan tidak sedarkan diri. Aku seperti kerasukan. Namun aku masih dalam separuh sedar. Semasa makhluk tersebut berjaya memasuki tubuhku, ku lihat tangan kiriku memegang pisau dan cuba untuk memotong leherku. Aku cuba melawan sekuat hati. Semasa sedang berlawan dengan makhluk tersebut, telingaku menangkap satu bunyi yang tidak asing lagi seperti pernah aku dengar sebelum ini. Kulihat seorang pakcik yang kujumpa pada pagi tadi semasa menjejakkan kaki ke banglo tersebut. Sambil menghampiriku, pakcik tersebut memohon keampunan.

“Mila, maafkan aku Mila. Aku tahu aku bersalah dalam hal ini. Lepaskan anak ini. Dia tidak bersalah, dia tidak tahu apa-apa. Jangan kau ganggu dia, Mila. Aku sudah menyesal. Saya akan bertanggungjawab akan kandungan Mila ini. Pulanglah kau Mila, kau sudah tenang. Aku akan ikut kau Mila”. Rayu pakcik tersebut.

“Kenapa bang? Kenapa sekarang baru mengaku? Aku terseksa bang. Seksa sangat. Bertahun aku dicaci, dimalukan oleh masyarakat. Sampai hati awak bang. Kalau begitu, Mila maafkan abang”. Dengan tanggisan Mila melepaskan pisau ditangan.

Selepas kejadian tersebut, Mila mengeluarkan dirinya dari badanku sambil memohon maaf dan dengan perlahan rohnya menghilang. Selepas peristiwa tersebut, pakcik tersebut menghampiriku seraya berkata;

“Nak beritahu orang tuamu untuk memecahkan cermin antik tersebut dan semadikan aku dan Mila. Maafkan pakcik ye nak. Pakcik tahu permintaan pakcik ini berat untukmu nak.” Rayu pakcik tersebut.

Aku yang masih lemah menganggukkan kepala dan terus pengsan. Keesokkan harinya aku terjaga dan mendapati terlantar di katil hospital. Kulihat seluruh ahli keluargaku berada disampingku. Ku tanya orang tuaku kenapa aku berada di hospital. Mereka memberitahu bahawa sudah 2 minggu aku tidak sedarkan diri walhal baru semalam aku berada dibanglo tempat kami tinggal. Ayahku memberitahu bahawa aku pengsan semasa perjalanan ke banglo lama tersebut. Selesai sahaja urusan keluar dari hospital, aku langsung berjumpa ayahku untuk memanggil pihak polis. Ayahku yang kehairanan langsung bertanyakan kepadaku apa alasanku untuk memanggil pihak polis. Aku terus memberitahu akan peristiwa yang aku alami.

“Ayah, ayah kenal Mila tak?” Tanyaku.

“Ya, ayah kenal Mila tu. Dia hilang sampai sekarang tidak ditemui bersama dengan pakcik yang bekerja dengan mendiang atukmu dulu. Sampai sekarang pencarian mereka masih gagal dan menemui jalan buntu, Dom”. Terang ayahku.

“Jika begitu, saya dah jumpa mayat mereka berdua yah, kita kena keluarkan mayat mereka dari cermin antik tersebut”. Rayuku kepada ayahku.

“Cermin? Cermin apa yang kau maksudkan ni Dom?. Tunggu!! Ayah masih ingat lagi bahawa mendiang atukmu ada membeli satu biji cermin antik dan cermin antik tersebut adalah pintu dimana orang dahulu menyimpan barang yang berharga.” Terang ayahku.

“Kalau begitu, kita terus sahaja ke banglo tersebut dan selesaikan masalah ini.” Pintaku.

Setiba sahaja di banglo tersebut, kami dan pihak polis terus sahaja ke bilik seperti dalam peristiwa yang aku alami. Pihak polis memecahkan mangga bilik tersebut dan menggeledah sekitar ruangan bilik tersebut. Anjing yang dibawa polis tersebut mula berkerumun dihadapan cermin antik tersebut seperti mengesan sesuatu. Pihak polis melihat kejadian tersebut cuba memecahkan cermin tersebut dan melihat dua biji tengkorak dan tulang berada didalam bilik tersebut. Pihak polis dan ahli forensik terus menjalankan tugas dan mengumpul segala tulang untuk disiasat. Aku berasa lega sekali bahawa segalanya berjalan dengan lancar. Kedua-dua tulang Mila dan pakcik tersebut selamat dimakamkan ditanah perkuburan.

Semasa doa dijalankan, mataku melihat dua susuk tubuh berada di bawah pokok kemboja. Ku lihat mendiang si Mila dan Pakcik tersebut tersenyum kearahku sambil pergi meninggalkan kawasan tersebut. Sejak peristiwa tersebut, kami sekeluarga memutuskan untuk tidak tinggal di banglo tersebut dan mencari rumah yang baru. Bagaimanakah dengan banglo lama tersebut? Nantikan sambungan “Cermin Antik 2”.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 21 Average: 4.1]

51 thoughts on “Cermin Antik”

  1. Bosan, klise dan jalan cerita questionable. If you really want to write a fiction at least makes it well curated and smart. Plus, there’s not much of originality in your story line, its cliche and typical, there are already too many horror stories with this similar story line.

    Cuba lagi dan teruskan lah menulis untuk memajukan penulisan. And if you really want to better your writting, be open to cristicism.

    Reply
  2. Hi semua, terima kasih diatas komen dan nasihat anda untuk penulisan cerita pertama saya. Cerita ini hanya rekaan semata-mata sahaja. Mana yang baik saya akan ambil sebagai guidance dalam menghasilkan sebuah karya seterusnya. 😃

    Reply
  3. baca je la tak perlu comment bukan-bukan yang boleh melukakan hati orang lain. kalau rasa diri tu bagus sgt, cube kau tulis story kau pulak. baru rasa kat hati tu. Sendu

    Reply
  4. tulang bertempiaran di seluruh bilik ?? serius arr writer>@<..hahaha..perkataan yg sepatut nya ialah berselerakan ya. bukan bertempiaran..lain mcm sa baca bah bertempiaran..hahaha..sorry terketawa.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.