Bismillah . Tq to admin sbb approve .
Cerita aku nak cerita ni adalah pengalaman masa aku sekeluarga bercuti dekat Melaka beberapa tahun lepas . Macam biasa aku jadi insan terpilih untuk cari tempat menginap haha . So aku cri la dekat booking.my tak silap . Cari2 aku jumpa satu tempat ni tepi pantai morib . Aku tak ingat nama tapi dia dekat2 dengan tempat askar . Waktu nak isi form nak booking tu ayah aku kata mintak nak privacy so aku tulis lah extra privacy .
Pada hari kitorg sampai melaka tu kitorang check in pukul 9 gitu . Dan nak privacy sangat . Kitorang dapat chalet yang hujungggg alam haha . Chalet ni ada dua bilik ruang tamu semua sbb family aku pun ramai . Waktu first masuk chalet tu , kitorang tak jumpa tempat letak kad untuk activate electricity rumah tu . So bergelap lah nak cri tempat letak kad tu . Waktu tu serious rasa cuak lain macam semua ada . Then try call receptionist diorang kata dekat belakang langsir belakang pintu . Noks punya nak sorok haha . Nevermind .
Sebab waktu dah lewat malam ayah kata untuk rehat je malam tu . Semua lepak kat ruang tamu . Entah kenapa dapat rasa gila aura lain macam rumah tu . Aku tak mandi la cerita dia sebab takut . Then tengah sedap lepak . Lampu satu rumah terpadam . Sudah . Tngok suis utama jatuh . Tapi bila naikkan balik suis utama . Elok je lampu nyala balik . Ayah kata takde ape pun tu biasalah suis jatuh . Then waktu semua nak masuk tidur , ayah aku tiba2 ajak adik lelaki aku tidur dengan dia dekat ruang tamu . Untuk pengetahuan korang ayah aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang sgt lah berani . Aku pulak bila dengar gitu terus fikir bukan2 tapi aku diamkan . Kejadian suis jatuh tu berlaku sampai dekat pukul 3 pagi .
The next day semua siap2 nak keluar . Ayah aku kata hari ni kita duk je luar . Rasa nak tidur baru balik . Then ada pakcik tukang kebun lalu . Ayah tanya tentang kejadian suis jatuh tu . Pakcik tu macam nak berdolak dalik then ayat last dia kata . Takyah lah duduk sini . Tukar rumah lain . Cuak bhai dgr dia kata gitu . Tapi ayah taknak tukar pun . Barang bnyk kot nak angkut semua .
Lepas seharian melawat melaka . Kitorang balik bilik . Waktu tu malam . Waktu semua nak geram masuk rumah tu abang aku perasan ada kucing asyik mengiau dekat kitorang . Abang aku halau . Then dari jauh pun kucing tu still pandang rumah kitorg . Malam tu semua settle solat awal . Then mak aku memang jenis lentok awal . Awal lagi mak aku dah tidur dkt bilik hujung skali . Yang kitorang semua lepak ruang tamu . Then waktu aku dgn adik perempuan aku nak gerak masuk bilik mak aku tu , tiba2 adik aku kata tengok tu mak tidur . Nampak seram . Korang boleh imagine tak . Mak aku tidur macam biasa tapi aku dengan adik aku rasa seram yang amat pandang mak aku . Aku sendiri tak boleh explain apa yang aku rasa waktu tu . Sampai tahap aku dengan adik aku tutup pintu bilik mak aku tu then sambung duduk depan sampai semua nak tidur . The same thing happen mcm smlm the whole night . Elektrik on off .
The next day iaitu last day kitorang kat situ . Kitorang kemas semua . Even siang still aura rumah tu rasa tak syok . Macam ada something wrong .
Actually the whole time kitorang kat melaka tu tak sorang pun bukak cerita pasal chalet tu . Otw balik . Dalam kereta . Tiba2 ayah kata . Abah rasa ada yang tak kena dengan chalet kita duduk tu . Then one by one bukak cerita macam yang aku cerita kat atas . Memang kalau ditakdirkan nak pergi melaka lagi . Memang idoklah nak duduj dekat chalet tu lagi . Yang paling penting . Tak payahlah nak privacy bagai ?
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Pantai morib kt banting…bukan melaka..ko cite betul ke ni
morib kat banting…nampak sgt citer kelentong ni..jauh bnar morib n melaka…mabuk ketum ke?
mengikut geografi anda, mesti pantai klebang kat banting kahkah karut betei
pecah tembelang…tipu pnya cerita….
lol morib kat melaka.hang mabuk ke
hmmm, aku pun rasa yang dia maksudkan ni sama ada klebang atau tanjung bidara. baca mula2 pun sampai aku ulang balik sebab takut salah baca. Pantai Morib ada kat Banting, sejak bila pulak pindah Melaka?
Kes xblaja geografi ke or terlbh ketum
tu la pasal…aq yg dok melaka xpernah pulak dgr pantai morib
ni bkn cerita seram, ni ko seram sorang2.