Assalamualaikum pembaca fs. Ini kali ketiga aku menulis kat page ni. Kali ni aku nak cerita pengalaman seram melibatkan my home sweet home. Aku ceritakan sejarah rumah kami dulu ya. Rumah teres 2 tingkat di kejiranan yang tak ramai melayu, dalam 1deret hanya kami je yang melayu. Rumah ni dulu home sweet home bagi kami tapi malangnya selepas peristiwa mama disihir teruk rumah kami pun turut disihir. Macam mana aku tahu?
Pada suatu petang, hanya ada papa, mama, abang no 2 dan aku berada kat rumah masa tu. Kami berborak-borak diruang tamu tiba-tiba “prappp,prapp..papppappppapp!!!”.terdiam serentak semua bila terdengar bunyi dari dapur lalu kami berlari ke dapur nak tengok bunyi apa tu. Ok terkejut gila kitorang tengok tiles dapur pecah retak terbelah 2 macam ada gempa bumi dalam rumah kitorang.tanah membukit keluar dari lantai dan muncul sejengkal batu kristal dari situ.batu kristal tu rupanya macam pensil besar tu panjang dan hujungnya tajam.so korang boleh fikir logik la kot fenomena apekah itu.huhu.
Since then mama papa pun renovate balik lantai dapur tu dan seluruh rumah tapi diorang tak duduk pun rumah tu. Diorang ada rumah lain kat kampung. Mama tak boleh duk rumah tu lebih dari 3hari nanti nampak muka papa bertanduklah, berubah muka b**i lah.huhu. Diorang pergi berubat merata-rata sihir yang dikenakan kepada mama tapi diorang lupa nak ubatkan rumah kami.huhu. Sihir pemisah yang dikenakan ke atas sesiapa yang tinggal dirumah tu. Rumah tu selepas tu pernah diduduki abang nombor 3, isteri dan anaknya. Pernah juga diduduki aku, suami dan anak-anak. Ironinya selepas itu, aku bercerai dengan suamiku dan abangku bercerai dengan isterinya.
Kisah aku lebih kepada kisah masa aku sudah menjanda. Nak cari rumah lain aku tak mampu, kalau rumah murah nanti tak selesa pulak jadi aku masih tinggal dirumah tu ditemani anak aku 2orang. Kadang-kadang aku tinggal sorang je bila tiba giliran bekas suami aku dengan anak. Memang banyak gangguan yang aku alami masa tu. Mungkin sebab aku banyak bersedih dan kesorangan. Tapi aku pilih cerita yang gangguan melampau sikit eh huhu.
Malam tu hanya aku dan anak bongsu ku ada dirumah. Kami dah tidur masa tu tiba tiba aku terjaga dari tidur bila terdengar bunyi macam orang tengah gergaji sesuatu. Kuat weh bunyi dia! “Krekkkkk,krekkkk,” perlahan kemudian semakin laju. Kemudian perlahan balik. Bunyi datang dari atas bumbung. Dalam kepala aku time tu memang fikir perompak je.
Aku terus berdiri atas katil dan menjerit “hoiiii!!!!” Hahaha konon kalau buat macam tu perompak terkejut cabut lari. Tapi bila fikir balik kalau perompak takkan buat bunyi bising mesti senyap senyap je kan. Tapi sayangnya bunyi tu berhenti sekejap kemudian bersambung balik.
Sumpah aku menggigil takut masa tu aku tidur balik peluk anak aku. Aku whatsapp jiran aku janda india yang baru je berpindah masuk 3hari lepas. Aku tanya dia ada dengar apa apa tak. Dia cakap tak. Aku dah tak fikir banyak terus call polis bagitahu ada perompak nak masuk rumah aku. Polis akan hantar bantuan sebentar lagi.
Sementara tunggu polis sampai bunyi gergaji tu berhenti. Bersambung dengan bunyi tapak kaki berjalan jalan atas bumbung aku. Aduhhh! Perompak tu dah masuk ke? Habisla kalau dia rogol aku macam mana. Sumpah aku dah menggigil takut. Tak berani nak bergerak langsung.
Masa tu baru terfikir nak baca ayat kursi. Mungkin nanti perompak masuk pun tak nampak aku huhu. Lepas aku baca berulang kali keadaan jadi senyap sunyi. Takde dah bunyi tadi. Telefon aku berbunyi rupanya polis dah sampai depan rumah. Aku whatsapp janda india tu suruh keluar sekali kot-kot perompak masuk rumah dia skali tapi dia taknak. Cett penakut betul.
Polis masuk rumah aku check semua bilik bumbung semua takde langsung tanda pecah masuk. Aikk biar betik? Polis siap cakap bunyi tikus kot. Aku macam whatttt? Aku tahula bunyi apa yang aku dengar. Lain gila kot. Then baru aku teringat kalau bukan orang confirm benda tu mengusik aku lagi. Benci. Malukan aku je.
Ada suatu senja aku balik kerja penat nauzubillah, masa tu tengah datang bulan pulak tu aku tak sedar aku tertidur maghrib tiba tiba aku terdengar bunyi dari bawah katil macam bunyi harimau bernafas. Ingat tak dari cerita lepas sihir 4penjuru yang ustaz tu kata aku ada saka harimau? Mungkin harimau tu la kot. Aku tak sure. Lepas tu tingkap sliding kat atas kepala aku bergegar-gegar kuat. Tingkap tu memisahkan antara bilik dengan dapur. Mustahil angin yang gegarkan. Terkejut aku weh terus bangun mandi keluar rumah huhu.
Pernah sekali aku tengok tv siang hari. Cerita apa tah aku bosan mengantuk aku tutup astro sekali dengan suis dekat dinding tu aku tutup. Aku keluar bilik tv berjalan ke tangga nak naik atas aku terdengar bunyi-bunyi dari bilik tv. Aku patah balik bilik tu tengok tv terbuka balik siap terpasang astro chanel tadi weh. Mungkin dia tengah tengok tv tadi aku gi tutup. Aku tutup balik. Nak tengok free je bayar ah bill astro sekali! Kah!
Malam tu turn aku tengah sedap tengok tv dia pulak boleh tutup tv! Kurang ajo betul. Terkejut aku terus berlari sampai keluar rumah hahaha. Ok lah aku rasa macam panjang pulak cerita kali ni. Aku pun dah tak duduk rumah tu lagi dan dalam proses untuk dijual. Assalamualaikum.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
jahatnye sape yg buat.. smpi bercerai berai
Kena mintak ustaz bersihkan dulu rumah tu sblm jual kot…huhu..pandai lak dia layan astro tu …
Betul²…Nanti org yg duduk jadi mangsa pula…sbb x tahu menahu…tapi sedih lah smpai bercerai beri dua pasangn.
penulis cerita sihir 4 penjuru ke ni? yg kahwin dgn abg Zack tu?
Sy pun pernah juga kena kacau dgr bunyi tapak kaki. Tk pernah trfikir nak baca surah pun,. Nezt day ada lgi bca surah semua dh takde dah walohualam
lain kali jgn ckp nauzubillah je, biar habis ckp nauzubillahiminzalik… nauzubillah maknanye ‘minta djauhi Allah’… n nauzubillahiminzalik pula maknanye ‘minta djauhi Allah dr perkara tu’… begitulh lbh krg….
owh gituww
#cumel