#CIK_ALIN USIKAN MANJA

#CIK_ALIN – 2. USIKAN MANJA
Assalamualaikum dan hai pembaca FS .
Terima kasih admin kalau publishkan entry aku yang kedua ni. Kalau entry lepas aku ada ceritakan pasal arwah kawan aku yang menjadi Korban Hantu Air. Kali ni aku nak share pasal diri aku sendiri plak.

Sebenarnya sejak kecik aku ni memang selalu kena ganggu. Kadang-kadang boleh merasa aura kehadiran ‘benda’ tuh bila dia datang dekat, kadang-kala diganggu melalui bunyi-bunyian. Tapi Alhamdulillah walaupun dapat melihat benda tuh jugak, tapi jarang berlaku.

Seram tuh hanya orang yang pernah mengalami perkara yang sama jer faham macam mana. Semua benda ni terjadi samada di rumah aku, sekitar kampung aku, disekolah dan sampailah kat tempat aku study sekarang ni. Okehh ni antara pengalaman aku diusik semasa aku kanak-kanak .

Jelmaan Jin Berupa Beruk vs Ayam

Masa aku umur 6 tahun masa ni dalam tahun 2000, aku bersekolah tadika kt kampung sebelah. Pagi-pagi mak atau akak aku (akak aku time ni sekolah sesi petang, so pagi dia free la) yang akan hantarkan berjalan kaki jer. Jarak tuh ada la dalam 500 meter daripada rumah aku. Time balik plak kalau mak aku tak dtg jemput, aku akan balik jalan kaki sorang-sorang jer. Selalunya lebih banyak balik sorang-soranglah berbanding dijemput. Hehe. Tapi dulu orang-orang kampung penuh adab sopan dan budi pekerti yang baik.

Mak ayah mana nk risau kalau kanak-kanak jalan sorang-sorang. takde pun “jembalang kepala hitam” yg nak kacau anak orang. Yang baik-baik jer ada semua, siap kalau jumpa ajak nak tumpangkan naik motor or basikal diorang lagi ada la dan hantarkan kerumah. Huhu.

Okehh, kisahnya macam ni. Satu hari ni, macam biasalah mak aku tak datang jemput aku lagi, so automatiklah aku balik sesorang lagi kn. Elehh no hal, gua dh biasa . takde hal la, nak takot apa kan. Aku ni plak jenis kanak-kanak ceria astro ceria tuh. Sambil-sambil jalan memang aku suka nyanyi-nyanyi atau hafal-hafal apa yang cikgu ajar kat sekolah setiap hari. Mungkin sebab tuh zaman aku kecik-kecik dulu hati aku terang, cepat belajar.. cewahh up diri sikit.. hehe..

Nak dijadikan cerita, time balik jalan ni, memang aku akan lintas satu kawasan anak sungai dalam jarak 50 meter dari tadika aku. Anak sungai ni kecik jer, alaa sekali lompat orang dewasa jer terus sampai tebing sebelah. Huhu. Sekeliling anak sungai ni memang banyak pokok paku-pakis dan pokok-pokok ara. Kira jalan yang aku lalu tuh merentasi anak sungai ni dan kawasan ni plak takde rumah orang. Sebab dia macam sempadan kampung aku dan kampung sebelah tempat tadika aku tuh la. Masa tengah syok berjalan sambil menyanyi sesorang tuh, mata aku ni aku selalu perhatikan kawasan anak sungai ni. Syok wehh tengok sungai jernih, buah-buah ara yang besar-besar kat pokok. Tapi tak semena-mena aku perasan kawasan semak lalang berhampiran bergoyang-goyang macam ada benda tengah berjalan melaluinya.

Akupun terus pegun, nak perhatikan apa benda la kan. Tetiba, zup macam kilat aku terpandang benda berbulu hitam lebat lintas semak dekat lalang tuh terus menghilang kearah dahan ara. Arghhhhhhh terkejut beruk la aku. Terus aku lari tak ingat dunia. haa jangan tak tahu, aku ni memang bukan jenis penakut, tapi bukan jugaklah jenis berani sangat. Kalau budak-budak lain tuh aku rasa dan pengsan kt situh. Hahaha. Yang aku ingat benda tuh macam beruk. Mata dia merah. benda apa tuh wallahualam aku xtahu. Tapi kampung aku memang xde beruk or monyet. Dan logiknya, hari-hari aku lalu kawasan tuh tak pernah plak aku jumpa benda tuh.

Bila agak jauh dah lari, dan aku rasa dah selamat. Aku pun berhenti berlari, tarik nafas panjang-panjang cuba untuk cool. Urut-urut dada yang penat. Sambil-sambil teruskan perjalanan, sambil otak aku ligat berfikir apakah makhluk tadi. Sedar tak sedar, kaki aku dah memasuki simpang menuju kerumah aku. Ada lah dalam jarak 100 meter lagi nak sampai dah. Fuhh lega beb dah nampak atap rumah dari jauh. Kat tengah2 jarak tuh dalam 60 meter dari tempat aku berdiri memang ada surau kecil. Duduk ada dalam 40 meter sebelah jer rumah aku. Maksudnya dari tempat aku berdiri sekarang aku kena lalui surau tuh dulu barulah sampai ke rumah.

Buat pengetahuan semua, surau ni kecik jer. Surau yang diperbuat daripada kayu, ada lah boleh muatkan dalam 20-30 jemaah jer. Sebelah surau plak, ada anak sungai yang mengalir melintang bawah jalan kampung tuh. Kedudukan sungai ni tengah-tengah antara surau dan rumah aku. Sama macam anak sungai dekat tadika tadi, sekeliling anak sungai surau ni jugak penuh semak samun dan paku pakis. Kebun pisang pun ada tau.

So, aku pun berjalan la konon-konon dah lega peristiwa tadi. Makin dekat dengan surau, makin lega hati aku dan makin cepat perasan nak sampai ke rumah. Akhirnya aku pun tibalah di hadapan surau tuh. Entahlah kenapa memang mata aku ni suka perhatikan sekeliling kot. Guys, tahu tak apa aku nampak ? Kat belakang surau tuh aku nampak macam seekor ayam jantan tengah mengais-ngais dekat daun-daun kering. Tengah cari makan mungkin. Tapi peliknya hanya sekor tuh jer aku nampak, takde plak ayam lain dekat-dekat situ. Alaa korang imagine la ayam jantan kampung yang bulu dia kaler-kaler tuh campur merah oren hitam bulu dia tuh.

Aku pun apa lagi, tengah syok tengok ayam, aku pun berhenti la berjalan tuh. Aku perhati jer. Budak-budak lagi kan time ni memang suka kt binatang. Hehe. Kedudukan ayam tuh plak membontoti aku, maksudnya aku nampak bahagian belakang ayam jer. Kepalanya aku tak nampak, mungkin ayam tuh sedang syok menunduk tengah mematuk hasil kaisannya tadi. Ralit jer aku duk perhati.

Kemudian terdetik lahh dalam hati aku time tuh, “mesti cantik ayam ni kn, aku nak tengok lah kepala dia”. Dan serentak tuh jugak lah ayam tuh macam boleh baca hati aku. Ayam tuh terus diam x bergerak-gerak, kaku dari aktiviti kais- mengaisnya. Then, zupppp kepala ayam diangkat !!

Makkkkkkkkkkk !!!! giler nak tunggu .. terus aku lari x ingat dunia dah mak oii. Kali kedua hari ni aku terkejut nampak benda ntah binatang ke tidokk. Kuss semangat nenek moyang aku. Soheh aku berlari takdenya nak toleh belakang lagi. Jengg jengg jenggg …..Nak tahu aku nampak apa tadi ?. aku nampak bukan kepala ayam weh. Tapi kepala BERUK. Yess kepala beruk warna hitam pekat berbulu mata merah dan mulutnya ada sisa-sisa d***h yang masih basah. Adoii menatang apa plak wehh badan ayam tapi kepala beruk ??

Balik rumah terus aku cerita kat mak aku, akak-akak aku dan abang-abang aku. Mujurlah aku ni bukan jenis lemah semangat. takde kena sampuk or demam ke haper.. fuhhhss nasib baik beb. Tapi lepas peristiwa tuh, memang mak aku tak izin dah aku balik sesorang. Mesti diorang dtg jemput. Huhu.

PENUNGGU POKOK M**I
Peristiwa ni pom zaman aku kanak-kanak jugak tau. Meh aku cerita kt korang. Haa, sebagai anak kampung memang setiap malam selepas waktu maghrib kami adik-beradik akan pergi mengaji al-Quran. Kami ni pergi ngaji jalan kaki jer. Selalunya kami ber3 jer iaitu abang aku, kak aku dan aku yang paling kecik la kira. Kebiasaannya, kami saing sekali pergi ngaji dengan anak-anak jiran depan umah kami. Mereka semua dalam 4 beradik. So, jadi semua sekali kami ber7 la . tapi aku la paling kecik time tuh, mungkin dalam 7 tahun. Aku pun dah ingat-ingat lupa daaa.. jangan maraa haa (ikot dialog P.ramlee) . hihi

Okeh nak dijadikan cerita, jalan yang kami kena lalui sebelum sampai ke tempat mengaji ni kena lintas sungai yang dekat surau yang aku cerita kat atas tuh. Kat sebelah sungai yang duduknya bertentangan surau ada satu pokok besar yang dah m**i. Pokok apa tuh, aku pun tak kenal. Hihi. Okehh korang imagine pokok tuh dh m**i tp still lagi gagah berdiri. Kenapa aku cakap m**i ?, sebab batang, dahan, ranting sume dh kering. Daun pun dah xde. Haa macam tuh la rupa pokok kt hujung jalan tepi sungai tuh.

Short to the story, setiap kali kami otw nak pegi ngaji mesti geng-geng rombongan cik kiah propa ni ngusik aku. Diorang cakap kat pokok tuh ada hantu la, pontianak la, hantu terbang la, orang minyak la dan apa-apa la yang boleh dijadikan modal oleh mereka untuk takutkan aku ni. Pastu gelak-gelak berjemaah. Haha nakal tak sudah. Tapi macam aku dah bagitahu, aku ni bukan jenis penakut. so setiap kali diorang mengusik aku diam jer. Hahaha malas nak layan.

Sampailah suatu hari masa otw balik dari mengaji, hari ni kami habis lewat dalam jam 10pm lebih. Sebabnya ramai pulak kanak-kanak malam ni yang mengaji sampai ke luar beranda rumah tok guru plak. Hehe. Macam biasa lah, diorang ni dari awal-awal lagi duk ngusik aku cakap kejap lagi akan lalu pokok tuh, ada jembalang yang dh tunggu aku nak ambik aku. Aku pulak buat tak layan jer, tapi makin dekat dengan pokok tuh mata aku ni kan suka memerhati.

Ntah kenapa malam ni aku rasa nak perhatikan jer pokok tuh, sambil dalam hati aku terniat la “kalau betul pokok ni ada penunggu, bia dia keluar usik diorang ni plak”. Haaa tudiaa bakhang, elok jer aku terdetik gituh, aku perasan disebalik pokok tuh macam ada sosok tubuh manusia. Tap[ aku andaikan itu adalah budak-budak dalam kampung kami yang saja menyorok nak menyakat kami. Jalan memang gelap, tapi malam tuh bulan tengah mengambang elok jer duk atas kepala. So, bleh nampak la samar-samar jalan dan kawasan sekitar. Cun habis oiii.. ohhh bulannn (haa sambung nyanyi lagu Yuna). Hihi…

Sedang geng-geng aku ni masih duk gelak-gelakkan aku, diorang langsung tak perasan kewujudan sosok tubuh tadi. Makhluk tuh plak memang macam tengah duk intai kami. Makin lama kami berjalan, makin dekatlah kami dekat pokok tuh. Aku pun apalagi, bagitahu la mereka suruh mereka tengok kearah pokok tuh.aiok tuh menyergah kami dengan “HOIIIIIIIIIIIIIII…….. “ mendepakan tangannya dan….. zupppppp dia melayang naik keatas dahan pokok … sekali lagi aku ulang, DEPAKAN TANGAN MELAYANG NAIK KEATAS POKOK … BUKAN PANJAT !

Arghhhhhhhhhh…………….. aku dengar masing-masing budak-budak ni menjerit lintang-pukang lari balik tinggal aku sesorang. Tapi aku masih lagi terpacak kat situ, aku perhati jer makhluk atas pokok tuh. Cehh tak guna, abang dgn kak aku pun sama tinggal aku. Hahah… dalam beberapa saat jer terus makhluk tuh terbang keatas dan ghaib. Baru la aku jalan kaki balik sesorang kerumah macam takde apa-apa berlaku. Huishh berani kan budak kecik ni.. hehe

Bila aku sampai rumah, baru la aku tengok mak, abg dan kakak aku tengah kecoh cari aku. Apalagi membebel la mak aku kat abg, kak aku sebab tinggal aku cam gtuhh jer. Memasing muka menikus dan pucat jer.. hahahaha padan muka sapa suruh tinggal adik kan.. alhamdulillah aku takde plak kena sampuk or diganggu lepas kejadian tuh.

Tak lama lepas tuh pokok m**i tuh orang kampung tebang atas tujuan keceriaan kampung. Orang tua-tua ada cakap, pokok yang m**i yang masih berdiri memang selalu ada yang menumpang. Malam kejadian tuh plak, aku pun tak tahu tuh hantu apa, yang aku perasan fizikal dia macam badan lelaki dan masa dia menyergah kami pom suara garau lelaki. Jiran-jiran aku cakap, makhluk tuh saja menjelma malam tuh sebab nk bagitahu dia memang ada kat situ lagipun aku sendiri terdetik nak tengok kewujudannya. Wallahualam.

So, moral of story ……JANGAN BIARKAN ANAK-ANAK KECIK ANDA BERSENDIRIAN SEPANJANG MASA .. nanti tak pasal-pasal ada benda yang berminat untuk mendekati. Kihkihkihhhhhhh
Thanks guys. Sorry kali ni cerita panjang dan berjela-jela. Banyak lagi sebenarnya usikan manja yg aku terima masa kecik-kecik, tapi cukup sampai sini dulu kot. Ni semua hanyalah permulaan kepada perjalanan hidup mistik aku selepas ini. Nanti aku share lagi dalam next entry. Assalamualaikum.
#Cik_Alin

Cik Alin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

3 thoughts on “#CIK_ALIN USIKAN MANJA”

  1. Best. eh..kalau cerita panjang habis…takpe..takyah minta maaf. Cerita yg pendek yg b***h klimaksn ke excited an org yg perlu memohon maaf..kekekeke…terhibur baca…and ngeri laa gak nak bayangkan

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.