Cik Kiah Mimpi Je….

Assalamu’alaikum semua. Hi gaiss, nama aku Kiah. Kat sini ada satu pengalaman seram yang aku nak kongsikan.

Kisah yang aku nak cerita ni adalah tentang satu mimpi yang aku alami. Aku ulang, hanya mimpi. Dan aku harap ianya terus kekal sebagai mimpi, tak payah susah2 nak jadi real. Tak hingin aku.

Malam tu aku dan beberapa ahli keluarga (Ayah, mama, kakak, adik P dan adik L) aku elok je having dinner kat ruang tamu. Bukan makan besar pun. Akak aku buat nasi goreng je. Kecoh. Dah habis makan, aku dan adik aku pun ulang alik ke dapur nak hantar pinggan mangkuk ke sinki. Aku tak tahu kenapa aku bahagia sangat malam tu tapi yang pasti aku siap nyanyi2 time hantar pinggan ke dapur. Kat sini aku nak bagi gambaran sikit pasal dapur rumah aku tu. Mohon hadamkan ye.

Dekat bahagian kanan dapur aku ada satu laluan kecil yang mana laluan tu link dengan dua bilik. Satu toilet, satu lagi toilet lama yang ada kolam batu tapi kitorang dah tak guna toilet tu so jadikan tempat laundry je. Laluan tu sentiasa gelap je sejak lampu rosak. Takde siapa rajin nak betulkan. Dasarrr….. okay so everytime nak ke sinki dapur, mesti kena lalu depan laluan tu.

Alkisahnya bermula bila aku dah selamat letak pinggan mangkuk tu dalam sinki dan adik aku pun dah selamat ke depan. So bila on the way nak ke ruang tamu tu tetiba langkah aku terhenti dek kerana terdengar satu suara sayuppp je panggil nama aku. “Kiaaahhhh… kiaaahhhhh…..”. Aku toleh, sah memang takde orang lain pun kat dapur tu selain aku.

Bila aku amati betul2, aku dapati suara tu datang dari arah hujung laluan kecil tu. Time tu tak rasa apa lagi so aku abaikan jela dan terus ke depan. Dan sampailah ke waktu aku tido. Untuk pengetahuan korang, aku dengan adik aku tido kat ruang tamu je bentang tilam. Mimpi aku pun bermula. Masalahnya, aku mimpi balik segala aktiviti yang aku dengan family aku baru je buat tadi. Sampailah ke scene dimana nama aku diseru tu. Ya.. kalau tadi aku abaikan suara tu, tapi kali ni aku tanpa berfikir panjang terus melulu ke arah laluan kecil tu.

Niat di hati kononnya nak meninjau laa apa yang dok panggil2 nama aku tadi. Nahh! Mendapat lah aku tatap satu lembaga tinggi bertelekung putih sedang terpacak just nice kat depan pintu bilik laundry tu. Rupa dia? Cantik je takde cacat2 darah2 semua. Putih melepak, mata tersangatlah bulat dan membuntang. Tang mulut aku paling tak boleh terima. Pasal dia senyum kemain lebar naik ke telinga. Cemana aku boleh nampak rupa dia? Meh sini aku bagitahu. Badan dia ja yang elok menghadap bilik laundry tu, tapi kepala dia toleh hadap aku baikk punya. Disebabkan terlalu berani lah aku lantas berlari sambil meraung2 ke ruang tamu.

Nama pun mimpi, sampai je kat ruang tamu tu aku nampak elok je mama ayah aku tengah duduk menghadap sesama sendiri sambil baca yasin. Mimpi apakah ini?? Aku pun apa lagi, pergi terus kat tengah2 diorang sambil menangis2 cakap kat diorang yang aku nampak hantu.

Bacaan yasin diteruskan sambil mama gosok2 belakang aku. Time tu aku sibuk dok angkat2 kepala bajet2 nak tinjau laa hantu tu. Gaiss, aku nampak hantu tadi keluar dari laluan kecil tu menuju ke arah kitorang. Tapi kali ni, dia dok menjelma dalam rupa hantu bungkuihh pulak dahhh … melompat2 sepanjang perjalanan dan lalu belakang kitorang, then terus masuk ke bilik parents aku. Kat situ lagi sekali dia berhenti menghadap pintu toilet dalam bilik parents aku tu. (Aku syak dia memang pencinta toilet).

Tapi kali ni dia terpacak just nice dengan rupa sebijik macam mula2 aku nampak dia tadi. Bertelekung. Aku cukup tak paham kenapa dia sangat murah dengan senyuman sedangkan itu tak perlu! Maafkan aku ter’emo’ gaiss. Dalam 10 saat jugak lah kitorang saling berbalas pandang. Lepastu aku tak tahu makhluk tu hilang kemana. Syukur mimpi aku terhenti disitu. Cumanya nasib aku tak berapa baik, sedar2 je habis berpeluh satu badan aku disebabkan mimpi tadi. And the worst part was, bila aku terpandang jam kat dinding, Jam pada waktu tu menunjukkan pukul 2 pagi. Rupanya aku baru je beberapa jam tido lepas dinner tadi. Ciss bedebah.

Aku tengok satu rumah dah gelap menandakan semua orang dah lelap. Adik aku kat sebelah pulak sedapp je tido. Mesti korang ingat aku bangun dan buat tahajjud kan? Tak gaiss. Tak….. Disebabkan terlalu takut mimpi tu bersambung, maka aku pun tak lalu nak tido. Nak bergerak pun aku takut. Jahilnya aku. Aku hanya mampu berbaring pandang jam dinding tu sampailah aku dengar azan subuh berkumandang. Lega… then mak aku keluar bilik untuk kejutkan kitorang gi sekolah beberapa minit lepas azan tu. Alhamdulillah takde apa2 tak diingini berlaku sepanjang aku bersengkang mata tu. Tapi bayangkan jelah betapa gigihnya aku tahan mata semata mata sebab taknak buat eye contact dengan makhluk yang ada dalam mimpi aku tadi. Dasarr syaitonnn.

So ini jelah cerita aku buat masa ni. Next time kalau free aku try lah share pengalaman seram aku kat sekolah and rumah sewa aku pulak. Kali ni bukan mimpi dah gaiss. Benar-benarrr berlaku ye.
Daa..

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

1 thought on “Cik Kiah Mimpi Je….”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.