Assalamualaikum semua. Kisah kali ni masih lagi pengalaman aku msa kt kem di melaka.
Langsuir belakang asrama.
Hujung minggu tu aku macam biasa diarahkan lapor diri kt kem sebab ada peserta nk masuk jalankan aktiviti. Disebabkan msa tu aku bujamg so takdet hal panggil bila2 pun. Untuk pengetahuan semua, dalam kem tersebut disediakan hostel untuk JU lelaki dan perempuan. Hanya dipisahkan oleh dinding jer, kiranya kalau JU perempuan ni ketawa tahap lupa diri memang kami dengar kat sebelah.
Malam tu aku masuk tidur awal sikit, malas nak melepak kat kantin ngan JU lain,bila ada aktiviti outdoor yang memenatkan,bagi aku masa tidur adalah sangat berharga. Malam tu bilik sebelah riuh dengan gelak ketawa, selalunya malam pertama kat kem macam tu lar, susah nak tidur dan seronok jumpa kawan2. Tengah malam tu baru jer aku nak lelap, tetiba aku dengar ada perempuan menjerit dari bilik sebelah. Pastu dengar bunyi riuh rendah. Aku tengok dah ramai kawan2 kat depan hostel. Kat dalam bilik JU perempuan aku dengar perempuan menangis2 pastu kejap2 menjerit dan meracau bukan2, histeria la tu. Tak lama lepas tu ada ustaz ni datang,di kalangan JU kami jugak,cumanya dia ni imam masjid. Selesai dia mengubat, dia cakap bukan kena rasuk cuma lemah semangat sebab takut sangat2.
Pastu akak yang menjerit tu bagitau, masa dia lalu kat tepi tingkap kat bahagian belakang, dia terdengar ada perempuan ketawa mengekek2 halus jer. Pada mulanya dia ingat ada peserta yang nak menyakat JU. Dengan niat nak jerkah budak2 tu,dia dengan yakin terus buka tingkap belakang luas2,konon2 nak bagi budak2 tu terkejut.
Last2, dia yang terkejut sebab dia nampak ada dua ekor langsuir dok bertenggek kat dahan rambutan kat belakang bilik. Berambut panjang dan berbaju putih,lebih kepada kain putih yang dah buruk. Yang buat dia terkejut tu,bila dia buka tingkap serentak langsuir tu toleh muka tengok dia. Muka hitam,buruk macam terbakar dan mata dia terperosok ke dalam. Mungkin “akak2” tu dok bergosip,sedap2 ketawa, engkau pulak pegi ganggu,marahlah dia. Lepas kejadian tu, aku dengar bilik sebelah menjadi agak sopan bila ketawa dan tingkap belakang tu dah takde sape nak bukak.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
itulah padahnya..
hurmm…tu la..main sergah je
Hamek ko hahahaha
hahaha..cik lang pun pandai bergossip jugak ye. tu lah korang seronok sangat gelak2