#cikBunga Tiang Bola Jaring

Assalamualaikum, salam sejahtera pembaca FS. Aku Cik. Bunga. Ini kali kedua aku menulis cerita. Cerita pertama aku tak di publish oleh admin mungkin sebab tak mengikut syarat yang ditetapkan admin. Aku memang minat cerita seram sebab dah pernah lalui. Betul lah orang kata, selagi tak kena batang hidung sendiri selagi tu lah kite tak percaya kan.. hehehe.

Okay, first of all aku dah mintak kebenaran tuan badan untuk kongsi cerita pasal diri dia. Nasib diluluskan. Hahaha. Aku just panggil dia Alia. (bukan nama sebenar). Dia berumur 21 tahun dan baru sahaja menghabiskan diploma di uitm nun jauh di utagha. Al maklum la. kami orang Terengganu.

Alia ni jenis yang lemah semangat or lebih kepada penakut. Korang faham-faham ajela bila manusia yang lemah semangat ni macam mana kan, senang benda-benda tak sepatutnya ganggu.

Aku mulakan kisah dia semasa sedang melangsungkan pengajian di uitm sebelum dia menjadi penganggur terhormat di rumah sekarang. Alia ni bila datang bulan je, mesti teruk. Korang yang perempuan mesti pernah alami kan tapi dia ni, asal period je memang pengsan and pucat sampai takleh buat ape-ape sampaikan member dia terpaksa hantar ke klinik and dapatkan suntikan.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, keadaan Alia tetap sama and makin teruk. Time cuti sem, dia balik ke Terengganu. Dia request sendiri dekat parents dia untuk pergi berubat. Masa tu sepupu Alia a.k.a anak saudara ibu Alia suggest tempat berubat yang dia pernah pergi untuk pulihkan anak dia (nanti kalau cerita ni dipublish, aku cerita pasal anak sepupu Alia yang berkait dengan bunian). Ibu Alia ni setuju jelah kan. Ibu mana yang sanggup tengok anak tanggung derita macam tu kan.

So, pada malam tu pergilah Alia, ibu dia and sepupu ke rumah ustazah ni. Sampai je kat sana, ustazah tu senyum je tengok Alia ni. Mungkin dah tau or nampak something kat Alia ni. Usatazah tu minta Alia baring kat ruang tamu rumah dia dan mulalah di baca surah-surah ruqayah. Time tu lah Alia ni berubah. Kejap nangis, kejap gelak. Time ustazah tu pegang tangan Alia ni, dia dapat tengok tiang bola jaring.

Ustazah ni pasang radio orang mengaji, terus Alia ni pergi tutup. Dia menjerit sambil nangis, bagitau panas. Ustazah pun suruh lah benda tu keluar dari badan Alia tapi benda tu tak nak. Mungkin dah lama tinggal dalam badan Alia tu rase sedap-sedap hati je nak stay. Disebabkan waktu dah menginjak pukul 10 malam, ustazah tu dah bosan layan benda tu, jadi di ambil lada hitam and bawang putih dan dipicit kat ibu jari kaki Alia. Fuhh… suara garau bertempik. Terkejut ibu Alia. Kau rase?

Benda tu merayu supaya tak diapa apakan sebab katenya sakit. Jadi ustazah ni paksa benda tu keluar dengan sendiri atau d*****h saja. Benda tu dengan rela mungkin sebab sakit kut sampai sanggup nak keluar sendiri. Usatazah tu tanya lagi, nak keluar dekat mana, jawabnya mane2 aje..

So, ustazah ni sediakan plastic hitam rasanya dan minta Alia duduk di depan dia dan dibacakan surah lalu Alia ni memuntahkan segala isi yang ada. Ape yang keluar aku tak pasti sebab ustazah tu and ibu Alia je yang tengok. Dengar- dengar macam warna hitam. Rambut ke ape ke aku tak pasti, wallahualam.

Alia sedar lepas tu. So. Bagi yang tak faham, biar aku jelaskan kat sini. Pasal tiang bola jarring yang aku cakap tadi sebenarnya tu tempat tinggal benda tu yang bertempat di sekolah menengah agama *** ****** waktu dia sekolah di sekitar daerah kuala Terengganu. Time tu Alia just tengok perlawanan bola jarring dengan member-member dia aje dekat dengan tiang tu. Tak tahu pulak sampai tersangkut sekali benda tu.

Alhamdulillah sekarang takde lah seteruk macam dulu. And Alia ade bagi tahu aku, dia Nampak benda tu sebelum dia tak sedar. Dia kata rupa benda tu buruk gila, berkedut, rambut panjang and pakai pakaian lusuh. Eee aku bolah bayang benda tu okay.

So, buat readers Fs aku harap korang pandai-pandai lah dekatkan diri dengan tuhan. Jangan tinggal solat and selalu lah mengaji. In sha allah Tuhan akan bantu kita. Aku mohon maaf kalau cerita aku tak seram atau tak menepati cita rasa korang sebab aku masih baru dalam penulisan. Nanti kalau aku rajin, aku akan cerita pasal aku and sepupu aku. Wallahualam.

cik bunga

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.