CIKGU TAK TIDUR LAGI???

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk pembaca FS. Ni 1st time aku menulis dalam FS. Diharapkan anda semua faham lah ye. Aku tetiba jadi nak menulis pengalaman aku selepas aku membaca tentang “AKU DAN STUDENT”. Aku rasa nak share benda yang hampir sama.

Kisah bermula bila aku memilih sebuah sekolah di Ipoh sebagai lokasi aku praktikal cikgu. Sekolah aku pilih ni adalah sekolah sukan yang rata-ratanya memang duduk asrama lah pelajarnya untuk senang turun membuat latihan. Aku adalah dari keluarga yang pandai berubat. Keturunan bapak aku, yang lelaki semua pandai berubat (adik-beradik bapak aku). Dalam keluarga aku pulak, aku ni boleh dikira lebih kurang macam bapak aku (aku perempuan ya). TYang lain biasa-biasa je. Kat rumah kalau jadi apa-apa, aku dan bapak aku yang macam dapat rasakan dulu tapi aku tak boleh nampak dan tak boleh buang benda tu. Kisah bermula bila………

Cerita di sekolah aku masuk tu. SMK** sangat bagus bagi pandangan aku yang bukan aktif sukan ni walaupun dekat Uni aku ada join jugak bola jaring dan futsal sebab sekolah ni sangat menjaga pelajar sukannya. Training ikot waktu. Tiada seorang pelajar pon boleh stay dalam asrama sewaktu training. Masa aku masuk check in asrama warden (kedudukan dia dalam blok asrama pelajar perempuan, blok hadapan, tingkat 2 sederet dengan tempat prep budak tingkatan 1 dan 4) aku diberitahu pelajar kat situ, bilik yang aku dan kawan aku duduk tu tak pernah ada orang masuk. Tapi aku jenis tak kisah sebab aku memang jenis pergi mana-mana tempat baru aku akan baca yaasin untuk pagar tempat aku pergi. (Habit aku mungkin sebab aku percaya Allah akan pelihara aku). Selang beberapa hari, 2 lagi kawan baru aku masuk dari U*** jadi dalam bilik kami ada 4 orang. 2 islam, sorang cina, sorang sabahan (non muslim).

Kejadian mistik pertama terjadi (tapi tak mistik sangat) sebelum geng U*** aku masuk, masa hari first masuk rumah tu, macam biasa je. Tak rasa apa-apa. Kedudukan katil aku dengan kawan aku KD, memang jarak sebab aku duduk kat katil yang betul-betul sebelah bilik air (yang memisahkan katil aku dengan bilik air adalah dinding. Dinding tu pulak, jenis macam dinding dekat toilet sekolah, yang atas tu boleh intai orang). Kedudukan katil kawan aku plak adalah hujung dinding sebelah kiri. Jadinya kalau dia tidur dan menghadap aku, dia akan nampak dinding toilet tu la (harap korang dapat imagine hehehhe). Tengah-tengah katil kami pula boleh letak lagi 2 buah katil single.

Nampak tak betapa jauhnya kedudukan aku dengan katil KD. Nak dijadikan cerita, malam tu kawan aku yang penakut ni kena kacau. Dia nampak “benda” tu bertenggek dekat atas dinding toilet sebelah katil aku tu. Dia cakap benda tu tengok je dia. dia cakap dia panggil aku tapi aku tak dengar. Terus dia tidur menghadap dinding sebelah kiri dia sampai pagi (memang la aku tak dengar, penat woi dari KL nak pergi Ipoh kemas barang semua. Memang ngantuk la).

Mistik kedua (terjadi pada hari ahad)
Pada hari jumaat tu aku kena bawak budak tingkatan 4 ke kem luar sekolah. Nauzubillah penatnya, petang ahad baru sampai kat sekolah. Time tu nak dekat maghrib baru sampai. Jadinya aku suruh pelajar semua balik ke dorm masing-masing dan standby untuk solat jemaah kat surau besar sekolah, then terus bersiap untuk prep (pelajar perempuan prep kat blok asrama je. Pelajar lelaki prep kat blok sekolah). Nak jadikan cerita, as warden sambilan ni, aku pon lepas mandi semua, aku terus lah cek budak-budak ada ke tak dalam prep.

Ada yang sakit ke atau apa-apa jela. Jenis aku, aku selalu stay dengan budak aku supaya kalau ada masalah dalam pelajaran dorang senang nak tanya aku. Jadi aku pon prep bersama dorang sampai la jam 10.30 malam (tak silap aku. Aku lupa dorang habis prep jam berapa). Elok aku balik bilik, kemas beg semua dan nak terlelap. Masa tu dalam jam 11.40 malam, tiba-tiba, ada pelajar aku ketuk pintu. (KD bukak pintu tu). Budak panggil aku katanya, aku pon pergi ke pintu tanya kenapa, dorang bising cakap, “cikgu, si A kena rasuk. Dia tak bagi sesiapa ada dalam dorm kecuali 3 orang, cikgu, B dan C”.

Aku pon dengan blur dok tanya budak tu, kenapa aku. Dorang kata tak tahu. At the end, sebagai guru, aku pon pergi la ke dorm pelajar tingkatan 4 di blok belakang (blok pelajar perempuan ada 2, blok B dan C. Penghubung blok tu adalah laluan koridor macam dekat sekolah tu). Sebelum aku pergi, si KD ni sibuk nak tahu kenapa aku rushing nak ke dorm budak. Aku dah kata, ada hal, dia sibuk nak tahu juga, then aku bisik kat dia ada budak kena rasuk terus terduduk dia. Diam seribu bahasa. Kawan aku 2 orang lagi tu pon pelik kenapa tetiba KD diam.

Lepas tu aku terus ke bilik si A. Yes memang, time tu dia duduk atas katil, B dan C sedang pegang dia. Yang lain semua stay luar bilik. Pintu ditutup, dan si B pun mula bersoal jawab dengan benda tu (si B ni dia boleh membuang. Macam aku, aku tak boleh).

B: kenapa kau kacau kawan aku
A: sebab dia kawan aku
B: manusia mana boleh kawan dengan jin
A: tapi aku sayang dia. Aku dah lama duduk dengan dia.
B: baik kau keluar sebelum aku b***h kau
A: tiba-tiba mengamuk dan meracau.

Aku terus panggil pelajar-pelajar luar masuk dan baringkan A dekat lantai (bertilam). Lepas tu, setiap yang boleh solat, pergi ambil wudhuk dan kitorang sama-sama baca yaasin dekat A. Masa tu A diam je. Dia antara sedar tak sedar cakap, “cikgu saya tak dengar apa-apa, benda tu tutup telinga saya cikgu. Tolong saya.” Lepas tu aku minta B dan C papah A ke toilet untuk ambil wudhuk, tiba-tiba si D yang ada saka ni cakap, “cikgu, benda tu duduk kat rambut dia”. Untuk pengetahuan semua, si A ni rambut memang panjang sampai takat pinggang dan memang suka buat sanggul tinggi. Macam perempuan mengandung tu. Jadinya, lepas D bagitahu aku tu, aku terus ke A dan minta dia bukak sanggul dia. Dia dengan marah cakap, “saya rimas lah cikgu. Buat apa nak bukak sanggul ni. Ambil wudhuk kat gigi rambut je”. Lepas tu sah lah memang benda tu stay kat rambut dia.

Aku pun biarkan. Lepas tu B dan C pon bawak A ke dorm semula. Time tu jam 3.30 @ 4 pagi. Aku cakap dengan yang lain, A dah ok sikit ni. “Takpa, cikgu akan jaga A, kamu semua tidur dulu. Esok nak sekolah”. Jadinya, malam tu yang berjaga adalah aku dan si A dan D. Yang lain dah tidur dalam keletihan. Aku tahu benda tu masih ada dalam badan A sebab apa? sAebab dalam A tutup mata, dia akan toleh ke kanan dan ke kiri tanpa gerakkan badan dia, sambil tersenyum. Masa tu kedudukan aku tidur di katil D (berkongsi katil dengan D) adalah kat kepala A. Jadinya aku tak tidur sebab tengok A yang dok senyum tu.

Tiba-tiba, jeng jeng jeng. Dalam mata tertutup tu A boleh tegur aku, “cikgu tak tidur lagi? Tidur la, saya dah ok ni”. Tiba-tiba dia senyum. Ko rasa. Hahahaha.. kecut perut aku time tu. Aku tak tahu bilanya aku terlelap, tiba-tiba jam loceng aku bunyi menandakan dah jam 6. Jadinya aku bangun balik ke rumah warden dan mandi and solat seterusnya ke sekolah. By the way, mak bapak A datang bawak A balik untuk berubat (aku dapat tahu, benda tu memang ada dengan A sejak dia lahir sebab benda tu fitnah kata mak A terima. Tapi wallahualam sebab aku tak arif tentang benda ni).

Dengan penat tak habis lagi balik dari kem, dan hari ahad yang penuh tragik tu. Dengan tak tidur seharinya, hari isnin balik dari sekolah dalam jam 3. Lepas tu aku rehat jap, jam 5 kena turun tengok budak training pulak. Lepas tu waktu selepas maghrib kononnya kami 4 orang nak la makan kat luar. Sedang aku berjalan dengan kawan2 aku nak ke kereta, tiba-tiba aku terjatuh (macam orang nak lumba lari tu). Kawan aku c KD dah pelik, kenapa aku boleh jatuh sedangkan takde apa-apa yang menghalang perjalanan kami. Aku cakap dengan KD, “aku tak sedap hati. Aku nak jaga budak-budak tu. Aku minta dorang tapaukan aku makanan je”. KD tanya aku, aku ok tak. Aku cakap aku ok. Dan aku minta KD dan 2 kawan aku lagi tu tunggu dekat dewan sekolah, stay dengan budak laki yang tengah prepare untuk majlis hari selasa tu.

Elok aku hantar dorang ke dewan tu, tiba-tiba dengar budak perempuan menjerit. Ada budak perempuan lain jerit-jerit panggil aku, “Cikgu, ada budak kena rasuk”. Aku tinggalkan kawan-kawan aku kat dewan terus aku lari dapatkan budak tu. Aku minta KD dan kawan yang lain call sesiapa sebab aku cakap aku dah tak larat. Terus aku dapatkan budak pertama yang histeria, di bilik prep tingkatan 1 di blok C (blok belakang). Budak tu meracau, macam biasa assistant aku B, C dan D ada sama. Aku minta pelajar lain kumpul dalam surau blok. Masa B nak keluarkan benda tu dari badan budak ni, B aku tengok memang dah betul-betul lemah sebab semalam seharian aku, dan dia dok bertarung dengan si A. Hari ni ada lagi pulak budak yang kena. Yang aku sempat tangkap conversation antara B dengan benda tu adalah;

B : apasal kau kacau budak ni
H : aku benci budak tingkatan 1 sekolah ni
B : apa salah dia buat dekat kau
H : dorang buat aku hilang kerja. aku akan jilat semua kema**** budak tingkatan 1.

B terus cuba keluarkan benda tu. Lepas dah dapat keluarkan, B pengsan. Aku minta C dan D dan beberapa budak lain tolong bawak H dan B ke surau blok. Tengah kumpul kat situ, 6 orang pelajar lain kena histeria. Meracau-racau dalam tu. Aku bisik dekat D, “cikgu tak kuat dah ni D. Tolong minta semua kumpul dan baca yaasin”. Nasib baik malam isnin tu 7 orang je kena. Kalau tidak, mampuih aku. Lepas tu bila semua dah ok. Dah diberi minum air yaasin. Aku minta bawak semua ni ke surau besar sekolah. Semua pelajar yang kena rasuk dan histeria dijaga oleh kawan-kawan yang lain.

Waktu tu, dah masuk waktu isyak. Dan time tu cikgu-cikgu pon dah start datang. Selesai aku solat isyak kat surau tu, tiba-tiba aku menangis. Ada sorang pelajar tegur aku, “cikgu, kenapa menangis?” dan akhirnya aku pitam. Tersedar aku bila aku dengar ada ustazah dari luar baca ayat kat aku dan tepuk belakang aku. Dia kata, baca ayat kursi dan hembus depan, belakang, atas bawah, kiri kanan aku. Aku buat dan akhirnya aku macam dapat energy aku balik.

Elok je aku dah ok, pelajar paling rapat dengan aku, aku namakan dia Baby tiba-tiba meracau dalam surau. Pelajar lelaki yang ada di dewan semua datang. Aku terus peluk Baby dan bacakan ayat kursi kat telinga dia. Masa tu Allahuakbar, menggeletar badan dia tu toksah nak cakap. Macam kena mandi air sejuk. Lepas je dia ok, ayah dia bagi dia minum lebihan air yaasin yang kitorang buat dekat surau kecil tu.

Lepas semua dah setel malam tu. aku pon bertanya pada budak B,C dan D kenapa jadi macam tu. Dorang pun bukak cerita tentang masa dorang tingkatan 1 (dorang pada waktu ni tingkatan 4 dah).
Selepas tu tak ada kes rasuk dan histeria terjadi lagi. Just aku je lah kadang-kadang kena ganggu. Benda tu tak tunjuk muka, tapi dia tutup saluran penafasan aku sampai aku tak boleh bernafas dan pengsan (nasib masa ni aku ada pewangi minyak kijang dan kasturi hadiah dari sepupu aku yang mengamalkan perubatan Islam Darul *****). Aku dah kata kat KD kalau jadi apa-apa kat aku, letak pewangi tu kat tempat-tempat tertentu. Alhamdulillah dengan izin Allah aku ok. Just sekarang pewangi aku tu ntah ke mana sebab pelajar aku guna.

Tu je la kot daripada aku. Maaf cerita aku panjang berjela. Harap semua faham sebab aku bukan guru bahasa. 😀 Terima kasih kerana membaca sedikit pengalaman aku handle benda tu di sekolah asrama.

Cikgu Y

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

17 thoughts on “CIKGU TAK TIDUR LAGI???”

  1. “Lepas semua dah setel malam tu. aku pon bertanya pada budak B,C dan D kenapa jadi macam tu. Dorang pun bukak cerita tentang masa dorang tingkatan 1…”

    Akk yg x terbace ke atau ekau mmg x explain ape punca kejadian tu…????
    Almaklumlah akk arini miong2 sket kepala tapi ade hati nak bace gak FS yg dh bbrpa hari tertangguh ni…

    Reply
  2. please la cikgu….jangan la letak A,B,C,D la …blok ko duduk pun blok A,B,C….pening orang baca..letak la nama..senang orang faham dan ingat..ni mesti bukan cikgu bahasa melayu ni

    Reply
  3. ni mesti skolah gunung rapat ni sbb satu je skolah sukan lgipun kalau sekolah raja perempuan bukan skolah sukan. haa semua cerita pasal blok n prep and semua sebijik cm sekokah gunung rpt sbb saya bekas pelajar sekolah sana.
    tpi sekolah tu tkde lah berhantu pun. sejak sekolah kat sana dri tingkatan 2 xpernah jadi apa2 pun? alhamdulillah la..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.