Cincin Nenek Kebayan

Assalamualaikum pembaca FS.Biarlah aku perkenalkan diri sebagai laila.Pertama kali aku nak nyatakan disini aku bukanlah penulis yang baik dan ini kisah aku yang aku ingin kongsikan buat pengajaran untuk semua.Cerita ini aku ada ubah nama tempat dan nama yang terlibat didalam kisah ini.

Kisahnya bermula pada tahun 2010,aku ingat2 lupa sebab kisah ini dah lama terjadi pada aku.Kalau Ikut aku memang nak lupakan terus tapi disebabkan tahun 2017 ini.Ada perkara yang berlaku mengingatkan aku kembali tentang kisah aku sakit dahulu.

Aku ni berperwatakan seorang yang ceria dan gila-gila.Aku mudah mesra dengan semua orang dan aku pun punyai ramai kawan di tempat kerja.Aku ada seorang kekasih,biarlah aku namakan dia Haris.Haris Ini memang kekasih yang baik.keluarga aku pun dah mengenali dia.Dia pun memang ikhlas menyanyangiku.

Aku tinggal bersama seorang rakan namanya ain.Suatu hari Ain ni ada jumpa sebentuk cincin emas bertatahkan batu permata ditempat kerja dia.Disebabkan dia tak muat,jadi aku pun minta izin biarlah aku je yang pakai.yelah saja2 je kan . Tengok cantik.Dan ain pun ok je.

Sejak dari hari itu,aku selalu memakai cincin tu. Dan sejak dari situlah sikap aku mula berubah.
Dari seorang yang kecoh mulutnya.aku jadi pendiam dan sering menyendiri.Aku taknak bercampur langsung dengan kawan2 ditempat kerja,Sampai ada Kawan aku yang risau aku macam dah nak m**i.perubahan drastik.

Dengan haris lagilah teruk, aku kerap mencari salahnya. Sikap aku menjadi dingin dan baran
Pantang salah sikit aku akan melenting macam orang gila.tapi syukurlah haris masih bertahan. Kadang-kadang Aku akan menangis tanpa sebab .Aku cuma rasa sangat sedih dan hiba walaupun tanpa tahu punca.aku akan menangis teruk2.

Pernah ketika aku iron baju kerja,dada aku berdebar2.jantung berdenyut laju.aku mula terasa panas. Aku dapat rasakan sesuatu mengalir dalam d***h aku dan aku rasa pergerakkannya.Aku ajak haris ke klinik untuk buat pemeriksaan. Diklinik aku ceritakan semua yang aku rasakan pada doktor yang bertugas. Doktor tu cek2 dan ternyata aku memang tidak sakit. Doktor pun ingat aku despress dan dia beri aku ubat anti kemurungan.dah la dengan aku tak boleh tidur malam2 sampai kesubuh baru aku boleh lelapkan mata. Masa tu aku rasa aku dah gila. Haris tetap berada disisi aku bagi sokongan walaupun aku kerap cari pasal.

Keadaan aku masa tu memang kacau bilau,sehingga kalau aku solat pun macam tak kusyuk.badan akan basah lencun dek peluh. Panas sangat2. Ada suatu malam.masa tu aku kerja shift malam. Aku minta haris belikan burger, hantar pukul 12 tapi disebabkan dia lambat 10 minit je. Aku dah mula mengamuk. Korang bayangkan.

Aku meluru keluar tempat kerja malam2 tu jugak dan aku jalan kaki dalam gelap2 tu.Aku rasa nak sangat balik.macam ada sesuatu yang suruh aku balik.Takde seorang pun yang perasan aku dah balik.aku tinggalkan macam tu je.

Sampai je kat rumah. Aku menangis dah macam orang hilang akal.aku tumbuk cermin dalam bilik aku sampai berdarah tangan aku. Habis pecah berderai semuanya. Waktu tu aku dah tak suka tengok cermin.Aku takkan pandang wajah aku kat cermin pun.aku tak suka!
Haris telefon berkali, langsung aku tak peduli. Hanya kerana sebiji burger aku dah macam tu.

Sejak dari hari tu haris dah mula perasan ada yang tak kena pada aku.D ia rasa tu bukan aku.
Haris ini ada keistimewaan.mata dia tajam. Dia kerap nampak benda2 halus yang kita tak nampak. Pernah sekali, aku naik motor dengan dia. Dia terpandang cermin motor. Dia nanpak bukan aku tapi nenek tua yang rambut memutih membonceng kat belakang dia. Cepat2 dia istigfar.Dia dah tau.ada sesuatu kat aku

Setiap kali orang melintasi kami, orang akan pandang dua kali.  Seperti pelik tengok kami.
Dan hari2 haris akan cek tayar motor sebab katanya tayar sentiasa kurang angin. Macam berat sgt kami berdua ni.

Kakak sulungku tengah sarat dan ketika tu dia dah nak bersalin. Hari2 aku akan pergi hospital tengok dia. Aku tak tahulah kenapa aku suka sangat pergi sana. Masa tu keluarga aku semua datang tengok kakak aku dan anak buah baruku. Aku cerita pada keluarga ku. Aku de masalah kesihatan. Aku cakap aku dah nak gila.  Doktor pun bg ubat murung. Aku bercakap tak pernah pandang muka mereka. Mata aku akan melilau2 sekeliling. Sebab aku memang tak boleh bertentang mata dengan sesiapa.

Dalam diam haris memberitahu pada ayah tentang perubahan aku. Dari situ ayah aku cuba mengubati aku. Ayah aku ni ada kebolehan merawat orang. Mungkin diturunkan oleh atuk nenek kami dulu2.
Tapi setiap kali merawat aku, aku memang tak melawan. Ayah aku membuat bermacam cara untuk memulihkan aku. Jadi begitu sukar ayah aku nak memgubati anaknya sendiri.

Ketika aku balik kerumah bujangku, aku akan jadi huru hara balik. Aku akan kembali pada ayah aku.  Kesian haris masa tu. Kerja dia tunggang langgang. Berhari2 cuti. Mc sebab menjaga aku. Dok berulang alik bawa aku kepada ayah aku yang tinggal dirumah kakakku yang berpantang sebab mak aku jaga kakak aku. Pernah satu malam tu. Aku pasang ayat-ayat suci al-quran kat rumah. Benda tu mula melawan.T  akda angin tiba2, pintu dihempas kuat. Aku dah mula tak sedap hati.malam tu juga aku telefon haris bawa aku jumpa ayah aku.

Pukul 3 pagi , aku ke rumah kakakku. Perjalanan ke rumahnya memang jauh juga lah. Bayangkan rintangan masa tu. Dengan angin yang ntah datang dari mana .Motor tiba2 jadi berat dan enjin nak m**i. Haris apa lagi. Terus laungkan azan. Barulah motor tu lancar bergerak..

Sampai je kat sana aku dah mengigil2 sambil memeluk yassin. Aku tanya ayah aku, apa yang ada kat badan aku ni. Malam tu juga ayah bawa aku kerumah abangku. Rumah abang dan kakakku tak jauh sangat. Waktu tu aku memang tak boleh bergerak sangat. Badan aku jadi berat dan lemah. Aku berjalan dipimpin adikku.sampai nak angkat tangan pun berat sangat2.
Dirumah abangku.,abangku ni.dia ada kebolehan mendapat firasat dalam mimpi.
Pukul 2pagi tiba2 terdengar abangku menjerit

“ALLAHUAKBAR!!!”
Serentak itu semua berlari kat abang aku. Abang aku pandang aku..

“kau kutip apa2 tak? Bak sini cincin tu !”
Aku pun berikan cincin tu pada dia.dan Dia terus hulurkan pada ayah aku.

“Dia dok dekat cincin ni ayah ” kata abang aku.
Malam tu semua tidur dalam ketakutan. Dengan aku cakap merepek2. Aku melalut2 cakap nak m**i la. Dah nak m**i ni.semua orang kata jangan layan aku sebab tu bukan aku.

Keesokkan malamnya ayah dan abangku bawa la aku pergi berubat di sesuatu tempat ni.perjalanan ambil masa sejam lebih juga la.

Sesampainya di sana, tetiba perawat tu bingkas bangun ke pintu rumah dia seolah2 menghalau sesuatu. Dan dia cakap. Ada nenek tua ikut aku.

Tanpa menceritakan apa2.dia mula merawat aku. Dia picit ibu jari aku. Sakit sangat2 masa tu. Barulah dia buka cerita. Dia cakap ada yang menuntuk hak dia. Suruh pulangkan barang pusaka dia yang aku pakai. Ya cincin pusaka. Tapi benda yang ada pada cincin tu dah mula mendampingi aku dan nak bertuan kan aku. Dia saka nenek kebayan.

Barulah tahu cerita yang sebenarnya . Cincin tu nak dituju pada kekasih lelaki ni. Tapi awek lelaki ni tahu cincin berisi .dia buang. Kawan aku jumpa dan aku yang pakai jadi aku ni yang menjadi mangsa.

Perawat tu ada bagitahu, Aku ni dah ada pendinding yang diletakkan ayah aku pada adik beradikku. Dia masuk dari yang sulung. Jadi pendinding aku ni cuba protect aku la. Mereka bergaduh dalam badan aku. Tu aku jadi haru biru. Kejap ok. Kejap aku meracau. Perawat tu cakap. Erti kata lain ” satu rumah 2 tuan ”

Dalam beberapa hari juga lah dia merawat aku barulah aku sihat dan semangat kian pulih.
Tapi yang menjadi kemusyikilan disini. Dia ada cakap dia buang saka nenek kebayan tu tapi dia berikan laluan penjaga aku yang dari ayah aku tu masuk dengan betul. Masa tu aku tak tahu samaada benda elok atau tak .benda ni syirik kan sebenarnya ?.

Aku tak sangka. Aku pun sihat seperti biasa.meneruskan rutin harian ku seperti biasa sehinggalah
beberapa tahun selepas tu aku telah mendirikan rumahtangga dengan haris. Dan kami masih tiada zuriat kerana aku kerap sangat keguguran. Itulah penyebab aku teringat kisah aku pernah ada saka nenek kebayan. Semuanya bersangkut paut sehingga sekarang aku masih berubat di pusat perubatan islam. Kisah aku sebenarnya panjang. Kisah saka keturunan ,salahsilah keluargaku. Tentang zuriatku yang sentiasa menjadi mangsa syaitan durjana tapi banyak aku ringkaskan sebab tak larat nak taip..

Pengajarannya disini kalau korang jumpa apa2, tak kisah la barang kemas ke.barang2 lama ke jangan la ambik atau kutip. Kita tak tahu apa ada dekat barang tu dan Kita kena Yakin Tiada sebaik-baik pelindung melainkan Allah swt. Jika ada pendinding/ pendamping /penjaga tu janganlah kita percaya semuanya syirik. Semoga Allah ampuni dosa2 hambanya yang lemah ni.??

Doakan aku dikurniakan zuriat ya.
Terima kasih semua yang sudi membaca walaupun kisah aku tak seram.

#Kunang2

 

Kunang2

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

9 thoughts on “Cincin Nenek Kebayan”

  1. Sedihnyaaa ??? semoga akak terus tabah ye menghadapi ujian ni. Banyakkan berdoa dan jangan putus usaha. In shaa Allah akan dikurniakan zuriat.

    Reply
  2. “Biarlah aku perkenalkan diri sebagai laila…”

    “Biarlah aku perkenalkan dia sebagai haris…”

    cer tulis je nama…toksah letak ‘biarlah’… tulis je apa nama ko nak guna/ gelarkan.

    ada paham?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.