Cinta misteri

As’salamualaikum. Dalam coretan ini mengisahkan tentang cinta yang misteri dan seramlah kan bagi aku. Sampai sekarang ianya menjadi misteri. Ya, ini mungkin kisah pertama yang aku publish dalam FS. Hai kepada semua pembaca. Aku harap cerita aku ni dipublish FS sebagai pengajaran. Aku King, 21.

Kisah nya bermula sewaktu aku keluar dari madrasah. Yang belajar nya tidak habis kerana wang tidak mencukupi. Aku juga menceburi bidang Rawatan Islam ditempat aku yang juga diterapkan dengan ilmu psikologi untuk melawan bangsa jin. Setelah aku keluar daripada madrasah. Aku ditawarkan untuk bekerja di sebuah gerai makanan oleh seorang kawan yang tidak berapa aku kenali sangat iaitu San. Dan tuan punya gerai itu namanya Angah.

Setelah sebulan aku bekerja di gerai tersebut. Aku rasa selesa dengan San dan Angah. San selalu sebut pasal kakak angkat nya yang bernama Syasya. Tapi aku buat tak tahu je. Dalam hati ingin juga nak kenal siapa itu Syasya. Barangkali itu jodoh aku. Haha. Pada mula nya aku malas nak ambik kisah pasal Syasya ni. Sebab aku kerap diingatkan pasal ikhtilat. Jadi aku lebih menjaga daripada tergoda. Setiap hari nama Syasya ni disebut depan aku. Aku pun jadi berminatlah pulak. Dan sikit demi sikit aku korek cerita pasal Syasya daripada San.

Disini kisah aku dan Syasya bermula didalam sebuah group whatsapp yang bernama tidudit. Aku pun taktahu kenapa nama group tidudit. Kata mereka nama tu diasaskan atas bunyi burung diawal pagi. Haha. Aku dan Syasya mula berkenalan dari group tidudit. Aku tidak serius dalam kenalan tersebut. Aku cuma save number dia dan diam. Suatu hari Syasya pun mula berhubung secara privasi.

Syasya “Hai King. Apa khabar?”
Aku “As’salamualaikum. Sihat Alhamdulillah.”
Syasya “Syasya sebenarnya ingin tahu tentang king dengan lebih dekat lagi.”
Aku “baiklah.”

aku jenis yang sempoi ja. Malas nak layan sangat. Maklumlah jual mahal.

Syasya “syasya nak tahu. Umur king berapa?”
Aku “20 , tak lama lagi genap 21. syasya?”
Syasya “umur syasya 22. King ada girlfriend?”
……….

Aku pun malas nak balas chat dia. Haha. Disebabkan aku tak berminat dengan soalan itu. Setelah sebulan aku tidak berhubung dengan syasya. Dia pun muncul semula. Apabila dia muncul semula. Dia seperti memberi satu harapan yang amat besar. Jadi aku pun terfikir. Ini adalah peluang aku untuk mencari calon isteri di waktu muda. Dek kerana aku bimbang dengan umur ayah aku semakin meningkat. Aku ingin berkahwin awal supaya ayah aku sempat merasa mengendong cucu. Jadi aku pun layan la si syasya ni.

Syasya “As’salamualaikum king. Apa khabar?”
Aku “Wa’alaikumusalam. Alhamdulillah sihat. Syasya apa khabar? Lama sudah kita tidak berhubung. Rindu pulak rasa nya. Haha. Gurau saja.”
Syasya “Sihat. Haha. King sudah makan?”
Aku “Alhamdulillah sudah. Syasya?”
Syasya “Dah. King, syasya busy nak buat kerja. Nanti ada masa kita chat lagi”
Aku “Baiklah. Jaga diri. Fii hifdzillah(semoga dalam lindungan Allah) bye. As’salamualaikum.”

Jangan hairan lah. Memang bahasa aku ada ala2 islamic style sikit. Tak lama lepas syasya chat. San pulak chat. Seperti biasa San akan mengingatkan aku untuk turun ke gerai awal supaya dapat gaji lebih. Haha. Rutin harian pukul 3 petang dah standby barang kat gerai. Dan balik daripada gerai pukul 1200-0100. Jadi aku berbual lah dengan San pasal si Syasya.

Aku ” San syasya orang mana?”
San “Orang Kl. Tapi tempat asal dia johor.”
Aku “Syasya ada chat aku bertanyakan khabar.”
San ” Untunglah kau dapat syasya. Dahlah cantik. Kaya pulak tu.”
Aku “Kaya? Lol. Aku tak tahu pun.” (dalam rasa rendah diri. Ya Allah. Takkan lah aku dapat orang kaya macam ni, malulah sebab aku ni orang miskin)

Percakapan aku dan San pun terputus disitu sahaja. Seperti biasa Syasya kadang muncul. Kadang tidak. Tapi dia memang menunjukkan reaksi bahawa dia suka pada aku. Jadi aku pun layan jelah. Jangan salah faham. Aku bukan gilakn kekayaan dia. Aku ikhlas nak cari calon isteri. Setelah 2kali gagal dalam pertunangan. Sekali pada umur aku 19 tahun. Sekali pada umur 20 tahun. Selepas beberapa bulan putus tunang barulah aku kenal si syasya. Aku pun okay je dengan syasya ni walau dia takda ciri2 muslimah idaman aku. Sebab bagi aku semua orang mampu berubah dan boleh berubah. Aku terima ja segala kekurangan manusia lain. Selama aku kenal syasya amat mencurigakn. Tapi aku husnodzon ja. Bersangka baiklah katakan. Haha.

Alhamdulillah, aku mendapat kerja sebagai security guard di salah sebuah sekolah ditempat aku. Jadi, dalam fikiran aku. Aku nak simpan duit untuk berkahwin. Jadi berakhirlah kisah aku bekerja di gerai makan. Setelah beberapa hari aku bekerja sebagai security guard. Untuk pengetahuan syasya menghilang dengan cukup lama sebab keberadaan nya di perth(Australia). Syasya pun muncul. Setelah sekian lama tidak berhubung dengan aku. Nampak nya Syasya macam sangat-sangat gembira.

Syasya “King :(”
Aku “As’salamualaikum. Oh hai syasya.?”
Syasya “king, sorry lama tak berhubung. Sebab kat perth xda server wechat. Sekejap ada line. Sekejap xda.”
Aku “takapa saya tunggu syasya. Hehe”
Syasya “pergilah tidur”
Aku “tidur kat mana”
Syasya “kat hati syasya lah. Hehe”
Aku “tak dapat saya tengah bekerja”
Syasya “siapa suruh main tembak2 malam hari. Csgo”

Maklum lah umur aku masih muda. Dari kecik lagi suka main game. Hahaa

Aku “saya ingat nak main sekejap ja. Tapi sampai ke subuh. Haha”
Syasya “hari nak hujan. Syasya duduk tepi jeti ni.”
Aku “sight lah nak tengok negara orang.”
Syasya “Takdapat hari hujan.”
Aku “Takapalah,” dalam perasaan mencurigakn.
Syasya “king. Tak kesah dengan syasya?Syasya bukan nya macam yang king impikan. Bukan macam muslimah yang ada kat facebook king. Pakai purdah baju labuh. Syasya apa jelah pakai topi. Hehe”
Aku “Saya xkesah. Tu fashion syasya. :). Semua orang boleh berubah jadi yang lebih baik.”
Syasya “hari nak hujan. King jaga mata.bye”
Aku “hati2 balik. Nanti sampai rumah mandi terus. Takut demam. Semoga dalam jagaan Allah.”

Pada pukul 11 malam pada hari yang sama. San memberitahu bahawa syasya terlibat dalam sebuah kemalangan di perth.

Bersambung.. Jika FS terima cerita ni……

King

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

96 thoughts on “Cinta misteri”

  1. Sudah di kata jgn nk mencari publisiti murahan dgn cerita bersambung. Ni lah jenis manusia x pandai membaca, x de telibga mendengar, pemalas!!!
    TOLONG HARAMKAN CERITA SEKERAT X SAMPAI SEMINIT HABIS BACA. BOSAN !!!
    Cerita pun nampak penuh penipuan !!!
    Biasa je.
    X PAYAH SAMBUNG !!!

    Reply
    • Oi ko dah pahal. ? itu aku punya cerita aku punya sukalah. Kalau kau xsuka cerita aku. Kau buat lah cerita sendiri. ?? aku nak baca sejauh mana kau boleh reka cerita. Aku bukan nak popular bodoh. Macam la ko pandai sangat. Maaf ya sifu. Ko ja hebat. Ko ja pandai reka cerita. Sebab atas dasar kau kuat penipu barangkali. Haha. Kalau kat dunia ni aku dapat block kau. Memang aku dah block. Dunia ni xperlu manusia banyak songeh macam kau. Yang cepat meradang. Pergilah kau budak2 duduk di hujung dinding menangis. Baca ja pun. Apa masalah nya? Bosan atau tidak. Ada jugak manfaat bukan? Daripada kau melayan nafsu marah kau. Sama dengan setan. Qq kepala bana. Qq terima kasih kerana membaca.

      Reply
      • Dik..umo ko ni berapa sebenarnya. Ajet2 Islamic tp tediaaaaa…..ko marah, lagi teruk drpd orang yang kutuk2 ko. Ni, orang marah sebab.

        1 – Tajuk takde kaitan dgn isi kandungan. Ko cakap cinta misteri, tp 99% content adalah pasal awal perkenalan ko dgn Syasya yg xde mistik langsung! Sebenarnya..ko takyah p tulis balik isi whatsapp/message/wechat pon. Org nak tau apa jadi, bukan isi chatting ko melainkan ade unsur2 mistik dalam tu.

        2- Admin dah bgtau JANGAN buat cerita sambung2 @ tergantung. Tp takkkk…ko buat gak. Haisshh..

        Pastu bila kena kutuk, ko punya melenting, syaiton nirrojim punya skill… hahahaha.. Buh nama King, tapi kene kutuk dah jadi sayur rebus. King padiaaaaaa… ceh.

        Reply
    • Macam ni lah.cerita yang diceritakan kita jangan terlalu awal kritik.kita sebagai pembaca PERCUMA ni.kita ikut rentak dan baca dengan teliti. Tak perlu lah nak kondem macam dia ni buat salah besar di negara ni.

      Reply
    • Qq kau tau kenapa iblis dibuang dari syurga? Sebab ada ciri2 mcm kau nilah. Iblis dia disuruh untuk menyembah adam. Sombong taknak sembah. Sebab dia diciptakan daripada api. Adam dicipta daripada tanah. Padahal yang menyuruh adalah Si Pencipta. Itupun dia ingkar. Iblis xtahu pun apa yang Maha pencipta nak buat. Perangai iblis sama macam kau. Taktahu apa orang nak cerita. Tiba2 melatah tak tentu pasal.

      Reply
      • Dah la dik non. Ko takyah nak Ruqyah orang sangat. Ko pegi Ruqyah diri sendiri dulu. Tengok gaya cam ada saka. Dan..ayat google kau di atas, kau nak kata apa sebenarnya. Nampak tak kau lari daripada benda asal QQ bidas kat cerita kau?

        Tibe2 sebut pasal Iblis kena halau syurga pasal tak nak sujud pada Nabi Adam. Was it even related? Kau kata QQ sama perangai cam iblis, kau kenal QQ? Kau tahu dosa pahala dia banyak mana? Dan kau dah jadi malaikat ke apa sekarang ni sebab suka2 kau gelar manusia ciptaan Allah sebagai iblis. Manusia yang di cipta daripada tanah dan zat yang sama dengan Nabi Adam a.s

        Reply
    • Kalau qq tak msg mcm ni, takde lah king nak tersentap dan tak de komen berjela2 keluar. Kepada qq, kalau org lain msg seperti awk ni, awk tersentap ke tak?

      Sy bukan menyokong penulis tapi msg awk adalah the trigger. Harap pembaca2 kat sini faham.

      Tak suka, klik link untuk baca next story. Kalau nak juga komen, seboleh2nya tapis perkataan2 awk. Jgn ikutkan sgt rasa tak puas hati tu.

      Komen biarlah yang membina.

      Sy pelik, kenapa awk kata cerita itu penuh penipuan? Kalau pun tak benar, ni kan fiksyen. Jgnlah bash mcm tu sekali. At least bg chance, ni first try penulis.

      Sy pun dah lama jadi pembaca fiksyen shasha, sy tak pernah lg terbaca guidelines atau announcement dari pihak admin yg ada bgtau tak boleh cerita sambung2. Bukan malas nak baca tapi serius sy tak jumpa lg. Mungkin penulis pun begitu.

      Maaf ye, sy tak setuju dgn awk. Sy nak baca part 2.

      Reply
  2. Tulah manusia ni. Kita belum habis cerita lagi. Marah carut macam2. Semua nak dia ja hebat. ?? dah lah kuat dengki. Kalau nak jadi orang yang baik. Hidup kena terima ja apa kekurangan orang. Bukan salah sikit terus bash. Macam kau perfect? Terserah. Kalau kau nak terus rasa diri kau tu ahli syurga. Banyakkan mencarut. Lol

    Reply
  3. Rasanya admin pernah ingatkan semua penulis supaya buat cerita yg tidak bersambung. Sbb dah ramai readers marah sbb tak suka cerita bersambung. Saya sbg reader baca je cerita awak ni. Dan awak sbg penulis sepatutnya terima je apa komen orang instead of lawan diorang balik. Jgn cepat melenting. Apa org cakap, perbaiki utk penulisan masa akan datang. Awak suruh reader jgn baca. Sbb dah baca lah diorang bash awak. Takpe kalau ni first story awak. Boleh diperbaiki lagi. Good luck utk next story awak. Jgn bersambung lagi hehe ?

    Reply
  4. Serious citer nie bosan….macam kisah cinta kat drama tv 3.Hope sambungannya lebih menarik and ade misteri nya…hwaiting king 🙂

    Reply
  5. Bagi lah komen yang positif. Bukan tahu nak hentam orang ja. Aku xsuka org mencarut. Sekurang2 nya aku berusaha untuk bercerita. Aku xtahu pun kenapa FS terima cerita aku. Support la aku. Next time aku buat yang lebih baik. In shaaAllah.

    Reply
  6. Takpe king, biasa la first try banyak kurangnya. Keep trying! Actually banyak je cerita lain yg memang tk seram langsung huhuhu

    Reply
    • Daripada cerita brader ni, tah mana seram misterinya. Sampai habis bahagian 1, aku dok cari tah mana misterinya.
      Maybe misteri pada penulis dia kot. Pantang ditegur, melompat sampai tergugur iman. Islamic konon. Jgn hipokrit k.

      Reply
  7. Aku tak jumpa pon mana carut dia tu? Sentap terok ko ni. Siap bodoh2 kan org lak ko ni. Siap bandingkan dgn iblis. Ayat ko tu tak rasa mcm iblis jugak ke?
    Come on la bro. Sentap apahal? Kawal nafsu amarah tu. Usap dada. Nampak sgt dok degup kencang turun naik turun naik menahan marah tu. Rilek brader…syaiton semua tu. Iblis iblis iblis.
    Kalau takut dilambung ombak, jgn berumah tepi pantai. Org ada hak nak komen cerita ko. Yg ko sentap terok sgt menunjukkan ko tak professional.
    Akhir kata, cerita ko mcm cerita cinta romantik syok sendiri. Silap port kot. Try submit kat blog romantis ye bro. Sampai habis bahagian 1,aku tak jumpa yg mana misterinya/seramnya. So aku bagi 0.5/10 bintang.

    P/s sekurang-kurangnya bagi la elemen seram/misteri tu ada dlm bahagian 1 ni. Aku rasa ko yg misteri sbb salah port submit cerita. Pastu otak ko mmg misteri sbb kata Islamic bagai siap belajar perubatan islam , tp bila kena tegur skit, ko punya sentap kalah hitler, ayat ko mmg takleh blah.

    Reply
    • Memang btol..
      Jahat gile mulot si king tu.. dahla membodohkan org, fitnah lak ckp qq ada saka, pastu ckp perangai org mcm iblis bagai.. padahal diri sndiri yg sombong xle terima teguran..
      Ke king ni ckp utk diri sndiri?? Kalau cmtu, aku setuju la..hehe

      weh, penulis terbaik akan terima kritikan dgn matang, even mcm longkang kritikan tu..disebabkan kelongkangan kritikan org tu la, ramai jd penulis berjaya.. chill la.. turunkan sket ego tu…

      Reply
  8. Salam. Pada pendapat dari jiwa kecik saya ni. Penulis ada hak dia tersendiri & pembaca pun ada hak untuk menilai cerita tersebut. Fiksyen Shasha pun diwujudkan sebagai medium untuk kita semua berkongsi pengalaman & pengetahuan berkaitan misteri di alam sana yang ramai tak berpeluang untuk merasanya sendiri. Sebolehnya saudara King teruskan bercerita & next time terus habiskan cerita saudara tu sebab admin Fiksyen Shasha dah keluarkan guideline hari tu supaya jangan dipostkan cerita yang bersambung. Keep on writing bro King.

    Reply
    • betul ape yg bro ckp ni.. perkara biasa bg seorg writer xsmua akan sokong cerita kita.. sama mcm first story bro carlito rocker ni kne hentam si langsat tp disbab kn cerita dia ade pengetahuan tentang dunia ghaib smpi skrg org suka ngan cerita dia n si langsat smpi skrg jd silent reader, tu la belum pape lagi dh bash org tu la akibatnya..

      Reply
  9. Wahai bro *pegang bahu*. Saya dengan rendah diri mohon hantar cerita anda ni kot iium confession. Terok sgt sentap ko ni! Apahal? Tak cool langsung ko ni. Dlm cerita sembang keja nak up ja. Bila baca komen kot sini.. Perghhhh! Mmg spesis suka up diri ko ni. Hai sifat bangga diri dan sombong trok sgt ni.. Ehhh td kata kat org sombong siap compare dgn iblis, batang hidung sendiri tak nampak lak. sedih! Siap UAI terlibat skali. Apakes ko nih?

    Reply
  10. LOL tu ape? Bahalol ke? Ni skrip drama trbaru kol7 ke? Sape pengarah? Pelakon? Penerbit? Rating penonton? Target drama ni? Mohon admin baca semula sambungan ya.. If seram n masuk akal sila publish.. Klu takat admin pon na like free x tau la.. Sblm ni kan ada budak suka sambung2 cite sume komplen.. So far budak tu jaga bahasa walau di kritik.. Ntah le dik.. Ko buat benda yg na di kritik tp x trima kritikan.. Mcm ner org na teruja dgn kisah cinta ko ni.. Pesan 1 je ye.. Jgn org benci or takut dgn ko.. Tp bior le org segan dgn ko.. Tp x pe lah.. Minta fs tapis dulu citer.. X ckop admin tambah lah admin lagi.. Jgn sampai jd mcm ni lagi.. Bosan teruk hakak!

    Reply
  11. Aduhh…..salah area post ni der… Tang mane yg seram yer…merepek trok cter ko nie… Sentap lebih plak tue…
    Dah..xyah sambung, geli bulu ketiak aku..

    Reply
  12. Lol tu apa? Tolol ke? Kata islamik, bercinta geli2 gak. Pakai wechat siap. Tak suka carut. Bodoh, kepala bana, tu bukan carut ke? Orang tegur, melenting. Tak payah tulis la. LOL sangat.

    Reply
  13. Wahai pnulis, 1st story ko pn dh bg 1st impression yg buruk pd pmbaca. Bila org kritik kaw2, sabarrrr tarik nafas.jqb je sy akn pbaiki. Bkn d bls lg dgn carutan. D mna nilai2 islamik yg ko blaja tu? Atau sembang kencang? Blaja mnerima kritikan, mna tau ia bguna utk pbaiki karya ko d ms akn dtg. Aduhhhhhhh…
    Kadavaley… Deyyy poddah cit

    Reply
  14. King oh King. Dalam penceritaan bahasa kau Islamik habis. sekali kena kecam nah terkeluar setan kau. Dah dikata jangan buat cerita bersambung kau buat jugak. Sendiri cari pasal kan??

    Sila meninggal. Jangan lupa mengucap. Haha

    Reply
    • Eh keluar pulak. Ok jom mencelupar.

      Bro. Aku adalah org melayu yg tipikal di mana sering menganggap produk keluaran madrasah mestilah org nya baik2, bagus tutur kata, tinggi ilmunya, menjaga adab bahasa dan segala bentuk kebaikan. Tapi, kau macam dah mencemarkan pemikiran tipikal aku tu. Mujur kau tak bgtau nama madrasah kau tu kalau tidak kau dh buat nama madrasah buruk.

      Berkaitan dengan cerita:
      1. Cerita kau langsung tak seram. Dah la tak seram, misteri pun tak, padahal tajuk kau ada perkataan misteri. Seolah-olah beli cd cetak rompak nak tengok KL Zombie tapi keluar citer Ombak Rindu dekat screen. Sudahlah tak seram dan tak misteri, seluruh cerita macam cerita kasanova islamik pula. Ok lah, aku sangka baik je la. Cerita seram kau mungkin akan muncul lepas insiden Perth tu. Tapi, persoalan kedua muncul.

      2. Kenapa tak sambung habis? Cerita kau tu tak panjang mana pun. Kau malas atau tak ada masa atau bajet2 nak tgk view ramai ke tak? Kalau takut panjang, biar aku bgtau. Cerita kat FS ni kalau kau tulis 12 ms kat mic word, tu dah nice dah. Kalau alasan kau malas, mohon jangan share. Dunia ini tak perlukan manusia yg pemalas macam kau. (Tertiru cacian kau kat atas tu pulak..hahaha). Kalau tak ada masa nak tulis panjang2, kenapa kau ada masa untuk komen dan memaki? Kalau kau bukan semua ni, takpe, aku sangka baik lagi. Kau takut cerita kau panjang. Sebab tu kau hantar bahagian kedua.

      Akhir kata, mohon kawal rasa amarah tu. Kau terpengaruh game online la ni aku rasa.

      Reply
  15. Baiklah.. :).. My bad.. Aku tak kata aku islamic.. Aku kata bahasa aku kan?baca sekali lagi.. Belajar dari kesilapan. Thankyou.

    Reply
    • pertuturan, bahasa, akhlak & tingkah laku kene la sejajar. kalo ayat nak wecaht penuh dgn khalimah Allah tp bila bertutur nauzubbillah tu hipokrit nama nye. btw, ni nasihat ye. kalo nak bash pun bash la akak dpt pahala jugak

      Reply
  16. Wow..hot betol citer ni smp writer2 hebat pon bg komen…wakakakaka
    Cc : brader calisto…brader shizu…brader si celupar..

    Reply
  17. nasib baik blog ni ada letak ‘Fiksyen’. intention nak bercerita tu dah bagus, imagination pun ok, cuma tak rasa seram lagi (for my part).
    bab terima comment dari readers awak melenting, tak molek la perangai gitu dik.

    Reply
  18. Maaf sy mencelah juge..kita smua jgn bergaduh di sini..tak pyh la smpai saling mengata…kdg kata2 yg tak elok secara tak lgsung mencerminkan keperibadian kita…byk sbr ye smua…suka, follow…tak suka, tak yah follow..penulis cerita pn redha je la klu org x suka hehe biarlah die..awk smbung je la, klu admin FS post, kami bace. Klu admin x post, x leh bace.simple je..berlapang dada kita semua ye, peace no war ^_^

    Reply
  19. Komen2 lg seram dari cerita. ???baca komen da meremang bulu den! & 1st time ak tgk writer memaki reader kaw2. mcm taraa baik la macha ini mcm…. relek sdh… ???

    Reply
  20. hang dah pasaipa ? kena penyakit gaot ka ?? dari mula aku baca cerita kau pon aku dah rasa pelik, macam bajet bajet alim ja hang nih. sekali baca kat komen, tudiaaaa habis kena bash hang nih. ayat hang tuh dok maki sana sini tak melambangkan muslimin. ajet betoi hang nih

    Reply
  21. Hakak bc cite ko pening lalat trus dik.. ambk nsht2 pnls senior2 kt cni sbgai panduan.. lain kali tulis penuh dik bg habis. Kami kt cni tk kish bc cite tu pnjg brjela asl jln cite tu best n tk berbelit..

    Reply
  22. Panjangnyeeeee perang komen…
    Pestaim jumpe cam nih ni…

    Akk cume nak tanye…
    Ape tindakan Syasya yg buat ko husnudzon dalam curiga tu dik…????
    Tu jer akk nk tau…
    Sbb ayat tu mcm ade unsur seram tapi tak terzahir…

    Reply
  23. Hai king, ni merujuk feedback dari saya, walaupun tak seram, tapi bila baca best la jugak.. lagi2 ada saspen disitu.. dan nak tau jugak misteri syasya tu.. harap lepas ni sambung.. dan lagi satu .. saya ni nak kata ilmu agama luas takde la.. tapi sekurangnga tau lah yg asas dan hukum2 agama.. nasihat drpd saya.. pada pendapat saya, kalau ada org bash2 king, dan mempersendakan cerita king.. lebih baik abaikan.. diam lagi baik.. takguna kalau kita balas dari segi kata2, hakikatnya org akan nampak yg buruknya kita.. dan ape salahnya kalau kita ikut cara nabi muhammad saw yg sentiasa membalas dgn kata2 baik walaupun ada yg mencaci hina dan meludah baginda.

    Reply
  24. Kelas baca komen² ni. Diharapkan pembaca dan pencerita lebih sporting. Klu ada salah tegur elok² x nak lah marah²….yg pencerita pula bila di tegur terima yg betul perbaiki klu mereka tegur rsa mcm x betul. Drpd balas balik secra x elok better diam. Dan hope pencerita ni sbb bro mengaku bro ala² islamik jadi sya expect bende² yg baik²lah yg bro tampilkan. Just humble comment.
    Kita semua yg mna Islam, tunjukkan lah apa yg baik ya. Same goes to me.

    Reply
  25. VIPQIUQIU99.COM AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA

    Kami VIPQIUQIU99 AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA mengadakan SEO Kontes atau Kontes SEO yang akan di mulai pada tanggal 20 Januari 2017 – 20 Mei 2017, dengan Total Hadiah Rp. 35.000.000,- Ikuti dan Daftarkan diri Anda untuk memenangkan dan ikut menguji kemampuan SEO Anda. Siapkan website terbaik Anda untuk mengikuti kontes ini. Buktikan bahwa Anda adalah Ahli SEO disini. Saat yang tepat untuk mengetest kemampuan SEOAnda dengan tidak sia-sia, hadiah kontes ini adalah Rp 35.000.000,-

    Tunggu apa lagi?
    Kontes SEO ini akan menggunaka kata kunci (Keyword) VIPQIUQIU99.COM AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA Jika Anda cukup percaya akan kemampuan SEO Anda, silahkan daftarkan web terbaik Anda SEKARANG JUGA! Dan menangkan hadiah pertama Rp. 10.000.000. Keputusan untuk Pemenang Akan di tentukan dengan aturan kontes SEO yang dapat dilihat di halaman ini.

    Tunggu apa lagi? Ikuti kontes ini sekarang juga!

    CONTACT US
    – Phone : 85570931456
    – PIN BB : 2B48B175
    – SKYPE : VIPQIUQIU99
    – FACEBOOK: VIPQIUQIU99

    Reply
  26. Di kala aku membaca kisah ni,aku terlupa yg ni page FS..sumpah rasa mcm baca novel zmn remaja aku 15 tahun lepas.mana celah bedah seramnye dik weyyy ?

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.