Cinta separuh nyawa 2

Salaam semua… terima kasih admin sebab sudi siarkan cerita saya. Terima kasih kepada pembaca & komen komen positif. Aku memang nak cepat cepat habiskan cerita ni dengan harapan ada happy ending… sementara nak tunggu subuh ni bolehlah taip sekejap. Jangan pelik, aku tak tidur ke? Dah macam rutin, aku tido awal lepas tu bangun tengah malam sampai subuh.

Sebelum tu nak explain sikit, suami dengan isteri pertama ni memang tinggal asing (pjj). Suami kerja kat KL, isteri dia kat JB. Ada sebab sebab tertentu kenapa diaorg ni tinggal asing. Tak payah la explain ye…

Sambung kisah hari tu pasal anak bongsu aku yang masa tu 7 bulan dah pandai bercakap & tabiatnya suka cakap sorang sorang & main sorang sorang. Dia akan marah menangis menjerit jerit kalau kakak dan abang dia kacau dia main. Lepas dia sebut kawan ayah ada atas kipas siling, terjadi perkara yang lebih mengarut. Tak masuk akal.. susah nak percaya…

Bertahun tahun kami tinggal di rumah teres 2 tingkat, inilah kali pertama kami tinggal di rumah bertingkat tingkat. Rumah flat 12 tingkat ni kami sewa dengan kadar RM 900 sebulan. Agak besar dan aku rasa selesa sebab kurang sikit kerja aku nak mengemas. Unit kami terletak di tingkat 8 hujung sekali sebelah pintu dan tangga kecemasan. Masa kami pindah tu masih banyak lot yang kosong. Tapi bodohnya aku & betapa malasnya aku nak tengok unit atas aku ada penghuni ataupun tidak. Aku memang jarang keluar rumah kecuali suami ajak keluar. Barang barang keperluan memang aku order je dari suami. Anak dah empat, aku agak tak cukup masa juga nak urus semua. Tambahan anak anak aku dengan bekas suami dulu macam ada masalah keliru jiwa jadi kena bagi perhatian lebih.

Ada suatu hari tu, suami ajak aku dan anak anak aku keluar ke shopping mall. Kat shopping mall tu, waktu kami sedang makan, suami ditegur oleh seorang wanita yang aku kira umurnya dalam lingkungan 40an. Cantik, manis dan bergaya. Pasti kerjayanya hebat. “En Nazri.. lama tak jumpa..” sapa wanita itu sambil menghulurkan tangan pada suami untuk bersalam. Suami menyambut salam dan dikenalkan aku kepada wanita itu. “Eh!… bukan you dah cerai ke dengan isteri yang ni?” “Mana ada.. mana you dapat cerita?” “Sally (isteri pertama) bagitau I”… bla…bla…bla… mereka berborak macam aku tak wujud kat situ. Aku buat tak tahu, terus makan & layan anak anak makan. Dari apa yang aku dengar, wanita tu namanya Hazlinda kerja di kementerian dot dot. Dia ni dulu selalu berurusan dengan suami aku untuk buat event kerajaan.

Balik dari shopping mall tersebut, aku perasan suami aku gelisah. Dia mengadu kepala sakit tapi terus memandu balik ke rumah. Masa tu nak maghrib dah. Dia cuba berkejar untuk sampai rumah sebelum maghrib. Masuk je rumah, suami muntah dengan teruk. Banyak sungguh sampai kotor semua ruang depan rumah. Dan apa yang tak logik, dia makan sikit je..kenapa muntah begitu banyak. Aku mula nak naik angin. Aku penat melayan anak anak kt shopping mall, baru sampai rumah aku dh kena bersihkan muntah suami pula. Tak semena mena aku menjerit “you ni kenapa???.. tak boleh muntah kat bilik air?? I penatlah nak bersihkan semua ni!!” Suami pandang muka aku. Aku nampak mukanya pucat tapi aku tak kesian sikit pun. Aku angkat anak aku yang umur 3 tahun dan yang 7 bulan tu masuk bilik untuk mandikan diaorg. Selesai tugas mandikan anak, aku keluar bilik tengok suami sedang bersihkan kotoran akibat muntah dia sambil dia menangis tersedu sedu. Aku pelik.. kenapa emosi sangat…

“Yang, you tengok ni kenapa banyak sangat d***h ni.. I dah cuci dari tadi tak bersih bersih.. makin banyak…” aku pergi pada suami. Aku terkejut, seluruh lantai rumah kelihatan seperti dipenuhi d***h. Aku rasa macam nak menangis tapi laungan azan menguatkan aku. Aku tarik tangan suami masuk bilik air, aku mandikan dia. Kemudian kami solat berjemaah. Waktu solat tu aku memang tak khusyuk. Aku dengar macam macam bunyi kat unit atas. Selesai bagi salam aku dan suami dikejutkan dengan bunyi orang menumbuk lesung betul betul ditepi tingkat. Logik ke? Kami kat tingkat 8 kan.

Bermula dari hari tu, suami sakit teruk, muntah muntah & cirit birit macam tak boleh ada sikit air pun masuk dalam perut dia. Puas pergi klinik, masih tiada perubahan. Sampai dia ambil cuti tanpa gaji hampir 5 bulan. Aku ikhtiar cara tradisional pun seperti tiada perubahan. Sepanjang tempoh tu aku yang merawat dia dan dia memang tak dapat balik ke JB. Sedih tengok keadaan dia makin kurus.. dalam masa dia sakit tu, mujurlah aku ni ilmu berniaga tu ada sikit, aku berniaga online mengambil tempahan waktu lunch & dinner. Adalah duit untuk aku tampung kehidupan.

“Siapa jantan yang jumpa you tadi???. Mana dia??? Kenapa bila aku keluar dia blah???” Suami tiba tiba terjerit jerit maki hamun aku yang sedang memasak. Anak anak terkejut tengok si ayah yang hanya berseluar pendek meluru keluar. Dia menghentak hentak pintu grill “mana kunci ni?? Cepat bukak!!!” Anak aku si abang segera membuka pintu grill. Bergegas suami menuruni tangga kecemasan sambil terjerit jerit memanggil seseorang. Kami anak beranak terpinga pinga. Keliru.

Tak lama kemudian suami masuk rumah dalam keadaan lelah..”sampai hati you yang… I tengah sakit macam ni you bawak jantan lain masuk rumah “. Pedihnya aku dengar tuduhan tu. Tapi aku hanya mampu menangis. Sejak itu & hari hari seterusnya macam macam perkataan kasar & tuduhan dilemparkan pada aku. Dengan keadaan dia sakit, duit tak cukup, anak anak, dan tuduhan tuduhan begitu memang buat aku lemah. Tapi aku terus amalkan apa yang ustaz kat pusat rawatan tu surun aku buat.

Genap 5 bulan suami sakit, kami sekeluarga diganggu dengan pelbagai kerenah syaitan. Bunyi bunyi pelik makin show off kat unit atas. Anak aku si bongsu pulak makin kerap menunjuk nunjuk dimana kewujudan ‘kawan kawan’ dia. Suatu hari, setiausha JMB call & bagi aku amaran untuk tidak membuat bising dan mengetuk lantai rumah pada waktu malam padahal kami tak buat pun perkara yang disebut. Masa tu lah aku dapat tahu rupanya dari tingkat 9 hingga 12 belum ads penghuni. Rumah kami satu satunya lot yang ada penghuni di sayap kiri. Abis tu, selama ni sapa dok menumbuk sambal kt tingkat atas? Sapa lelaki yang aku nampak kat pintu rumah depan unit aku? Sapa pula makcik yang tegur aku depan pintu tiap kali aku nak keluar buang sampah? Sapa wanita yang aku nampak sedang masak di dapur bertentangan dengan dapur aku??? Bayi siapa yang menangis tengah tengah malam dari unit atas????

Aku bingung. Aku tak tau apa patut aku buat. Aku browse rawatan ruqyah secara jarak jauh sebab aku macam susah nak keluar rumah. Aku jumpa seseorang yang boleh buat rawatan keseluruhan dari jarak jauh. Di hujung bicara dia cakap ada gangguan sihir pemisah & rumah yang aku tinggal pun tak bersih. Dia nasihatkan agar kami berpindah. Tuhan je yang tau. Kami sedang kesempitan dan perlu berpindah segera. Pasal sihir pemisah tu, dia cakap orang tersebut akan datang jumpa lepas 40 malam. Dia minta aku buat tahajud selama 40mlm berturut turut. (Jangan pelik, lps sakit yang period x berenti tu, kali ni aku tak period2..jenuh telan ubat. )

Sejak aku bercakap dengan perawat tu, gangguan agak berkurang. Sikit sikit je jadi. Biasa sangat malas nk cerita.

Tapi anak aku si bongsu….masih bercakap sorang sorang…
Macam panjang gila aku taip ni. Berenti kejap ye. Nanti aku sambung. Hantar dulu kt admin sblm hilang.

Mira

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

8 thoughts on “Cinta separuh nyawa 2”

  1. akak… cpt lah smbung..
    sbb mnusia ni sntiasa iri hati.
    xbt salah pun kdg diorg jdkn kita mgsa testing ilmu jahanam tu..

    Reply
  2. dugaan manusia ni tak sama. Allah tak uji di luar kemampuan kita. bersabarlah. bertabahlah. yakinlah dengan kuasa Allah. insya-Allah Dia maha segala-galanya.
    akak doakan awak terus tabah dan berjaya keluar dari kemelut ini.
    semoga sesiapa sahaja yang membaca kisah awak ni, turut mendoakan untuk awak dan keluarga.
    aamiin….

    Reply
  3. Assalam…
    Lama x komen pd citer2 kt FS…
    Kdg2 mcm xterjangkau dek akal bl baca citer2 mcm ni. Xsangka tlalu busuknya ati org yg sgup htr sihir pd org lain. Kdg2 pd d***h daging sindrik ataupn pd org tercinta…

    Kepuasan apa yg deorg dpt agknya bl melihat org lain mderita? Xprnh ke deorg terfikir mcm mana azabnya api neraka bl buat benda2 syirik n menyekutukn ALLAH SWT?

    Anyway.. semoga sgala kesulitan n ujian berakhir dgn kemenangan di pihak penulis. Semoga sentiasa berada dlm lindungan rahmat ALLAH SWT…

    Reply
  4. Tabah ya,Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.Banyakkan beribadah.InShaaAllah,Awak akan sentiasa berada di bawah pelindungan yang Maha Esa.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.