Cinta separuh nyawa 3

Salaam semua. Terima kasih sudi siarkan kisah ini admin. Terima kasih pada yang sudi membaca. Aku dah tulis episod ke 2, tapi belum tersiar. Aku nak terus tulis bagi habis kisah ni sebab nak tangguh tangguh takut tak sempat. Manalah tau ajal kan anytime…

Suami aku, muka memang kategori kacak la pada aku. Dia jenis jaga imej & gaya. Dan, dia memang sweet talker. Ayat dia memang manis. Dia ni jenis layan orang memang tip top!. Terutamanya perempuan. Nak duduk, dia tarikkan kerusi, nak masuk kereta dia bukakan pintu, nak good bye dia kiss tangan. Kalau korang tengok lelaki lelaki mat saleh kat movie yang jenis romantik tu, macam tu lah dia. Kalau tak, aku tak sangkut dengan dia beb! Cuma masalahnya bukan dengan aku je dia layan macam tu. Dengan perempuan lain pun. Kadang kadang depan aku pun dia selamba je buat. Pengaruh hidup lama sangat kt UK la tu..

Tapi, sejak dia mula sakit, semua tu hilang. Dia jadi pemarah, dia jadi tak terurus, dia suka maki hamun aku, dia dah tak layan anak anak aku macam selalu. Dia yang penyayang dengan anak anak bertukar jadi serigala depan anak anak. Kesian anak anak aku.

Sejak dia tak masuk kerja, aku buat jualan online dengan serius. Stok barang barang dari kedai dulu masih menimbun dan aku pasarkan secara online untuk sara hidup kami sekeluarga. Tapi aku tak tau la macam mana family isteri pertama kt JB survive dah suami aku memerap kat rumah aku.

Keadaan suami memang menguji kekuatan aku sebagai isteri. Hari hari dia muntah muntah dan hanya mampu terlantar tidur. Aku cuba dapatkan air penawar dari seorang ustaz, ustaz tu cakap memang ada gangguan tapi apa apa pun pesakit kena lawan sendiri. Suami aku pula nak bangun mandi pun dia macam malas. Apatah lagi kalau aku suruh dia solat masa tu. Mampos aku kena maki. Aku hadap semua ni tanpa keluarga & kawan kawan. Sebab aku rasa malu nak mengadu. Kawan kawan aku pulak kebanyakannya anti poligami. Pernah aku cerita masalah kecil pun aku dah ditempelak “sapa suruh ko kawin laki orang!”

Nak pendekkan cerita, satu hari suami aku seperti dah sihat. Dia dah boleh cakap sweet sweet dengan aku & anak anak aku dilayan macam dulu dulu. Kami dah boleh luangkan masa bersama dan dia dah mula check email & update kerja kerja yang terbengkalai di pejabat. 5 bulan tak masuk kerja macam macam hal yang perlukan kelulusan dia tertangguh. Mujur big boss dia faham dan bagi dia cuti tanpa gaji walau berbulan dia sakit. Dia cakap nak masuk kerja dalam masa terdekat. Dia kesian tengok aku kelam kabut berniaga online.. mana nak urus rumah dan anak anak, urus dia lagi. Aku bersyukur sangat. Doa aku dimakbulkan. Aku happy tengok suami aku sembuh. Paling happy suami aku yang romantik tu dah kembali.

Tapi ada masalah baru timbul. Sebagai manusia normal aku memanglah rindukan kehidupan suami isteri lain. Beberapa kali mencuba tapi aku dengan suami gagal. Aku bersabar sebab apa lagi aku boleh buat pun. Tapi suami aku nampak kecewa sangat. Aku pujuk suami, aku cakap aku ok. Kena terus berusaha & berdoa. Satu malam, saat memulakan, suami aku nampak betul betul teruja & bersemangat tapi aku tolak dia yang mula tindih tubuh aku sebab aku nampak sesuatu bertenggek pada bahu suami. Benda menyeringai tengok muka aku yang tergamam. Rupanya memang mengerikan. Dengan rambut mengerbang, mata merah, gigi bertaring berdarah, muka pucat berkedut kedut… aku menggigil ketakutan. Suami aku berhenti dari meneruskan apa yang sedang dia lakukan. Dia diam tapi riak mukanya memang dia pelik tengok aku menggigil begitu.

Sejak tu, kami sering bertengkar, bergaduh melampau lampau sampai ketahap lempang melempang. Bahasa dia selalu menyakitkan hati aku. Aku sangat terguris. Aku rasa jauh hati sangat dengan kelakuan suami aku. Tapi aku pendam. dia tuduh aku curang, dia tuduh aku bawak jantan lain tidur atas katil kami, dia cakap aku selalu bawak orang lain masuk rumah masa dia tak ada. Demi Allah. Tak ada 1 pun tuduhan dia tu aku buat..

Aku memang tertekan, tapi aku cuba teruskan hidup dengan anak anak. Suami aku dah mula keluar dari rumah tapi bukan pergi pejabat. Aku tak tau dia ke mana. Tapi bila dia balik dia akan maki hamun aku tak kira masa. Pukul 3-4 pagi pun kami bertengkar sampai jerit jerit satu kawasan boleh dengar suara kami. Dia suka provoke aku, kadang kadang tengok aku lena dengan anak anak, dia akan kejutkan aku dan mula tanya soalan soalan pelik. Memang aku tak boleh jawab soalan dia sebab aku tak tau nak jawab apa. Siapa jantan tu? Jantan tu duduk mana? Kerja apa? Bagus sangat ke dia servis? Soalan haram jadah namanya. Aku cuba diam tapi kalau dah mula jerkah dengan perkataan hina tak kan aku nak terus diam.

Aku berulang kali cakap kalau dah tak suka, kalau dah tak sanggup jadi suami aku aku mohon dilepaskan. Dia cakap sis akan lepaskan aku kalau aku bawak jantan pengganti tu jumpa dia. Masalahnya jantan yang dia maksudkan tak ada kan. Aku sedih sangat, aku mula abaikan dia. Aku dah malas nak layan dia. Dia punya mood selalu bertukar.. kadang kadang dia macam normal, kadang dia menangis minta maaf dengan aku. Tapi lepas tu maki aku lagi. Serius. Aku dah ready kalau dia ceraikan aku lagi. Aku pun dah ada produk yang dah kukuh dipasaran online. Aku buat produk sendiri dirumah untuk aku pasarkan. Aku bersyukur produk aku dapat sambutan jadi aku boleh terus menyibukkan diri dari terus fokus pada suami. Walau tak banyak sangat la jualan, tapi cukup setakat aku nak tanggung anak anak hidup kat bandar besar ni.

Suatu malam, suami aku balik dari jumpa kawan katanya,.. aku tak tahu siapa. Sampai rumah, macam biasa dia mula cari pasal. Aku buat tak layan. Aku tengok smartphone dia ada whatsapp masuk. Masa tu dia dalam toilet. Aku bukak phone dia tengok siapa whatsapp dia tengah tengah malam begitu. Tiada nama. Suami tak save no dia tapi muka tu aku kenal. Ayat ayat wanita tu buat aku luruh jantung. Rupanya dah lama wanita tu whatsapp suami aku dengan ayat ayat cinta. Tapi suami aku tak balas. Cuma baca. Dia keluar dari bilik air, aku pula cari pasal. Aku cakap patutlah tuduh aku macam macam, dia sendiri tengah bercinta dengan orang lain.

Dia tersentak. Dia cakap memang orang tu selalu hantar mesej tapi dia tak pernaj jawab. Dia cuma berurusan dengan wanita tu untuk hal kerja saja. Aku tak percaya. Aku mula naik angin. Aku rasa sakitnya hati bila ada wanita lain ayat suami aku begitu. Suami aku tak pujuk pun, malah dia lebih lagi menuduh aku dengan lelaki lain. Aku yang sebelum tu tengah update sales kat laptop, dia ambik lappy kesayangan aku dan dia hempas berkali kali macam orang hilang akal. Dia tolak aku sampai aku jatuh tersembam.

Dia ambik phone aku dan mula check mesej mesej aku sambil terjerit jerit “mana jantan tu??? Kau delete semua chat dengan dia! Kau dah buang bukti kecurangan kau!” Dalam hati aku masa tu memang terlampau sedih, tapi aku lebih risau contact no customer aku semua dalam phone tu.. betul. Dia hempas phone aku & dia keluar dari bilik. Aku sedih sangat & aku menangis sepuas puas hati. Bila aku dah tenang, aku keluar dari bilik mencari anak aku si bongsu & kakak si bongsu. Tapi cuma 3 anak aku ada kat bilik. Anak aku yang sulong bagitau ayah dah bawak anak ketiga aku tu keluar. Aku meraung lagi..

Seminggu lepas tu aku dapat beli phone baru & aku mula berniaga seperti biasa. Suami & anak aku rupanya ada di JB bersama keluarga di sana. Atas nasihat imam kat flat aku tinggal tu, aku mencari rumah lain & berpindah. Rumah aku tinggal memang ada sesuatu. Dan bahaya sebab wing sebelah tu unit aku je berpenghuni.

Masa aku berkemas nak pindah, aku didatangi oleh seorang wanita yang sangat aku kenal. Wanita tu yang aku & suami jumpa kat shopping mall sebelum suami aku mula sakit. Wanita tu juga yang sering mesej suami dengan ayat ayat cinta. “Kau ingat aku?… kau tahu tak berapa lama aku berusaha untuk jadi isteri dia? Aku tahu dia ada isteri di JB & aku nak dia ambil aku jadi isteri kedua. Aku kecewa dia kahwin dengan Rosma 10 tahun dulu.

Aku berusaha nak pisahkan mereka. Aku berjaya bila Rosma dengan dia makin dingin. Aku tahu sebab aku selalu jadi tempat Rosma mengadu. Aku selalu cerita hal kau pada Rosma, aku selalu salahkan Rosma sebab Rosma tak lahirkan anak untuk dia. Rosma kecewa bila tahu kau dapat anak dengan dia. Dia salahkan diri sebab gagal mengandung padahal aku yang buat dia tak boleh mengandung. Aku hantar jin untuk sumbat rahim dia. Aku hantar jin untuk buat suami korang tak selera untuk sentuh dia lagi sejak kau ada. Jadi Rosma salahkan kau!!!.

Isteri dia kat JB pun aku hantar jin untuk bagi laki kau benci dia. Aku hantar jugak jin tu pada kau tapi aku pelik macam mana dia masih sentuh kau sampai kau dapat 2 anak perempuan dengan dia. Aku buat macam macam benda untuk dia benci kau tapi dia masih tak pandang aku. Apa kurangnya aku? Aku cantik, aku ada banyak duit, aku boleh layan dia macam kau layan. Tapi kenapa dia tak pernah terima aku? Aku fitnah kau macam macam dengan bukti lengkap pun dia masih susah nak percaya. Dia tetap tak nak ceraikan kau untuk menikah dengan aku!!!. Kau memang betina sial!!! Ingat, aku tak akan berhenti berusaha untuk dia jatuh cinta dengan aku. Aku sayang dia separuh nyawa aku!!!” Aku yang hanya berdiam diri melihat dia melangkah jauh. Aku tergamam. Aku tak sangka. Doa ku untuk dapat tahu punca masalah aku dah pun dimakbulkan.

Sekarang aku dah tinggal di rumah lain. Teres setingkat. Rumah ni aku suka sangat sebab kawasan harmoni & aman. Jiran jiran juga peramah. Aku terus berniaga produk homemade aku. Bantuan rakan rakan alam maya banyak sangat menaikkan jualan. Dah sampai oversea dah produk aku berjalan. Syukur sangat. Suami dan anak aku masih belum balik sampai sekaran. Mujurlah si bongsu tu dah pandai membebel. Dialah kawan aku yang buat aku lupa masalah masalah aku. Aku masih terus berdoa dan amalkan apa yang perawat perawat & ustaz ustaz tu pesan. Aku takut aku diduga dengan lebih teruk lagi. Aku takut kalau aku tak mampu lawan lagi. Aku harap suami aku & anak aku baik baik kat sana. Aku harap Tuhan buka pintu hati dia untuk bawa balik anak kesayanganku. Aku harap aku dapat balik suamiku yang sangat membahagiakan dulu. Aku redha dengan ujian ini, aku tahu Allah sentiasa bersama aku…

Mira

Leave a Reply

22 Comments on "Cinta separuh nyawa 3"

Notify of
avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Issya

Tabah lah sis.
Diri yang diuji mmg akn trasa sgt lemah bla xda tmpt nk mngadu,brpaut.
Tp Allah ttp ada.
sya thu sis ni kuat. klebihn pd sis utk lbih kuat,sis ad anak2 yg hebat.
Allah uji sbb dia syg.
Smoga trus tabah n istikharah dlm stiap amaln..
smoga si pmbuat mndpt blsn yg stimpl.

Lynn

Amiiinnnnn

Finas

Susah kalo jumpa jenis orang yg x boleh move on nie

IzZaTi

Seyes sedih…dgr cam drama tp mmg leh berlaku pn benda2 cam ni sbb ada kwn yg alami benda yg sama awk alami…hope awk tabah n kalau bleh cuba lah lg berubat supaya suami pulih..InsyaAllah

kim naddy abdy

sedeynya sis… berat sungguh dugaan sis… moga sis tabah yea… moga Allah SWT sentiasa bersama sis yea… doa byk2 yea sis semoga segalanya dipermudahkan oleh Nya… semoga keluarga sis kembali bahagia mcm dulu….

ainieee

sedih nyaaa…

lala

aduhai..

ingatkan ending dia, perempuan ke 3 tu mati kene langgar lori.. Aamiinn..

apa2 pun, aku doakan semoga rumahtangga kalian selamat dan bahagia seperti dulu.. semoga suamimu sihat dan dapat adil dengan kedua2 isterinya.. Aaamiinn..

nadey

Hebatnya dugaan… Serius awak mmg wanita hebat ibu yg hebat… nak jaga 4 org anak sorg2 bukan mudah. Smuga Allah permudahkan urusan. Sy yg bc ni sebak sgt… bab kawen ngan laki org tu… tu stigma masyarakat lg2 org melayu. xkesahlah pasai tu smuga awak sehat dan bisnes makin maju.

An

Semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi pada awak. Sememangnya awak ni seorang ibu dan isteri yang banyak berjasa, dan sangat tabah. Semoga awak, suami dan anak anak awak dalam lindungan Allah SWT. Saling bahagia membahagiakan dunia walakhirat. Aamiin Allahumaaamiin

akak bace je

ak xtawlaa..ak menangis baca cite nie.. Ya Allah hebat betul dugaannya.. tapi.. tgk, walaupon mcm2 cara buat utk pisahkan dorg, tapi dorg ttp bersma walupon mcm2 dugaan.. nampak x, kuasa Allah SWT mengatasi semenya.. Allah masih melindungi akak.. teruskan bermunajat kpd Allah SWT.. serahkan segalanya pd Dia tanpa berputus asa..

Suka Baca

Sedihnya.Saya menangis baca. Sebab tak boleh bayangkan kalau terpisah dengan anak . Semoga akak dapat jumpa balik dengan anak akak tu. Amin.

cikgojes93

masyaAllah berat nye dugaan akak..mesti akak ni seorg yg tabah dan hebat..ape pon jgn putus ase kak,jgn putus berdoa..smoga akak terus kuat dgn anak2..sungguh busuk hati perempuan yg dah gune2 kan suami akak..xpe,satu hari nti Allah akan tunjuk semuanye..be strong sis!

Syahirah

Tak sangka jugak ada manusia macam ni. Gigih cari kisah pertama, nak tau permulaan cerita. Harap sis tabah. semoga Allah sentiasa melindungi sis dan anak-anak.

Qill

Tinggi darjat mu,
Seorang ibu, seorang isteri yang taat.

Sentiasalah berusaha dengan mencari kebahagiaan yang diredhai Allah, akak.
Allah uji, walau sebesar mana ujian, ada kebahagiaan besar dan rezeki menanti.

Dia, Allah yang berkuasa di atas tiap2 sesuatu.
Dia tahu akak, suami akak, anak2 mampu hadapi semua yang Dia bagi.

InsyaAllah, akak akan dapat kejayaan yang cemerlang dan kebahagiaan yang hakiki bersama suami dan anak2 serta mereka yang akak cinta dan sayangi di dunia akhirat. Aamiin.

P/s : Doa lagi dan lagi dan lagi, jangan takut dengan makhluk. Allah memerhati.

Mira

Aminnn…terima kasih

Kak Yulie

MasyaaAllah…
Rasenye dlm semua dugaan, yg plg perit dan yg plg menyesakkan pd akk bile dipisahkan dr anak sendiri kan…
Anak yg masih kecik…
Kompius dengan segala apa yg berlaku…
Sana menunggu, sini merindu…
Kesiannye…

Wanita berhati emas jer yg boleh menerima hakikat bermadu…
Tapi kalau dh itu takdirNya, siapakah kita untuk menafikannye walau hati penuh berkata2…
Namun Allah meletakkan kamu atas segala ujian dek kerana kemampuan dan kekuatan diri kamu sendiri…
Buktinya, dalam segala kekalutan masih mampu berdiri sendiri mencipta sebuah jenama produk homemade…
Masih kuat mencipta kejayaan…
Masih mampu menyara diri dan keluarga…
Serius akk sgt sgt sgt kagum…!!!
Mmg tabik spring toing toing toing…!!!
Superb!!!
Semoga hari2 mendatang kamu sekeluarga sentiasa di dalam lindungan Allah…
Aamiin…

Mira

Aminnn… terima kasih…

rozzy

Mmg heran dgn perangai wanita samdol yg sihir isteri2 orang…laki orang demi nafsu sendiri…mcm jilake…cinta bukan leh dipaksa2….tp mmg ada spesis wanita samdol bolong yg tak leh terima hakikat bila ditolak cintanya terutama wanita kaya..pangkat dan berduit…ntah apa la sgt keistimewaan lelaki tu sampai dah tak peduli status lelaki tu dah kawin 2 pun…tak peduli hati isteri2 dan anak2 lelaki pujaan dia tu…kat Malaysia ni ramai je lagi bujang2 tua dan duda2 segak mencari bini….LAKI ORANG DICARI2…ngok tul la….eeeeee…sakit pulak hati kiter…huuu

Bob

beratnye dugaan…sya bace pun tersa beratnye, ape lg yg memikul. semoge sentiasa dlm lindungan allah..

alkendali

Dari awal dah agak pompuan yg salam dgn suami puan kat mall tu punya angkara sbb selepas jumpa, suami puan sakit kepala yang teramat sangat dan muntah-muntah.

Hallie

The in 2009 was Fidelity National Title Insurance. The subsidity was for &q;utoWetlands Reserve Program". Hmmm, must be a green type program. are the Top 20 subsidy recipients for 2009.

Seroja

Saya bersimpati. Sedih dengar cerita awak. Awak ada cuba contact suami awk semula?

wpDiscuz