Combo Attack : Gangguan Jalan Lama.

Assalmualaikum semua, Rangga disini. Kali ini aku nak ceritakan pengalaman aku lalu jalan lama dari Kuala Kubu Bahru sampai la Ke Taiping. Jalan lama ni aku lalu sebab nak menikmati keindahan dan ketenangan malam.

Malam tu aku naik kereta bertolak dr Rawang pukul 11.30. Lepas isi perut kat mamak aku gerak sorang-sorang. Malam tu sunyi sepi al maklum la esok isnin orang da keje. Siapa pula nak keluar malam-malam.

Dugaan mula melanda tatkala aku lepas dr Shell 24jam di Kuala Kubu Bahru(KKB). Aku nyalakan rrokok sebab bosan sambil menyanyi sendiri kuat-kuat. Tiba-tiba ada pula pocong muncul kat lori pakcik rojak sebelum kuil kampung Keliang. Ada la 3 ekor dok terpacak. aku hampir terbabas sebab terkejut beruk. Syukur Tuhan masih sayang aku hidup lagi tidak accident Aku terpaksa berhenti di BP sblum kampung Gumut dan Azan 3-4 kali nak bagi kurang cuak.(sempat hisap rokok 2 batang)

Perjalanan di teruskan, akhirnya aku sampai di Tanjung Malim. lega sikit nampak ramai orang kat mamak n kedai tomyam. Jam menunjukkan 1.30pg. Masih awal lagi, aku singgah KFC Tanjung isi perut dulu. Bajet aku nak sampai Taiping sebelum pukul 5 sebab dengan keupayaan enjin aeroback 1.5 ni aku yakin dapat memecut ke destinasi.

Dugaan mula melanda bila aku lepasi Slim River. Kereta ku mulai berat(aku x gemuk cuma besar sikit dr org kurus). Aku da tukar gear pon tidak boleh belah juga. Dan aku perasan kereta yang jarang-jarang lalu selalu high beam aku., lori pon sama sampai ada yang kena carut sebab aku ingat dia orang saja high beam.

Aku dah mula tidak sedap hati. Takut aku nak buka tingkap tapi disebabkan airkon rosak aku kena beranikan diri buka tingkap. Mata aku duk melilau tgk ada tak yang menumpang kat seat sebelah and belakang. Arghh..ini tidak boleh jadi, aku dah mula rimas sebab x sampai-sampai. Padahal masa perjalanan patut nya tidak lama.Aku sampai di Ipoh kereta dah ringan, jam menunjukkan pukul 3.00 pagi. Aku dah singgah mekdi tapau and gerak nak ke Taiping, disini bermula dugaan ke 3. Jalan yg aku selalu lalu buat aku sesat!!! Dah berpuluh kalli aku lalu tapi tidak jumpa jalan keluar. habis WAZE,Google map,balai polis,stesen minyak,7e semua talian hayat aku pakai, tapi x jumpa jalan nak keluar ipoh.

Wattafish!!! aku da benggang, dekat 1 jam aku sesat dalam Ipoh. Aoe signboard pon aku guna xdpt jalan keluar. Akhirnya aku berhenti dan Azan beberapa kali dan zikir, barulah aku dapat keluar dengan selamat walafiat.

Dugaan ke 4 bermula bila aku dah nak sampai Taiping. Kalau ikut jalan lama akan lalu jalan sebelah highway yg macam ular berlingkar tu n tembus ke satu kampung. Jalan tu x la panjang lebih kurang dalam 20 minit je nak sampai kampung tu. Tapi ini yang peliknya, aku ambil masa dekat 1 jam lebih nak keluar dari jalan tu. dan aku sorang je yang lalu tiada lori or kereta lain depan aku. Terasa jauh sangat jalan tu nak habis, aku sampai Taiping ngam2 masuk subuh , masjid pon baru nak azan.

Aku subuh kat masjid Taiping kat Hospital tu, bantai roti canai 4 keping dgn ais kosong, rokok 4 batang barulah aku lega..Syukur aku selamat sampai, And untuk pengetahuan korang, esok tu aku balik ke KL ikut jalan sama guess what? Aku bertolak pukul 9 pagi dan pukul 12 aku da sampai Tanjung Malim ikut jalan lama gak.Jadi malam tu aku kena kacau mmg ade benda menumpang yang buat kereta aku lambat sampai nak dekat 5-6 jam baru aku sampai Taiping. Dah la tumpang free sikit terima kasih pon takde.Choiii !!!!

Sekian, nantikan kisah benar Mak Temah dari aku…
Rangga.

Rangga

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

17 thoughts on “Combo Attack : Gangguan Jalan Lama.”

  1. 1130 malam : lepas makan kat rawang
    1.30 pagi : bantai kfc tanjung malim
    lepas subuh : roti canai 4 keping

    bapakkk ah…..nak tanya sikit…awak nak belajar diet atkin tak?

    Reply
  2. banyak makan patot lah kerete berat bro hehehehe
    btw, jalan lama sebelah highway yg hang lalu tu, jln nak p rumah opah aku. kg pauh, bukit gantang kan?? nasib baik sepanjang lalu situ tak pernah jadi apa2. ni yg cuak sikit nak balek raya nnt

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.