#Cooppa – diganggu ketika hamil

Assalamualaikum warga FS. Ni first time aku menulis untuk Fiksyen Shasha. Maaf kalau ada yang tak faham dengan penulisan aku. Nama aku Cooppa, of course bukan nama sebenar. Aku baru 6 bulan kahwin. Apa yang aku nak ceritakan adalah pengalaman aku sendiri.

Sebelum kahwin aku kerja dekat KL. Suami aku orang johor dan dia kerja di Singapore. Aku kahwin bulan Disember 2016. So, decide untuk pindah ke johor lepas kahwin nanti senang dekat dengan suami kan. Dalam bulan 9 macam tu aku dah mula cari kerja baru. Alhamdulillah rezeki awal, dapat kerja dekat johor hujung bulan 10. Suami pon cari kan rumah sewa untuk aku yang dekat sangat dengan tempat kerja. Rumah flat je. Tingkat 4. Tak mahal sangat, Alhamdulillah mampu lagi nak bayar duduk sensorang. Rumah ni aku duduk sorang, sebab senang bila dah kahwin nanti suami boleh pindah masuk je. Kalau nak menyewa ramai – ramai nanti leceh nak kena pindah lagi kalau dah kahwin.

Ok, hujung bulan 10, aku pon duduk rumah ni dengan ditemani adik perempuan aku Kuntum, bukan nama sebenar jugak. kebetulan dia cuti semester 2 bulan, tapi awal bulan 12 dia dah kena masuk belajar balik. Aku dengan Kuntum pon duduk rumah tu macam biasa. Kalau aku pergi kerja, dia duduk rumah tu sorang-sorang. Aku kerja pukul 9 pagi balik pukl 6 petang. Masa pon berlalu, Cuti Kuntum pon dah habis, dia pon dah balik tempat belajar dia. Aku kena duduk rumah tu sorang-sorang 3 minggu. Aku kahwin hujung bulan 12, masa tu baru awal bulan, terpaksalah kan. So far, tak de apa-apa gangguan langsung kat rumah tu. Aman je. Tiba masa hujung bulan, dah kahwin dan dah selesai semua pihak perempuan dan lelaki. Dah masuk bulan Januari, Aku tolong kemas barang suami aku dari rumah sewa lama dia pindah kat rumah yang aku duduk sekarang.

Sebulan lebih duduk dengan tenang je, sampai lah suatu pagi bila suami aku dah pergi kerja. Dia keluar rumah pukul 6 pagi, kerja Singapore memang kena keluar awal, kalau keluar lambat memang tak kerja lah dia. Berbalik pada cerita, lepas je suami aku pergi kerja, aku tidur balik dan aku dengar orang berjalan masuk dalam bilik. Aku tengok suami aku masuk dan baring sebelah aku.

Aku : eh, tak pergi kerja ke?
Suami : Dah pergi tadi sampai kastam, hujan lebat sangat. Saya patah balik.
Aku : owh. Yeke. Tidur la balik kalau macam tu.

Suami Aku pon baring peluk aku, tiba – tiba aku MACAM tersedar yang aku dah ‘bersama’ suami aku. Aku tak dapat ingat betul-betul tapi yang aku tahu aku dah ‘bersama’ la. Yang ni baru betul aku tersedar dari tidur sebab bunyi alarm 6.45am. Aku pusing kiri, pusing kanan, tengok suami aku tak de pon. Aku pon assume yang aku cuma mimpi je.Tapi memang rasa macam real mimpi tu sebab semuanya nampak real lah, tak nampak cam mimpi pon. So aku abaikan dan tak cerita pon dekat suami aku.

Seminggu lepas mimpi yang pertama, aku mimpi yang sama. Suami aku balik semula lepas dia pergi kerja. Masa ni aku baru tahu aku hamil. Aku yang tengah tidur menghadap dinding, terkejut suami aku balik lagi. Aku dah rasa lain macam je.

Aku : Ha, kenapa tak pergi kerja.
Suami : Boss saya suruh saya balik. Dia tak suka orang botak (masa ni suami baru botak kan rambut).
Aku : Eh, yeke? Ah ni tipu lah ni. Mimpi je nie.
Suami : Betol lah. Saya ni! (sambal tepuk peha aku).
Aku : Sakit la.
Suami : Sakit kan, kalau sakit makna tak mimpi (sambil senyum sinis kat aku).
Aku : (macam tak boleh nak percaya). Astaghfirullahalazim.

Terus aku tersedar dari tidur, tengok kiri kanan, memang aku mimpi. Terus capai fon sms suami aku cerita apa yang aku mimpi dan yang mimpi aku sebelum ni. Dia reply, ‘tak pe, bangun mandi. Lepas ni lepas saya pergi kerja awak bukak surah ruqyah kat fon. Nanti kalau saya nak pergi kerja saya bukak lampu kat ruang tamu sebelum keluar’. Aku pon ok.

Esok nya, aku bleeding. Tak heavy sangat. Aku bagitahu suami aku dan malam nya kitorang pergi klinik, bagitahu yang aku pregnant dan pagi tadi ada keluar d***h sikit. Doktor cakap tu biasa kadang-kadang akan jadi dekat ibu mengandung, memang akan ada sedikit spotting tapi tak lama dalam 1-3 hari. Aku pon lega sikit dengar bila doctor cakap macam tu. Tapi aku punya kes minggu ni kluar d***h sikit, minggu depan keluar lagi, sampai ada tahap kencing macam kencing d***h (maaf kalau rasa kasar Bahasa).

Kandungan aku dah masuk 2 bulan, aku dapat lagi mimpi yang sama. Pagi suami aku pergi kerja, aku buka surah ruqyah kat fon dan sambung tidur. Aku dengar ada orang mundar mandir depan bilik. Lama jugak benda tu mundar mandir depan bilik macam tak lepas nak masuk, sampai aku sebut ‘Allah akbar’ banyak kali tapi macam tak lepas nak sebut. Sampai dalam mimpi tu aku menjerit ‘Allah akbar’ aku tersedar. Aku sms suami aku then suami aku pon bawak aku pergi berubat malam tu jugak. Kitorang pergi rumah sorang ustaz ni, ustaz ni pernah berubat kawan suami aku kena rasuk masa pergi memancing sebelum kahwin dulu.

Kat rumah Ustaz.

Suami : Assalamualaikum.
Ustaz : Waalaikumussalam. Ye, Ada apa ya?
Suami : Saya datang nak berubat isteri saya.
Ustaz : Owh, boleh. Masuk lah. Macam maan tahu saya boleh berubat ni? Saya rasa dah lama saya cabut banner kat depan tu.
Suami: Saya pernah datang dulu berubat kawan saya kena sampuk.
Ustaz : Yeke. Tak cam pulak saya. Maaf ye.

Kitorang pon masuk dalam rumah dan masuk dalam bilik berubat. Aku pon ceritakan lah dari mula sampai habis.

Ustaz : Astaghfirullahalazim. Dah lama ke mimpi macam tu? Ada dia buat apa-apa tak?
Aku : Sebulan lebih dah. Masa mula-mula mimpi tu sebelum tahu saya mengandung. Lepas tahu mengandung tu, mimpi lagi. Ada sekali saya macam rasa saya “bersama’. Tapi tak ingat in detail. Tahu-tahu dah ‘bersama’ macam tu la.
Ustaz : Sebelum- sebelum ni pernah mimpi tak jatuh dari tempat tinggi ke, mimpi budak atau menyusukan budak ke atau mimpi binatang buas/ berbisa?
Aku: Mimpi menyusukan budak tu selalu jugak, tapi sebelum kahwin la. Kalau mimpi jatuh dan binatang tu tak pernah pulak.
Ustaz : Astaghfirullah. Awak mimpi menyusukan budak , awak kenal tak budak tu siapa? Anak awak ke? Ada orang bagi ke?
Aku : Saya mimpi, anak akak saya, dia tak nak budak tu, lepas tu saya jaga. Saya menyusukan, jaga macam nak saya. Ada saya mimpi yang lai, saya mimpi saya ada anak, saya susukan, tapi dia tak nak menyusu.
Ustaz : Hmm. Mak ayah ke atau atuk nenek dulu ada yang jadi pernah bidan tak?
Aku : Tak ada rasanya.
Ustaz : Taka da ke awak tak tahu?
Aku: Saya tak tahu, tapi apa yang saya tahu rasanya taka da lah pulak yang jadi bidan.
Ustaz: Tak pelah. Awak tak tahu keturunan awak ni. Saya rasa awak ni ada saka, tapi bukan nenek moyang awak bagi, saka tu dah pilih dulu dah masa nenek moyang awak nak meninggal dulu. Bukan satu ye. Banyak. Cuba lah tanya-tanya adik beradik yang lain, pernah tak mimpi macam awak? Kalau ada bawak la berubat.
Aku : Owh yeke? Yelah nanti saya tanya.
Ustaz: Tapi itu hanya firasat saya je la. Sebab saya bukan yang jenis ada pendamping semua tu. Awak kena tahu ye, bila awak nak pergi berubat kena hati-hati. Jangan pergi salah orang.
Suami: Salah orang macam mana?
Ustaz : Saya bagi contoh, kalau awak pergi berubat dan tukang berubat tu dah tahu apa masalah awak, boleh nampak ada benda yang duduk dekat awak la, itu semua orang yang jenis ada pendamping. Ada yang kurung atau b***h jin/syaitan tu semua tak elok. Diorang pon makhluk Allah. Tak baik kurung ke apa ke ye. Dalam perubatan islam tak de semua tu. Andaikata kalau awak berubat dengan saya ni tak serasi, saya mintak sangat-sangat kalau nak pergi tempat lain cari yang betul-betul perubatan cara islam.
Aku & Suami : Insha Allah.
Suami : Habis tu yang ganggu dalam mimpi isteri saya tu saka ke?
Ustaz : Bukan. Saya rasa itu hantu raya, mungkin ada orang dekat perumahan awak ada membela atau mungkin Dia mengikut isteri awak sebab isteri awak kan mengandung. Orang yang mengandung ni bau die manis, harum bagi makhluk yang lain. Kita ikhtiar dulu ye.

Ustaz pon suruh aku duduk melunjur atas sejadah sambal dia baca ruqyah. Tapi aku tak de rasa apa-apa pon.

Ustaz : Minum air ni 3 teguk. Kalau ada rasa nak muntah, muntah kan je.

Aku pon minum tapi tak de rasa apa-apa. Ustaz cakap mungkin benda tak duduk dalam badan. Cuma datang ganggu je.

Ustaz : Minum air ni sampai habis,sebelum minum baca bismillah dan selawat. Insha allah jika diizinkan tak de lah gangguan tu semua. Jangan minum sekaligus habiskan pulak. Sikit-sikit lah, bila rasa haus minum air ni, kalau dah nak habis boleh tambah dengan air mineral.
Suami : boleh tambah banyak kali ke Ustaz?
Ustaz : Sekali je cukup. Ni saya nak pesan, kalau tengah –tengah duduk tak de buat apa-apa tu, baca ayat Kursi dan ayat 3 Qul sambil usap kat perut. Ayat tu boleh jadikan pendinding diri jugak , baca sebelum tidur. Kalau awak nak saya tolong dalam kes saka tu bagitahu lah. Talifon saya. Tapi ada barang yang kena awak bawa. Kalau tak nak saya tak paksa, cuma kalau ada apa-apa boleh talifon saya bila-bila masa je.
Aku : Insha Allah Ustaz.

Kitorang pon balik rumah malam tu, so far tak de apa – gangguan dah. Aku talifon mak aku bagitahu yang aku pergi berubat, Ustaz tu tanya ada tak nenek moyang dulu bidan. Eh, boleh pulak mak aku cakap ada. Aku tak pernah pulak tahu. Tapi mak aku dan adik beradik mak aku tak pernah ambik kesah pon, memang mak dan adik beradik dia tahu yang atuk aku dulu ada benda –benda macam tu, tapi bagi diorang orang dulu-dulu biasa bela benda ni semua. Bukan sebab nak buat perkara tak elok, tapi orang dulu bela benda tu semua untuk jaga kebun, pelindung diri, untuk mengembara sebab tu lah diorang tak ambik kesah dan tak tahu pulak masih ada lagi.

Berbalik pada kisah aku, lepas seminggu pergi berubat aku bleeding lagi dan akhirnya aku keguguran. Sedih, mungkin tak de rezeki lagi. Masa tu dah 10 minggu, tapi doctor scan cakap baby bentuk macam 6 minggu. Kena D&C, suami aku hantar balik kampong sebab aku dapat cuti 2 minggu.
Baru semalam aku dapat mimpi yang hampir sama. Suami aku balik rumah lagi lepas pergi kerja. Tapi Ada nenek tua sekali dalam mimpi aku tu. Dan ada beberapa lagi cerita aku nak ceritakan berkenaan ‘nenek tua dengan kakak ipar’ dan ‘dulang tembaga’, tapi macam dah panjang sangat.

Kalau nak aku sambung, akan aku sambung. Kalau rasa tak best, aku akan simpan kisah aku ni sendiri. Terima kasih kalau sudi baca. Maaf kalau penulisan tak berapa bagus atau cerita yang susah untuk difahami. Assalamualaikum.

Cooppa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

8 thoughts on “#Cooppa – diganggu ketika hamil”

  1. Benda yg serius macam ni,jngan ambil mudah..cerita kan lah untuk pgetahuan org lain juga..mungkin dpat mnjdi ikhtiba.,smbung lagi ya.

    Reply
  2. Jgn lengah2, bahaya tau, syaitan suka sesatkan manusia.. Kena ambik berat dlm kes awak ni, org dulu membela pastu anak cucui cicit yg kena nti, sambung ..

    Reply
  3. Bawa berubat sis, kakak angkat saya pun ada masalah yg sama macam ni. Bila mengandung, hilang. Dia berubat merata rata sampai ke Indonesia. Tapi still tak jumpa yang serasi dengan dia.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.