Semakan Cukai Tanah Selangor Online (eHasil)

Negeri Selangor antara negeri yang mempermudahkan rakyatnya untuk membuat pembayaran cukai tanah secara online. Pada artikel ini, kami menulis berkenaan cara semakan cukai tanah Selangor secara online.

Cukai tanah adalah cukai yang dibayar secara tahunan yang dikenakan ke atas hartanah persendirian di Malaysia manakala cukai petak pula adalah cukai yang serupa bagi hartanah strata. Kedua-duanya jenis cukai ini harus dilunaskan bayaran kepada pihak pejabat tanah di setiap negeri.

Semakan Cukai Tanah Selangor

Pembayaran melalui eHasil Selangor menjadi lebih mudah kerana ianya mudah diakses secara online. Sistem eHasil beroperasi selama 24 jam sehari dan dibuka setiap hari. Manakala pembayaran lebih pantas hanya dengan mengisi nombor akaun dan teruskan pembayaran. Selain itu, pengguna boleh terus memuat turun salinan bil dan resit tanpa perlu menunggu panjang. Berikut adalah cara semakan cukai tanah Selangor.

https://ehasil.selangor.gov.my/quit-rent/public/terms
  • Kemudian baca pengumuman penting yang disediakan oleh sistem ehasil Selangor.
  • Jika telah membacanya, klik setuju dan teruskan.
  • Masukkan nombor akaun, captch dan jenis perincian pembayaran dan klik cari.
  • Nombor akaun boleh diperolehi daripada bil cukai tanah anda.
  • Pembayaran adalah dibuat secara FPX. Di mana kebanyakan sistem perbankan online bank tempatan di Malaysia menyokong cara ini.
  • pembayaran cukai tanah selangor

    Setelah anda selesai membuat pembayaran, resit bukti pembayaran akan dikeluarkan. Simpan resit ini sebagai bukti ataupun sebagai dokumen yang boleh digunakan untuk sebarang urusan rasmi yang memerlukan bukti pembayaran cukai tanah di tanah anda.

    Hubungi

    Jika anda ada sebarang persoalan ataupun terdapat kemusykilan mengenai cara semakan cukai tanah Selangor, anda boleh terus hubungi nombor berikut:

    • 03-5544 7343
    • 03-5544 7328
    • 03-5520 5636

    Selain itu, boleh juga hantarkan email kepada pejabar ehasil di alamat emel [email protected]

    Jika anda ingin terus mengunjungi pejabat eHasil, anda boleh berkungjung ke alamat berikut:

    Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor
    Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
    40576, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

    artikel lain: APDM:

    Follow Whatsapp FS KLIK SINI

    Rating Pembaca
    [Total: 0 Average: 0]

    2 thoughts on “Semakan Cukai Tanah Selangor Online (eHasil)”

    Leave a Comment

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.