Curi Syampu

Hai pembaca FS. Aku nak kongsi cerita yang aku alami beberapa tahun lepas. Sebelum tu aku nak bagi tau sikit pasal kedudukan rumah keluarga aku ni. Rumah aku ni yang paling hujung dalam satu baris. Depan tepi & belakang rumah ni kebun getah orang. Aku selalu cakap 3 penjuru hutan, sebab da xde rumah belah depan tepi dgn belakang tu.

Panjang pulak intro tu. Balik semula pada cerita aku, orang kata sebab rumah aku ni hujung sekali & dekat dengan kawasan ladang banyak la benda yang mistik dok kat situ. Ade orang pernah kata yang kalau ade orang berubat pun akan buang “benda” tu kat belakang rumah aku. Keluarga aku memang selalu jugak la kena kacau sampai la satu hari tu aku jadi geram. Aku baru je beli syampu pakai pun baru 2/3 kali cam tu tapi tiba² syampu aku tinggal suku je.

Aku bebel la marah sape yang guna syampu aku sampai tinggal banyak tu. Aku ngadu la kat mak aku kata syampu da nak abis baru je beli. Dah la tengah tak de duit masa tu barang mandi aku abis kena kerja dengan orang. Dah berapa ari kejadian tu akak aku kena histeria. Meracau tak tentu pasal, pastu akak bole cakap padan muka abis dah aku pakai, aku da wangiiiii hihihihi akak ketawa lepas cakap cam tu. Aku yang dengar ni jadi geram la.

Akak aku memang selalu kena histeria, abah tanya akak padan muka ke sape, pakai ape yang wangi sangat tu. Akak pun juih² mulut ke aku. Akak ketawa lagi hihihihihiiii aku yang pakai syampu tu. Habis dah aku pakai semua. Abah tanya lagi datang dari mana nak apa? Akak pun jawab HUTAN HUTAN pastu merengus marah. Abah senyap je sambil baca ayat suci nak sedarkan akak.

Selang seminggu cam tu la pakcik aku dari johor datang bermalam di rumah. Pakcik aku ni pandai la ubat² sikit. Malam tu pas maghrib pakcik ajak abah keluar rumah. Abah pun nak la pasang lampu. Yela dah malam kan mesti la gelap. Pakcik aku pun cakap jangan pasang lampu, nanti tak dapat pulak nak tangkap “benda” tu. Abah aku pun ikutkan jela, lebih kurang 20 minit camtu pakcik dengan abah pun masuk rumah. Aku nampak pakcik cam pegang sesuatu, aku tanya la ape benda tu. Pakcik cakap ni la “benda” tu. Jap lagi baru bole tunjukkan. Aku pun biarkan jela pakcik aku abis kan kerja dia.

Tak lama lepas tu pakcik panggil, mak aku tak bagi tengok tapi aku nak tengok jugak. Pakcik letak satu botol bungkus kain hitam atas meja. Kat penutup botol tu ade rambut panjang berkilat je. Pakcik cakap rambut tu panjang sangat tak muat botol. Sape yang tau pasal jengkelot tau la benda tu cam mane. Aku tengok sendiri rambut tu memang cantik. Pakcik cakap ni la yang pakai syampu ko tu sebab tu rambut dia wangi, yang sebelum ni busuk. Maknanya pakcik aku ni da pernah tangkap la benda ni sebelum ni.

Sebelum kes syampu aku kena curi ni aku pernah juga kena usik manja dengan “benda” tu. Aku pergi tandas masa tu awal lagi dalam pukul 9, sebelah tandas tu kolah air. Masa dalam tandas aku dengar ade orang kocak air kolah tu kuat sangat bila aku keluar tandas tengok air kolah tu memang bekocak, apalagi ambil langkah seribu la terus ke ruang tamu. Tanya akak ade pergi bilik air ke akak cakap tak de, abah da senyum je pastu baca² sesuatu. Saja la tu nak bagi tau ‘dia’ ade kat situ.
Ni jela kisah aku. Maaflah sebab cerita biasa je cuma aku geram sebab hantu pun pandai pakai syampu. Mujur da kena tangkap. Terima kasih sudi baca.

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

12 Comments on "Curi Syampu"

avatar
BondaAiman

Kuang asam punya hantu..pandai ea curi syampoo..hehehehe

Aien

Pakai syampoo apa? Nak rambut cantik berkilat juga

Kak Yulie

Pastu die dok show off kt kengkwn
“Gune jari pon boleeehhh…”
Heehehehee…

Berlenggang dia berjalan si gadis desa yang manja jelingan, yang manja, datang seorang pemuda di tangan nya penuh bunga di hati, penuh cinta
Berlenggang dia berjalan si gadis desa yang manja jelingan, yang manja, datang seorang pemuda di tangan nya penuh bunga di hati, penuh cinta

Guna jari pun boleeee, HAHHAHAHAHHA

Bunga

rambut dah x tersekat di skala 5…hihihi

:-)

haha.. hantu pun bk guna syampu jugak supaya rambut dia wangi dan sihat. jap lagi klau hilang syampu kt rumah msti rmai suspek yg nk kne soal siasat ni.. haish

mei

PEH ANTU PON PNDAI GUNE SHAMPU WEYHHH.. antu zmn moden mmg mcm ni ea hhahahhaa

BondaAiman

Lihatlaaa rambutkuu shantikkann…????

hantu kubur

ala itu pun nak berkira…bagi la dia guna sama.sharing is caring hahaha

izzani

so far this is the funniest ghost story I’ve ever read

N

selama ni asyik setan rambut menggerbang ja..kasi can rambut lurus berkilat…hahahahah

Buah Oren

klu shampoo kat umah aq hilang, aq suspek akak & abang aq je 😛

wpDiscuz