#Dahlia – Puteri

Assalamualaikum, aku Dahlia berusia 24 tahun berasal dari Johor. Untuk cerita yg lepas Nenek Rakus – https://fiksyenshasha.com/dahlia-nenek-rakus/ , tak sangka ada yg suka. Ramai yg bertanya pasal Khairul. Aku dengan dia sekarang masih tak ada apa-apa. Aku pendam sorang-sorang je. Doakan untuk aku, hihi. Kisah seterusnya ni pun ada kaitan dengan Khairul.

Sebelum aku teruskan, aku nak buat flashback sikit. Mak aku, Jah seorang kakitangan kerajaan. Beberapa tahun lepas, mak aku rasa tak sedap badan semasa bekerja. Dia berdua dengan kawan dia, Cik Rosni dalam office. Tiba-tiba ada budak department lain masuk, nama dia Abang Sam.

Abang Sam : Ada orang ke dalam ni?

Cik Rosni : Ada. Aku dengan Jah ni. Kenapa tiba-tiba masuk sini? Jauh kau pusing?

Abang Sam : Saje saya lalu kejap, kak. Ada orang sakit ke?

Cik Rosni : Eh, macam mana kau tahu? Kak Jah ni haa… Tiba-tiba pening. Macam nak pitam.

Abang Sam : Ohh…

Cik Rosni : Macam mana kau tahu ni, Sam? Kami tak ada bagi tahu siapa-siapa pun. Lagipun kami berdua je kat sini.

Abang Sam : Macam ni kak… Saya nak ke office bawah. Nak lalu lif, penuh pulak ada kontraktor datang nak betulkan paip bocor kat atas tu. Saya turun guna tangga. Sampai kat tingkat ni, saya rasa lain macam. Sunyi dia luar biasa. Saya menjengah dari pintu tangga…..

Cik Rosni : Lepas tu kenapa? Kenapa kau senyap? Cakap lah habiskan jangan separuh-separuh.

Abang Sam : Saya nampak perempuan cantik sangat. Pakai sepersalinan serba kuning. Dia senyum je sepanjang dia jalan. Dia pakai dokoh emas, pontoh emas kat dua-dua lengan, gelang kaki emas, dengan cucuk sanggul emas. Pakaian dia kak… Parat dada sampai atas lutut ni je kak (sambil tunjuk atas lutut dia). Tu pun kain paras pinggang dia ke bawah bersilang-silang. Macam puteri zaman dulu-dulu.

Cik Rosni : Kau biar betul ni Sam. Kau jangan bukan-bukan.

Mak aku : Sam, kau bau wangi tak?

Abang Sam : Bau, Kak Jah. Masa saya nampak dia tadi tu. Lepas tu dia hilang tembus pintu office ni. Sebab tu saya masuk ke sini.

Mak aku : Akak pun bau tadi sebelum kepala ni pening. Wangi dia lain macam. Akak tak pernah bau wangi macam tu.

Abang Sam : Saya tahu kak. Saya tak rasa tu minyak wangi.

Cik Rosni : Ehh kau ni bergurau pulak!

Abang Sam : Ye, kak! Bau wangi dia bau macam suci sangat. Macam indah sangat. Takpelah kak, apa-apa jadi ke akak panggil lah saya. Saya ada kerja sikit kat bawah. Rasanya dah tak ada apa-apa kot.

Mak aku : Akak pun rasa. Mungkin sebab akak kotor hari ni.

Dan misteri tu masih lagi belum terungkai… Kami beranggapan mungkin tu penunggu kat situ saja-saja nak singgah atau ada yang nak menegur. Kami tak fikir lebih pun.

5 Januari 2017, Khamis. Rumah aku (semi-d setingkat).

Bapak aku dah pencen dan sekarang dia bukak kilang pemprosen makanan. Korang faham je lah kan… Kalau dah bersaing dalam sektor pemakanan ni, majority orang akan cari hasilnya dari pihak yang halal. Jadi saingannya banyak.

7.45, aku keluar sekejap nak isi minyak kereta. Sampai ke rumah, bila aku turun kereta aku terbau bau limau. Limau yg diperah. Kuat sangat bau tu. Aku pusing keliling rumah, dan di keliling tu bau. Aku elakkan fikir yang bukan-bukan. Sebelum melangkah masuk, aku baca bismillah 5 dan ayat kursi. Elok je dalam rumah tak bau apa-apa.

Lebih kurang 8.50 malam, selepas waktu Isya’. Bapak aku belum balik dari masjid. Dia dah pesan awal dia akan balik lewat sikit sebab ada yasinan kat rumah orang masjid. Aku, anak buah aku, Zara dan kakak ipar aku, Kak Sarah tengah nengok tv kat ruang tv rumah aku. Kak Sarah dengan Zara akan tidur rumah aku sampai hari Ahad sebab abang aku outstation. Mak aku baru siap solat kat ruang sebelah. Kira ruang aku dengan mak aku bersambung dengan hallway. Aku ada bela 4 ekor kucing tapi kucing-kucing aku ni aku bebaskan. Walaupun pintu semua tutup, ada satu tingkap aku bukak suku muat-muat kucing aku sebab tu jadi laluan diorang keluar masuk. Sekor ada dengan aku masa aku nengok tv, tiba-tiba dia bangun. Berdiri tegak nengok ke sliding door ruang tv aku. Sliding door dengan sofa aku duduk lebih kurang 10 kaki. Kucing aku nengok je sampai laa bulu dia satu badan sampai hujung ekor tu kembang. Korang tahu kan kalau kucing gaduh macam mana bulu dia punya kembang.

Tiba-tiba lagi 3 ekor kucing aku menderu masuk berlari-lari dengan bulunya kembang satu badan. Aku terkejutlah. Dah kenapa tiba-tiba. Akhirnya mereka berempat berlari satu rumah dengan laju. Kedepan, kebelakang non stop berkali-kali. Dalam hati aku dah risau, ni mesti ada benda ni. Kami berempat sampai takut kenapa kucing-kucing ni jadi macam ni.

Dalam saat tu, semua lampu berkelip-kelip macam tak cukup current. Semua lampu dalam rumah. Dari depan sampai ke dapur. Tv tiba-tiba kuat sendiri sampai maximum volume lepas tu m**i sendiri. Zara dah nangis sebab dia takut. Aku terus berlari pergi home theatre set aku sebab nak pasang ruqyah guna MP3. Tak boleh on. Tekan-tekan semua tak boleh. Mak aku datang kat arah kami, lepas tu azan. Aku bukak ruqyah kat enpon. Tiba-tiba tv ter on dengan volume macam nak buat konsert, menggagau aku cari suis plag nak cabut tu. Suis plag aku jauh ke dalam cabinet tv jadi memang meraba dan amik masa. Bila nak slowkan dan matikan tv memang tak boleh. Lampu pun dah macam kat disko duk kelip-kelip.

“hhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarrrrgggggggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhh”

Suara orang mengerang sakit kitorang dengar jelas kat luar. Ahh sudah. Kucing-kucing aku dah hilang sebab diorang dah keluar masa kitorang duk kalut-kalut dengan tv tadi. Jadi aku tak tahu jadi apa kat diorang. Aku lari kedepan, pintu dengan tingkap tak boleh bukak. Aku selak langsir, gelap weh padahal aku bukak lampu luar tadi. Aku berlari ke pintu belakang dan sliding door. Pun tak boleh bukak. Dalam kepala aku masa tu fikir sorang je yang aku boleh reach dengan cepat, Khairul.

Tengah aku nak call Khairul, Zara meraung jerit-jerit takut. Cakap dengan mama dia ada hantu dekat pintu berulang kali. Suasana macam tengah ribut sebab barang-barang dengan buku dekat rak semua jatuh. Tadi dia buat konsert, ni dia buat ribut pulak. Dah tu, aku dengar bunyi kucing bersahut-sahutan (bunyi kucing gaduh). Aku rasa tu kucing aku.

Khairul : Assalamualaikum, ye. Ada ada telefon saya?

Aku : Wassalam. Awak! Kat mana? Awak datang rumah saya, please. Rumah saya macam nak runtuh ni. Ada ribut dalam rumah.

Khairul : Astaghfirullahalazim. Saya kat balai. Kerja malam hari ni. Siapa je ada kat rumah?

Aku : berempat. Tak ada lelaki. Awak please datang, pintu semua tak boleh bukak ni.

Khairul : okay-okay. Sabar. Bertahan.

Aku try call bapak aku, sekali dengar bunyi phone dia kat ruang solat mak aku tadi. Laaa… Tak bawak phone ke bapak aku ni. Aku pergi balik kat pintu depan. Try bukak lagi, tetap tak boleh. Aku ketuk kuat2 pastu jerit dengan mengharapkan jiran sebelah boleh dengar tapi hampa. Dah lah tu. Zara, Kak Sarah dengan mak aku pergi kat aku tunggu belakang pintu. Mak aku suruh baca ayat apa yg aku tahu. Ruqyah yang tadi terstop, aku playkan balik.

Tak semena-mena buku yang bertaburan dengan barang-barang yang berterabur terangkat dan berpusar. Macam puting beliung. Bunyi angin dia kuat sangat. Dalam hati fikir, nasib baik aku dah simpan pinggan-pinggan dengan periuk belanga siap-siap dalam cabinet tadi. Kalau jatuh pecah, aku mintak ganti rugi. Suka-suka je nak buat ribut dalam rumah aku. Mak aku dah siap pakai telekung. Aku masuk bilik, capai pashmina dengan dua shawl. Nanti Khairul datang takkan nak togel pulak. Satu shawl aku bagi Kak Sarah. Dah siap ready semua, mak aku suruh aku azan.

Ribut dengan lampu lepas tu tv terbukak bunyi kuat, aku tak tahu lah setan ni kena rasuk ke apa sebab aku dah cabut plug tv tadi. Langsir semua terangkat-angkat. Tapi kat luar gelap. Tengah-tengah azan, aku dengar orang bagi salam. Khairul! Cepat-cepat aku tekan remote gate tapi tak boleh bukak pun. Tak guna betul setan ni main kasar. Tak sampai seminit, agaknya lama sangat dia panjat tembok rumah aku yang tinggi tu.

Khairul ketuk-ketuk pintu bagi salam, pintu still tak boleh bukak. Mungkin dia ada baca amalan dia, “cluck!” Pintu terbukak. Khairul datang bertiga, dengan 2 orang lagi bomba aku tak kenal berseragam, pakai tshirt bomba dan seluar seragam bomba. Rupanya masa tu dia baru balik dari call (panggilan kecemasan/tugasan diorang). Punya terkejut diorang bertiga nengok rumah aku. Kucing aku? Ya! Tiga ekor dah terbaring kat depan pintu tu dengan mata terjegil, kejung, d***h meleleh dari mulut. Lagi sekor dalam keadaan yang sama tapi kat atas bumbung kereta. Allah! Apa yang diorang lawan?!

“praaaannnnngggggggggggg! Prrrraaaaaaaaaaaanggg! Ppprrraaaaaanggg!”

Bingkai-bingkai yang mengandungi ayat-ayat suci tergantung kat dinding jatuh pecah satu persatu. Makin kasar pulak dia main. Khairul keluarkan dulu Zara dengan Kak Sarah. Terus abang bomba lagi sorang bawak diorang keluar. Gate dibukak manual lepas aku sempat capai kunci auto-gate-lock. Aku nak keluar dengan mak aku. Mak aku lepas, aku tak lepas!

Sampai kat muka pintu tu macam ada string atau kayu ke apa aku tak tahu halang aku nak keluar. Aku tak boleh lepas pintu tu! Korang pernah nengok cerita The Conjuring tak? Yg mak dia tak boleh keluar kat pintu tu sebab kena tarik. Haaaaa. Macam tu lah aku kena. Sakitnya weh kena kat muka dengan tangan aku. Rasa panas macam terbakar. Mak aku dah lepas keluar masuk kereta dengan Kak Sarah dan Zara. Khairul kat depan aku masa ni. Keadaan dalam rumah makin teruk dia baca ruqyah. Aku tahu sebab aku kenal ayat tu. Abang bomba lagi dua orang azan kat dua penjuru garaj rumah. Aku try lagi nak keluar. Tak boleh wehhh! Sappp! Aku menangis sebab kena bersilang kat bawah mata belah kiri ke dagu belah kanan. Sakit dia tak boleh nak kata.

Benda tak boleh jadi, Khairul masuk ke rumah. Ehh! Dia masuk boleh pulak nape aku nak keluar tak boleh. Abang bomba lagi sorang tunggu kat luar dengan family aku, lagi sorang ikut Khairul masuk dan azan.

“aaaaaargggggghhhhhhhhhhhhhhhh!!! Huuuwwwaaaaaaarrrgggggghhhh!!!”

Masa azan tu, ada satu makhluk berbulu warna hitam lebat kat luar rumah. Besar dia macam beruang liar. Mata dia merah, meraung. Kesakitan mungkin. Ribut dalam rumah ni belum berhenti lagi. Tiba-tiba aku rasa sesak nafas, terjatuh terjelopok bersandar kat dinding. Makhluk tu cuba masuk rumah aku tapi dia kena benda yang sama macam aku kena tadi. Dia tak boleh masuk dengan bulu-bulu dia terbakar. Nampak daging berbara. Bau dia busuk ya Tuhan. Khairul berdiri depan pintu menghadap makhluk yang tengah meraung kesakitan. Dia membaca ruqyah dengan kuat. Abang bomba lagi sorang azan tanpa henti. Aku macam pelik, jiran-jiran ni tak dengar ke apa rumah aku kena malapetaka.

Tiba-tiba, ribut kat dalam rumah berhenti. Lampu pun kembali seperti sedia kala. Datangnya bau yang sangat wangi. Bau yang aku tak pernah bau. Ada angin lembut menderu berbentuk pusar kat depan aku. Aku belum mampu nak bangun sebab aku rasa badan aku lemah. Bila angin tu reda, muncul lah seorang perempuan yang sangat cantik rupa parasnya berpakaian serba kuning. Bercucuk sanggul, berdokoh, bergelang macam corak tanjak, berpotoh, dan gelang kaki serba emas. Pakaiannya dari dada sampai atas lutut. Pinggang ke bawah, kainnya bersilang-silang dan berkaki ayam. Kulitnya cerah-cerah kulit melayu mulus bersih. Ya, puteri yang menjenguk mak aku beberapa waktu dahulu.

Aku tak tahu orang dari luar nampak ke tidak tapi aku, Khairul dan abang bomba yang dalam rumah ni terdiam, tercengang. Dia mendekati Khairul. Sopan langkahnya. Sekarang dia berhadapan dengan makhluk macam beruang tu. Dia mengeluarkan sebilah keris emas dari selitan tali pinggang emas dia lalu menghunus dada mahkluk tu.

“aaaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrgggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!”
Raungan penghabisan.

Makhluk tu jatuh ke bawah. Bau busuknya sudah diganti dengan wanginya puteri. Rupanya sangat hodoh. Dengan kesan daging terbakar tadi. Bangkai makhluk itu bertukar menjadi abu perlahan-lahan lalu terbang macam ada angin yang bawak.

Tuan puteri melangkah ke arah aku. Tak ada seorang pun mampu membuka mulut. Dia duduk bersimpuh dan menghulurkan tangan ke lengan aku. Nampak kesan melecur kat lengan aku. Cardigan aku koyak. Masa dia pegang, aku rasa sejuk sangat. Rasa dingin yang menyenangkan. Macam bayu lembut. Perlahan-lahan sel-sel kulit aku memulih dan kembali seperti sedia kala. Dia pegang muka aku pula, pun melakukan perkara yang sama. Allah! Apa yang aku sedang lalui sekarang ni.

Puteri memulakan bicara. Gaya cakapnya sangat lembut dan ayu lentoknya. Gaya bahasanya sangat baku macam melayu klasik. Aku pun tak ingat sangat perkataan-perkataan dia cakap yang aku jarang dengar kecuali masa aku belajar sastera masa STPM dulu. Tapi aku buat jalan cerita yang sama guna ayat yang berlainan.

Puteri : Maafkan beta, wahai keturunanku.

Aku : Siapa kau? Kenapa perlu maaf?

Puteri : Beta yang melakukan anakanda sebegini. Beta sudah lama mengawasi kalian kerana beta tidak betah di singgahsana beta. Beta tahu ada keturunan beta yang akan ditimpa bencana.

Aku : Apa maksudnya?

Puteri : Hamba Tuhan yang datang sebentar tadi adalah pengantaraanya dengan orang yang iri hati sama ayahandamu. Beta tidak menyangka pada malam ini dia akan hadirkan diri. Ayahandamu tiada di sini, lalu dia akan cuba mencari mangsa lain untuk dijadikan pengganti. Bayarannya mestilah nyawa lalu anakanda menjadi sasaran kerana hanya anakanda seorang yang paling kuat mewarisi ayahandamu dalam singgahsana ini. Maafkan beta singgahsanamu menjadi begini. Beta usaha untuk melawannya namun dia sangat gagah.

Aku : Kau yang halang aku keluar dari pintu tu?

Puteri : Ya, beta memasang perangkap untuk makhluk Tuhan itu, tidak beta menyangka terkena padamu, wahai puteriku.

Aku : Jadi kau dah lama perhatikan kami?

Puteri : Ya. Sekarang anakanda sudah pulih sepenuhnya. Moga tiada lagi halangan yang mendatang.

Aku : Sekejap! Kau siapa? Kenapa kau gelar aku anakanda?

Puteri : Kerana anakanda adalah keturunanku. Dulu moyangmu, Embah Radi berkahwin dengan salah seorang cucu puteriku semasa hayatnya lalu datukmu adalah piutku. Nenda ku adalah Puteri Gunung Ledang. Baris keturunan sewaktu denganku semua sudah diberikan amanah oleh nenda kami untuk menjaga keturunan kami masing-masing.

Aku : Kenapa kau hidup lagi? Bukan ke sepatutnya kau dah lama meninggal?

Puteri : Kerana aku bukan manusia. *senyum manis.

Ahh sudah. Kalau dia bukan manusia, aku ni siapa? Dah lah tiba-tiba muncul cakap aku keturunan dia.

Puteri : Jangan risau wahai puteriku, hanya golongan dari Embah Radimu sahaja keturunanku yang berdarah manusia. Saudara maramu yang lain adalah seperti beta. Beta bukan manusia tapi beta juga makhluk Tuhan.

Aku : Kau beragama?

Puteri : Tidak. Hanya golongan dari Embah Radimu sahaja keturunanku yang beragama.

Aku : Tapi kau percaya Tuhan?

Puteri : Kerana beta juga ada kepercayaan dan amalan. Beta harus pergi, kini sudah aman. Berehatlah kalian. Jika ada perlunya beta mehulurkan pertolongan, beta akan hadir.

Aku : Jangan. Aku minta, ini kali terakhir kau hadir dan muncul dalam hidup kami. Aku tak mahu minta pertolongan dengan kau. Hanya Tuhan tempat aku memohon pertolongan.

Puteri : Anakanda seorang yang berhati mulia. Sesungguhnya, anakanda mewarisi sifat nendaku.

Sekali lagi angin lembut menderu menjadi pusaran dengan bayu lembut kat depan aku menutup puteri tadi. Bila pusaran tu berhenti, puteri tu pun dah tak ada. Ehh dia dah blah pulak. Baru nak borak panjang. Nak tanya sikit pasal Sultan Melaka dengan jambatan emas ke, ada harta lebih ke. Lepas dia hilang, ada sekuntum bunga dekat peha aku. Aku tak pernah nengok bunga ni. Siapa pun tak pernah nengok. Mungkin bukan dari dunia ni. Bau dia sangat wangi, macam bau puteri tadi dan bunga tu masih ada sampai sekarang dan masih segar. Aku simpan dalam glass flask. Ada dalam bilik aku.

Khairul nengok aku dengan terkejut. Istighfar dia banyak kali. Kami pandang sekeliling rumah. Dah macam kena gempa bumi. Aku nengok luar kucing-kucing aku masih dalam keadaan tadi. Sedihnya, diorang dah m**i. Khairul minta cangkul dan mereka bertiga menanam bangkai-bangkai kucing aku.

Rumah berselerakan. Malam tu jugak aku call abang aku lagi sorang suruh teman kami tidur kat rumah. Sementara tunggu bapak aku balik yang tak balik-balik dari tadi, Khairul dan 2 orang abang bomba tu tolong sekali kemas sikit-sikit rumah ni. Ada lampu-lampu yang jatuh dan pecah. Ada yang tergantung dengan wayar kat ruangan siling. Lepas bapak aku balik, tahu pun dia terkejat nengok rumah macam tu. Khairul menceritakan semuanya dan dia berterima kasih kepada mereka bertiga.

Pembersihan rumah memakan masa lebih dua hari. Hujung minggu seterusnya, kami buat kenduri kesyukuran dan solat hajat meminta perlindungan dari Allah SWT dari segala benda yang tidak diingini di rumah, dan keesokannya kami buat di kilang pula. Satu rumah Khairul kami jemput.

Lepas difikir-fikir dan diingat balik, masa kejadian mak aku dilawat puteri tu kat office dia, adalah tarikh dan hari yang sama kilang bapak aku mula beroperasi…… siapa puteri tu? Wallahualam.

Dahlia

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

13 thoughts on “#Dahlia – Puteri”

  1. Maaf bkn nak kecam…tp,mcm xlgik wris puteri gunung ledang…bole msuk mlysia bookofrecord nie…sjrah penemuan wris puteri gunung ledang….

    Reply
  2. cerita lah lagi, best baca cerita awak.
    sedihnya kucing tiga-tiga m**i 🙁 tapi abam khairul i like hahaha. hopefully awak ada jodoh dgn dia 🙂

    Reply
  3. best sikit dari sebelum… ni… tp apsal ending citer mesti buat kenduri… jempot abg bomba makan…
    cuba tukar pulak ending citer lain.

    Reply
  4. ramai betul yg jeles. bila baca je waris PGL terus menggelupur masing2. hahaha chill la, pengalaman hidup penulis x sama dgn pengalaman hidup korang kot. terima hakikat tu sudah.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.