#Dammerung – Baobei

Keadaan di luar unit apartment tingkat 18 sebuah kompleks apartment di Shanghai, China sunyi sepi. Walaupun jam sudah menunjukkan hampir tengah malam, kesepian persekitaran kawasan apartment 5 blok agak mengejutkan Ah Seng. Dua tahun di Beijing, di ingatkan Shanghai pastilah meriah kerana status sebagai kota metropolitan paling moden di China, lebih-lebih lagi ketika Olimpik 2008 yang tengah berlangsung ketika itu.

“Apasal sepi gile area rumah ko ni Chong?” Tanya Ah Seng kepada rakannya yang sama-sama berasal dari Melaka.

Chong tak menjawab dan seperti buat-buat tak dengar. Dia cuma toleh kejap bila Ah Seng tanya kemudian paling semua wajahnya ke TV.

“Oklah Chong, aku blah dulu la” Kata Ah Seng setelah bosan melayan re-run games yang berlangsung siang tadi.

Terkejut Ah Seng apabila Chong beria-ia menyuruh Ah Seng tidur di rumahnya malam itu. Ah Seng yang baru pindah masuk ke apartment siang tadi sudah pastilah nak tidur malam pertama kat rumah baru. Dia menolak ajakan Chong dengan baik tapi Chong masih berkeras suruh tidur dirumah sampai block pintu tak bagi Ah Seng keluar.

Sudah tentu lah Ah Seng rasa tak best. Apa cerita ni?, selama dia kenal Chong tak pernah berperangai pelik.

“Ko ni apa kes Chong? Aku dah rasa lain macam ni”

“Seng, ko dengar lah cakap aku, tido rumah aku je malam ni, besok pagi-pagi ko balik la rumah” Kata Chong dengan nada serius.

“Ko ni dah kenapa?” Tanya Ah Seng lagi.

Pertanyaan tak berbalas. Ah Seng masih ingat Chong mengetap bibir macam nak tahan dirinya dari memberitahu sesuatu. Tengok member dia pelik macam tu, di tambah pula dengan Chong tiba-tiba berpeluh, Ah Seng rasa tak sedap hati nak lama-lama kat rumah Chong. Dah macam gay pulak si Chong ni.

“Dah la wei aku nak blah!” Ah Seng terus menolak Chong dan keluar dari unit apartment rakan lamanya.

“Ok Seng. Ko balik la cepat dan kalau boleh ko lari. Jangan toleh belakang. Apa-apa pun ko jangan sekali-kali stop sampai ko dah sampai rumah. Paham tak?” Terang Chong dengan mata tepat ke anak mata Ah Seng.

Ah Seng yang masih rasa lain macam dengan teman yang tiba-tiba bersikap aneh, tidak mengendahkan nasihat temannya itu malah dimarahinya pula.

“Wei f*cker, nak takot-takotkan orang plak”

Tak sempat Ah Seng nak habiskan maki-hamunnya, Chong dah hempas pintu.

“BLAH LA LU. MANGKUK AYUN %$&#%&^%*^#” Berbakul Ah Seng maki-hamun Chong di luar pintu apartment.

Dengan hati masih panas, dia menuju ke ruang lif untuk turun ke tingkat G. Untuk pulang ke apartment, Ah Seng kena turun ke bawah dan naik lif di Blok A. Chong tinggal di Blok D. Dalam perjalanan ke ruang lif, Ah Seng rasa seriau. Mana taknya, seluruh kompleks apartment macam kena blackout. Sebiji lampu pun takda, hatta koridor pun gelap gelita. Apa punya pengurusan lah, pengurusan flat PPRT kat KL pun tak teruk macam ni. Mungkin lah sebab ni sewa rumah murah nak mampos. Berpandukan cahaya bulan, Ah Seng mempercepatkan langkah ke kawasan lif.

Sampai di lif, dia tengok paparan LED lif tak berfungsi. Tekan-tekan butang, takda lampu juga. Haram jadah betul. Lif pula dah rosak. Siang tadi okey je, empat-empat semua berfungsi.

Nak balik ke rumah Chong, dah bergadoh pula tadi. Jadi, Ah Seng ada dua pilihan. Samada dia turun tangga 18 tingkat ke G atau dia naik ke rooftop. Blok A sampai D dihubungkan oleh rooftop. Dia boleh lintas ke tangga blok A, turun ke tingkat 24 dan naik lif turun ke tingkat 4.

Panjat tangga 7 tingkat pergi rooftop takdelah seteruk turun tangga 18 tingkat, kot? Fikir punya fikir, Ah Seng pun naik lah ke atas. Sepanjang naik tangga, terdetik di fikiran Ah Seng, kenapa kompleks apartment ni gila punya sepi? Pada hal siang tadi ramai je orang, sekarang ibaratkan hanya dia bersendirian di kompleks kediaman tersebut, macam trespassing pula.

Sampai kat atas, Ah Seng lepak kejap hisap rokok sambil melayan landskap kota Shanghai yang kelihatan indah. Bila rokok dah habis, sesi layan blues pun selesai. Ah Seng jentik puntung rokok dan lihat ia melayang jatuh 25 tingkat ke bawah.

Dia terperasan ada orang berjalan di sepanjang koridor salah satu tingkat di blok bertentangan dengannya. Bila diamati betul-betul, Ah Seng perasan orang itu pakai baju merah berkilat dan di kepala ada tanjak hiasan, macam pengantin perempuan Cina. Perempuan itu berjalan dalam keadaan tempang, seperti menyeret salah satu kakinya dan menambah kepada kepelikan penampakan malam itu, dia berhenti di setiap pintu unit apartment dan cuba membukanya. Setiap kali perempuan itu mendapati pintu berkunci, dia akan beralih ke unit yang lagi satu.

Masa tu tak terfikir pula benda yang bukan-bukan. Dia ingatkan Ah Soh mabok. Mula-mula Ah Seng gelakkan aje lihat gelagat perempuan mabok tu tapi lama-lama dia perasan keanehan situasi tersebut.

Pertama, perempuan tu pakai baju kahwin siap dengan tanjak bagai.

Kedua, kelakuan perempuan itu pasti akan membangunkan penduduk tapi takda siapa ambil tindakan, hatta lampu luar rumah pun tak bernyala.

Dan ketiga, pelik, perempuan itu, keadaan kompleks apartment, kegelapan malam…banyak yang tak kena.

Perempuan itu menuju ke hujung koridor dan ketika hampir nak hilang dari pandangan, tiba-tiba perempuan itu berhenti dan pantas menoleh ke arah Ah Seng.

Kata Ah Seng;

“Her face is so pale that I could see how white her skin in that darkness, her eyes had no brow and when she opened her mouth, it’s so wide but no sound coming out”

Apa yang buat Ah Seng kecut perut, perempuan itu menuding jari ke arahnya dan kemudian naik berdiri atas balkoni koridor lalu terjun. Kalau nak ikutkan standard apartment di China, setakat 24 tingkat tu tak adalah tinggi mana, biasa-biasa saja, jadi sekurang-kurangnya mesti lah ada bunyi perempuan tu melepet kat bawah, tapi ini takda bunyi apa-apa.

Ah Seng berdesit lari pulang ke apartmentnya. Sekarang baru dia faham kenapa Chong bersungguh-sungguh suruh dia bermalam di rumahnya tapi kenapa dia tak bagitahu awal-awal? Takut kena gelak? dia kenal Chong sejak dari kecil lagi, takkan dia nak memperlekehkan temannya itu kerana dia kenal sangat dengan Chong. Chong bukan jenis cakap merapu. Ah Seng rasa seperti ditampar-tampar dengan penyesalan berpuluh kali.

Dia sampai di lif blok A tingkat 24 dan seperti keadaan di rumah Chong, begitulah juga keadaan di blok A. Sunyi sepi. Nak kata blok tu takda orang, kat luar rumah bersepah kasut dan sandal, pasu bunga semua ada.

Butang lif turun ke bawah di tekan dan lampu kuning menyala. Ah Seng menghela nafas lega. Dia dah tak fikir pasal perempuan tadi, pandai-pandailah orang jumpa mayat bersepai perempuan itu pagi nanti.

Kawasan itu punya lah sunyi sampai boleh dengar lif ditarik kabel dari tingkat bawah naik ke atas. Bunyi ‘Ting!’ menandakan ada orang dalam lif dan dia keluar di salah satu tingkat bawah. Pada awalnya Ah Seng rasa lega juga bila tahu sekurang-kurangnya tak adalah dia bersendirian di situ tapi bila dengar bunyi seretan, nafas Ah Seng mula tersekat-sekat seperti terkena asma.

Bunyi tersebut seperti kain diseret atas lantai simen. Bunyi tombol diputar berselang-seli dengan seretan bergema di blok A.

Tersandar Ah Seng di dinding. No way, no way kata Ah Seng pada dirinya berkali-kali.

Tak mungkin amoi tempang tadi. Dengan berhati-hati Ah Seng cuba skodeng ke bawah dari balkoni koridor.

Berterima kasih dengan cahaya dari bulan penuh, tak susah Ah Seng nak cari perempuan itu. Dia nampak gemerlapan fabrik merah di tingkat mungkin 10 ke atas. Tangannya menepuk permukaan tebing balkoni setiap beberapa saat seolah-olah cuba menyokong tubuh ketika berjalan.

“Shiiiiittt” Kata Ah Seng.

Walaupun suaranya perlahan tapi kesepian persekitaran membuatkan carutannya kedengaran jelas oleh perempuan itu. Ah Seng lihat tangan yang menepuk tebing balkoni tak diangkat. Perlahan-lahan objek merah muncul dari balkoni koridor. Kata Ah Seng, dia bersumpah dengan nama Tuhan yang kepala perempuan itu berputar 180 darjah ke belakang dan bertentang mata dengannya.

Ah Seng masih ingat bagaimana perempuan itu tersenyum lebar menayang gigi-gigi hitam kepadanya sebelum terloncat-loncat menaiki tangga ke atas. Tak perlu fikir panjang untuk dia tahu yang benda alah itu, whatever it is, sedang mengejarnya.

Setiap blok apartment ada tiga set tangga; hujung sebelah kiri, hujung sebelah kanan dan bahagian tengah yang juga area lift. Pengantin itu menaiki tangga hujung kiri, jadi secara logik Ah Seng akan turun di tangga bahagian tengah since itu yang paling hampir dengannya.

Derapan tapak kaki memenuhi ruangan tangga bahagian tengah. Kakinya lenguh dan bila dia memperlahankan larian, Ah Seng dengar bunyi seretan hanya beberapa meter darinya.

Mula-mula dia macam teragak-agak, nak turun ke nak naik dan dia sendiri pun tak tahu kat floor mana sekarang. Segumpal bola merah berguling atas lantai koridor di depannya. Bersama bola tersebut ada benda hitam berkilau.

Dalam tengah ketakutan itu, masih lagi ada bibit-bibit curiga si Ah Seng ni, dia pergi mendekati bola merah itu. Dah dekat baru perasan benda hitam berkilau itu ialah rambut, rambut yang amat-amat panjang. Ah Seng jejak rambut tersebut sampai lah ke sekujur tubuh sedang berdiri di tengah koridor. Tubuh itu berbalut baju traditional pengantin perempuan Cina berwarna merah menyala. Di kepala ada perhiasan kepala besar. Kalau tadi wajahnya ditayangkan, kini berselindung di sebalik kain chiffon yang amat poros.

“Baooobeeiiiiii” Suara wanita muda memecah kesunyian malam.

Kata Ah Seng benda pertama yang terlintas kat kepala otak dia masa tu ialah dia off ke tidak air-cond bilik sebelum ke rumah Chong siang tadi. Bertalu-talu persoalan pasal air-cond menyerang fikirannya. Mungkin situasi ketika itu terlalu surreal untuk otaknya memproses logik dan entah macam mana boleh terfikir pula pasal air-cond. Rasanya Ah Seng tengok pengantin tu adalah dekat seminit sebelum lintang-pukang ke tangga berdekatan dan lari turun ke tingkat bawah.

Masa itu Ah Seng cuma mahu segera ke bilik pengawal di G. Tak kisahlah cina-cina tu nak percaya atau tak tapi dia kena dapatkan pertolongan. Tengah dia menuruni tangga setingkat demi setingkat, kibasan angin mengejutkannya. Dia perasan ada sesuatu berwarna merah menjunam di ruangan tengah tangga tersebut. Kakinya tersadung dan tergolek jatuh atas beberapa anak tangga. Kalau orang lain dah menyumpah sambil berguling usap kaki yang sakit, tapi Ah Seng selamba bangun dan teruskan larian.

DUM!
.
.
DUM!
.
.
DUM!

Bunyi dentuman membuatkan Ah Seng kaku. Dia tahu bunyi itu. Ada seseorang sedang menghentak-hentak tangan pada penghadang besi di sepanjang tangga. Mula-mula setiap hentakan ada selang beberapa saat tapi makin lama makin cepat bunyinya. Tak perlu fikir lama untuk tahu pengantin sedang pantas menaiki tangga.

Ah Seng berlari keluar ke tingkat berhampiran dengannya dan berlari sepanjang koridor. Pedih berdenyut di kaki memperlahankan larian Ah Seng. Dalam gelap semua pintu nampak sama dan takda masa nak periksa alamat di pintu untuk tahu dia di tingkat berapa.

Sekarang ni Ah Seng pula terhinjut-hinjut. Kesakitan di kaki kiri makin ketara. Bila diraba terasa buku lalinya bengkak.

“Baoobeiii” Sayup-sayup suara wanita kedengaran di telinga.

“JAO MING! JAO MING!” Jerit Ah Seng meminta tolong sambil mengetuk pintu-pintu rumah di tingkat tersebut. Tak ada sorang pun buka pintu. Nak kata tak berpenghuni takkan lah semua rumah yang diketuk tak ada orang. Ditambah pula banyak barang di luar rumah seperti payung, pokok pasu bagai. Jadi memang orang kat sana tak nak buka pintu. Siap boleh dengar lagi ada suara budak menangis lagi dari salah satu rumah tapi cepat-cepat disenyapkan.

Nak tak nak terpaksa dia deal situasi ni bersendirian. Ah Seng lihat alamat di salah satu pintu dan mendapati dia di tingkat 6. Tak jauh dah dari apartmennya. Panggilan “Baobei” semakin jelas berbanding tadi, menandakan pengantin dah hampir. Disebabkan dia dah dapat bearing, Ah Seng mendapati dia berada di bahagian yang salah. Apartmentnya nombor 11 manakala Ah Seng di kedudukan rumah nombor 3. Disebabkan dia tak pasti pengantin kat mana, Ah Seng kena bikin satu distraction. Di ambilnya salah satu pasu bunga dan dicampak ke bawah. Bunyi pasu pecah cukup kuat dan terdengar bunyi hentakan besi menuju ke bawah.

Segera Ah Seng naik tangga ke tingkat 7 dan menggunakan kudrat yang ada untuk berlari ke hujung koridor. Baru nak lega sikit, dah terdengar balik “Baobeii” tu. Kali ni di tingkat 6, betul-betul satu tingkat di bawah Ah Seng. Paling tak best, dia tahu yang pengantin tu tengah jengah kepala dari balkoni koridor dan panggil “Baobei”.

Nak terduduk Ah Seng. Di satu sudut dalam fikirannya, mahu sahaja dia berdepan dengan pengantin itu sebab dia dah tak larat nak berlari. Bengkak makin berdenyut-denyut. Dia duduk bersandar di salah satu anak tangga ruangan lif. Agaknya adrenalin shot dah habis dan Ah Seng memang tak terdaya langsung. Nak bernafas pun susah. Secara fizikalnya Ah Seng bukanlah seorang yang cergas, akibat berkurun tak bersenam dan tak kawal makan, beratnya mencanak naik hampir 40 kg semenjak dia sampai ke China beberapa tahun lalu. Walaupun begitu dia sendiri pun macam tak percaya larat berlari bagai nak gila tadi, selalunya naik tangga 3 tingkat pun dah mengah.

Bunyi seretan kedengaran di belakang. Pengantin dah berada di tingkat 7. WHO THE HELL IS THIS BITCH! Getus Ah Seng. Dia tak nak fikir soal hantu apa bagai kerana menurutnya mempunyai tanggapan sebegitu hanya memburukkan keadaan. Dia tak boleh lagi nak menyimbah minyak ke api kepanikannya. Bagi dia, pengantin tu mesti perempuan gila yang terlepas masuk merayau kat kompleks apartmen. Nalurinya pula kuat mengatakan wanita itu sangat, sangat, sangat berbahaya.

Perlahan-lahan dia turun tangga ke tingkat 6. Merangkak-rangkak Ah Seng di lantai konon-konon nak stealth. Logik fikirannya ketika itu, lepas pengantin tahu dia di atas, mungkin..mungkinlah makhluk tu akan naik tangga paling hujung (kerana itu yang paling dekat). Ah Seng curi-curi turun ke tingkat 6 ikut tangga tengah. Samada berkesan atau tak taktik ninjanya itu belakang cerita.

DUM!
.
.
.
.
.
DUM!

Bunyi hentakan di palang besi tangga betul-betul di belakang Ah Seng. Terus dia berdiri dan meluru ke arah pintu apartmentnya. Walaupun pintu apartmen depan mata je tapi rasa jauh sangat jaraknya. Setiap tekanan yang dikenakan pada kaki, kesakitannya menyengat sampai ke celah kangkang. Sakitnya setiap langkah yang diambil sampai rasa macam nak pitam. Apa yang membuatkan dia masih terloncat-loncat menuju ke apartment adalah ketakutan yang amat sangat.

Ah Seng tersungkur depan pintu. Dah sampai di pintu apartmen, sekarang dia kena buka mangga grill, tombol grill dan kemudian pintu rumah untuk masuk ke dalam. Tak tahu lah sempat ke tak. Bunyi seretan kedengaran di belakangnya dan Ah Seng tak peduli pun nak tengok. Dia menarik nafas yang dalam bagi setiap oksigen yang disedut untuk menenangkan degupan jantung yang dah macam nak terkeluar dari dada.

Perkara terakhir yang dia mahu adalah tergopoh-gapah nak masukkan kunci sampai tak terbuka pintu dalam waktu genting ketika itu. Pengantin itu macam main-main pula. Dia tahu benda alah tu di belakangnya tapi apa yang sepatutnya dah lama Ah Seng kena terkam, dia hanya dengar bunyi seretan sekerat-sekerat.

Sreetttt. Senyap 5-10 saat, kemudian sreetttt lagi.

Menyakat-nyakat pula.

Dah berjaya buka pintu rumah cepat-cepat Ah Seng masuk dalam rumah, masukkan engsel, kunci tombol dan bersandar di pintu. Tak sempat nak tutup pintu grill dah.

Sreettt…

..

Sreett…

..

Sreett…

Terkejut Ah Seng dek dentuman pintu grill ke dinding. Tombol pintu diputar-putar dan pintu tertolak-tolak cuba dibuka dari luar. Keadaan itu berlangsung hampir 5 minit.

Ah Seng mengira hampir angka 1000 sebelum membuat keputusan untuk bangkit dari pintu setelah yakin makhluk di luar dah takda. Ah Seng terbaring atas lantai rumah. Terlalu banyak benda di fikirannya sekarang dan dia tak tahu nak mula dari mana.

Gegaran dan ketukan pintu mengejutkan Ah Seng. Matanya pedih sebab cahaya terang. Dia terbongkang tidur kat lantai living room sampai tengahari. Ah Seng cuba bangun tapi terdampar semula kerana kesakitan pada kaki. Bila dilihat, kaki kiri dah macam kaki gajah, bengkak dan biru. Buku lali pun tenggelam.

“AH SENNGGGG!!” Namanya dipanggil berkali-kali.

Dia kenal suara itu. Kalau malam tadi dah nak bertumbuk, sekarang dia macam nak menangis dengar suara Chong.

Ah Seng terpaksa merangkak untuk buka pintu. Didapati di luar ramai gila orang. Jiran-jiran semua datang ke rumahnya. Malam tadi macam nak mampos dia minta tolong sorang pun tak buka pintu, sial betul.

Dia menghabiskan separuh hari di hospital. X-ray menunjukkan ada keretakan so kenalah simen. Chong cadangkan supaya Ah Seng berehat di rumahnya sahaja dan selepas makan tengahari, Ah Seng berdepan Chong pasal kompleks apartment tersebut.

Ambil masa juga Chong nak balas.

“All right man, I think you deserved to know” Kata Chong pada Ah Seng.

Apartment kompleks dihuni mereka antara hasil dari reformasi ekonomi negara China. Setelah bertahun jadi negara hermit, pembukaan ekonomi China membuatkan industri berkembang dan ramai orang kampong berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Shanghai.

Untuk menampung peningkatan jumlah penduduk yang semakin padat, banyak kompleks kediaman seperti apartment Ah Seng dibina. Revolusi budaya China (Chinese Cultural Revolution) yang diasaskan Chairman Mao menghapuskan adat budaya dan fahaman tradisional Cina dan digantikan dengan fahaman komunis/sosialisma.

Brainwashing rakyat dengan fahaman komunis menyebabkan mereka hilang jatidiri Cina dan spillover effect dari ini banyaklah tempat-tempat berhala seperti kuil, tokong, makam dan tanah perkuburan di tarah untuk memberi laluan kepada pembangunan.

Berbalik kepada apartment Ah Seng, tujuan asal kompleks apartment itu dibina adalah untuk menempatkan penduduk-penduduk yang rumah mereka telah “diambil” kerajaan kerana tanah itu mahu dibangunkan. Kiranya macam orang KL setinggan dapat rumah kat flat PPRT.

Pada awal pembukaan apartment, kompleks kediaman meriah kerana rata-rata penduduk adalah mereka yang dah biasa duduk bersesak-sesak jadi memang ramailah bersidai di koridor rumah bersosial sesama mereka.

Semuanya bermula pada tahun kedua. Ketika warga residen melepak macam biasa, beberapa dari mereka ternampak seorang pengantin perempuan berjalan di koridor yang sibuk di blok bertentangan. Pada mulanya mereka biarkan saja kerana memang biasa ada perempuan test berjalan dalam baju pengantin sebagai persediaan untuk hari persandingan kelak. Tapi setahu mereka tiada siapa yang nak berkahwin dalam waktu terdekat.

Di kala mereka masih tertanya-tanya siapa pengantin wanita itu, mereka terkejut apabila mendapati jiran-jiran tidak mempedulikan kehadiran pengantin wanita tersebut. Semuanya seolah-olah tak menyedari kehadiran wanita berpakaian pengantin merah, siap bertanjak dengan wajah dilindungi kain chiffon berjalan dengan selamba di tengah-tengah hiruk-pikuk koridor.

Mereka yang nampak cuba bagitahu jiran-jiran tentang penampakan tersebut tetapi semua tak faham apabenda yang mereka jerit-jeritkan itu. Menurut Chong, pengantin perempuan itu masuk ke salah satu rumah. Bila ramai-ramai periksa tiada siapa dalam rumah.

Dikatakan beberapa minggu kemudian, penghuni rumah yang dimasuki pengantin perempuan mula ditimpa bencana. Bermula dengan pasangan suami isteri terlibat dalam kemalangan maut, disusuli dengan kematian mengejut neneknya kerana stroke sehinggalah satu-satunya anak pasangan suami isteri bunuh diri dengan terjun dari balkoni rumah.

Pada mulanya, semua anggap kebetulan aja dan pengantin wanita itu tidak lagi muncul pada malam-malam berikutnya. Pada satu malam, pengantin wanita itu muncul lagi dan seperti sebelum ini, tiada siapa nampak pengantin perempuan berselisih di antara mereka. Dia masuk dalam salah satu rumah dan penghuni rumah tersebut ditimpa bala seperti keluarga sebelumnya.

Semenjak hari itu, tiada siapa berani nak bersidai depan rumah. Pengurusan apartment juga dah tak bother nak hidupkan lampu koridor, tangga dan lif pada waktu malam kerana penduduk mengamalkan perintah berkurung pada waktu malam. Emergency macam mana pun, mereka lebih sanggup bertahan dalam rumah sehingga pagi.

Sikit demi sedikit penduduk mula berpindah keluar dan menyewakan apartmen dengan kadar sewa murah, cukup-cukup nak bayar rasuah pada pihak penguasa tempatan yang melarang rumah kerajaan disewakan.

Semakin berkembang ekonomi China, semakin besar jumlah penghijrahan rakyat China ke kota Shanghai. Majoriti adalah generasi baru pasca revolusi ekonomi China. Tak dinafikan lokasi apartment Ah Seng boleh lah dikatakan amat strategik. Jalan 5 minit dari apartment dah sampai BRT, MRT, LRT semua nya adalah. Kedai makan, mini market dan sebagainya semua jalan kaki je dan kedudukannya yang atas bukit memberikan pemandangan skyline Shanghai seperti di kondominium mewah. Semua itu dengan kadar sewa, ibarat kalau aku duduk menyewa kondomonium kudalari depan KLCC tu dengan hanya 300 ringgit sebulan.

Masa itu tiada siapa mempersoalkan kadar sewa yang too good to be true dan juga kesepian kawasan apartment pada waktu malam. Sehinggalah ada kes penghuni kena kejar macam apa terjadi pada Ah Seng sebelumnya. Cuma malangnya mamat tu mabuk dan pergi layan pengantin tu. Besoknya orang jumpa dia terbaring di tingkat G, hanya berseluar dalam dengan otak bersepai di lantai.

Ramai yang mengambil tindakan untuk memberitahu penyewa-penyewa tentang kewujudan pengantin perempuan itu tetapi bencana juga menimpa mereka sama seperti penghuni yang rumah mereka dimasuki pengantin perempuan, walaupun mereka dah meninggalkan kompleks apartment tersebut dan tinggal di tempat lain.

Dah jadi sumpahan pula. Barangsiapa yang terserempak, ditegur atau menasihati orang lain tentang pengantin perempuan akan ditimpa bencana. Oleh kerana itu semua ambil keputusan untuk merahsiakan rahsia hitam kompleks perumahan mereka. Kalau sesiapa yang berkemampuan mereka akan meninggalkan kompleks apartmen tapi disebabkan kebanyakkan penghuni terdiri dari keluarga working-class, mereka tiada pilihan selain dari mengambil risiko menginap di situ.

Ah Seng tanya pada Chong “Ko cerita kat aku ni, ko tak takut kena sumpahan ke?”

Se angker-angker kompleks apartment, Chong tak percaya dengan benda-benda tahyul. Lagipun sebagai seorang penganu Kristian, dia tak boleh percaya sangat dengan kepercayaan kolot tok moyang China ni. Worst case scenario, salib besar gedabak kat ruang tamu mungkin cukup untuk menghalang semangat-semangat jahat dari memasuki rumah.

Chong menambah, ada urban lejen tentang pengantin perempuan itu. Ada orang memberitahu, sebelum kompleks apartment didirikan, kawasan bukit itu adalah jirat Cina. Waktu itu, disebalik perintah Revolusi Budaya, masih ada penduduk yang utuh mengamalkan tradisi nenek moyang mereka secara diam-diam. Salah satu tradisi tersebut ialah “Minghun”

Minghun adalah upacara berkahwin dengan mayat. Jika salah satu di antara pasangan yang akan berkahwin atau kedua-duanya mati sebelum perkahwinan, mereka masih boleh dikahwinkan. Tujuannya pelbagai seperti menjaga nama baik keluarga (dimana amat penting dalam budaya China) dan juga mengelakkan langkah bendul (membolehkan adik kahwin selepas abang berkahwin, walaupun abang dah mampos). Upacara Minghun ni, dengan kata mudahnya, sangat creepy sebab kahwin dengan orang mati. Tak perlulah aku terang panjang-panjang macam mana, korang google sendiri aja lah.

Nak dijadikan cerita, ada satu pasangan memang terkenal di kampong dengan kisah cinta mereka. Sang arjuna merupakan orang berpendidikan dan diserap oleh Parti Komunis Cina untuk menjadi guru manakala si mawar, in typical fashion manner of women in oppressed time hanyalah wanita kampong yang tidak berpendidikan tinggi. Seperti ramai graduan-graduan muda pada waktu itu, sang arjuna di hantar bertugas menjadi guru di Urumqi, sebuah kota terletak beribu kilometer dari kampong. Tugasan ini datang kurang dari sebulan mereka dijadualkan berkahwin.

Seperti pasangan bercinta yang lain, mereka berjanji untuk menunggu dengan penuh sabar untuk disatukan sebagai suami isteri. Hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan, bulan bertukar tahun, tahun bertukar dekad, sang arjuna masih tak pulang-pulang. Khabar berita pun takda. Si mawar pula jatuh sakit kerana heartbroken.

Pada waktu-waktu akhir sebelum kematiannya, si mawar mula berperangai pelik. Setiap hari dia nak pakai kelengkapan kahwin. Alasannya dia yakin sang arjuna akan pulang hari itu. Setiap hari macam tu, begitulah optimisnya si mawar ni. Sehinggalah dia menemui ajal kerana kebuluran. Dia dikebumikan di jirat yang sekarang didirikan kompleks apartment.

Beberapa bulan kemudian sang arjuna pulang. Rupa-rupanya dia dipenjarakan kerana cuba lari dari arahan penempatan untuk pulang ke kampong. Beberapa kali dia ditangkap kerana cuba lari dari tugasan. Akhirnya dia dipenjarakan kerana derhaka kepada negara selama 10 tahun. Dengan tragiknya dia mahu juga kahwin dengan si mawar kerana dah berjanji.

Kubur si mawar di gali dan upacara Minghun dijalankan. Samada sah atau tak upacara Minghun tu takda siapa persoalkan kerana kesiankan sang arjuna itu. Mayat si mawar yang dah mereput di cantikkan sebaik boleh dan walau bagaimana busuk pun bangkai si mawar, sang arjuna dalam keadaan meraung-raung berjanji akan “berkahwin” dengan si mawar setiap kali bulan purnama.

Dah jadi adat manusia akan berubah. Begitu juga dengan sang arjuna. Selepas pulang, dia menjadi guru di sekolah berhampiran dan bertemu dengan gadis cantik dari kampong seberang. Tak lama selepas itu mereka berkahwin dan sang arjuna bersama isteri baru berpindah ke tempat lain.

Dikatakan selepas beberapa bulan purnama, hantu pengantin perempuan berkeliaran di sekitar kawasan kampong. Hantu itu dikatakan hanya target lelaki muda dengan mengorat melalui panggilan “Baobei” bermakna “Sayang” dalam Mandarin.

Ah Seng merupakan seorang ateis yang berpegang dengan common sense dan logic. Tetapi dia sendiri pun tak boleh menafikan bahawa wujudnya korelasi di antara cerita si Chong dan penampakan pengantin perempuan malam tadi. Dia terdiam selepas mendengar cerita Chong.

“So apa plan kau sekarang? Nak report polis ke?” Tanya Chong.

“Kalau report polis nak cakap apa? Nak cakap aku kena kejar hantu?” Seloroh Ah Seng pula.

Kedua-dua mereka terdiam. Berfikir.

“Camnilah bro, since kita berdua ni dah kena sumpahan, apa kata aku pindah masuk rumah ko je. At least kalau kita berdua team up lawan hantu pompuan tu, adalah harapan sikit nak menang” Kata Ah Seng kepada Chong.

Kedua-dua sahabat ketawa dan beredar pulang.

Mujur juga Ah Seng tak unpacked barang lagi, jadi tak susah nak pindah ke rumah Chong. Sewa bulan tu kira burn lah, tapi tak apa dari duduk sorang-sorang kat rumah dengan kaki bersimen waktu malam.

Tepat pukul 6 suku petang waktu tempatan, mereka seperti jiran-jiran lain dah berkunci dalam rumah. Suasana di luar sunyi sepi. Teramatlah sepi sehingga kalau ada duit syiling jatuh atas lantai pun boleh dengar satu apartment kompleks.

Tidak seperti jiran-jiran lain yang memilih untuk menikus sepanjang malam, Ah Seng dan Chong merancang satu projek pada malam itu. Mereka tebuk lubang sebesar jari kelingking pada tingkap dan menggunakan spy camera kit yang mereka beli di downtown Shanghai, mereka bersedia untuk merakam penampakan hantu pengantin perempuan tersebut.

Ideanya adalah untuk mendapatkan rakaman kewujudan hantu di kompleks apartment itu dan jual pada stesyen-stesyen TV tempatan yang waktu itu tengah panas dengan rancangan-rancangan paranormal. Tak pun upload kat Tudou je (Youtube versi China), boleh buat duit dari viewership. Ah Seng dan Chong dah mula seronok memikirkan keuntungan dari jualan video tersebut.

Paparan night vision dari kamera murah made in china berkelip-kelip dengan kualiti imej rendah. Bukan masalah, pada mereka kandungan video itu yang penting, iaitu penampakan hantu pengantin perempuan.

Malam menjelma, Ah Seng dan Chong menanti dengan penuh sabar.

Kamera pin-hole yang disumbat melalui lubang tebuk memapar persekitaran luar apartment melalui skrin laptop. Paparan night-vision menggunakan lensa fisheye merangkumi sudut yang agak luas tapi masih tidak menampakkan apa-apa.

30 minit pertama Ah Seng dan Chong masih steady lagi tapi bila dah masuk 2 jam tunggu, Chong dah nak putus asa.

“Rilex la wei, nanti keluar la benda alah tu” Pujuk Ah Seng.

“Maybe dia tak ikut route depan rumah ni kot hari ni, tak pun dia on-leave ke…” Perli Chong pula.

Setelah hampir 3 jam menunggu, hanya Ah Seng yang masih setia menanti kehadiran hantu pengantin. Chong dah berdengkur atas sofa. Ah Seng tak kisah pun sebab dia faham besok Chong kena bangun pagi nak pergi universiti. Mereka berdua adalah penuntut PhD di salah sebuah universiti di Shanghai dan seperti post-graduate PhD lain, mereka diberi elaun untuk jadi Research Assistant. Disebabkan Ah Seng tengah cuti sakit, so buat sementara waktu, Chong kena lah menanggung kerja-kerja Ah Seng di universiti.

Mata Ah Seng dah terkebil-kebil. Kelopak mata berat. Melihat paparan di skrin laptop yang statik seperti imej jpeg membuatkan dia mengantuk. Akhirnya Ah Seng pun terlentok sama.

Dia terbangun bila pundi kencingnya dah penuh. Pulang dari toilet dilihatnya laptop dah gelap kerana hibernate mode. Sebaik sahaja di sentuh mousepad, skrin memaparkan imej yang sama seperti tadi, tapi kali ini ada sesuatu nun jauh di blok bertentangan.

Imej sekujur tubuh bergerak dengan terhinjut-hinjut. Paparan skrin tidak begitu tajam kerana kualiti kamera yang rendah. Ah Seng segera menekan record dan cuba zoom-in tapi makin pixelated pula imejnya. Dia cuba kejutkan Chong tapi rakannya dah jauh pergi ke alam mimpi.

Pengantin perempuan berjalan di koridor sehingga keluar frame. Walaupun berjaya dirakam tapi Ah Seng tak puas hati. Kalau bukan dirinya yang merakam boleh aja dia mempersoalkan kesahihan rakaman tersebut kerana imej berkualiti rendah. Dia berharap supaya pengantin melewati pintu rumah Chong.

Ah Seng mengejutkan Chong dan menunjukkan rakaman pengantin sebentar tadi. Chong pula yang terlebih semangat. Ya lah, mungkin selama ini dia dengar cerita je sedangkan Ah Seng dah mengalaminya sendiri. Kamera pin-hole digerakkan kekiri dan kanan untuk mencari hantu pengantin tersebut. Dah hilang pula hantu tu.

“Aku ada satu idea gila” Kata Chong tiba-tiba.

“No no no no…nope…you’re not going out there and bait that thing out” Balas Ah Seng yang tak perlu menunggu penjelasan Chong. Dah terang lagi bersuluh apa idea gila Chong itu dan iya, memang gila.

“Ah come on man…nanti aku lari-lari lah, lagipun hantu tu tempang kan”

“Ko nampak kaki aku ni? Ko nak patah leher pulak nanti?” Ah Seng makin berang dengan kedegilan Chong.

“Alaah ye lah ye lah” Chong akhirnya mengalah.

Keesokan harinya, Chong menunjukkan rakaman tersebut kepada seorang rakan mereka di universiti. Ah Seng cakap muka dia macam Lin Dan jadi kita namakan kawan si Ah Seng dan Chong ni bersempena pemain badminton China itu. Perancangan mereka sebelum nak menjual video, kena lah kaji penerimaan warga tempatan dulu. Disebabkan Lin Dan orang tempatan yang memang asal Shanghai, kalau dia dapat buatkan apek tu kagum maknanya video itu boleh jadi cash cow.

Lin Dan gelak terbahak-bahak sebaik selesai menonton video. Dia cakap semua orang kat apartment dah kena tipu. Lin Dan bagitahu lagi yang ini bukan benda baru, dah ramai buat scam macam ini.

Semenjak China menjadi salah satu kuasa besar ekonomi global, ramai rakyat China menikmati taraf hidup yang tinggi. Kemunculan beratus ribu orang kaya baru China membuatkan permintaan hartanah mewah di Shanghai meningkat. Apartment/kondo mewah tumbuh merata di Shanghai dan kompleks apartment kerajaan yang disewa Ah Seng dan Chong pastilah menjadi sasaran ramai pemaju hartanah.

Disebabkan status apartment itu adalah hakmilik kerajaan, mereka tak boleh sesuka hati rasuah PBT dan kemudian bulldozed kawasan tersebut. Kawasan tersebut boleh dilelong jika satu, penduduk bersetuju untuk berpindah (biasanya dibayar pampasan) atau dua, kompleks apartment itu ditinggalkan / jadi kawasan terbiar tidak berpenghuni dalam jangkamasa setahun.

Pemaju mestilah nak jimatkan perbelanjaan sebanyak boleh, atau dengan kata lainnya tamak; mereka takkan memilih untuk membayar pampasan. Jadi jalan terbaik adalah dengan “menghalau” penduduk disitu. Mengetahui sosio-budaya masyarakat di apartment masih ramai mengamalkan amalan tahyul tinggalan mak nenek, menghantar “hantu” adalah salah satu cara terbaik.

Pada awalnya Chong kecewa bila dengar penerangan Lin Dan. Lebur harapannya nak dapat duit untuk beli jam Rolex Submariner di Hong Kong. Dia menghubungi handphone Ah Seng dan menerangkan akan perkara ini. Ah Seng tak berkongsi perasaan Chong kerana dia tahu apa yang dia lihat dan alami malam itu adalah benar. Untuk seseorang atau sekumpulan orang melakukan penipuan sebegitu rupa hanya sekadar nak menakut-nakutkan penduduk sehingga berpindah, ternyata mereka patut berfikir untuk berhenti sahaja kerana lebih baik berkecimpung dalam industri perfileman yang lebih menguntungkan. Lagipun kejadian malam itu banyak kejadian yang tak logik untuk dianggap buatan manusia.

“Ko suruh Lin Dan datang lepak rumah malam ni” Kata Ah Seng pada Chong sebelum menamatkan perbualan.

Petang itu, Lin Dan tiba di rumah Chong. Mereka berborak dan Ah Seng bercerita semula tentang hantu pengantin perempuan itu. Lin Dan masih dengan pendirian bahawa semua itu adalah pembohongan. Chong dan Ah Seng suruh Lin Dan bermalam di rumah mereka dan tengok dengan mata sendiri.

“Better, I will catch that bitch tonight” Kata Lin Dan dengan angkuhnya.

Senja menjelma dan semua penduduk taat denga waktu curfew. Lin Dan sendiri pun terkejut dengan kepelikan yang berlaku di komplek apartment rakan-rakannya.

Sementara menunggu pengantin muncul di skrin laptop, mereka meneruskan borak-borak sehinggalah mereka terdengar bunyi gegaran pintu di tingkat atas. Mereka “bernasib baik” pengantin perempuan “bertugas” di blok kediaman Chong malam itu.

Lin Dan membuka kunci pintu.

“WOI! KO DAH GILE KE!” Jerit Ah Seng melihat keselembaan Lin Dan.

“Ko pengecut dua orang tunggu sini, aku pergi tangkap bitch tu dan tayang kat kamera murah ko tu” Kata Lin Dan sambil terkekek-kekek lalu keluar rumah.

Lin Dan siap posing-posing lagi depan kamera sebelum pergi tangkap hantu pengantin perempuan itu.

Kata Ah Seng, dia dengar Lin Dan jerit “HOI!” disusuli bunyi tapak kaki berlari di koridor.

“SENG! CHONG! AKU DAH DAPAT TANGKAP BETINA NI!” Jerit Lin Dan dengan gelak tawa bergema di seluruh komplek apartment.

Ah Seng menghela nafas kecewa. Tak dapat dia nak buat duit tapi pada masa yang sama dia agak lega kerana dah menyelesaikan masalah yang menghantui penduduk apartment tersebut.

Mereka menanti imej Lin Dan dan ‘pengantin’ di skrin. Walaupun Lin Dan mendakwa dah tangkap pesalahlaku yang menyamar hantu itu, Ah Seng dan Chong masih tak berani nak keluar rumah. Lebih baik mereka memastikan betul-betul dakwaan Lin Dan.

Tunggu punya tunggu tak muncul-muncul Lin Dan. Dah hampir 1 jam menunggu, tiada sebarang bunyi di luar melainkan deruan angin menandakan hari akan hujan. Ah Seng dan Chong semakin resah. Chong menelepon Lin Dan.

Tona dering berterusan, tidak berangkat.

“Hello…”

“LIN DAN! MANA KAU? APA CERITA?”

“Aku ngantuk, aku balik rumah dulu. Bye” Suara Lin Dan yang amat monotonous kontra dengan sikapnya sebentar tadi. Menambah kepada kerunsingan Ah Seng dan Chong, Lin Dan tak jawab pun persoalan atau menerangkan apa dah terjadi, terus matikan telefon.

“Apa dah jadi ni Chong?” Tanya Ah Seng semakin panik.

Tiada jawapan.

“Wei Chong!” Marah Ah Seng melihat Chong yang termenung melihat pada skrin.

Kata Ah Seng dia toleh je tengok skrin, itu diaaa.

Seorang perempuan berpakaian kelengkapan kahwin dengan wajah terlindung di sebalik kain berdiri betul-betul depan pintu rumah Chong.

Ah Seng dan Chong dah melompat sambil menutup mulut dengan tangan serapat-rapatnya.

Bunyi tombol pintu gril diputar dan gesekan bunyi besi menandakan pintu gril telah dibuka.

Rupa-rupanya sewaktu Lin Dan keluar tadi mereka terlupa nak kunci grill. Chong meluru ke arah pintu untuk memastikan ianya berkunci. Tombol pintu rumah tersekat-sekat diputar kerana berkunci.

KREeeekKKK

KREeeekKKK

KREeeekKKK

Pintu rumah dicakar dari luar.

“Baoobeiiiiiii~”

“Baoobeiiiiiii~”

“Baoobeiiiiiii~”

Ah Seng lihat muka Chong dah macam nak menangis.

“TOLONG JANGAN GANGGU KAMI!” Jerit Ah Seng dalam Mandarin.

Gangguan di luar berhenti. Ah Seng dan Chong berpandangan. Ah Seng cuba melihat dari rekahan bawah pintu rumah untuk memastikan samada hantu pengantin masih ada di luar atau tak.

Kata Ah Seng, dia rapatkan mata ke bawah rekahan dan ini apa yang Ah Seng bagitahu aku…

“I saw a pair of eyes looking straight at me from under the door”

Apa lagi menjerit lah Ah Seng. Dia dan Chong punggah lah segala perabot yang ada dan hadang pintu rumah.

DUM!

DUM!

DUM!

Tingkap rumah pula di hentak-hentak.

“Chong, besok pagi-pagi kita berambus dari sini”

“Yeap” Jawab Chong ringkas.

Ah Seng dan Chong tersadai keletihan hingga ke pagi. Mereka dikejutkan oleh ketukan bertalu-talu di pintu dan tingkap. Takkan dah pagi pun ada lagi betina sial tu kot, bila dengar suara-suara di luar memanggil tuan rumah barulah mereka mengalihkan hadangan-hadangan di pintu.

Buka pintu, ramai gila jiran tetangga di luar. Ada yang tanya keadaan okey ke tak, tak kurang juga yang memarahi mereka. Apa-apa pun Ah Seng dan Chong dah serik nak terus menginap di apartment itu. Chong telepon tuan rumah sambil bertekak kerana tuan rumah tak nak pulangkan deposit sebab langgar perjanjian keluar rumah tak cukup setahun, si Chong pula balas cakap tuan rumah tak berterus-terang yang kawasan tu ada hantu.

Mereka kemas barang-barang mana yang sempat dan telefon teksi. Ah Seng dan Chong buat keputusan untuk tinggal di asrama universiti sementara cari rumah sewa lain. Terpaksalah bersesak kejap tinggal sebumbung dengan undergrads dan kongsi bilik air, bak kata Ah Seng, better that than the ghost.

Setelah menguruskan penginapan, mereka bergegas ke fakulti untuk cari Lin Dan. Kata Ah Seng masa mereka berjumpa Lin Dan, mamat tu macam biasa je. Tegur macam biasa cuma perilakunya tak segirang seperti sebelumnya. Macam orang baru elok sakit, macam itu lah si Lin Dan pada hari itu.

Bila ditanya apa jadi malam tadi, Lin Dan tersengih-sengih je kemudian jawab “Takde mende lah…takde mende lah…”.

Sekali dua boleh sabar lagi, ini setiap kali tanya Lin Dan mengelak-ngelak. Chong dah tak tahan di cekaknya kolar baju Lin Dan dan tolak ke dinding. Pertama kali Ah Seng tengok Chong mengamok.

Tapi apa sangatlah kudrat Chong yang bertubuh kecil itu, dengan mudah di tolak Lin Dan.

“Korang jangan nak buat aku naik darah, aku cakap takde mende, takde mendelah, tak paham bahase ke!” Bentak Lin Dan pada Ah Seng dan Chong. Lin Dan berlalu pergi dan berakhirlah persahabatan di antara mereka dan Lin Dan.

Video yang mereka dapat diupload ke media sosial dengan harapan dapat di viralkan. Tapi malangnya kena hencap dengan netizen pula. Pelik juga kata Ah Seng kerana dia pernah lihat video viral hantu lain yang terserlah bohongnya tapi ramai juga yang percaya tapi video hantu pengantinnya tak yang sokong langsung. Akhirnya ada orang laporkan video tersebut kerana ada imej pintu rumah dan kononnya violation of privacy. Padahal tak jelas pun imej video sampai nampak nombor rumah ke apa tapi dia malas nak bising-bising.

Iya memang tak adil tapi Ah Seng merasakan seperti ada cubaan menghentikan video hantu pengantinnya dari di viralkan. Motif tak tahu tapi nalurinya kuat mengatakan ada konspirasi. Nak kata pemaju? pemaju lagi suka la kot kalau satu China tahu komplek apartment tu berhantu, lagi senang diaorang nak beli tanah tu untuk dimajukan.

Masa berlalu pantas, Ah Seng dan Chong pun dah pindah rumah sewa baru. Agak jauh dari universiti kerana kena naik bas kemudian tukar naik train bandingkan dengan rumah di komplek apartment yang cuma satu stesyen dari stesyen depan apartment. Chong dah moved on tapi kejadian hantu pengantin tu masih menghantui Ah Seng.

Kerana tak dapat tahan perasaan ingin tahu itu, dia buat keputusan untuk berdepan Lin Dan yang masa tu dah dekat 3 bulan tak bertegur sapa. Menurut Ah Seng, Lin Dan nampak je dia dah dekat terus pergi tempat lain. Main lari-lari pula dia.

Akhirnya dia tunggu je kat kubikel Lin Dan. Pada mulanya susah juga lah nak pujuk Lin Dan untuk cerita sampai kalau orang lain tengok dah macam pasangan gay pula Ah Seng dan Lin Dan main kejar-kejar.

Lin Dan mengalah. Itu pun setelah Ah Seng janji yang dia akan cover shift Lin Dan untuk 2 minggu dan takkan muncul lagi depan matanya.

Begini kisah Lin Dan pada malam itu…

…Pada malam kejadian, Lin Dan naik tingkat atas dan sebaik sahaja dia nampak pengantin perempuan tengah jalan terhinjut-hinjut membelakanginya, dia pergi jerit HOI dan berlari ke arah lembaga tersebut.

Macam main rugby, Lin Dan terkam sampai terguling-guling atas lantai. Masa dapat tangkap tu yang dia pergi jerit kat Ah Seng dan Chong yang dia dah dapat tangkap benda alah tu.

Kata Lin Dan, dia tahu orang yang menyamar jadi hantu pengantin tu ialah perempuan sebab masa tersentuh kulit rasa lembut gila dan rambut bau shampoo wangi. Tiba-tiba pula dia naik stim. Tengah bergelut, Lin Dan cuba ambil kesempatan gomol. Bila dia alihkan kain chiffon yang melindungi wajah, benda pertama dia nampak ialah sepasang mata dengan air mata darah mengalir dan senyuman dengan gigi hitam macam di sental arang.

Cepat-cepat Lin Dan bangun. Masa dia berdiri, perempuan tu masih di lantai tak bergerak-gerak. Tiba-tiba kedua-dua kaki pengantin perempuan di kangkang. Dengan tidak berkasut, salah satu tapak kaki melekap di lantai manakala lagi satu seperti ada kecacatan hanya bahagian tepi ditekan ke lantai. Tubuh yang longlai diseret oleh kaki dan terus berdiri.

Pengantin tu mendepakan tangan dengan lemah dan memanggil Lin Dan;

“Baobei…”

Lin Dan lintang pukang lari menuruni tangga hingga ke G. Dia tak singgah kat rumah Chong, malah dia dah tak nak jejak kaki langsung di kompleks apartmen teman-temannya itu.
Dia trauma dengan kejadian tersebut. Ingatkan dia boleh lupakan macam tu saje tapi wajah pengantin sering terbayang-bayang. Masa Chong dan Ah Seng telefon masa Lin Dan dalam perjalanan pulang ke rumah, dia masih dengan ego tak nak mengaku yang teman-temannya berkata benar.

Walaupun di universiti nampak dia macam biasa tapi setiap kali dia berseorangan, pasti terbayang-bayang hantu pengantin perempuan. Agak terkejut Ah Seng bila Lin Dan cakap seminggu dia susah nak tidur kerana setiap kali dia tutup mata nak tidur, akan dengar suara halus bisik “Baoibei” ke telinga. Bila buka mata, takda apa. Benda ni berterusan sampai ke hari itu

Ah Seng perasan mata Lin Dan berkaca tahan nangis. Dia rasa bersalah gila dengan apek tu. Tak sangka pula efek kejadian tu pada Lin Dan begitu parah. Dia yang dikejar hantu pengantin tu pun tak trauma macam tu sekali. Mungkin sebab dia tak pergi terkam makhluk tu macam Lin Dan kot.

Anyway, itulah kali terakhir samada dia atau Chong ada sebarang hubungan dengan Lin Dan. Ah Seng tak terang lebih mendalam tapi lebih kurang macam Lin Dan dah jarang ke kampus dan terakhir dia dengar, Lin Dan dropout dari post-grad programme untuk bantu perniagaan keluarga atau macam itu lah bunyi nya.

Dipendekkan cerita, Ah Seng dan Chong selesai PhD dan pulang ke tanahair. Ah Seng bekerja dengan salah satu korporat gergasi China di Malaysia manakala Chong bekerja sebentar di Singapura sebelum berhijrah ke Taiwan.

Ah Seng menceritakan baru-baru ini dia ada short business trip ke Shanghai. Sudah tentulah lah dia teringin nak melawat semula bekas rumah sewa dia itu.

Sebaik tiba di komplek apartment, didapati seluruh kawasan dah kena bulldozed dan dibina kondominium mewah. Disebabkan perasaan ingin tahu teramat sangat, dia sampai sanggup menyamar sebagai pembeli dan hubungi agen perumahan. Untuk makluman semua, kerajaan China mempunyai strict regulation tentang pemilikan hartanah oleh warga asing, jadi Ah Seng perkenalkan diri dia sebagai Datuk dari Malaysia dan berminat nak labur duit dalam hartanah di China. Jadi syarikat agen perumahan tersebut beria-rialah melayan Datuk Ah Seng.

Setelah dibawa melawat unit kondo, Datuk Ah Seng tanya kenapa banyak unit kosong? Agen dengan confidentnya menerangkan bahawa kondo baru siap dan masih tak ramai orang tak pindah masuk lagi. Tapi Ah Seng bukan lahir semalam, tengok piping dah kuning-kekuningan pun dah dapat agak yang kondo dah lama siap.

Datuk Ah Seng dinasihatkan supaya menggunakan proxy untuk memudahkan urusan jual beli property dan memberitahu urusan proxy mereka adalah selamat dan boleh dipercayai tapi oh tidak apa-apa, Datuk Ah Sengakan urus sendiri soal itu, nanti lawyer akan contact agen perumahan yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

Masa beli SIM card baru di minimart berdekatan, Ah Seng tanya cashier tentang kondo tersebut.

“Lengchai, itu kondo kenapa takda orang?”

“Boss ada beli itu kondo ka?” Balas Ah Beng dalam slang mandarin kekampongan.

“I pikir itu macam lah”

“Boss…tak payah beli lah, itu kondo ada hantu woo”

Ah Beng minimart menerangkan bahawa kondo itu ramai orang sudah pindah keluar. Dia dengar ada hantu pengantin perempuan berlegar di situ.

“You tak pernah nampak ka itu hantu?” Tanya Ah Seng.

“Haiya boss, I dengar cerita saja, kalau I nampak tadi lagi I cakap sulah nampak” Loyar buruk pula dia.

Senja menjelang dan Ah Seng berjalan di laluan pejalan kaki bersebelahan kondo mewah. Sebaik sahaja dia bertentangan dengan pondok pengawal komplek kondo, Ah Seng perasan pintu bilik pengawal bertutup, dikunci, tingkap ditutup dan lampu dimatikan.

Sempat dia tanya pengawal keselamatan yang tergesa-gesa meninggalkan perkarangan kondo.

“Uncle, tak kerja ka ini malam?” Tanya Ah Seng.

“Eh you itu olang kaya Malaysia kan?”

“Iyalah, Datuk Ah Seng”

Pengawal keselamatan merapati telinga Ah Seng sambil berbisik.

“Boss, you tak payah beli ini kondo lah, pigi cali tempat lain”

“Kenapa?”

“Ini tempat ada hantu woo!”

TAMAT.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Dammerung

Saya penulis kisah paranormal dari Malaysia.

rate (4.86 / 29)

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

51 Comments on "#Dammerung – Baobei"

avatar
Unknown
rate :
     

Bro ur setori mmg thorbaek la.. 10/10

Mangah.Nyanyah
rate :
     

Nora bg 5 bintang!!! pergh lbih 2 mnggu rest dri bace FS, terus upgrade eyh FS ni…nice..

nad

giler scary..

Jemah Punya Mak
rate :
     

CIte Dammerung, xpernah xseram!

mira edora
rate :
     

gempak.. sambung lagi.. sambung lagi..

Si gemuk

?

Syiema
rate :
     

best

Si Gemuk Pendek

?

pelurupuitis
rate :
     

Berpeluh bace cite ni…pehh…awesome…! ?

rvinv92
rate :
     

best cite niii

wpDiscuz