#Dammerung – Seleksi Cerita Pendek Terpilih (Seram)

Seleksi cerita kontot dari #dammerung ini aku ambil dari mforum.cari. Garapan kisah yang lain dari yang lain membuatkan aku ingin kongsikan dengan kalian. Iya, kalian yang pembaca tegar Fiksyen Shasha, semoga kalian enjoy membacanya certot dari #dammerung ini. Berikut adalah mini koleksi kisah pengalaman mistik Abang Noor .

Mat Sentol

Bang Noor mengenang pengalaman sewaktu berumur 15 tahun membesar di Bahau, pekan kecil di Negeri Sembilan pada tahun 1971.

Selepas dropping out dari sekolah, Bang Noor ikut ayahnya berkerja dia kawasan pembalakan. Disebabkan kilang memproses balak terletak di dalam hutan, Bang Noor biasanya akan tinggal di rumah kotai (makeshift house) selama 4 hari seminggu.

Bang Noor cakap ternampak kelibat-kelibat lembaga berjalan dalam hutan waktu malam itu perkara biasa. Bila ditanya orang-orang disana, mereka biasanya akan cakap samada orang asli memburu atau adalah sapa-sapa yang cari port nak berak.

Memang logik pun orang-orang tu berak merata sebab mandur-mandur Cina suka letak bangkai-bangkai b**i hutan yang diaorang buru dekat dengan jamban gali. Siapa selera nak berak dengan bau bangkai dan bau taik bermukim kat situ.

Tapi ada satu benda yang pembalak-pembalak kat situ takkan bagitahu Bang Noor…

“Mat Sentol”

Ayah Bang Noor cakap Mat Sentol adalah gelaran yang di beri kepada tetamu tak diundang yang kadang-kala singgah di kawasan pembalakan tersebut. Bila Bang Noor tanya kenapa nama dia Mat Sentol, ayahnya tak pernah bagitau. Cuma Bang Noor di warning supaya tidak sama sekali bertegur sapa dengan orang yang tidak pernah dilihat atau tak dikenali sepanjang dia disitu.

Satu hari Bang Noor ikut ayahnya ke dalam hutan untuk menggantikan beberapa pembalak yang terpaksa di bawa ke pekan kerana cirit-birit. Sewaktu di atas bukit, Bang Noor terdengar sayup-sayup suara orang menyanyi.

Salah seorang dari mereka cakap…

“Dia datang dah…”

Dan semua orang senyap. Dari jauh Bang Noor nampak ada orang main basikal di jalan tanah merah. Bang Noor pandang ayah dan macam tau-tau je yang Bang Noor nak tanya, ayah dia hanya geleng kepala, maksudnya jangan tanya.

Bang Noor cakap untuk masuk ke kawasan pembalakan tu kalau naik 4×4 pun ambil 5-6 jam dari entrance. Makanya agak mustahil nak kata ada orang berekreasi main basikal kat logging route, lagipun mana ada kampong kat area situ.

Orang berbasikal tu macam main basikal petang-petang kat taman. Siap putar-putar kat jalan tanah merah dengan menyanyi tak henti-henti. Aku tanya, nyanyi lagu apa bang? Bang Noor cakap lagu “pakai baju kancing lah suasa…”

Tak lama lepas tu orang tu hilang dari pandangan dan semua orang meneruskan kerja masing-masing. Bang Noor yang masih terpinga-pinga di tambahkan lagi ke keliruannya apabila semua orang macam dah biasa dengan keadaan itu. Apa yang membuatkan Bang Noor tensen, takda siapa yang nak cerita kat dia.

Dalam perjalanan pulang Bang Noor bisik sikit kat ayahnya…

“Bah, bah siapa orang tadi tu?”

“Berapa kali dah cakap tak payah tau..ko tanya-tanya lagi aku sekeh kepala ko!”

Dah kena gertak macam tu, Bang Noor senyap je lah. Tiba-tiba ayah sambar baju Bang Noor dan didekatkan ke tubuhnya.

“Jangan tengok! Jangan tengok!” Bisik ayah Bang Noor keras.

Bang Noor mengikut langkah ayahnya dengan cepat menuju ke rumah kotai. Sempat dia mencuri lihat dari ekor mata…

Kelihatan ada seorang lelaki berpakaian smart siap dengan bowtie, straw hat dan pakai spek hitam tengah posing baik punya atas basikal jepun.

Mukanya Bang Noor cakap mirip macam pelakon Mat Sentol. Ini lah kot yang orang sini kata Mat Sentol tu. Siapa dia ni? Bekas pekerja kat sini ke? Apasal semua macam anggap dia tak wujud? Dari mana dia datang? Bermacam-macam soalan bermain di minda Bang Noor.

Masih jelas di ingatan bagaimana Mat Sentol ni greet semua orang pakai nama. Semua orang dia kenal termasuklah ayah Bang Noor. Tapi apa yang membuatkan ayah Bang Noor mempercepatkan langkahnya apabila Mat Sentol berkata…

“Kop sapa tu sebelah ko? Anak ke? Kenalkan lah kat aku, jangan sombong..Kop…OoooOoo Kop”

Bang Noor di campak ke dalam rumah kotai dan tanpa berkata apa-apa, ayahnya menutup pintu dan kunci dari luar.

Dari rekahan dinding plywood, Bang Noor mengintai keluar. Dia nampak semua orang sedang berkumpul dan macam berbincang dengan Mat Sentol.

Tak jelas butirannya tapi Bang Noor dapat dengar suara Mat Sentol cakap…

“Korang takda bawa makanan sedap-sedap ke? Aku lapar lah. Dah berapa hari aku tak makan”

Mandur berketurunan Cina yang Bang Noor dah lupa namanya kata “ada, ada nanti aku kasi kau makan. Kau jangan kacau orang kat sini mau kerja…”

Bangkai-bangkai b**i hutan yang kat tepi jamban di lempar depan Mat Sentol. Bang Noor sampai sumpah cakap kat aku yang dia nampak Mat Sentol melahap bangkai-bangkai tu macam binatang buas.

Yang paling pelik tu, semua orang kat situ tengok je tanpa berbuat apa-apa. Memang hening habis lah.

Bila dah selesai, dengan berlumuran d***h, Mat Sentol naik basikal dan meninggalkan kawasan rumah kotai tanpa berkata apa-apa. Semuanya kembali normal dan hari-hari mendatang ditempuhi macam biasa.

Bang Noor berkerja disitu sehingga berumur 17 tahun dan menurutnya Mat Sentol akan singgah di kawasan pembalakan setiap 3 bulan dan setiap kali dia datang, Bang Noor akan dikurung dalam rumah kotai.

Bang Noor berhijrah ke Seremban selepas ayahnya meninggal dunia pada tahun 1975 dan 2 tahun kemudian ke KL kerana mendapat pekerjaan di LLN.

Bang Noor masih pulang ke Bahau beberapa kali setahun dan setiap kali dia melewati kawasan pembalakan yang sekarang ni dah ada development, dia pasti tertanya…

Siapa sebenarnya Mat Sentol tu?

Yom Janda

Selepas ayahnya meninggal pada tahun 1975, Bang Noor menumpang di rumah atuk saudara kat sebuah kampong dalam daerah Rembau. Masa ni Bang Noor apply jadi pelatih HA (Hospital Assistant/Pembantu Perubatan) di Seremban. Sementara tunggu result keluar, dia tolong atuk saudaranya yang ambil upah buat kerja-kerja kampong.

Di kampung tersebut ada seorang janda yang famousnya sampai ke kampong-kampong sebelah. Orang panggil janda tu, Yom Janda. Bang Noor cakap bila tengok muka Yom Janda, rasa berdebar je lepas tu perasaan malu-malu meluap-luap, macam jatuh cinta dengan awek masa sekolah menengah. Wajah Yom Janda ni kata Bang Noor klasik macam Maria Menado. Apa yang Bang Noor ingat sangat pasal Yom Janda ni ialah janda anak 4 ni kuat melaram. Nak pergi kedai runcit kampong pun berkebaya berpayung bagai, ditambah lagi dengan gaya percakapan manjenya tu. Itu baru nak pergi kedai kat kampong, belum pergi ke pekan lagi.

Biasalah orang macam Yom Janda ni pasti ramai orang tak suka, especially bini-bini orang lah. Tapi takde siapa pun berani sound sebab pernah ade kes sorang bini orang acu parang kat Yom Janda sebab lakinya kemaruk nak buat Yom jadi bini nombor dua. Tiga hari lepas tu acik yang sound tu kena histeria, lari bogel satu kampong cakap ada pontianak kejar dia. Last-last satu famili pindah keluar kampong. Sejak dari tu reputasi Yom Janda as a bitch not to be messed with tersebar. Dia pun tak mainlah setakat jantan-jantan kampong. Bang Noor cakap, setiap hari akan ade kereta mewah keluar masuk kampong tu dan berhenti kat rumah Yom Janda. Bila dia masuk keluar kereta, siap ada orang tolong bukakan pintu bagai. Kata orang Yom Janda ni high class escort di Seremban. Dia ada 4 orang anak yang dibela oleh maknye dan anak-anaknya ini digelar 4 Malaon sebab kerjanya mencuri kambing, kerbau, ternakan orang, pecah masuk dan sebagainya. Tapi siapa berani usik anak Yom Janda? kena santau nanti tau lah.

Semasa melepak di bengkel motor milik temannya di kampong tu jugak, terkeluar lah cerita pasal Yom Janda ni ade bela hantu. Cerita punya cerita, Bang Noor dapat tahu yang hantu ni konon-kononnya dah cover wajah sebenar Yom Janda dan pakai pukau buat jantan terliur tengok dia. Entah macam mana boleh pula ada plan nak tengok rupa sebenar Yom Janda dan ade sorang tu tau ilmu buka hijab. So lepas tutup bengkel, sambung melepak kat kedai runcit kampong/warung kopi sebab boleh kate semua lelaki kat kampong tu tau schedule Yom Janda yang akan ke situ sebelum Maghrib untuk beli air botol Long Chan.

Dipendekkan cerita, selepas ‘membuka hijab’nya (Bang Noor tak bagitau camana sebab khurafat, katanyalah) nampak seorang wanita berbadan kurus tak dikenali berjalan ke arah mereka (kedai runcit). Raut wajahnya cengkung, gigi jongang dan ada tompok hitam kat muka dengan rambut nipis di kepala yang semakin membotak. Di belakangnya ada nenek tua badan bongkok seribu jalan terkedek-kedek sambil pegang jari kelingking wanita tersebut.

Bila wanita itu menjeling flirting ke arah mereka, semua berpaling tengok arah lain, tak sanggup nak main mate dengan awek huduhhh.

Tiba-tiba pakcik toke kedai tu cakap ‘Baju merah je tetiap hari Yom, takde baju lain ke?’ dalam nada bergurau.

Nak tersembur kopi Bang Noor apabila mengetahui wanita huduh di depannya ialah Yom Janda.

Apa yang membuatkan meremang bulu tengkuk Bang Noor adalah sewaktu Yom Janda beredar dari kedai, dia ternampak apa kelihatan seperti ekor terjuntai dari bawah kain batik yang di pakai nenek tua bongkok tersebut.

Sejak dari itu, Bang Noor dan rakan-rakan yang menyaksikan kejadian di warung kopi dah tak pandang Yom Janda. Tak lama lepas tu Bang Noor pindah ke Seremban sebab enrolled ke kolej pembantu perubatan. Lebih kurang 2 tahun, Bang Noor dropout sebab dapat offer join LLN (TNB) yang memang dia dah aim lame sebab nak duduk kat KL.

Masa kat KL, Bang Noor dapat cerita Yom Janda jadi bini nombor dua kontraktor kaye dan menetap di Seremban. Anak-anak Yom Janda, sorang m**i kena renjatan elektrik time curi kabel dan lagi tiga tak tahu apa cerita.

Abang dan Adik

Kehidupan Abang Noor di KL bermula dengan memasuki pusat latihan LLN di Bangi (sekarang jadi UNITEN) dan menumpang rumah kenalan keluarga di area Pandan Indah/Cheras. Masa tu MRR2 belum wujud lagi dan Bang Noor ulang-alik ke Bangi pakai motor C70 antik milik keluarga tumpangnya. Setiap hari Bang Noor ikut shortcut lalu sebelah jirat Cina di ampang. Pada suatu malam ketika pulang melewati jirat CIna, lampu motor Bang Noor menyuluh dua kanak-kanak sedang bermain-main di sebelah longkang besar betul-betul dekat entrance jirat tersebut. Bang Noor buat tak tahu sahaje tapi tiba-tiba salah seorang melintas depan Bang Noor. Nasib baik sempat balance kalau tak dah tergolek atas jalan sebab dia bawa motor tu laju juga. Bang Noor bengang lalu sound;
“Hei bebudak ni! ape main memalam bute ni! pegi balek!”

Kanak-kanak yang terdiri dari budak lelaki dan mungkin adik perempuannya hanya berdiri bertentangan Bang Noor tak cakap apa-apa. Paling pelik, dua-duanya pakai topeng kertas yang beli kat kedai runcit harga 20-30 sen tu. Si abang pegang layang-layang handmade dari surat khabar dan si adik pegang lilitan tali tangsi.

Kemudian dua kanak-kanak tersebut berlari masuk kawasan jirat cuba menerbangkan layang-layang yang meliang-liuk di sebalik cahaya bulan. Bang Noor tengok je bebudak dua orang tu yang semakin dalam masuk ke area perkuburan.

Tanpa disedari, bulu romanya meremang sampai mengigil tangan. Dengan tidak membuang masa, Bang Noor memecut pulang ke rumah dan semenjak dari hari tu dia tak ikut jalan sebelah jirat tu lagi dah.

Teman di Tiang

Selepas tamat training, Bang Noor memulakan kerjaya sebagai penolong technician LLN. Masa tu kabel letrik semua pakai tiang lagi (sekarang mostly underground) dan kadang-kadang dia yang panjat tiang untuk repair/ganti apa yang patut. Ada satu tahun ni time Raya kedua kalau tak silap Bang Noor, ribut taufan melanda pantai barat Malaysia sampai banyak rumah rosak sebab pokok tumbang dan sebagainya. Bang Noor on-call Raya tahun tu dan menerima panggilan untuk membaiki salah satu tiang elektrik di Cheras. Pokok tumbang menyebabkan salah satu kabel terputus dan Bang Noor setakat boleh pergi preliminary check-up je kerana orang yang bawak trak kren cuti Raya.

Kalau takde kren tu Bang Noor cuma tengok dari bawah je, just kalau kerosakan tu memerlukan close inspection baru dia panjat tiang tu pakai harness yang lilit kat badan then ensot-ensot tali ke tiang sampai atas. Well, malam tu kena close inspection so terpaksa la panjat. Sampai di puncak, Bang Noor periksa dan catat apa yang patut. Bunyi-bunyian kedengaran dari pokok berhampiran. Bunyi daun-daun bergegar kerana ada sesuatu menganggu dahannya. Bang Noor mula-mula ingatkan kucing tapi dari cara bunyi, seolah-olah ada benda berat bertenggek kat dahan pokok tersebut, macam ada orang main-main panjat pokok…

Bang Noor perhatikan je dahan pokok tu. Tiba-tiba dengan sepantas kilat, lembaga berjubah putih lusuh dan rambut panjang mengerbang ‘melompat’ keluar dari rimbunan pokok dan bertenggek di tiang letrik yang jaraknya lebih kurang 10 meter dari Bang Noor. Bila makhluk tu berpaling ke arah Bang Noor, benda pertama yang melintas di kepalanya ialah “Ooo gini hantu rupenye”. Kata Bang Noor, hantu tu takde hidung, takde kening, kulit kering merekah macam orang sakit kulit dan mata macam mata kucing. Dan mitos mengatakan pontianak/langsuir bertaring bagai tu, menurut Bang Noor tak betullah sebab takde taring pun hehe (Bang Noor gelak masa cerita ni, bukan aku yang reka-reka). Aku tanya, ‘tak takut ke Bang?”, Bang Noor cakap kat telinga just dengar degupan jantung dan nafas sendiri je. Peluh tu takyah cakap la, overall tebal Bang Noor pakai pun kuyup dek peluh. Tapi dia maintain sebab apa-apa pun dia still bertenggek kat tiang lektrik tu dengan hanya bantuan tali. Kalau terjatuh, paling koman patah jugak kaki. So Bang Noor tengok kejap je then pandang ke depan dan perlahan-lahan menggelongsor turun ke bawah.

Sampai kat bawah, dia tengok balik tiang tu tapi dah lari langsuir (agaknya langsuir kot) tu. Malam tu Bang Noor tak balik terus ke rumah sebab takut hantu tu ikut so dia melepak kat tempat yang dia tau bukak sampai ke pagi, ‘tempat latihan’ snuker/kedai game arked. Bang Noor lepak main game 20sen Dig Dug sampai ke pagi.

Tingkat Misteri

Bang Noor berpindah ke rumah flat di sebuah daerah berposkod KL selepas bernikah dengan isterinya circa lewat 80an. Rumah flat ni takde lif dan rumah sewa Bang Noor tingkat paling atas corner lot.

Satu hari Bang Noor pulang lewat, dalam pukul 11 malam macam tu. Seharian terlibat dalam aktiviti re-cabling membuatkan Bang Noor penat gile sampai tak larat nak balik naik motor, dia minta kawan drop kan. Sampai di kaki tangga, Bang Noor mengeluh panjang melihat rangkaian tangga yang terpaksa di daki.

Satu-satu anak tangga Bang Noor labuhkan tapak kakinya Dia tak bother nak tahu tingkat berapa, apa yang dia tau bila habis anak tangga, dah sampai rumah lah tu.

Bang Noor melangkah ke anak tangga terakhir dan berjalan menuju ke pintu rumah yang cuma beberapa langkah dari tangga. Bila dimasukkan anak kunci ke lubang, di putar-putar tak bergerak kuncinya. Bang Noor kebelakang sikit baru perasan rumahnya gelap gelita dan terkejut lihat sepanjang koridor takde pasu bunga, takde rak kasut, takde selipar kat depan pintu, takde langsir..pendek kata bersih licin macam takde siapa tinggal kat floor tu.

Perasaan seram menyelubungi diri dan bergegas Bang Noor menuruni tangga. Bila sampai kat satu tingkat bawah floor misteri, nak terjatuh Bang Noor bila pintu rumah yang amat dikenalinya betul-betul depan mata. Cepat-cepat Bang Noor masukkan kunci dan seperti pisau tajam menghiris mentega, senang je kunci tu unlocked pintu.

Bang Noor pandang ke tangga dan mendapati tiada tangga menuju ke atas. Di terjah ke dinding balkoni lihat ke atas, cuma nampak rooftop je. Dalam keadaan masih blur-blur Bang Noor masuk ke rumah macam biasa.

Keletihan teramat sangat menjadi alasan Bang Noor setiap kali insiden tingkat misteri terlintas di benak fikiran. Mungkin sebab over-exhaustion menyebabkan dia halusinasi or some sort. Tapi kata Bang Noor kejadian tersebut terlalu real untuk diklasifikasikan sebagai halusinasi.

Anyway, itulah kali pertama dan terakhir tingkat misteri tu muncul. Tahun 1995 Bang Noor berpindah ke sebelah rumah sewa aku dan menetap disitu sampai sekarang.

Kisah di bawah pula cerita kentot dari dammerung juga. Aku rajinkan diri membuat koleksi ini untuk semua pembaca Fiksyen Shasha.
Kisah 1: Seleksi Cerita Pendek Terpilih – Kuala Terengganu, 1991

Hussein terbaring di tilam yang di bentang di ruang tengah rumah kayu peninggalan arwah atuknya. Keadaan di rumah sepi, ayah sudah ke pejabat dan adik-adik ke sekolah. Cuma ibunya didapur sedang menyiapkan makan tengahari. Sepatutnya dia berada di sekolah ketika ini tapi Hussein diserang demam panas malam tadi dan diasingkan supaya tak menjangkiti adik-adiknya.

Dia termenung kebosanan selepas terjaga sebentar tadi. Mahu menonton TV, mana ada siaran pukul 11 pagi ni. Di kala Hussein mengeluh kebosanan, kedengaran namanya di panggil dalam nada berbisik…

“Hussein, Hussein, Hussein, Hussein”

Kerana suara itu seperti milik kanak-kanak seumurnya (ketika kejadian Hussein berumur 8 tahun), dia ingat ada temannya datang melawat. Hussein pun menoleh ke arah ruang tamu tapi suara itu datangnya dari tingkap ruang tengah.

Matanya terarah ke tingkap berdekatan dan dilihatnya ada seseorang sedang bergayut di penghadang kayu tingkap. Menurut Hussein, kepalanya kecil sebesar kepala bayi, mata besar terbuntang tapi tiada kening, takda hidung dan mulutnya ada gigi arnab dua batang terkeluar. Kepalanya pula botak dan kulit muka hitam berkerak kering macam orang ada penyakit kulit.

Dari mata yang tertutup separuh oleh tuala Good Morning lembap, Hussein melihat makhluk itu melonjak perlahan-lahan naik ke atas dan bertenggek di penghadang kayu tingkap. Terlihat jelas tubuh badan seperti lelaki dewasa yang tegap tapi dilitupi bulu-bulu halus yang lebat. Sambil bertenggek macam monyet sedang duduk, termuncung-muncung mulut makhluk tersebut memanggil-manggil namanya…

“Hussein, Hussein, Hussein, Hussein”

Tak tahu kenapa, Hussein rasa badannya seperti lumpuh dan tekaknya kering teramat sangat sampai tak boleh bersuara. Dia cuba berfikiran positif, mungkin mimpi agaknya dan terus menutup mata rapat-rapat dengan harapan bila buka mata nanti benda tu dah takde. Dah lama sikit tutup mata, kelopak mata di buka perlahan.

Kalau tadi bertenggek di penghadang, ini dah kat lantai rumah. Hussein perasan makhluk itu badannya aja yang tegap tapi kakinya kecil kurus. Bila dah start mengengsot benda alah tu, time tu juga dia terkencing dan Hussein cuma mampu menangis saja.

Lebih kurang jarak 3 meter macam tu, makhluk tu stop dan tenung saja si Hussein. Di alihkan kepala ke arah lain sambil tutup mata rapat-rapat tapi kedengaran lantai kayu berkeriut-keriut dan berhenti di hujung kaki. Bila di buka mata sedikit, makhluk berbulu tu dah menonggeng pulak dah dengan muka betul-betul menghadap tapak kaki Hussein.

Hussein menjerit sekuat hati sehingga dia rasa suara yang tersekat kat kerongkong keluar sikit demi sedikit sampailah jeritan “Maaaaaakkkkk” memecah keheningan rumah.

Hussein cakap lepas panggil maknya, makhluk berbulu tu cepat-cepat mengensot pakai tangan menuju ke tingkap dan terjun ke bawah (rumah Hussein ni rumah kayu bertiang).

Bila maknya datang, Hussein meraung-raung cakap ada hantu, ada hantu, tapi mak cuma cakap…

“Mana ada hantu siang-siang ni!”

Sekarang Hussein dah berkeluarga tapi masih kena bahan dengan adik-beradiknya gara-gara kes mengigau kencing atas tilam tu.

Dan tiada siapa pun dalam keluarganya yang percaya dengan cerita hantu si Hussein. Semua cakap Hussein buat cerita untuk cover line.

Kesian Hussein.

Kisah 2 : Seleksi Cerita Pendek Terpilih – Seremban, 2008

Dunia student aku berakhir pada tahun 2007 dan agak malang ketika aku baru nak memasuki alam pekerjaan, krisis ekonomi 2008 baru nak bermula. Memang mencabar lah nak cari kerja masa tu. Apa lagi untuk lepasan universiti macam aku yang tiada pengalaman berkerja (buat praktikal dengan kerja McDonalds tak dikira lah).

Atas dasar tak memilih kerja, aku terima job offer kerja di sebuah syarikat kontraktor bumiputra kelas D sebagai eksekutif. Gaji memang menyedihkan, tak sampai seribu ringgit, itu pun tak tolak EPF lagi dan secara teknikalnya aku bekerja sebagai kerani merangkap office boy tak bertauliah walaupun titlenya eksekutif.

Di situ ada seorang kerani yang dikenali sebagai Kak Roji. Kakak ni ramai lah yang tak suka sebab satu, mulut dia laser. Dua, semua benda dia tak nak buat, yang dia tahu photostat je dan ketiga, dia ni suka buat cerita pasal orang (menggosip).

Tapi ada satu lagi sebab kenapa ramai yang gerun sama kerani tua itu, Kak Roji ni main sihir.

Kak Wan ialah setiausaha kepada boss dan dia cerita kat aku bagaimana dia dibomohkan Kak Roji. Ianya bermula dari sekeping cheque client yang Kak Roji ni tak bagi kat despatch untuk di depositkan. Kak Wan cakap dah letak atas meja Kak Roji siap dengan sticky note lagi, tapi Kak Roji pula kata tak nampak pun cheque atas meja, so terjadi lah insiden tuduh-menuduh yang akhirnya diselesaikan dengan boss minta Kak Roji call balik orang tu minta re-issue semula cheque.

Walaupun boss tak salahkan siapa-siapa tapi Kak Roji anggap dia yang disalahkan dan makan dalam lah makcik tu dengan Kak Wan. Beberapa hari selepas itu, waktu nak balik kerja, Kak Roji confront Kak Wan sambil mengugut…

“Siaplah kau Wan, tengoklah siapa ziarah ko malam ni!”

Masa ni Kak Wan shrugged it off aja lah dan malam itu dia mimpi sedang menonton TV di rumah. Kemudian ada suara panggil nama Kak Wan berkali-kali. Bila buka pintu ada seorang nenek yang tua sangat sampai terbongkok badan. Yang peliknya Kak Wan tak kenal pun nenek tu. Kak Wan tanya nenek ni siapa, kenapa cari dia dan nenek tu minta kebenaran nak menumpang rehat dalam rumah. Beriya-iya nenek tu nak menumpang rehat dalam rumah, cakap lenguh kaki la, belakang sakit la, macam-macam lah. Kak Wan pun kasihan dan jemputlah masuk ke rumah. Bila Kak Wan ambil segelas air untuk tetamunya, dia tengok ruang tamu dah kosong. Balik dah nenek tu.

Kemudian dia terjaga. Dalam bilik gelap tu Kak Wan ternampak ada susuk tubuh sedang duduk memeluk lutut di sudut bilik belakang pintu. Kerana gelap dia tak nampak jelas cuma bentuk ajalah. Mungkin mata masih tak adjust dalam gelap agaknya, Kak Wan ingat takda apa lah tu dan sambung tido semula. Tiba-tiba ibu jari kaki ditarik-tarik dan Kak Wan buka mata nampak ada budak kecik mata merah kat bucu katil.

Apa lagi menjerit lah Kak Wan. Bila buka lampu, takda apa. Tengok bawah katil, dalam almari, kat toilet semua takda toyol tu. Suami Kak Wan cakap mengigau aja nih.

Lepas dari malam tu Kak Wan sering mendapat gangguan. Kalau time nak turun tangga, terasa belakang badannya di tolak atau kakinya di pegang dari opening bawah tangga. Time mandi kadang-kadang terasa ada benda menyucuk kat betis kaki macam digigit.

Itu semua Kak Wan boleh kowtim lagi, tapi bila dia lalu depan cermin besar kat ruang tamu dan nampak hantu toshio tu bertenggek belakang badan anaknya, itu dah crossed the line.

Dipendekkan cerita, Kak Wan kenal sorang dukun ni dan claim boleh hentikan gangguan-gangguan tersebut tapi minta pengeras 12 ribu ringgit.

Suami Kak Wan kemudiannya minta imam surau taman kat situ datang tengokkan isteri dia. Lepas bagi nasihat-nasihat keagamaan lebih kurang, imam tu cakap senang je…

“Nak hentikan gangguan tu senang je, beralah aja lah…pergi minta maaf…tak payahlah saya sebut nama, akak tau siapa”

Besoknya Kak Wan slow talk dengan Kak Roji. Ayat terakhir Kak Roji sebelum Kak Wan declare takkan tegur lagi acik tu..

“Baru kau tau aku siape…”

Lepas tu gangguan-gangguan pun stop.

Aku berhenti kerja 2 bulan kemudian sebab 2 bulan tak bergaji dan selama 6 bulan aku kerja, boss tak bayar pun EPF (tapi tolak EPF dari gaji).

Kisah 3: Seleksi Cerita Pendek Terpilih – Sepang, 2007

Cuaca malam itu agak panas. Niqman hidupkan semula penghawa dingin Proton Iswara yang baru ditutup tak sampai 5 minit lalu. Dia baru kembali dari menghantar penumpang dari Taman Midah dan tersenyum girang memikirkan komisen yang akan diterimanya memandangkan Isnin depan orang akan mula bekerja setelah cuti panjang.

5 minit bertukar 15, dan 20. Niqman mematikan enjinnya. Dia keluar dan bersandar di hud lalu mengeluarkan rokok. Sambil menghembuskan asap, dia melihat sekelilingnya. Seperti yang dijangka, orang ramai berpusu-pusu keluar dari Pintu Ketibaan dan tergesa-gesa mencari teksi, cuma bukan teksinya.

Setelah hampir 1 jam menunggu, dari jauh kelihatan seorang wanita menuju ke arahnya sambil menarik bagasi. Tanpa menunggu ditanya, Niqman sudah siap membuka bonet sambil tersenyum kepada bakal penumpangnya.

Dari penampilan wanita tersebut, Niqman membuat andaian yang penumpangnya ialah seorang pramugari. Dua tahun di LCCT, dia sudah cam setiap uniform krew kabin syarikat penerbangan yang turun di sana. Tetapi uniform yang dipakai wanita itu tidak pernah dilihat sebelum ini. Mungkin juga bukan pramugari tapi apa-apalah, bukan urusannya lagipun.

Raut wajah penumpangnya tipikal wanita keturunan Cina dan memiliki rambut separas bahu.

“Where to miss?” Tanya Niqman.

“Cyberjaya”.

“Where in Cyberjaya miss?”

“Cyberjaya”

Hanya itu jawapannya. Biasanya Niqman tidak punya isu dengan penumpang yang ada masalah komunikasi tetapi kali ini dia rasa tak sedap hati. Apa-apa pun, pelanggan adalah rezeki. Niqman memandu ke Cyberjaya, tahu lah dia bagaimana menghantar wanita itu ke destinasinya nanti.

Sepanjang perjalanan ke Cyberjaya, Niqman rasa seperti membawa patung kerana wanita di belakang hanya kaku memandang ke depan sehingga Niqman terpaksa bertanya.

“Miss you know where to drop you?”

“Yes”

“Where miss?”

“Yes”

Makin tak sedap rasa hatinya. Niqman nekad kalau penumpang masih tidak menyatakan destinasinya, dia akan menurunkan di MMU sahaja.

Niqman menghidupkan lampu isyarat untuk memasuki simpang Cyberjaya dan penumpangnya bersuara.

“Please go straight”

Lega hati Niqman mengetahui penumpangnya boleh berkomunikasi lebih dari “Cyberjaya” dan “Yes”. Wanita itu terus memberi tunjuk arah. Jika tadi dia melewati rumah-rumah moden, kini dia baru meninggalkan kawasan kampung dan memasuki sebatang jalan yang diapit hutan.

Niqman cuba tak berfikir yang bukan-bukan. Namun susah mahu di endahkan betapa seramnya jalan yang sedang dilalui sekarang.

Lampu Proton Iswara membelah kegelapan malam dan menyuluh bukit tinggi di hadapan. Sewaktu teksi berada di puncak, Niqman dapat melihat dua deret rumah teres di kaki bukit. Niqman bertanya di dalam hati siapa pula yang sanggup tinggal di tengah-tengah hutan ini.

“My house is the last.”

Niqman angguk kecil dan menyusuri jalan menuju ke deretan rumah tersebut. Dia tidak perlu meninggikan lampu kerana Niqman melihat jelas di bawah cahaya bulan yang rumah-rumah disitu sudah lama tidak berpenghuni.

Lalang membanjiri laman-laman rumah dan pagar-pagar di selaputi pokok-pokok tumpang. Beberapa rumah masih menunggu waktu yang takkan tiba untuk disiapkan.

Penumpangnya mengarahkan supaya berhenti depan rumah paling hujung. Niqman keluar sebaik penumpangnya membuka pintu dan segera ke bonet untuk mengeluarkan bagasi.

“Wait here I get money” kata wanita itu sambil menolak pagar lalu menarik bagasi menuju ke belakang rumah. Niqman menunggu sambil melihat rumah dengan laman terjaga kemas dan tingkap-tingkap berlangsir.

Setelah hampir 3 minit menunggu, Niqman mengeluh. Ikutkan hati mahu sahaja dia berambus dari situ tetapi dia memerlukan wang tambang wanita tersebut.

Niqman mengambil keputusan untuk mengetuk pintu rumah. Sebaik di pagar, Niqman terkejut apabila mendapati pagar tersebut dikunci dengan mangga berkarat.

Dia pasti siapa pun yang menumpang teksinya tadi bukan manusia. Dengan segera Niqman ke teksi dan menghidupkan enjin. Oleh kerana mahu cepat, dia tiada masa untuk membuat putaran dan mahu berundur sahaja hingga ke jalan utama.

Sewaktu berundur Niqman ternampak sekujur tubuh berbalut kain putih dengan kepala diselubungi rambut panjang di laman rumah “penumpangnya”.

Niqman panik dan melajukan unduran sambil melaungkan azan. Teksi sampai ke sudut jalan di mana dia harus masuk gear 1 dan memandu terus ke jalan utama. Sewaktu memutar kereta, lembaga tersebut melayang masuk ke hutan.

CD bacaan ayat-ayat Al-Quran yang memang tersimpan dalam teksi segera di masukkan ke dalam stereo. Bacaan Al-Quran berkumandang sambil Niqman memecut keluar dari kawasan perumahan.

Dia menghampiri puncak bukit dan dari jauh ternampak lembaga berjubah putih dengan rambut panjang mengurai berdiri di tepi jalan.

Di kala dalam ketakutan sempat juga dia berseloroh sendirian.

“Aku tak nak duit tambang kau, simpan ajalah! Jangan kacau aku!”

Proton Iswara meluncur laju. Niqman tak berani mahu melihat mana-mana cermin melainkan cermin depan. Dia memperlahankan kelajuan apabila memasuki kawasan kampung dan terus singgah di stesyen minyak pertama dilihatnya.

Setelah menenangkan diri, Niqman pulang ke LCCT. Di ceritakan pengalaman sebentar tadi ke teman-temannya di hentian teksi.

Mereka mengatakan mungkin ada sesuatu dalam teksi yang buat benda-benda halus ini tertarik. Ramai-ramai memeriksa teksi Niqman dan tak lama kemudian mereka menemui botol kecil sepanjang 1 jengkal berisi cairan hitam. Muncung botol tersebut diikat kain kuning.

Kata-kata salah seorang temannya membuatkan Niqman terkejut.

“Ini minyak dagu ni Man”

Seorang dari temannya mahu membeli botol tersebut dan Niqman bagi percuma sahaja.

Besoknya Niqman cuti satu hari untuk cuci teksi. Semenjak dari kejadian malam itu, Niqman lebih berhati-hati menerima penumpang.
Menurut Niqman, bertahun dia bawak teksi penumpang pernah meninggalkan macam-macam dalam teksi…termasuklah wallet, henpon, kamera DSLR, handycam, pasport, bekal makanan (yang ada makanan), keris, parang, salinan pakaian dalam perempuan (bra & panties), jaket, suit dan macam-macam lagi…

antara benda paling pelik ialah bekas abu mayat yang seharian kat lantai seat belakang. Tapi takde kena kacau hantu pun. Niqman tahu pun sebab owner tu call syarikat teksi dan cakap tertinggal benda alah tu..

kadang-kadang benda tertinggal ni bukan sahaja tak sengaja/terlupa…ada juga yang sengaja ditinggalkan…

kes ubat dagu tu Niqman tak tau sapa punya, mungkin salah seorang penumpangnya hari tu…terselit kat poket belakang seat driver

Kisah 4: Seleksi Cerita Pendek Terpilih – Damansara, 1992

Pada suatu malam, sekumpulan pekerja buruh bersantai di rumah kotai.Mungkin sebab kebosanan, salah seorang dari mereka mencadangkan supaya berkongsi kisah-kisah seram sebagai hiburan.

Untuk menambah feel keseraman, sebatang lilin dinyalakan sebagai sumber cahaya dalam ruangan yang sengaja di tutupkan lampu. Masing-masing berkongsi pengalaman mistik mereka. Ada yang serius, ada yang main-main, ada yang jelas bohongnya dan ada juga yang menceduk filem-filem seram dan di olah menjadi cerita sendiri. Meriah lah suasana dengan hilai tawa dan asap rokok kretek.

Salah seorang dari mereka bertanya yang malam ini malam Selasa Kliwon kan?

Semua terdiam, baru teringat yang malam tu malam keramat. Mamat yang tanya tadi rasa bersalah sebab jadi party pooper dan untuk membaiki keadaan,dinyalakan 3 batang lilin lagi. Dia mencadangkan supaya semua orang menyumbangkan cerita, tak kisah lah cerita seram ke, cerita kelakar ke, cerita sedih ke tapi setiap lilin akan dipadamkan selepas habis 10 cerita. Kiranya selepas 40 cerita, maka terpadamlah keempat-empat lilin dan menandakan sesi melepak malam tu tamat.

Mood kembali meriah dengan masing-masing cuba top cerita yang lain.Satu-satu lilin di padamkan sehinggalah ke lilin yang terakhir. Orang yang giliran berceritanya dah sampai bertanya, cerita dia yang keberapa?

Setelah mencongak, semua terkejut. Kalau diikutkan tak banyak mana pun cerita-cerita yang telah disampaikan. Semua mengaku mereka cuma bercerita dua kali. Di ruangan ada 6 orang, maknanya baru 12 cerita.

Tapi semua mengesahkan banyak cerita yang didengar dan tiada siapa protes waktu lilin di padamkan. Bila di trace semula cerita masing-masing,terdapat beberapa cerita yang tak tahu siapa penceritanya. Terjadilah tuduh-menuduh, si A cakap si C yang cerita dan disahkan si B, tapi si C tak mengaku dan di sokong oleh lain-lain cakap mana ada dia cerita. Perkara yang sama berulang-berulang kepada orang lain pula.

Salah seorang menyuruh semua diam. Matanya tertumpu ke arah dinding plywood di sekeliling mereka.

Dalam nada berbisik dia bertanya, dalam rumah ni ada 6 orang aja kan?Tapi kenapa bayang-bayang kat dinding tu ada ramai?

Bila toleh ke belakang, benar kata teman mereka. Terdapat lebih dari 6 bayang-bayang berbentuk orang yang dipantulkan cahaya lilin ke dinding.

Semua tak berani bergerak, bersuara apatah lagi. Bayang-bayang misteri kemudiannya berdiri dan berjalan.

Ia menuju ke arah tingkap dan pintu yang terbuka. Tiba-tiba pintu dan tingkap dikerumuni. Apa yang menakutkan kata sang pencerita, wajah-wajah orang-orang di luar adalah wajah-wajah keenam-enam mereka yang berada di dalam rumah.

Secara beramai-ramai, makhluk-makhluk di luar rumah berkata..

“Aku pun nak bercerita, aku pun nak bercerita, aku pun nak bercerita …”

Menurut sang pencerita, mereka cuma mampu membatukan diri sehinggalah waktu subuh apabila penampakan-penampakan di luar hilang begitu sahaja. Mereka juga sepakat untuk merahsiakan apa yang terjadi tersebut kerana bimbang akan perkara-perkara tak diingini sekiranya diceritakan ke orang lain.

Tidak lama selepas malam kejadian seorang demi seorang menemui ajal. Ada yang kemalangan di tempat kerja, ada yang m**i sakit misteri, ada yang m**i overdose dadah. Sang pencerita juga claim salah seorang dari 6 orang itu menceritakan kepadanya seminggu sebelum terlibat dalam kemalangan motorsikal yang meragut nyawanya…

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

dammerung

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4.5]

64 thoughts on “#Dammerung – Seleksi Cerita Pendek Terpilih (Seram)”

  1. Nice..4/5 cite je aku baca..yg first kena skip sbab dah published..
    #1. Kesian husin..kecik² dah kena gangguan..tp sbab apa eh..misteri..7.9/10.1
    #2. Wow..bahaya jg kak roji tu..x bole buat kawan apatah lagi musuh..seram..8.2/10.1
    #3. Cite pmandu teksi ngan pnumpang hantu kali nie mmang lain dari yg lain..tbaik..(ketawa abis bila ada prempuan tinggal kan barang keramat durang..hahaha)..8.9/10.1
    #4. Wow..klau hantu yg nak kongsi cite..rasa nya cite ttng manusia lah eh..hahaha..sbab manusia cite pasal hantu..durang mesti nak cite pasal manusia pula..8.7/10.1

    Reply
  2. Best weyh bestt
    Wohoo !! Habislah dh lh aku balik lmbat lagi ni. Sesorg plak tu ayioo naik pulak bulu segala bulu #janganpikirlain.
    Tetibe rasa menyesal dalam hati tgn pg gatal2 nk baca

    Reply
  3. Walaupun kisah dia pendek2..tapi banyak. MULTIPLE jenis2 tahap keseraman dia..memang sampai.cerita mudah faham.bahasa mudah dihadam. Best!! Seriau akak bc malam2 raya ni??

    Niway 10/10. Kipidap!!tulis lagi yer

    Reply
  4. Best..cikbambam bg 8/10..

    *bile bang noor explain psl muka langsuir tu cikbambam teringat dp sndri..erm..rs nk tukar dp laa..huhu?

    Reply
  5. CRITA BEST… 9/10
    SA “IMEJIN” PABILA BANG NOOR DCAMPAK MCM TU JE KE DALM RMAH KOTAI TU.

    Pakai baju kanchinglah suasa
    Pakai mari babalah melaka
    Biar saya rosaklah binasa
    Kerana dia tidak mengapa
    Dari mana mahulah ke mana
    Sayang che mamat menjual padi
    Dari mana mahulah ke mana
    Sayang che mamat menjual padi……. #MATSENTOL

    Reply
  6. bro damm,

    gigih iols carik dalam forum…read all your stories in one day..seriously! i’m your big fan now..haha..i wish you continue what you have started.. but still, the decision is yours ..have a great day bro!

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.