Damping Malam Part 2

Hai warga permbaca fs, maaf buat anda semua ternanti.
“Selepas mendengar kata2 amarah dan hilaian suara yang menyeramkan, aku lantas terduduk dan menangis. Kerana bagi aku itu lah yang paling menyeramkan . Lebih menyeramkan dr si dia yang muncul sebagai “kawan fantasi” ketika zaman kanak kanak aku.

Beberapa orang rakan aku menenangkan aku. Dengan keadaan terkejut aku gigihkn juga keluar untuk study group.
Pada keesokan harinya aku membuat tindakan drastik dengan pulang ke kampung secara mengejut. Apabila smpai di kampung, rupanya ibu aku ada temujanji rawatan . Adik aku menceritakan bahawa ada orng telah menghantAr “sesuatu” kepada ibu aku. Lebih menyeramkan apabila menjelang tengah malam ibu akan berbual sendiri adakala nya menari tarian indonesia. Kucing kami kerap ditemui berlumuran d***h. Ye dr itu aku percaya kucing punya 9 nyawa. Kerana selepas di temui begitu si putih akan kembali pulih esok nya.

Dan paling aneh. Si putih sering bunting tetapi tidak pernah punya anak.malahan kotak tempat si putih bersalin bersih tiada kesan d***h.. Wallahualam.
Selain dr itu buaian di belakang rumah sering berayun sendiri ketika tengah malam. Lantaran tidak tahan dengan gangguan itu, adik ku menceritakan kepada nenek agar nenek membawa ibu berubat.

Maaf jika ayat aku agak berterabur.
Setibanya aku di kampung nenek , keluarga ku agak terkejut kerana aku pulang secara mendadak. Seolah tahu ibu akan berubat malam itu.Aku menceritakan kepada mereka perihal gangguan semalam. Temu janji perubatan ibu ku pada waktu selepas maghrib berakhir hampa kerana ustaz tersebut tidak dapat hadir.

Mendengar perihal itu, kami terus tidur selepas isya. Meniggalkan sera( cousin perempuan ku) menonton tv seorang diri. Tidak lama kemudian, sera kelam kabut masuk ke bilik dan tergopoh berbaring di atas katil. Lantaran terkejut dengan tindakan sera aku terjaga dan bertanya kan kenapa. Sera menyuruh aku smbung tidur.

Tiba tiba kedengaran riuh2 di ruang tamu. Rupanya pak usu datang bersama ustaz ( ustaz yang sepatut nya hadir tadi) . Ya pukul 12 malam baru mereka tiba. Ketika itu ibu sudah mula “berperangai” menangis dan ketawa smbil menanyi2. Ustaz itu menytakan terdapat banyak halangan untuk mereka sampai. Sebab itu mereka terpaksa mengatakan bahawa tidak dapat hadir.

Maka bermula lah sesi untuk mengeluarkan makhluk itu. Ketika ustaz bertempik azan tidak semena mena frame2 yang tergantung di dinding rumah nenek bergoyang. Dan nampak sekilas lalu benda itu.

Smpai lah satu part ustaz tu bertanya kami siapa yang sudi menolong beliau kerena benda itu menyorok di bahagian sulit ibu.

Semua adik2 ku membatu. Semua memandang ku. Ye aku. Rupanya benda yang bersembunyi di situ adalah seekor ular.
Sekitar pukul 3 pagi barulah semua nya selesai. Ustaz tersebut menyatakan nnti beliau akan ke rumah ibu, untuk memagar rumah.pada malam itu juga nenek meminta agar ustaz menutup hijab aku.

Aku bertanya kepada sera apa yang dia nampak. Sera kata mula2 dia terdengar suara orng menangis. Tp dia abaikan fikir hanya perasaan dia. Selepas itu tiba tiba dia nmpak kelibat bayang2 di tingkap. Apabila di amati benda itu penanggal.

Setelah berubat dengan ustaz aku sngka semua telah selesai. Ia merebak pula ke atuk. (Arwah)
Memandangkan aku memang tinggal dengan atuk dan nenek se dari kecil. Jd selok belok rumah nenek aku sangat lah arif. Di rumah nenek terdapat 1 tiang. Kalau orng melayu gelarkan tiang seri. Sewaktu kanak2 di tiang itu lah nenek jumpa aku gelak2 smbil menunjuk nunjuk ke arah siling. Pernah aku menyatakan fizikal benda itu kepada nenek.

Setelah hijab aku di tutup. Hidup aku agak tenang. Smpai lah atuk aku di duga sedekemian rupa. Pada mulanya atuk pengsan. Beliau meracau racau. Setelah sedar atuk mula nyanyuk. Kali kedua dia pengsan . Atuk terus terlantar.

Diam seribu bahasa. Sejak saat itu atuk hanya terlantar. Tak pernah sebutir ayat pun yang terkeluar dr mulut nya.. Dan bermulalah kehidupan ngeri kami semua.. Bunyi orng berlari di bumbung tika malam hari usah cakap. Kami dah lali mendengar . Belum lagi bunyi perabot di anjung dibaling seperti orng mengamuk. Pelbagai jelmaan yang di hantar. Ular,beruk, binatang seperti gorilla, harimau. usah cerita.

Berkali kali muncul. Puas kami ikhtiar tetapi jawapan yang diterima semua sama. Mereka tidak mampu. Ada yang mengatakan semua datang daRi atuk.atuk sakit higgalah semua isi hilang. Yang tinggal hanya lah rangka. Tetapi berat atuk 5 orng dewasa angkat pun lelah.Pelbagai usaha yng musuh buat untuk hapuskan atuk.. Hinggalah saat atuk menghembuskan nafas terakhir.

Pada hari itu aku berada di asrama tetapi aku sudah mengagak ada benda buruk bakal terjadi. Kerana ketika memakai tudung jari aku berdarah tertusuk jarum. D***h mengalir tak henti. Hujan lebat tak semena mena. Bila kalian baca mesti akan mengatakan aku ni adaptasi cerita dr filem . Tetapi ini lah hakikat.

Setelah atuk pergi( alfatihah) aku sangka musuh akan berhenti. Tetapi mereka bagaikan berpesta kehausan. Ahli keluarga kami yang perempuan semua mendapat. Paling kasihan kepada semua mak cik aku. Pada 2 bulan pertama cik ngah aku selalu sakit2 belakang apabila kami lihat terdapat kesan cakar di belakang beliau.

Cik lang, cik uda dan ibu kerap diganggu dengan jelmaan2. Nenek kerap sakit2. Dan setelah ibu selesai berubt , atuk pergi. Si dia tidak lagi muncul. Atau mungkin sebb hijab aku di tutup. Tetapi hingga kini aku masih trauma untuk bergelap ketika tidur. Mereka mengatakan atuk aku yang membela. Atuk yang mengamal ilmu salah.

Sekelumit pun aku tidak percaya. Sehingga ke hari ni aku tak kan maafkan pengkhianatan d***h daging atuk yang membuatkan atuk tersiksa sedekemian rupa. Membuat fitnah seolah atuk aku mengamalkan ilmu salah. Pemergian atuk meninggalkan 1 episod yang lebih seram berbanding si dia yng mendamping. Sehingga kini aku tertanya apakah kaitan aku sukar mendapat jodoh ni ada kena mengena dengan si dia yang dahulu mendampingi ku?

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

CIk war

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 20 Average: 4.8]

3 thoughts on “Damping Malam Part 2”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.