Damping Malam.

kisah bermula ketika aku berpindah ke sebuah sekolah berasrama yang agak pedalaman di kawasan kebun sawit. pada hari itu, aku dan rakan mengalami sedikit perselisihan. lalu aku menyendiri di dalam bilik prep .. sambil menangis. apabila reda tangisan, seorng kawan, menegur aku.. dan secara tiba-tiba, dunia ku berpusing 360 darjah . terasa kepala sangat berat.. yang aku dengar hanyalah sayup2 orang memanggil nama ku..terasa berat seluruh kaki ku.. duniaku mulai gelap. apabila aku sedar, ahli keluarga ku menceritakan bahawa aku telah ‘dirasuk’.
sepupu ku menyatakan situasi aku pada ketika dirasuk itu hanyalah mencangkung dan berteleku smbil menyeringai.. tetapi di dalam minda bawah sedar aku, seingat aku pada waktu itu aku hanya menangis sebab tak mmpu untuk berjalan..

ku sangka peristiwa itu berakhir di situ sahaja. rupanya ada makhluk lain yang mengambil kesempatan di atas ‘lubang’ yang telah wujud. ya dia yang selalu muncul dalam igau ku.. yang ku sngka hanyalah ‘mimpi’.. pada mula nya dia hanya memunculkan diri dalam sekilas pandangan. namun sejak peristiwa rasuk tempoh hari, makin kerap dia melawati aku. selalu nya apabila aku tertidur sebelum isya.. bergentayang lah dia di atas katil double decker aku. mcm mana aku tahu kehadiran nya?? melalui leretan kain putih nya.. bau yang muncul secara tiba-tiba.

semakin lama semakin agresif sifat si dia. sehinggakan apabila aku marah terhadap ‘seseorang’ maka sesuatu yang buruk pasti akan terjadi kepada orang itu. apabila aku ‘cuti’ makin si dia dekat kepada aku. pernah ketika aku naik ke bilik dorm untuk mengambil bekal ketika waktu solat isya’. secara tiba2 angin menderu kuat dan alangkah terkejutnya apabila aku berpaling ke kanan, si dia benar2 berada di sebelah ku. dapat dilihat wajahnya melalui pantulan cermin. melihatkan reaksi ku yang seperti biasa..

semakin dia mendekati ku. sejak daripada itu, aku menceritakn kepada ibu ku, dan ibu lah yang membawa aku untuk perubatan islam. syukur, selepas itu keadaan makin reda, si dia pun sudah tidak muncul.walaupun kelihatan berani, dalam hati hanya Allah yang tahu.

namun ini semua sementara. ketika aku dimasukan hospital, si dia datang melawat ketika ibu ku keluar membeli supper.hanya tersenyum melihat aku yang terlantar penuh wayar bersirat, ya sebab aku tidak dapat lari . aku cuba menekan ‘button’ untuk memanggil nurse. tetapi malangnya tidak berbunyi. aku pejamkan mata dgn harapan si dia berlalu pergi. namun dia masih tersenyum melihat aku. sehinggalah terdengar derapan tapak kaki ibu. barulah dia menghilang.. pada sangkaan aku itu kali terakhir dia melawat aku..benar, agak lama dia meghilangkan diri.
sehinggalah aku memasuki zaman universiti. ditakdirkan aku duduk di asrama tingkat 1 kerana luka dr operation tempoh hari masih belum cukup setahun.

maka aku banyak diberi kelongkaran. ketika di asrama, bilik atas bilik aku itu khabarnya sudah lama tak berpenghuni. pada sangkaan ku keadaan baik baik sahaja. sehinggalah kejadian aneh mula berlaku. antara nya handphone aku sering terbuka sendiri. movie selalu terpasang. aku menceritakan kepada roomate , dia tak percaya, tak mengapa. pada 1 hari kami decide untuk makan di luar asrama. sebelum keluar, aku pause movie yang sedang aku tonton . dan roomate aku nampak perbuatan aku. alangkah terkejutnya apabila pulang, movie tersebut telah dimainkan berulang kali.

satu lagi kejadian aneh, apabila baju2 dan tudung2 roomate aku koyak seperti digigit tikus. tetapi tiada kesan langsung akan kewujudan tikus. tambahan pula almari nya kemas berbanding almari aku yang sememangnya seperti sarang tikus, tetapi baju aku tiada apa2. malahan makanan yang aku tinggal pun tidak terusik.

semasa semester 2 kami tinggal di rumah sewa, keadaan semakin teruk apabila malam malam kerap tergengar bunyi cakaran di luar tingkap.pesanan pak cik ku, lazimi baca al quran, solat jangan tinggal.dan ayat khatamu nabwah serta ayat kursi sentiasa baca jangan lekang. klimaks kepada kisah si dia ni apabila satu hari, aku pergi ke pasar malam membeli air 2 bungkus. 1 untuk kawan aku, 1 untuk aku. air yang sama. ketika smpai di ruma, kawan menegur kenapa ada benda bewarna hijau di plastik aku, alangkah terkejut apabila melihat benda tersebut adalah duit syiling. ya duit syiling rm6. secara logik akal mana mungkin duit syiling sebanyak itu aku tak rasa berat nya ketika menjinjing air tersebut..

walaupun masih terkejut, aku bergegas naik ke atas untuk mengemas kan buku2 kerana ada study group. secara tiba tiba aku terdengar hilaian yang sangat menakutkan di dalam bilik tersebut. aku yakin suara itu dari luar.. bait2 ayat diucapkan dia, tak akan aku lupa ‘kalau tak dapat mak kau. engkau pun jadilah’. mengeletar seluruh andernalin ku.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

cikwar

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 10 Average: 4.7]

3 thoughts on “Damping Malam.”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.