#Danial – Dementia

Tajuk: Dementia
Genre: Misteri
Penulis: Danial

Rahman, seorang pemuda yang berumur 27 tahun, bekerja sebagai pembantu di sebuah restoran di bandar Ampang milik Pak Bakar. Rahman menghidap satu penyakit misteri diberi nama Dementia sejak dari lahirnya iaitu dia mudah terlupa akan sesuatu perkara. Penyakit ini menyebabkan dia tidak mampu meneruskan persekolahan dan hanya bersekolah sehingga tingkatan tiga sahaja. Rahman tinggal di sebuah flat usang milik ibu dan ayahnya. Walaupun kehidupannya diuji sedemikian, namun dia dijaga rapi dan disayangi oleh ibu dan ayahnya sejak dari kecil.

Hari sudah semakin lewat petang. Rahman masih gigih bekerja di restoran itu, sedangkan pekerja lain sudah mula bersiap-siap hendak pulang ke rumah masing-masing.

Pak Bakar: Kamu tak mahu balik lagi ke Man? Aku dah nak kunci kedai ni…
Rahman: Takpela boss, saya nak mop lantai sikit je lagi ni… Boss balik lah dulu.. nanti saya kuncikan kedai ni macam biasa.
Pak Bakar: Ha…yelah Man.. jangan lupa bukak lampu depan ni pulak ye…Kunci elok-elok macam selalu…Ingat tau..

Walaupun Pak Bakar tahu kondisi dia yang ada penyakit pelupa, namun Pak Bakar tetap mempercayainya apabila berkaitan dengan hal-hal kerja. Rahman selalu berikan yang terbaik dalam kerjanya. Dia seorang pekerja yang rajin dan boleh dipercayai. Pak Bakar sayangkan Rahman macam anaknya sendiri. Biasalah kalau orang yang baik itu akan disayangi bukan sahaja oleh manusia, malah Allah juga akan sayang.

Setelah selesai semua kerjanya. Rahman pun mengotakan janjinya dan menutup kedai dengan cermat dan selamat. Dia kemudiannya mengayuh basikal buruknya untuk pulang ke rumahnya sejauh 10 kilometer. Kasihan bila difikirkan, pemuda-pemuda lain yang sebaya dengan dia sudah mampu memiliki motorsikal mahupun kereta, namun perkara itu langsung tidak menggusarkan fikiran Rahman, dia tetap bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah kurniakan padanya.

Sesampainya dirumah, dia mengangkut basikal kesayangannya naik ke tingkat tiga dan diletakkan di hadapan rumah flatnya. Rahman kemudian masuk ke dalam rumah untuk mencari ibunya. Terasa rindu pula dihatinya. Dia sangat sayangkan ibu dan ayahnya. Ibunya keluar dari ruang dapur dan menghulurkan segelas air sejuk untuk anak kesayangannya yang kepenatan itu. Maklumlah kerja dari subuh hingga malam. Berkayuh pula tu hendak kesana dan pulang kerumah.

Rahman: Ibu… mana ayah?
Ibu: Ayah ke surau la maghrib-maghrib ni Man.. Macam mana kerja harini nak? Semuanya baik?

Ibunya menjawab perlahan persoalan biasa anaknya itu. Kelihatan ibunya sedikit lemah dan pucat.

Rahman: Ibu kenapa ni? Demam ke? Pucat semacam je? Eh.. Ayah mana bu?
Ibu: Kan ibu dah cakap.. ayah ke surau.. Dahla man.. pergi mandi, solat, lepas tu tunggu ayah balik kita makan malam ye nak?
Rahman: Baiklah bu… Eh tapi mana Adik mak?
Ibu: Muhammad Rahman… Adik kamu kan sudah lama meninggal…Dah tiga tahun dah..Kadeeja kan sakit barah paru-paru.. kamu lupa lagi ye..
Rahman: Ya Allah bu… bila Kadeeja m**i? Rahman tak ingat… huuuuu…huuuu….
Ibu: Dahla nak.. Pergi solat cepat.

Rahman menangis tersedu-sedu setiap kali mendengar perkhabaran kematian adiknya yang amat dia sayangi itu. Memang sudah menjadi rutin, setiap hari dia akan bertanya berkenaan adiknya kepada ibunya dan kemudiannya akan menangis sepertinya setiap hari Rahman akan dilanda kesedihan yang memeritkan akibat kehilangan seorang adik tersayang. Kadeeja seoranglah yang menjadi teman kepada Rahman sejak dari kecil. Kemana sahaja, mereka pasti berdua. Bermain berdua dan berkongsi masalah. Rahman tak ada kawan yang lain disebabkan penyakit misteri yang dialaminya itu menyebabkan dia selalu diejek oleh rakan seusianya sejak dari kecil.

Rahman kemudian bergegas ke bilik air untuk mengambil wudhuk walaupun masih tersedu-sedu menahan kesedihan. Dia kemudian menunaikan solat maghrib dan solat sunat dan dia niat untuk sedekahkan semua pahala ibadahnya kepada arwah adiknya. Beruntungnya arwah Kadeeja memperolehi seorang abang yang istimewa seperti Rahman.

Setelah selesai beribadat dia menunggu kepulangan ayahnya dari surau di atas sofa. Dan tidak beberapa lama kemudian pulanglah ayahnya dari surau.

Rahman: Ayah dari mana?
Ayah: Ayah dari surau Man.. Man sihat? Man kerja rajin-rajin tak harini?
Rahman: Man sihat ayah. Man kerja rajin-rajin. Man rindu ayah.

Rahman tarik tangan ayahnya kemudian dia salam dan kucup tangan orang tuanya itu.

Ayah: Rahman.. kamu kena pandai bawa diri ye. Kamu tak boleh nak harapkan ayah dan ibu sampai bila-bila. Mana tahu, mungkin suatu hari nanti…..
Rahman: Ayah, Rahman tak mahu dengar ayah cakap yang ayah nak m**i. Rahman tak mahu. Rahman tak boleh bayang kalau ibu dengan ayah tak ada.. siapa nak jaga Rahman?…
Ayah: Hmmm. Dahla mari kita makan.. mana ibu?
Rahman: Entah..tadi ada dalam bilik.. pastu Man dah tak ingat..

Setelah mereka makan malam, Rahman pun melabuhkan badannya di katil akibat keletihan bekerja seharian. Esok selepas Subuh, dia harus kayuh basikalnya lagi untuk ke tempat kerja. Jadi memang sudah menjadi kebiasaan baginya untuk tidur awal. Lagi pun tiada siapa lagi mahu bersembang dengannya. Dulu ada adiknya, sekarang tiada lagi celoteh riang dari Kadeeja.

Malam itu Rahman mimpikan Kadeeja, ibu dan ayahnya datang memimpin tangannya ke suatu taman hijau yang indah dan mereka berpesan kepadanya agar dia menjadi anak yang soleh dan menjaga hubungan dengan Allah dan manusia. Dalam mimpinya itu wajah Kadeeja, ibu dan ayahnya kelihatan bercahaya dan tenang.

Keesokannya paginya, sesudah mandi dan solat Subuh, Rahman seperti biasa akan mencari Ibu dan ayahnya untuk bersalaman sebelum dia bertolak ke tempat kerja. Namun kelibat ibu ayahnya tidak kelihatan. Katil didalam bilik pun sudah dikemas rapi.

“Mungkin Ibu dan Ayah sudah ke surau”.. Getus hati Rahman

Dia kemudiannya ke tempat kerja dan bekerja seperti biasa. Namun harini dia kelihatan sedikit runsing dan mahu pulang lebih awal dari biasa. Pak Bakar hanya melihat kelakuan Rahman yang sedikit ganjil hari ini dari kaunter pembayaran.

Pak Bakar: Man… Kamu nak kemana tu? Awalnya nak balik hari ini. Ada apa?
Rahman: Saja je Pak Bakar.. Tak ada apa-apa pun. Ibu semalam macam tak sihat sikit.. Dia demam. Sebab tu rasa macam nak balik awal harini.. Boleh ye boss?

Pak Bakar: Ibu kau tak sihat??? Rahman kau biar betul ni.. Dah makan ubat kau ke belum tu?
Rahman: Betul la Pak Bakar. Ibu demam semalam. Ubat apa eh Pak Bakar? Saya lupa.
Pak Bakar: Astaghfirullahalazim.. Rahman.. Turun dari basikal tu.. Datang sini kejap…

Pak Bakar ambil beg yang digalas oleh Rahman dan membukanya. Dia periksa satu beg plastik yang mengandungi bekalan ubat-ubat Rahman. Kelihatan seperti ubat-ubat itu tidak berkurangan. Seperti tidak berusik. Pak Bakar hanya beristifar didalam hati.

Pak Bakar: Rahman.. Kenapa tak makan ubat? Kang jadi lagi macam dulu siapa yang susah?
Rahman: Ubat apa ya Pak Bakar? Ibu tak ingatkan saye pun. Saya tak ingat.
Pak Bakar: Rahman… Pak Bakar nak kamu kuat dan bersabar. Macam ni… Ibu dan ayah kamu sudah tiada..
Rahman: Apa yang Pak Bakar cakap ni? Semalam diorang ada je kat rumah.

Pak Bakar: Rahman!!! Apa kamu cakap ni?? Ibu dan ayah kamu dah meninggal sewaktu kebakaran di rumah kamu yang disebabkan oleh kecuaian kamu sendiri. Kamu lupa tutup api di dapur dan menyebabkan kebakaran di rumah kamu tahun lepas? Kamu ingat tak? Astaghfirullahalazim Rahman..

Rahman: Saya tak percayalah.. Habistu siapa yang masak makan malam semalam dan siapa yang basuh baju saya selama ni??! Mestilah ibu saya Pak Bakar.. Pak Bakar jangan nak tipu sayalah! Saya tak percaya! Saya nak balik!

Rahman kelihatan marah mendengar kenyataan Pak Bakar tadi. Dia merentap beg dari tangan Pak Bakar dan mengayuh basikalnya selaju habis yang dia mampu untuk dia pulang ke rumah dan untuk memastikan cerita Pak Bakar tadi.

Didalam perjalanan ke rumah, basikal yang dinaikinya terhentak dek terlangar sebuah lubang. Serentak dengan itu, memori Rahman kembali meresap ke dalam mindanya. Baru lah diingati peristiwa rumahnya terbakar dan dia hanya mampu melihat ibu dan ayahnya dijilat api tanpa mampu berbuat apa-apa. Juga ingatan memori tentang hari-hari terakhir adiknya Kadeeja yang terlantar di hospital di saat nazaknya pun mula memercik ke benak fikiran Rahman.

Air mata jatuh mengalir di pipinya tanpa dia sedari. Rahman tersentak. Dia memberhentikan kayuhannya. Dan didalam kegelapan malam, dia terduduk di bawah sebatang pokok. Basikalnya dicampak jauh. Terduduk Rahman disitu lalu dia menangis dengan sungguh kuat, semahu-mahunya dan memilukan hati sesiapa sahaja yang lalu-lalang di kawasan itu.

Dia baru tersedar yang dia kini hidup hanya keseorangan. Tiada lagi kasih sayang ibu dan ayah. Tiada lagi tempat dia ingin melepaskan rindu. Tiada lagi tempat baginya meluahkan masalahnya. Berat sungguh dugaan Allah untuk hambamu ini. Rahman menangis sehingga tiada suara dan menyebabkan dia keletihan.

Selepas beberapa ketika Rahman mengambil semula basikalnya dan mengayuh lemah menuju rumahnya. Sesampainya di rumahnya, seperti biasa. Dia mengangkut basikalnya naik ke rumah melalui tangga. Sudah tiada upaya dan tenaga dapat dilihat di wajahnya. Rahman membuka pintu rumah. Memberi salam. Dia memerhati keadaan dalam rumahnya dari muka pintu dengan pandangan yang sugul. Tiba-tiba, dia terdengar satu suara dari dapur…

“ Lambat balik hari ni nak?.. Datanglah dapur, ibu dah sediakan air ni”…

Rahman kemudian bergegas ke dapur disebabkan dia terlalu rindukan ibunya.. Dan, sekali lagi dia terlupa…

==============TAMAT================

Disclaimer: Cerita ini adalah cerita rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

60 thoughts on “#Danial – Dementia”

  1. Rahman..rahman, mujurlah kedai pak bakar tu engko tak lupa kunci. Kang tak memasal pencuri masuk. Aku bajet awal2 cerita ni dia lupa kunci kedai.

    Reply
        • mak nenek lagi lama meninggalnya cu, bulan 2 tahun 2012…5 tahun da berlalu..namun wajah itu selalu kurindui…sob sob..jenguk la aku walau hanya dlm mimpi……….zassss!

          Reply
          • SEDINYA NEK. CU FAHAM PERASAAN NEK. OKEY LAH NEK. CU NAK OUT DULU. NAK P TERIAK. NANTI MALAM2 CU MASUK SINI BALIK.

          • uihh,,,cu ni tarzan ka? teriak2 ni…jgn cakap cu pak bilal plak..hihi..ok lah cu, nenek memalam tak masuk sini, sbb mlm2 nenek nak terbang ngn penyapu…hehehheheehhehee

          • NENEK, APA PULAK PAK BILALNYA. CU NI GEGIRL TAU. BARU 25 TAHUN HIDUP DI DONIA YG FANA NI. NEK DIAM2 YE. ORG TAK TAHU CU NI SAPE. HAHAHHAA.

    • laa yeke..teriak tuh nagis…hahahah…maklum laa…nek ni dtg dari nun jauh di selatan….kak yulie, ang mmg..nek dok peghati ja sikap ang noh…komen dlu baru baca..

      Reply
  2. Sedihnya :'( walaupon rekaan sje..
    Bila mengenangkan tentang mak ayh n family nie mmg rsa touching sgt…apatah lg bila kita dh kehilangn org yg kita sayang…

    Reply
  3. Dah bace…
    Sedih sgt…
    Kesiannye Muhammad Rahman…
    Dahlar istimewa pastu sebatang kara plak…

    Allah menjadikan Rahman seorg yg Dementia supaya dia akan melalui setiap hari yg memilukan dengan sesuatu yg membahagiakan sebelum tdo wpon sebentar cuma…

    Ni namenye Seram-Sedih…
    Isk isk isk…
    Mak…rinduuuu…

    Reply
  4. sedih.. :'( aku ade anak autistik.. yg aku rs die pun xmampu uruskan diri sendiri kelak. bercakap pun xboleh, tak phm ckp org lain, tak tau erti bahaya..die cume dgn dunia die sendiri. tp tersangat2 manja dgn aku, tak boleh berpisah dgn aku lansung. aku pun tak tau mcm mane die nak hidup bile aku n baba die dah takde nt.. :'(

    Reply
    • Allahuakbar…
      Berat dugaan idop kita, akan ada lg org lain yg diuji lebih hebat…
      Semoga ibu2 anak istimewa sebegini dikuatkan hatinya, ditingkatkan keredhaannya…
      Aamiin…

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.