#DANIAL-KEMBARA KE ALAM ASTRAL: FINAL PART
Assalamualaikum para pembaca. Kabare? Waras? Diharapkan semua berada dalam rahmat Allah dan nikmat rezki dariNya. Terima kasih sekali lagi kepada admin kerana sudi publishkan cerita aku part yang ke-3 dan yang terakhir ini. Mohon admin p/m aku, aku nak belanja makan MCD tengah hari esok.haha
Introduction
Kita recap sikit episode lepas aku ada cerita sedikit mengenai asal usul bangsa Him yang diberi nama PoliXXX . Kenapa aku censored kan nama tu? Aku tak nak korang buang masa dan taksub nak cari lebih pasal makhluk ini. Yang dah tahu tak apa la. Yang nak tahu jugak bolehlah bertanya aku di fb. No problem.hehe
Ok, lek jap, jawab persoalan pembaca sikit dulu. Ramai yang cakap aku berfantasi dan ada gaya macam aku cedok cerita Ramli Awang Murshid. Sungguh, aku tak pernah kenal nama tu sebelum korang sebut kat komen. Aku bukan pembaca novel dan peminat sastera. So maafkan aku, aku tak tau pun kalau dia ada pengalaman macam aku atau tak. Him dah bagitahu aku dulu, aku bukan satu-satunya manusia yang pernah ke sana. Dan kenapa mereka ‘kidnap’ manusia ke sana pun aku tak tahu. Mungkin nak bagi manusia ambik pengajaran? Pasal makhluk berAkup tu, ya ada sesetengah berAkup, tapi tak semua. Him tak ada Akup/kepak. Mungkin yang berAkup tu ada tugasnya yang tersendiri e.g scouting, surveillance. Mereka ada beberapa bangsa dan kaum mereka tersendiri. Mungkin orang lain nampak mereka dalam variasi yang berbeza. Makhluk ghaib ni dia jarang ada bentuk yang spesifik dan mereka boleh berubah rupa.Wallahualam.
Sebelum anda sambung baca dibawah, aku nak nasihatkan yang konten di bawah sangat berbaur fantasi. Sebab benda ni terjadi di dimensi mereka. Sekali lagi nak pesan, kalau tak boleh terima, mohon skip dari membuang masa membaca. Terima Kasih.
Peperangan Alam Ghaib
Suatu malam yang sunyi, aku baru hendak melelapkan mata, malam tu aku dapat rasa yang aku akan dijemput kesana. Setelah beberapa kali kesana dan berjumpa dengan Him, entah kenapa malam itu hati aku berasa tidak sedap.
Aku tersedar, aku sudah berada di atas satu balkoni sebuah bangunan lama (seperti bangunan sekolah). Aku dalam posisi duduk kaki menjulur, sunyi… tak ada sesiapa yang aku nampak dan dengar. Aku tahu aku dah kat sana. Tetapi kenapa lain benar cara aku kesini kali ini? Fikirku waktu itu.
Kedengaran bunyi seperti bilah helicopter sayup-sayup dan perlahan-lahan menghala ke arah aku. Aku jenguk kearah balkoni perlahan-lahan. Nampak satu bentuk seperti helicopter warna biru kehitaman, aku tak nampak siapa yang pandu. Aku jadi cuak, dan terus tunduk menyembunyikan diri disebalik dinding balkoni tu.
Helicopter tu terus menghampiri lokasi aku, bergoyang pokok-pokok di sebelah bangunan tu. Dah dekat helicopter tu dengan bangunan tu aku dah rasa cuak macam nak tercabut jantung aku. Tapi aku tak berani nak lari. Ingat nak lari turun saja ikut tangga di hujung balkoni tu. Heli tu pulak aku tak pernah nampak sebelum ni dan sangat mencurigakan dan aku rasa pembandu heli tu bukan makhluk yang baik sebab kedengaran bunyi seperti mereka scan-scan kawasan tu. Bunyi nyaring dan bunyi bilah kipas serta bunyi angin memenuhi gegendang telinga aku. Peluh dah penuh muka.
Aku dalam hati hanya berharap heli tu cepat-cepat la berambus dan aku juga harap Him datang selamatkan aku. Sebab aku hanya pecaya dia sorang saja kat alam sana. Tapi doaku tak termakbul haritu. Heli tu start menembak kearah bangunan itu dari hujung ke hujung. Padahal aku ada kat situ. Menangis aku terkejut dengan tindakan heli tu. Diorang seperti nak ‘make sure’ tak ada orang kat situ. Aku menangis senyap-senyap dan masih membatu disebalik dinding koridor. Nasib baik dia tembak cermin tingkap yang kat atas saja. Berkecai kaca-kaca jatuh atas aku.Kalau dia tembak dinding koridor balkoni yang aku duduk berselindung sebalik ni, aku taktahu apa yang jadi kat aku. Aku akan m**i ke?Atau roh aku m**i ke, tapi jasad aku jadi koma? Aku tak pasti dengan benda ni.
Kemudian aku dengar bunyi dentuman yang kuat berhampiran. Aku juga dengar helicopter tu terbang laju meninggalkan kawasan tu.. Aku memberanikan diri menjenguk ke atas untuk melihat keadaan sekeliling. Aku nampak heli tadi dikejar oleh kapal angkasa yang serupa dengan yang aku pernah naik sebelum ni. Kawasan sekeliling pula dah macam padang jarak padang terkukur. Rosak habis tanah, pokok-pokok dan bangunan, mungkin terjadi peperangan yang besar.
Aku memberanikan diri untuk berlari menuju ke arah tangga. Waktu aku dekat tangga tu aku sekali lagi dikejutkan oleh alam ini. Sebabnya, tiada tangga pun kat bangunan ni! Aku dekat aras tiga. Yang ada hanya ruang kosong yang boleh terus nampak ke ground floor. Apa bangsa mereka tak reti bina tangga ke?
Aku dengan keadaan yang panic dan keliru tanpa berfikir panjang terus terjun ke dalam ruang kosong tersebut. Aneh, aku jatuh ke bawah dengan selamat. Sebelum kaki aku jejak lantai di ground floor terasa seperti tarikan gravity menjadi semakin lemah. Masih terasa hentakan di kaki, tapi tak sakit langsung dan aku selamat mendarat di ground floor.
Aku kemudiannya menuju ke arah satu dewan besar di sebelah kiri bangunan yang ditembak heli tadi. Ternyata di situ juga kosong, tiada penghuni, tiada sesiapa. Sedang aku berpaling hendak keluar dari pintu dewan itu, aku disapa oleh sesuatu.
Makhluk PoliXXX: Psss..psss.psstt..
Aku: Siapa tu?! (pandang belakang)
Makhluk PoliXXx: Datang sini…cepat!
Aku: …..???
Aku yang tengah pelik mencari-cari arah suara tadi. Dari sudut hujung dewan terlihat ada satu dinding terbuka sedikit dengan perlahan. Dan dari bukaan dinding itu ada cahaya. Aku menuju ke arah dinding itu. Dada semakin berdebar. Aku tolak dinding tu. Dengan tak semena-mena tangan aku direntap masuk ke dalam celahan bukaan dinding itu dan dinding itu ditutup semula dengan kemas dan rapi oleh satu makhluk poliXXX dari dalam.
Arten: Siapa kamu wahai manusia?! Buat apa kamu ke sini? Tempat mu bukan disini!
Aku: Er..aa..aku pun tak tahu. Tiba-tiba aku ada dekat bangunan sebelah sana.
Arten: Kamu pernah ke sini sebelum ini?? (Kelihatan marah)
Aku: Pernah.. aku kenal dengan Him.
Arten: Apa perjanjian kamu dengan Him? Di mana Him sekarang?
Aku: Aku tak tahu.. aku dah lama tak kesini (sudah lebih setahun)
Arten: Apa pun urusan kamu dengan Him, tetapi kamu datang ke sini pada waktu yang salah!
Aku kemudian diarahkan untuk duduk di satu sudut bilik rahsia itu. Kelihatan beberapa makhluk PoliXXX yang lain sedang sibuk berbincang dan bertengkar di atas sebuah meja mesyuarat. Keadaan ketika itu begitu tegang sekali dengan perbualan mereka yang aku tak faham. Aku rasa macam hendak menangis dan nak sangat aku pulang ke rumah dan alam manusia kembali.
Arten itu kelihatan seperti ada pangkat di antara mereka. Memakai pakaian tentera mereka tetapi berwarna putih. Lain dari warna baju Him dan tentera lain pakai, yang berwarna biru.
Beberapa ketika selepas itu, sebuah kapal angkasa datang berhampiran tempat itu untuk menyelamatkan kami. Aku diarahkan untuk mengikut mereka ke pusat bandar mereka. Aku hanya menurut tanpa membantah.
Sesampainya disana, kami diturunkan di sebuah dewan yang aku pernah datang dahulu (rujuk episode 1) .Kelihatan dewan tersebut dikawal rapi oleh tentera. Di dalamnya pula ramai makhluk-makhluk PoliXXX berkumpul dan kelihatan cemas. Kapal-kapal angkasa berlegar-legar di ruang udara sama seperti kali pertama aku datang ke sini dahulu. Di pentas hadapan dewan ada tiga makhluk PoliXXX itu duduk diatas kerusi menghadap mereka yang lain di dalam dewan. Aku difaham kan itu adalah pemimpin tertinggi mereka. Nampak bengis dan sedikit berusia.
Didalam dewan itu juga aku dapat lihat berbagai-bagai rupa dan bentuk makhluk ini. Ada yang tinggi, ada yang kecil. Ada beberapa yang berAkup kelihatan gah berdiri mengawal pintu. Ada yang memegang senjata. Dan ada juga berambut panjang seperti wanita. Tapi rupa mereka tidaklah menakutkan seperti rupa hantu dan jin.
Aku didatangi oleh sesorang berjubah biru muda yang datang menghampiri aku. Yang aku kenal, yang selalu bersama Him. Ya, itu Elon. Terasa sedikit lega dapat berjumpa seseorang yang aku kenal di alam sana.
Elon: Sejak bila lagi kamu kesini?
Aku: Baru sahaja sampai. Di mana Him? Apa yang berlaku? Korang berperang dengan siapa?
Elon: Beginilah. (Elon menarik aku kebelakang dewan, jauh dari mereka yang lain)
Elon: Negara kami diserang teruk oleh suatu kaum. Kaum yang sebangsa dan sejenis dengan kami, tetapi berlainan kaum. Mereka dibantu oleh Jin berkasta tinggi. Peperangan ini tidak akan pernah habis sampai salah satu kaum musnah.
Aku: Kenapa berperang sedangkan korang satu bangsa? Bukankah bangsamu sudah tak ramai lagi?
Elon: Ini semua dendam lama yang belum selesai. Dengki dan tamak mempengaruhi mereka. Nasib baik kali ini. Kita sudah hampir beroleh kemenangan mutlak. Semuanya hasil usaha Him dan pasukannya/batalionnya.
Aku: Him? Apa yang dia buat? Di mana dia?
Elon: Bagaimana aku ingin jelaskan kepadamu..kamu masih mentah. Beginilah.. Him dan pasukannya/batalionnya telah mara ke sebuah dunia yang jauh, untuk menyerang balas terhadap kubu kuat mereka. Dan mereka berjaya. Musuh telah lemah dan berundur dari negara ini.
Aku: Dunia yang jauh? Di planet lain ke?
Elon: Di bulan. Bulan yang kalian boleh lihat diwaktu malam.
Aku: Bulan??? Bulan ada hidupan?
Elon: Terlalu panjang jika aku ingin jelaskan satu persatu kepada kamu. Pada waktu ini, aku tiada masa. Banyak lagi aku ingin katakana kepadamu. Aku mahu kamu menerimanya sahaja sebagaimana kamu menerima kewujudan kami yang sebelum ini tidak terbayang olehmu.
Aku: Hmmm..Kenapa Him jemput aku kesini dalam waktu-waktu macam ini.
Elon: (Diam seketika).. Sebenarnya dia (Him) ingin bertemu denganmu sebelum dia pergi ke sana. Disebabkan dia sudah tahu perjalanan dia kesana kali ini adalah kali yang terakhir baginya.
Aku: …… Kenapa dia nak jumpa aku pulak? Nanti dah balik dari sana barulah bawa aku kesini. Aku tak mahu berada didalam situasi yang berbahaya seperti tadi. Aku hampir ditembak!
Elon: Kamu masih belum mengerti.. Him tak akan kembali. Dia sudah tiada. Namun misinya berjaya disana. Kapal mereka sudah musnah dibedil pertahanan musuh dalam percubaan untuk kembali ke sini.
Aku hanya mampu terdiam. Entah kenapa aku berasa sayu. Sayu yang teramat, namun tidak sampai tahap menangis dan meroyan. Seakan-akan kehilangan seorang ahli keluarga. Walaupun ada perasaan takut dalam hati setiap kali aku melihat Him yang berpewatakan tegas, namun aku dapat rasa yang aku mengenali dia sudah lama. Dialah yang membawaku kesini dan membuka mata aku melihat dunia Tuhan yang sangat luas ini.
Aku: Jadi, aku sudah tak dapat berjumpa dengan Him? Dia sudah m**i?
Elon: Begitulah anak muda. Sebenarnya dia hendak memberikan sesuatu kepadamu sebelum dia kesana. Namun panggilan daripada ketua kami terlalu awal, tidak seperti yang dijangkanya.
Aku: Apa yang dia nak bagi? Boleh aku tanya, kenapa Him pilih aku untuk dia bawa kesini?
Elon: Segala pengetahuan berkaitan barang itu hanya ada padanya. Persoalan kenapa dia begitu peduli akan kamu, sebenarnya dia mengenalimu semenjak kamu kecil lagi. Dia menyukaimu dan selalu melawatimu di dunia mu. Dahulunya dia bersahabat dengan bapa kepada bapamu.
Aku: Bapa kepada bapaku? Atuk aku?
Elon: Ya benarlah seperti apa yang kamu gelarkan dia. Dia juga selalu ke sini suatu masa dahulu.
Elon: Aku sudah tiada masa untuk berbicara lama denganmu. Masih banyak urusan yang aku perlu lakukan. Mari aku hantarmu pulang ke dunia mu.
Aku: Tunggu dulu. Bolehkah aku ke sini lagi lepas ni?
Elon: Janganlah kamu khuatir. Jika ada urusanmu, aku yang akan membawamu kesini.
Aku: Hmm…baiklah
Sementelah itu, aku dihantar pulang ke alam manusia. Perasaan hiba dan ‘curious’ aku terlalu menebal. Pelbagai persoalan bermain di minda aku waktu itu. Ada hidupan di bulan? Kenapa mereka selalu berperang? Betulke Him dah m**i? Macam mana atuk aku boleh kenal Him? Diorang ni makhluk apa sebenarnya? Maklumlah waktu itu belum pandai menggunakan google/yahoo ni.. Nak search apa pun aku tak tahu. Jin ke? Bunian ke? Tapi aku tahu diorang bukan Jin dan bukan bunian. Sebabtu pencarianku waktu itu termati disitu. Manalah aku tahu ada penulis bernama Ramli Awang Mursyid pun tahu pasal mereka. Kalau aku tahu dah lama aku beli novel-novel dia.huhu
Setahun dua tahun ni barulah aku jumpa artikel pasal diorang itu pun dalam Bahasa Inggeris atau Indonesia. Susah nak hadam dan bersimpangan jugak dengan apa yang aku lihat sendiri. Tetapi ada beberapa titik point persamaan yang aku boleh ‘relate’. Mungkin lain orang lain kaum yang mereka jumpa dan lain pengalaman yang mereka lalui?
Tahun 2016 adalah kali pertama aku kesana tanpa ditemani Him. Aku dapat menerima yang Him sudah tiada walaupun perasaan aku kuat mengatakan Him masih hidup. Aku hanya ditemani oleh Elon. Itupun sekejap sahaja aku disana, kerana Elon ni kerap betul sibuk dengan urusannya. Tak seperti Him yang tak jemu melayan pertanyaan dan permintaan aku.
Sedikit penerangan tentang Him dan Elon. Sebenarnya mereka berasal dari keluarga yang sama. Namun bukanlah adik beradik. Mungkin sepupu. Entahlah sebabnya aku bukannya faham sangat cakap diorang sebab diorang bercakap dalam Bahasa yang tak pernah aku dengar, namun aku faham point yang diorang nak terangkan kat aku. (Rujuk episode 1). Ajaib. Mungkin itu salah satu ilmu yang diorang ada.
Him ni berpangkat seperti ketua platun tentera mereka yang terbaik, pakar mengendalikan kapal angkasa dan berpengalaman luas dalam tentera. Him bukan pertama kali ke bulan, banyak kali dia ke sana sebab kata Elon, kat sana pun ada macam penempatan kaum mereka. Manakala Elon ni berperanan sebagai pentadbir bagi negara mereka. Lebih kurang macam menteri mungkin. Berpengaruh juga Elon disana. Dihormati oleh rakyat biasa mereka macam wakil rakyat.
Buat pembaca yang bertanya Aku ada kuasa sakti ke kat alam sana? Jawapan dia tak ada. Aku manusia biasa juga kat sana. Aku hanya ada kuasa mengurut orang saja.haha (rujuk cerita kitab arwah). Tapi satu kejadian yang aku terjun dari bangunan yang tak bertangga dari tingkat tiga tu. Aku rasa itu bukan kuasa, itu mungkin disebabkan tarikan gravity kat situ agak lemah. Badan pun terasa lebih ringan kalau kat sana. Yang minta aku lakarkan wajah Him, nanti kalau ada masa aku post di FB aku.
Yang bertanya mengenai barang dari alam sana boleh bawa ke sini ke. Aku pernah cuba bawa balik seketul batu bulat dari alam sana secara senyap tanpa diketahui Him. Cross saja portal tu, batu tu hilang dalam poket aku. Mungkin tak boleh bawak barang mereka ke alam kita tanpa izin. Entahlah sebab aku tak pernah cuba pula lepas kejadian itu.
Yang kata cerita aku ni ada persamaan dengan Lemurakh dan Atalan? Mungkin juga sama. Aku tak pasti. Him dan Elon terlalu berahsia mengenai perincian bangsa mereka. Hanya yang bersesuaian sahaja yang diceritakan kepada Aku. Maklumat lain Aku cari sendiri di carian internet sahaja. Yang mana aku rasa sama, Aku relatekan dengan mereka.
Buat sesiapa yang tahu kat mana, blog mana, novel tajuk apa,movie apa, penulis mana yang ada kaitan dengan cerita ni, mohon komen dan inform aku. Aku ingin tahu dengan lebih. Mungkin ada yang lebih mengetahui pasal mereka. Aku mohon anda share juga cerita anda dan pengalaman anda di FS.
Buat yang meragui bulan ada hidupan? Yang ini aku tak dapat nak komen sebab NASA cakap yang bulan itu tandus. Dan aku ni jenis orang yang percayakan Sains dan juga Alam Ghaib. Jadi aku agak konfius dan tak dapat memberi kesimpulan yang tepat. Melainkan aku lihat sendiri. Yang peliknya berdasarkan kajian aku, bulan mengelilingi bumi, namun tidak berpusing pada paksinya. Dan yang kita nampak dari bumi ini hanyalah satu bahagian bulan yang diterangi oleh cahaya matahari. Manakala mengikut satu teori seorang Mat Salleh ni, sebenarnya bahagian belakang bulan yang tidak diterangi cahaya matahari ni ada hidupan dan ada pyramid? Entahlah. Diorang gelarkan bahagian belakang Bulan ni sebagai ‘The Dark Side of the Moon’ macam cerita Transformers tu. Entahlah. Bagi aku, tak mustahil ada hidupan disana, tapi mungkin di dimensi yang berbeza. Sebabnya makhluk ghaib boleh memanipulasi ruang dan dimensi. Dan berdasarkan teknologi yang bangsa PoliXXX ada, aku rasa sangat sangat tidak mustahil.
Buat yang anggap cerita ini fiksyen belaka, teruskan menganggap sebegitu. Aku lebih selesa begitu, sebab aku sangat risau cerita yang aku kongsikan ini mempengaruhi para pembaca dan menyebabkan pembaca menuju kearah kesesatan dan negativity. Tujuan aku hanyalah untuk berkongsi sedikit pengalaman peribadi aku. Lega rasanya dapat luah kat sini. Sumpah!
Sebelum ni aku hanya pendam seorang benda ni. Pernah Aku cerita dekat ex-Gf Aku, dia cakap aku kuat berkhayal. Sekarang dah break dah. Mohon korang clash lah dengan pasangan yang tidak mempercayai anda.haha. Kalau Aku kongsi dengan keluarga, dah tentu-tentu akan digelakkan oleh abang aku yang selalu menghina.huhu
Pernah juga aku tulis dalam blog aku, tapi aku dituduh gila dan mereka-reka cerita. Sebab itulah berat sebenarnya aku nak berkongsi benda ini. Nasib baik ramai pembaca Fiksyen Shasha ni ‘open-minded’ dan sudah terbiasa membaca benda yang diluar kotak pemikiran mereka. Jadi penerimaan disini sangat-sangat baik.
Sebenarya cerita ni aku dah draft untuk cerita pertama Aku di FS. Tapi aku tak berani nak publishkan. So aku cuba dengan beberapa cerita lain dahulu. Terima Kasih aku ucapkan kepada semua pembaca dan peminat Fiksyen Shasha.
Aku rasa ini entri aku yang terakhir di Fiksyen Shasha. Selepas ini aku hanya mahu jadi pembaca yang senyap dan setia.
Maafkan kekhilafan dan kesalahan aku jika ada
Selamat Beribadah di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Selamat Hari Raya.
Assalamualaikum.
#Danial
#Terima Kasih FS#
#Follow FB Danial Fiksyen Shasha jika ada any inquiries#
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
woha!finally danial 🙂
Sorry ada ralat sikit.
BerAkup = bersayap
Ralat teknologi haha. Sorry gais
Best. Macam nak tahu lebih lagi tentang bangsa tu. kalau saya tak silap, saya da tahu sikit-sikit pasal bangsa tu. Kalau bangsa yang kita maksudkan samalah.
Baru baca kisah danial. Btw saya percaya dimensi lain itu wujud dan saya percaya apa awak lalui itu benar. Semoga awak sentiasa dia dalam lindunganNya. ?
pernah trbaca pasal dark side of moon kt blog rematrix.. adakah saudara danial penulisnya?
….sape boleh buka hijab saya?
ko ni xabis2 dari aritu…g la jumpe Carlitorocker atau Bro M.
hahahahaha jgn jadi gile lah dh cukup ke iman tu ade sebab allah bukak hijab sesetengah orng
nak buka hijab ke? Nak saya ajarkan?
mcm nak..tpi tkut
pm iban teenager
done pm
Mcam mna tu?
Saya percaya ape yang penulis sampaikan sebab memang ada kebenaran yang dinyatakan dalam Al Quran tentang kehadiran generasi sebelum Adam dan Hawa dan saya juga pernah baca kisah atalan Dan lamarakh dekat Cerita Yang Belum Terungkai.. Saya takde lah taksub pun dengan benda ni.. sekadar baca saja.. sekurangnya saya tahu selama ni yang hidup kt dunia bukan manusia dan jin selain malaikat dan iblis jer.. tapi ada lagi bangsa yang masih hidup sampai hari ni.. Diorang memang generasi terawal yang hidup dimuka Bumi sebelum Adam dan Hawa.. Memang kehidupan Bangsa diorang canggih daripada segi ilmu teknologi sains..
yup mmg wujud pun bukan manusia,jin dan syaitan je ade lg mahluk selain kita…rahsia allah tu bnyk sesetengah rahsia je yang allah tunjukkan pada kita untuk beriman padanya
best ceriteni…xdpt bygkn mcm mana keadaannye…mmg xterjangkau di fikiran
sya dh bca kt blog tu…tntg lamarakh n atalan..mmg awaklah penulis blog tu..by the way sapa tahu nama fb penulis nie…tlglh..nk add n follow kt fb..please..aku mmg percaya n mengikuti crita ko…mmg aku berharap aku dpt berjuang sma2 nti…aku hrp mereka akan amik aku n mmbntu mereka disna… ?? aku sesih sbb ko dh nk brenti menulis..tlglah jgn brenti tulis…aku nk thu lg crita tntg alam mereka.. abis smua aku terjah tuk bca tntg makhluk sblum kita…mmg aku prcya..n aku terjumpa kt satu blog nie.. piramid ada kt hutan pahang..siap ada imej lagi…mmg jelas piramid tu ditutupi separuh dgn hutan n pokok2mnjalar… n dr info diblog tu ada bgtau yg piramid2 tu merupakan jln masuk ke sunia sana.. pihak atalan yg msh lagi berdendam dgn puak lamarakh akan sntiasa mncri peluang untuk berperang untuk dptkn sebahagian formula atau ilmu yg ditagih2 selama ini…. apa pun semua itu rahsia tuhan…wallahualam… tlg jgn brenti menulis…aku sedih n merayu nie..
Piramid kat pahang tu ada org jaga, dengaq kata ada harta kat situ, sebab tu jd senyap ja,
ya ka ada org jaga…fb penulis nama apa weiii
Saya percaya cerita awak
sedih pulak baca cerita ni..him dah m**i..besar pengorbanan dia utk kaum sendiri
bg link fb penulis dgn blog dia.. huhu
Waa.. dunia Allah ni luas sangat.bertuah penulis(Danial) dapat tengok dunia lain.Rasa jealous pulak.. harap penulis cerita lagi. Mesti ada lagi yg Danial tak bagitahu.cerita je.
Fairytales story finally end….
Saya percaya dengan cerita awak tu Danial. Tak semua orang diberi kelebihan/keistimewaan untuk bertemu dengan bangsa seperti itu dan berada di dunia mereka. Itu semua rahsia Allah. Tak semua bangsa manusia tahu mengenainya kecuali hanya yang diberi keizinan olehNya.
Ada banyak makhluk Allah yang kita tak tahu atau tidak diberi pendedahan untuk mengetahuinya. Yang pasti mereka wujud/ada disekeliling kita. Saya sentiasa berfikiran positif tentang itu. Setiap makhluk yang Allah cipta ada peranan masing-masing dan sudah tentunya hanya Allah saja yang tahu sebab musababnya.
Seronok ada … sedih pun ada bila baca cerita awak ni Danial. Teruskan menulis ye.
apa nama fb penulis nie???
sgt best. knpa nk brhenti mnulis? mkcik bru follow kau dikk
bangsa polip ni de di ceritakan dlm novel siri laksamana sunan karya ramlee awang murshid…kat novel tu dye de explain yg tmpt tggl bangsa polip ni di bangunan julang langit…klo nak taw lebih lanjut baca la novel siri laksamana sunan…de 6 episod x silap novelnye
As Salam tuan, x jmpa fb, nk tnya psl makhluk tu
Take sangka encik Danial orang Jawa.
Assalam …
Sungguh Menarik Kisah kamu ini dan Kisah kamu ini seperti mana keterangan kisah-kisah oleh Mereka tentang Bangsa al Jin yang berasal dari Bangsa al Jaan itu yang hidup mereka berkelompok dan berlapis-lapis juga sama seperti manusia cuma ianya lebih kompleks disebabkan umur dan usia Peradaban mereka Lebih Tua dari Bangsa Manusia …aku tak tahu nak terangkan macamana,aku merupakan salah seorang Pengkaji Eskatologi dan Hadith al Fitan serta perkara2 yang sangkutan dengannya yang mana ianya menambah Keimanan dan pengetahuan pada yang mereka yang mahu berfikir lebih dalam dan luas dalam mengenali setiap kejadian Allah swt dan peristiwa dalam setiap zaman ..
Yang menariknya Wujud sebuah Hadith Sahih yang mana merungkai sebuah Peradaban dan Bangsa yang tersangat maju dan mendahului Bangsa atau Golongan makhluk dari segi Teknologi dan diciptakan bukan dari Kalangan manusia dan Jin atau pun Malaikat …
Hadith ini diterangkan oleh Rasulullaw saw kepada Para Sahabat Utama Baginda dalam Ruang Lingkup permahaman dan Batasan Ilmu dan pengenalan nama Teknologi pada situasi masa dan era tersebut yang amat terhad dan terbatas ..seperti mana kisah-kisah dalam epik Ramayana dan Mahabarata dan Epik Bangsa Sumaria dan Tamadun India Purba …
Untuk Hadith ini ianya menepati ciri-ciri yang Rasulullah saw terang dalam salah satu hadith Baginda berhubung Perkara ini menepati Bangsa al Hind yang misteri dan diluar batas Ilmu Manusia baik di era semasa mahupun dizaman Rasulullah saw sendiri …Hadith ini tiada huraian lebih dan dalam lebih-lebih lagi oleh Para Sahabat dan oleh yang Selepas mereka,kerana ianya agak misteri,Fantasi dan berunsur Teknologi Luarbiasa Tinggi …
Wallahuaalam Bissawab …
Pengkaji Misteri, keterangan awak sungguh menarik.
klu diceritakan lagi panjang mcm novel aku sanggup x mkn breakfast lunch dinner ni.
Saya percaya cerita Danial. Teruskanlah menulis. Menambah rasa takjub pada kekuasaan Allah Al-Adzim yang Maha Hebat.
Boleh baca sini juga:
https://zulsegamat.wordpress.com/2019/03/27/pembohongan-iblis-dajjal-dan-konco2-zionis-berkaitan-bulan/
Orang lain kalau nampak pasal bangsa ni, mungkin tu yang diorang anggap sebagai dewa, bagi diorang tu dah power sangat tu. Diorang tak tau bangsa ni tetap hanya lah makhluk ciptaan Allah Al-Khaliq.
Apa nma FB tuan…