#DANIAL- KEMBARA KE ALAM ASTRAL : PART 2
Assalamualaikum, posting kali ini adalah sambungan kepada posting saya yang lepas iaitu #Danial-Kembara Ke Alam Astral . Terima kasih para admin kerana menyiarkan semua kisah aku dari dulu. Dan terima kasih juga kepada para pembaca yang sudi membaca dan memberikan sokongan.
Untuk posting aku kali ini pun, aku harap yang membaca ni dapat berlapang dada, bertenang dan ingat dunia Allah ini luas. Terselit dalam rahsia dunia ini, berbagai benda yang manusia tidak dapat merungkai. Jika tak dapat terima cerita aku, skip sahaja dan jangan baca. Tiada paksaan dalam Fiksyen Shasha.haha. Chill.
Bismillah…
Sebagai umat Islam kita wajib percaya kepada Alam Ghaib. Tetapi bukan untuk menjadi taksub dan bergantung kepada makhluk lain. Seperti yang umum diketahui, sememangnya ada makhluk lain yang diciptakan sebelum manusia ataupun digelarkan sebagai Al-Insan ini. Ada satu teori yang mengatakan sebelum diciptakan Nabi Adam, ada lebih kurang 80 Adam yang lain? Maksudnya 80 tamadun makhluk Allah yang lain? Wallahualam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Usia bumi yang kita tinggal ini jika dihitung saintis adalah 4.543 Billion tahun. Ataupun bagi gambaran sebenarnya adalah 4,543,000,000 tahun. Boleh bayangkan berapa lamanya usia tanah yang kita berpijak ini?
Jadi berapa usia manusia/ Al- Insan yang berketurunan Nabi Adam mendiami bumi ini? Sila ikut kiraan dibawah berdasarkan pengiraan ahli sufi berdasarkan Al-Quran dan Hadis.
Antara wafatnya nabi Adam-Nuh: 1240 tahun
Antara taufan-wafatnya Nabi Nuh As: 650 tahun
Antara Nuh-Ibrahim: 2200 tahun
Antara Ibrahim-Musa: 900 tahun
Antara Musa-Daud: 500 tahun
Antara Daud-Isa: 1200 tahun
Antara Musa-Isa: 1700 tahun
Antara Isa-Muhammad: 620 tahun
Jarak antara Nabi Adam dan Rasulullah pula adalah lebih kurang 7310 tahun.
Manakala jarak antara kewafatan Rasulullah hingga kini adalah 1385 tahun.
Jadi usia keseluruhan bangsa manusia/Al-Insan adalah lebih kurang 8695 tahun. Jadi selama 4.5 Billion tahun itu adakah hanya manusia dan Jin sahaja yang pernah mendiami Bumi ini?
Jadi adakah betul kepesatan teknologi dan ICT yang paling memuncak adalah bermula sekitar tahun 2000 Masihi? Adakah makhluk zaman purba hidup bercawat? Menggunakan batu sebagai senjata? Hidupkan api dengan menggeserkan kayu? Jika ini yang anda percaya, maka anda mungkin silap.
Semua persoalan itu terjawab selepas aku berjumpa Him. Makhluk purba yang hidup lama, terlalu lama bahkan tak terbayang di akal manusia.
Hari itu aku sekali lagi terlepas kealam sana tanpa aku mahu dan tanpa aku minta.
Tercelik mata aku sudah berada di atas sebuah bukit. Padang rumput di bukit itu menghijau. Kelihatan beberapa makhluk seperti Him sedang beriadah di atas bukit itu. Harinya masih siang. Ada yang sekadar merenung langit. Ada yang duduk bersila seakan-akan bertapa dan ada yang bersembang antara satu sama lain.
Aku yang dalam keadaan terpinga-pinga melihat situasi itu walaupun ketika itu sudah beberapa kali aku kesana, tapi aku masih tidak boleh menghadam situasi yang asing itu. Dengan tiba-tiba bahuku disentuh dari belakang. Him menyapa aku dengan muka yang tak pernah senyum itu.
Him: Mahu lagi kamu ke sini. Aku ingat sudah tidak sudi
Aku: Aku tak mahu dan aku tak sudi pun kesini. Tapi tiba-tiba saja aku dah ada kat sini.
Him: Itu petanda yang ada urusan yang masih belum selesai yang kamu perlu lakukan di sini.
Aku: Urusan? Urusan apa?
Him: Belum masanya untuk kamu tahu.. Nanti aku ceritakan. Kamu tak berasa hairankah dengan paras rupa kami? Sekali pun kamu tak bertanya siapa kami? Dan apa sebenarnya kami?
Aku: Bukan urusan aku nak bertanya. Aku tak berminat pun nak tahu. Dan aku harap ini semua hanya mainan mimpi?
Him: Mimpi? Dalam mimpi boleh rasa benda ini?
Him menghunuskan tongkatnya kearah tangan aku. Terasa seperti renjatan elektrik. Melompat aku akibat terkejut dengan renjatan dari tongkat Him.
Aku: Apa benda ni?! Aku nak balik! Tunjuk aku jalan balik macam selalu!
Him: Belum masa lagi untuk kau pulang.
Aku kemudian berlari tanpa hala tuju menuruni bukit tadi. Dengan harapan aku akan berjumpa dengan tasik dan pintu keluar yang selalu aku guna untuk kesini dan keluar. Tapi hampa, aku tak jumpa jalan keluar. Yang aku jumpa hanya sebuah taman di bawah kaki bukit yang di tengahnya ada satu tugu/monumen besar berbentuk seperti manusia yang sedang bersujud. Perasaan kagum dan penuh tanda tanya memenuhi benak fikiran aku. Dengan tiba-tiba terdengar satu suara mendekati aku.
Him: Mahu lari kemana? Aku bukan mahu menyakiti kamu
Aku: Hah? Kau lagi? Apa sebenarnya tujuan aku dibawa ke sini?
Him: Bukan kau seorang sahaja yang dari bangsamu pernah kesini.
Aku: Itu, itu tugu apa? Korang pon solat ke? Tak pernah nampak pun?
Him: Terlalu banyak yang belum engkau tahu wahai anak muda
Aku: Ceritalah. Aku mahu tahu semua. Siapa kamu semua? Aku kat mana?
Him: Mari duduk disini. Akan aku ceritakan. (Duduk di sebuah bangku)
Him: Engkau berada di alam kami. Tidak jauh dari alam engkau. Hanya terlindung dari mata manusia… Dan engkau dibawa ke sini atas tujuan yang baik. Tiada niat jahat yang kami mahukan. Kami adalah makhluk Tuhan, Tuhan yang satu, sama seperti Tuhan yang manusia sembah.
Aku: Jadi kamu ni Jin? Hantu? Syaitan?
Him: Kami bukan Jin, dan kami bukan dari kalangan syaitan yang dihina. Bangsa kami digelar PoliXXX oleh bangsamu. Kami adalah bangsa yang pertama melata di muka bumi mencari keredhaan Tuhan. Jauh lebih lama dari bangsa Jin dan manusia..
Aku: Berapa lama? Umur kamu berapa?
Him: Terlalu lama untuk kamu faham. Lebih dua ratus juta tahun.
Aku: Gila! Jangan menipu aku lah! Aku tak percaya…
Him: Terpulanglah padamu wahai anak muda…
Aku: Mana ada orang hidup lama macam tu?..
Him: Kami bukanlah seperti bangsamu wahai anak muda. Tuhan mengurniakan kami usia yang panjang. Percayalah ianya satu beban..bukan kelebihan..
Kelihatan riak wajah Him ketika ini sedikit sugul dan sedih. Sungguh sukar aku nak percaya apa yang aku dengar dari Him kerana aku belum mencapai kematangan akal untuk berfikir pada waktu itu. (Umur aku lebih kurang dalam tingkatan 4). Perasaan marah aku pada masa itu berubah kepada kesian. Aku lebih ‘cool down’ selepas melihat perubahan riak wajahnya. Aku ajukan lagi beberapa lagi soalan.
Aku: Kalau Jin ada Islam dan Kafir, jadi bangsa kau pun sama ke?
Him: Kami tak ada agama, kami hanya mentauhidkan Tuhan yang satu dan menyembahNya sama seperti yang kamu sembah. Ianya bukan benda yang baharu.
Aku: Jadi kamu bersolat macam orang Islam bersolat. Kamu pun Islam lah maksudnya?
Him: Islam tidak disyariatkan kepada kami sebagai mana ianya kepada manusia dan Jin. Jadi kami hanya beramal seperti yang diajarkan kepada kami oleh orang yang soleh dari kalangan kami. Walaubagaimanapun, seperti manusia dan jin, terdapat sebahagian dari kami yang tidak mengamalkan ajaran tauhid dan terus tersesat dari jalan Tuhan.
Aku: Jadi kiranya tidak banyak bezanya agamamu dengan Islam. Haritu waktu pertama kali aku kesini, kenapa ada banyak kapal angkasa yang kelam kabut di udara? Apa yang sedang berlaku waktu tu?
Him: Hmmmm.. ( Senyap seketika). Begini aku ceritakan, bangsa aku sudah tidak ramai dan lemah. Dahulu bangsa kami pernah mencapai kegemilangan sewaktu zaman kami dahulu. Ketika itu, kami lupa Tuhan dan mengejar dunia. Segala jenis kemajuan kami kecapi. Jauh mendahului kemajuan bangsamu.
Kami melakukan kemungkaran sama seperti kemungkaran yang manusia lakukan kini. Sampai kami leka, Tuhan telah menjatuhkan bencana dan ramai dari bangsaku m**i dan kami sudah tidak dibenarkan menambah keturunan lagi. Sehingga kini jumlah kaumku yang tinggal tidak lebih 7000. Dan ketika lemah barulah kami mengingati tuhan dan bersatu. Akibat keadaan kami yang lemah kini, banyak bangsa Jin yang berkasta tinggi mengambil kesempatan untuk menyerang kami. Mereka memang tidak mengenang budi! Padahal kamilah yang banyak memperturunkan ilmu kepada mereka dengan izin Tuhan.
Bahkan sekarang mereka menggunakan ilmu yang kami ajar untuk menyerang dan merampas harta-harta dunia yang kami simpan. Mereka bahkan sudah lupa untuk menyembah Tuhan! Jadi malam itu nasib kamu dapat melihat kapal perang kami bersiap untuk membalas serangan bangsa Jin yang jahat. Namun, tidak selalu mereka dapat melolosi dinding yang kami bina untuk sampai kesini dari alam mereka.
Air mata mengalir perlahan dari pipi Him. Aku dah tak mahu tanya apa-apa dah time itu. Terkejut, mind-blowing aku dengar cerita dia. Nak kata dia tipu? Apa yang aku nampak depan mata masa itu pun dah macam bukan reality macam mainan ilusi. Jadi aku hanya sekadar menganguk tanda faham dan hadam apa yang aku dengar malam tu.
Sejurus selepas itu, aku meminta Him untuk membawa aku pergi melawat tempat mereka bagi mengelak perasaan ‘Awkward’.Haha. Aku dibawa dengan berjalan kaki ke satu perpustakaan yang terletak tidak jauh dari taman tersebut, yang dalam nya penuh scroll-scroll yang dijadikan tempat untuk menyimpan ilmu pengetahuan. Tapi sayangnya tulisannya aku tidak faham walaupun puas aku membelek-belek scroll-skroll tersebut.
Dan baru aku tersedar walaupun bandar mereka besar tapi sangat-sangat sunyi. Jarang sekali dapat melihat kelibat makhluk PoliXXX berkeliaran. Hanya di tempat-tempat atau majlis-majlis yang mengumpulkan mereka untuk perjumpaan sahaja. Ini kerana jumlah mereka yang sangat kecil. Bandar mereka pun kebanyakkannya menggunakan teknologi konsep ‘self-regulating’ ataupun dengan kata lain menguruskan diri sendiri. Semuanya automatic. Sungguh aku kagum dengan kemajuan teknologi mereka. Namun apa yang jelas, aku tak pernah nampak handphone, television dan seangkatan dengannya, mungkin teknologi tersebut sudah tiada guna lagi atau mungkin mereka berhubung dengan cara yang lain.
Sampai sekarang aku masih boleh kesana. Walaupun Him kini sudah tiada. Tapi aku sudah mengenal beberapa lagi sahabat lain disana. Cumanya aku tak tahu bila aku akan dijemput kesana. Tahun 2016 pun hanya sekali aku kesana. Itupun aku yang minta. Tahun ni (2017) masih belum ada rezki. Masih menunggu. Rindu pula nak ke sana. Dan sebab apa aku boleh kesana masih lagi belum terjawab. Jawapan terkubur bersama Him? Semoga kau mendapat balasan yang baik di alam sana. Syurga hendaknya?
Kenapa Allah jadikan manusia sebagai Khalifah di muka bumi? Kenapa bukan bangsa/kaum yang lain? Jawapannya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Walaupun makhluk lain kelihatan hebat dan banyak kelebihannya, tapi bagi aku manusia/Al-Insan adalah mahkhluk yang istimewa di sisi Allah. Tambah-tambah lagi Umat Rasullullah. Yang pertama akan dimasukkan kedalam syurgaNya.
Satu kajian saintis barat menyatakan sebijak-bijak manusia, mereka hanya menggunakan 7% sahaja daripada keupayaan otak mereka. Maksudnya Albert Einstein yang bijak tu pun hanya guna 7% sahaja daripada kapasiti otaknya. Yang 93% lagi mana? Jadi cuba banyangkan kalau manusia boleh guna 20%, 30%, 40 %, 50% bahkan 100% daripada kapasiti otaknya? Apa yang kita boleh lakukan? Bagi aku, itulah kestimewaan yang ada pada manusia,iaitu akalnya.
Lagi satu pesanan, sehebat, sekaya, semaju mana pun kita, berbaliklah kepada Tuhan Yang Mencipta, dan yang memberikan kita rezki dan kehidupan ini. Jauhilah sikap riak dan takbur. Walaupun sealim, bertakwa, kuat beribadat mana pun anda di muka bumi ini, kalau ada sikap riak dan takbur dalam diri, maka bencana menanti anda.
Ada suatu cerita, dimana ada satu mahkluk Allah yang sangat kuat beribadah kepada Allah dari lapisan langit ke lapisan langit yang lain sehinggakan berpuluh ribu tahun hidupnya hanyalah untuk melakukan ibadah dan dia diangkat ke syurga untuk menjadi ‘Sayyid al-Malaikat’. Dia sangat disanjungi oleh para Malaikat dan sangat disayangi oleh Allah. Doanya dimakbulkan Allah dan ilmunya yang tinggi sering dijadikan rujukan para malaikat yang lain. Namun akibat keengganannya untuk sujud kepada satu makhluk yang diciptakan Allah daripada tanah, sedangkan dia diciptakan daripada api, maka terjatuhlah dia kelembah hina sehina-hinanya dan dilaknat Allah akibat dari kesombongan dan keangkuhannya itu.
Sekian.
Terima Kasih.
Next: Peperangan Makhluk Ghaib
Salam
#Danial
#Follow FB: Danial Fiksyen Shasha#
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
sila smbung lg…cerita yang menarik
fulamak. berat citer ni.
sambung please..
pernah tak awak cuba amik apa2 dr alam sana dan bwk ke alam nyata..cth: amik daun dr sana masuk poket pastu tgk bila balik alam manusia tgk daun tu ada lagi x dlm poket…
ko tu plak bangang tu ambik jgn dibawak ke internet. simpan bangang tu dlm sampul duit raya bg kt bebudak kpg ko
Biar la,dia tanya je.Salah ke? X kan.. btw good luck SPM
jangan di layan budak spm tu. dia mmg mental prob pun. smua org dimakinya
Saya pun budak spm kak
Spmvictim tu lagi bangang kot sebab nak kecam org je.
Spm victim..nk berkenalan lah dgn awak..leh bg facebok awak tak..tak pun no.tepon & alamat rumah..nama ibu…minat sgt kt awk..plss
Tak jumpa dah minat.pelik jugak org macam kau ni
Ray nak buat report tu Az 17. Bgtau kat mak bdk spm ni yg anak dia kuangja huhuhu
aduh Az…tolong jgn jd pembaris sgt pls..org perli pon x fhm ke
Aku tengok perbualan si Danial ngan ni Him macam perbualan yang alih bahasa dari bahasa lain (kemungkinan English) ke bahasa melayu. Dalam arti kata lain macam mat saleh yg berkomunikasi ngn Him ni. Bukan orang melayu kita. So paham2 lah ye……
Baca part 1. Komunikasi antara Him dan penulis bukan dalam bahasa Melayu. Tetapi bahasa asing. Walaubagaimanapun penulis dapat faham. tu je nak cakap
Dia dah cakap kan him cakap dalam bahasa asing.tapi dia boleh faham
Seronok je baca kisah org mengembara ke alam lain ni. Ops lupa. Girls, abg boleh bawak korg mengembara jugak. Ke alam kesedapan?
?????????
Pls jangan bernafsu kat sini. X sabar kawin la cepat cepat.Jangan tunjuk sangat kau tu bernafsu.
~tegur je
Al-hin.
Manusia pertama sebelum nabi Adam.
Berkepak… Umur beratus tahun..
percayalah selain manusia jin,syaitan dan sebagainya ade lagi mahluk selain kita…alam semesta ini besar…kita tak tau apa yang ade diluar kawasan bumi…hanya allah sahaja yang tau kerana dia lah sang pencipta
best
cerita² mcm ni buat saya teringin untuk mencari maklumat berkenaan..
adakah him tu bangsa polips? terpengaruh dengan cerita dalam novel RAM pulak..hehehehe
kan, akan2 cerita RAM ciri2 dah ada hidup ratusan tahun, bersahabat dengan manusia, tolong manusia, pandai berperang. HIM bersayap tak? haha sorry la memang dah terpengaruh dengan penulis Ramlee Awang Murshid
besttttnye cte ni..bila lagi dijemput lg pg sana..share tow kalau dpt pg lagi…
AKU DAH AGAK DIA BERCERITA TNTG BANGSA POLIP..AKU PERCAY CERITA DI SBB NIE BKN KALI PERTMA AKU DGR CRITA TNTG BANGSA NIE..N AKU YAKIN MMG WUJUD BANGSA NI.. AKU TERINGIN NAK G SANA KALAU aLLAH IZINKAN..AKU TERINGIN [email protected] aLLAH AKU INGIN BERJUMPA DGN MEREKA SEMUA. KALAU KO MENGIKUTI CERITA YG DIKARANG OLEH RAMLEE AWANG MURSYID KO AKAN TAHU BANGSA POLIP NIE APA.. MAKHLUK ALLAH YG SGT PANTAS BILA BERGERAK DAN SGT2 GAGAH SERTA ADA YG BAIK DAN ADA YG TIDAK. WALLAHUALAM
memang pernah baca pasal bangsa polip ni kt satu blog ni, mula2 tngh cari pasal al – hin tp bukan setakat jumpa pasal al – hin je mcm2 lagi.. ade juga baca pasal bangsa polip…
him ke mane??
udah m**i le
dia dh matikn…ada bgtau dlm crita tu kn
nak baca cerita ni kena penghayatan penuh
baru feel.
Macam related dengan kisah bangsa Lamarakh dan Atalan. Sape pernah baca? Ada kisahnya orang kongsi 1 blog ni. 13 parts.
baru semalam baca kisah tu..ada 13 part semua
kat sini ker kisah larakh dan atalan tue…apa tajuk cerita dia..cari ngan tajuk tu x jumpa pun??
series cte ni mmg best.. sambung lagi ya kisah2 awk ni..
cerita atalan n lamarakh tu kalau nak baca boleh cari kat blog re-matrix (sayangnya dah tak aktif)
chilll otak ko
bestt crita2 mcm nie
cakap pasal kapasiti otak…teringat kat movie omputeh tajuk Lucy…dye dpt guna kapasiti otak dye sampai tahap 100%…n at last…dye hilang jd zarah
Pelik aku mcm dpt masuk dan rasa situasi d tmpt kejadian pula.. menandakan betapa detail penceritaan daripada penulis telah berjaya membawa pembaca ikut merantau ke alam sana.. 10/10
him ni al-hin la kn? dlu ada viral psl al hin rasuk sorg budak
http://amrayy-lensa-assault.blogspot.com/2013/02/mahluk-sebelum-nabi-adam-as.html?m=1