#DANIAL-KITAB ARWAH

#DANIAL-KITAB ARWAH

(Acknowledgement)
Assalamualaikum kepada semua pembaca setia Fiksyen Shasha. Salam Ramadhan. Ini adalah entri aku yang ke 5 jika disiarkan selepas Akibat Mengular, Akibat ‘Ghost Prank’, Akibat Nakal, dan Kasih Yang Tak Berbelah bagi. Terima Kasih admin kerana menyiarkan cerita aku kali ini.
Maaf kalau terlalu panjang. Kalau malas, boleh skip.
(
Intro)
Cerita kali ini berjudul Kitab Arwah. Arwahnya ialah atuk aku sendiri. Sedikit intro atuk aku, atuk aku berasal dari negeri Perak, meninggal dunia ketika dia berusia 124 tahun. Tetapi di IC umurnya hanya 103 tahun. Ini kerana dia mendaftar diri untuk buat IC ketika beliau berumur 21 tahun dan tarikh lahir di IC ikut tarikh daftar dia.

Atuk aku ada tiga adik-beradik. Seorang abangnya bernama Kashim, Atuk aku bernama Mahmud seorang lagi adiknya bernama Osman.Ketiga-tiga mereka hidup lama dan mereka boleh dikatakan sebagai pahlawan semasa zaman muda mereka. Mereka digelar ‘3 Khalifah’ kerana mereka terbabit dalam sejarah menentang British dan Jepun di tanah melayu. Mereka juga terkenal dengan ilmu kesufian. Mereka juga dianggap ‘kebal’ dan digeruni ramai pemuda kampong serta askar-askar Jepun.

Diceritakan oleh penduduk kampong, suatu hari askar-askar Jepun menahan dan mengepung ketiga-tiga beradik ini di pertengahan jalan mereka untuk ke sekolah pondok, (mereka guru sekolah pondok). Askar-askar Jepun ini melakukan provokasi dengan memukul Osman dengan batang tebu. Si Kashim (Abang sulung) tidak membiarkan adiknya diperlakukan sahaja sedemikian. Dia menempik ke arah askar-askar Jepun dan terus bertaburan askar-askar itu jatuh ke tanah. Kata mereka itu ilmu ‘Jerkah Berapi’. Selepas peristiwa itu, askar Jepun tidak lagi mengganggu mereka kerana tahu mereka sememangnya ada sesuatu dan sering digeruni pihak musuh.

Cerita Kedua yang aku dengar, Arwah atuk aku, Mahmud mempunyai tangan yang berbisa. Ketika terjadi pergaduhan antara mereka dengan samseng-samseng kampong, atuk aku hanya melibas tangan ke arah samseng samseng itu. Dan kalau terkena badan mereka, mereka akan sakit seperti terkena patukan ular yang berbisa.

Itu adalah sedikit sebanyak intro tentang Atuk aku dan adik beradiknya.

(Cerita Sebenar)

Cerita yang aku nak cerita ni adalah flashback ketika aku berumur 18 tahun selepas SPM, tahun 2008 di mana tahun arwah atuk aku menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tiga empat bulan sebelum arwah atuk aku meninggal dunia, dia hanya terbaring di atas katilnya dan sesekali dia akan memanggil aku dan abang aku untuk memperturunkan ilmunya kepada kami.

Aku dan abang aku memang sudah tahu yang atuk aku banyak ilmu, jadi kami memang sudah prepare pen dan kertas untuk menyalin ilmu dan petua atuk aku. Tetapi ayah aku sangat tak bersetuju aku dan abang aku menuntut kerana ayah aku tahu ada kesannya jika salah amal.

Dipendekkan cerita abang aku dapat ilmu kebal dan tangan berbisa manakala aku hanya dapat ilmu mengurut dan mengubati orang yang terkena patukan ular. Atuk aku memang digelar bomoh ular kerana setiap kejadian berkenaan ular di kampong akan dirujuk kepada atuk aku. Aku jadi tidak puas hati kerana tidak dapat ilmu kebal seperti yang abang aku dapat.

Tapi aku berasa sedikit lega kerana ilmu yang abang aku dapat banyak pantang larangnya. Antaranya ialah tidak boleh bercucuk tanam selama tiga tahun, tidak boleh makan makanan berbisa dan lain-lain. Nak dijadikan cerita abang aku terlanggar salah satu pantang. Dia jadi panas baran. Pernah sekali dia masuk pertandingan futsal, dan dia dibuang padang kerana menumbuk muka pengadil.

Tetapi kejadian yang agak kritikal adalah bila mana selepas aku, ayah aku dan abang aku solat magrib berjemaah, seusai memberi salam, abang aku dengan tak semena-mena merenung ayah aku dengan tajam tanpa menggerakkan pandangannya. Seakan-akan marah dengan ayah aku. Aku cuit bahu ayah aku:

Aku: Ayah tengok along, pelik ja..
Ayah: Along! Kau dah kenapa ni??
Along: he. He. He. He.

Dengan tak semena-mena abang aku meluru ke arah ayah aku dan mengeluarkan sebilah keris lama yang diselit di pinggang dia. Cepat-cepat aku tahan tangan abang aku dan bergelut dengan dia.

Aku: Along! Mengucap! Kau ni dah kenapa long! Ingat Allah!

Along: Aku tak suka dia! Aku nak b***h dia! Lepas lah bodoh!
Ayah: Tak apa angah, kau lepas ja dia.

Maka melurulah abang aku ke arah ayah aku seperti mahu menikam ayah aku. Ayah aku tenang sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Ayah aku mengelak hunusan keris abang aku dan menepuk belakang tengkuk abang aku dengan kuat. Terjelepuk jatuh dia dan pengsan.

Ayah: Sah la apa aku rasa dari semalam. Mana kau dapat keris ni along oii.. (Ayah mengomel sendirian)
Aku: Kenapa dengan along tu ayah? Keris tu dia ambik kat mana?
Ayah: Itu keris dari arwah atuk sedara kamu, Tok Shim (Kashim). Tok Shim bagi kat arwah atuk. Atuk pass kat ayah. Ayah simpan elok-elok dia pergi ambil.

Ayah aku meluru masuk ke dalam biliknya dan mengambil sehelai kain putih. Keris lama tidak bersarung itu dibalutnya dengan kain putih dan dibacakan ayat Al-Quran kemudian ayah simpan kembali di dalam biliknya.

Aku jadi curious kat mana ayah simpan keris tu. Entah-entah ada macam-macam lagi rahsia yang ayah simpan. Ayah kemudian membaringkan along di atas sejadah dan memulihkan along aku. Setelah dia tersedar, keadaan dia lemah seraya menangis dan memeluk ayah aku.

Along: Along minta maaf ayah. Along sedar tapi tak dapat control badan along.
Ayah: Tak apa. Ayah tahu kamu terkena ‘Inseng’ . Sebab tu ayah tak setuju kamu belajar ilmu tu kalau kamu tak ikut pantang larang dengan betul. Itu ilmu lama. Bahaya kalau jadi apa-apa. Macam mana kamu ambik keris dalam bilik ayah?
Along: Along tak tahu, sedar-sedar ada dalam selitan kat pinggang along. Along pegang keris tu, terus tak dapat control badan.
Aku: Bahaya la Long. Kau tak payah amal dah ilmu tu. Bukan nak guna dah pun ilmu macam tu kat zaman moden sekarang
Ayah: Betul tu along. Ilmu-ilmu lama ni dah tak berguna dan zaman sekarang. Dulu-dulu ya, sebab tiada undang-undang dalam hidup dan kena betul-betul pertahankan diri dari ancaman musuh. Sekarang mana ada musuh-musuh. Ayah nak kau stop amal ayat-ayat tu. Mengaji Quran sudahlah. Arwah atuk pun ada cakap kalau tak mampu usah amal.
Along: Hmmm. Ok la ayah. Jangan bagitau mak. Nanti dia membebel.

Setelah kejadian itu, aku dah tak dengar lagi along mengamalkan ayat-ayat yang diperturunkan oleh atuk aku. Buat pembaca yang nak tahu antara ayat yang aku sempat tangkap semasa di baca along adalah:
“Kuatkanlah aku sekuat Saidina Ali, Teguhkan aku sekuat Saidina Umar, Tegapkan aku seperti Saidina Usman, dengan lafas kalimah LailahaillAllah’’.

Itu adalah antara secebis ayat yang aku dengar di bahagian belakang. Bahagian depan aku tak tahu tak dengar kerana hanya bahagian belakang yang dibaca kuat oleh abang aku.

Tapi aku jadi ’curious’ nak tahu kat mana ayah aku simpan keris tadi. Dan aku tahu ada lagi beberapa peninggalan arwah atuk dekat ayah aku. Tetapi bukan dalam bentuk harta benda, dalam bentuk ilmu-ilmu lama.

Ada suatu hari tu, selepas ayah aku keluar ke tempat kerjanya, aku memulakan rancangan aku menggeledah almari di dalam biliknya. Aku buka almari rahsia ayah. Dekat dalam aku nampak bersusun susun keris-keris, pedang jepun pun ada. Dan ada juga sebalang duit syiling lama dan segulung duit daun pisang zaman jepun. Aku tarik satu laci. Dalam tu ada beberapa buah buku lama. Aku tarik lagi satu laci dibawahnya, pun sama, ada dalam empat buah buku lama yang tebal.

Aku keluarkan semua kitab-kitab yang ada dan letakkan di atas lantai bilik. Aku belek semua kitab yang ada. Ada Sembilan semuanya. Antara satu kitab yang bertulis jawi yang berbunyi (Al-Ilmu, Al Jahnu, Azh-Zhonnu) bawah ada nama Ku Kashim ibn Ku Ishak dan satu lagi (Al-Theban wal Dawaa’) karangan Ku Mahmud ibn Ku Ishak, atuk aku. Dan kesemua kitab lain adalah dalam Bahasa jawi yang tulisan dia sukar aku nak faham. Kecuali ada satu buku baru yang aku selak dalam tulisan rumi dan berbahasa Melayu. Dan aku cam sangat yang tulisan sambung-sambung tu adalah tulisan ayah aku!

Baru aku tahu ayah aku juga pernah menuntut dengan ke tiga-tiga khalifah itu. Sebab dalam bukunya terbahagi kepada tiga section. Satu bertajuk ‘dari Ku Kashim’, satu lagi ‘dari Ayahanda’, dan satu lagi ‘dari Ku Osman’.

Antara ilmu-ilmu yang aku jumpa dalam kitab ayah aku adalah:
-Tolak ribut
-Jerkah Berapi
-Buang Bisa Ular
-Ilmu kebal (yang abang aku belajar)
-Tangan berbisa
-Jurus Jauh (ilmu perisai serangan musuh)
-Ilmu merawat bisa ular.

Dan banyak lagi. Nak saja aku pergi kedai potostat dan fotostat semua buku yang aku jumpa tu. Tapi aku tak berani kerana teringatkan kejadian yang terjadi kat abang aku tempoh hari. Aku belek semula buku yang abang sulung atuk aku tulis, banyak isi yang aku tak faham tapi ada juga terselit pasal tajwid dan ilmu tasawuf. Dan buku atuk aku pula banyak ilmu perubatan, mengurut dan rawatan bisa ular. Tapi aku tak sempat nak belek buku arwah adik atuk aku kerana aku dah rasa cuak takut kantoi dengan ayah.

Aku simpan kembali semua buku ke tempat yang sepatutnya dan aku fikir kalau ada masa aku nak datang salin sikit-sikit ilmu yang ada. Tapi malangnya ayah aku dapat menghidu yang almarinya diusik. Ayah mengunci almari rahsianya itu dengan mangga dan kuncinya entah mana dia simpan. Kecewa….

Sejak dari hari tu aku jadi tak senang duduk kerana aku rasa aku juga mahu ilmu kebal yang abang aku ada. Sebabnya abang aku jadi tak takut nak berdepan dengan samseng-samseng dan sering dijadikan penguat semangat dan harapan oleh keluargaku yang lain jika berada di dalam situasi yang mengancam.

Tapi aku pendamkan saja niat aku tu sampai la beberapa tahun selepas itu, satu kejadian berlaku…

Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu ketika cuti semester ketika aku belajar di Universiti, aku dan dua lagi rakan aku bercadang hendak bercuti dan berjalan-jalan di Bandar Ipoh. Aku, Rayqal dan Halim bercadang hendak tour makanan secara bajet di Bandar Ipoh. Dan aku mencadangkan untuk tidur di rumah arwah atuk aku sahaja yang terletak tidak jauh dari Bandar Ipoh. Aku menelefon ayah untuk mendapatkan persetujuannya.

Aku: Ayah, angah nak jalan-jalan kat Ipoh dengan member. Tapi angah ingat nak tidor rumah atuk boleh tak ayah?
Ayah: Korang tak boleh duduk hotel ke?…
Aku: Alaa, kitorang nak jalan-jalan bajet je ayah. Bolehlah
Ayah: Hmmm yelah.. kunci mintak kat Mak Nah (Jiran sebelah).. Dah alang-alang kau tidor sana cuci-cuci lah sikit rumah, tebas lalang, dan jangan lupa bawak balik bil-bil api air nanti ayah nak bayar…
Aku: Haa yelah. Thank You ayah!

Tiba hari yang dinantikan, tepat jam 6.40 petang, kami sampai ke rumah atuk setelah 3 jam perjalanan dari Damansara.

Aku: Assalamualaikum Mak Nah.. saya nak ambil kunci rumah boleh? Ayah ada bagitahu tak kami nak datang?
Mak Nah: Haa, lewat sampai. Ayah kamu cakap tengah hari sampai. Mak Nah dok menunggu lama dah ni. Nah kuncinya. Tapi Mak Nah nak pesan, masuk rumah bagi salam, solat dalam rumah tu, maklumlah rumah dah lama orang tak duduk. Tapi mak nah dah kemas-kemas sikit dah. Toto dan bantal Mak Nah dah letak di ruang tamu.

Aku: Ok cantekkkk Mak Nah.. Terima Kasih banyak.

Kami bertiga pun mengangkat beg-beg dan masuk ke dalam rumah arwah atuk aku. Tak besar pun, dua tingkat. Bawah ada satu bilik iaitu bilik arwah atuk aku. Atas pun ada satu bilik, bilik tamu. Tapi kami decide nak tidor ruang tamu kat bawah saja sebab takut, hehe. Tapi sebenarnya aku ada agenda lain, nak cari kitab-kitab lama yang mungkin ayah aku terlupa nak ambil yang masih ada dalam rumah ni.

Kat ruang tamu tu ada sofa rotan, tv, dan almari barang. So kami decide untuk hamparkan toto siap-siap dan lepas maghrib terus nak keluar jalan-jalan bandar Ipoh.

(Jam 7.15 petang ) Ketika Rayqal sedang mengambil wudhuk di bilik air, aku dan Halim lepak di ruang tamu sambil main phone, kami terdengar bunyi ketukan di tingkat atas rumah. Rayqal dengan muka cuaknya berlari keluar dari bilik air dan menuju ke arah kami.

Rayqal: Woi bunyi apa tu? Siapa mengetuk?!
Halim: Dan, bunyi apa? Jom naik tengok
Aku: Tak payah la. Bunyi burung belatuk tu.. alah ni kan rumah atuk aku. Aku tau la.. dah2 jom solat jemaah (cover takut)

Selepas itu kami pun solat Jemaah bersama-sama dan menghiraukan bunyi tersebut. Selepas selesai solat kami terus keluar menuju ke bandar IPOH.

(Jam 11.30 malam).
Kami pulang ke rumah setelah penat berjalan. Tetapi belum sempat kami turun kereta, aku nampak ada seekor ular berwarna hitam sedang berlingkar di hadapan pintu masuk rumah atuk. Aku dah tak sedap hati, sebabnya masa arwah atuk aku meninggal dulu, pun ada seekor ular hitam juga yang datang melepak depan pintu rumah tetapi dihalau ayah aku.

Membe aku yang lain dah cuak dah tengok ular tu tiba-tiba panggungkan kepala dan memandang ke arah kami. Aku kuatkan semangat baca ayat Qursi dan buka tingkap kereta. Aku jerit suruh ular tu pergi. Alhamdulillah ular tu menyusur pergi perlahan-lahan dan lesap dalam kegelapan malam.
Tapi Rayqal dan Halim masih cuak untuk masuk ke dalam rumah. Aku tenangkan mereka dengan mengatakan ‘’biasa la… banyak lalang, rumah lama tinggal kan..banyak la ular’’.

(Jam 12.30 a.m)
Usai solat isyak kami pun bercadang untuk tidur kerana siaran TV yang tak ber ‘Astro’. Bosan takde cerita apa-apa. Setelah aku pastikan Rayqal dan Halim nyenyak tidur, aku pun memulakan rancangan aku iaitu menyelongkar rumah. Perasaan takut aku ketepikan demi melayan perasaan ingin tahu aku yang menguasai pemikiranku ketika itu.

Aku mulakan pencarianku di bilik arwah atuk aku. Aku nyalakan lampu dan mula menggeledah di sebuah cabinet meja solek sebelah katil arwah. Tiada apa yang aku jumpa, hanya sikat dan bekas jarum yang kosong. Kemudian aku seluk bawah katil atuk aku. Pun kosong. Tapi aku perasan yang tilam atuk aku ada lubang kecik selebar 10 cm. Aku seluk tangan kedalam lubang itu. Alangkah terkejut aku jumpa duit! Duit kertas lama, RM 10, RM 20 lama, RM 50 banyak yang jumlah dia lebih kurang RM900 lebih. Aku simpan duit2 tu dalam poket. Senyum aku time tu haha. Tapi aku tak pasti masih laku atau tidak duit-duit lama ni. Tapi aku ketepikan keraguan itu dahulu.

Namun target utama aku adalah untuk mencari kitab lama belum aku jumpa. Aku naik ke tingkat atas, masuk ke bilik tamu dan membuka lampu. Sebenarnya ini adalah kali pertama aku masuk ke bilik ini. Sebab rumah tingkat atas ni agak kotor dengan najis cicak dan lantaiya sudah mereput. Jadi jarang orang guna tingkat atas ni.

(Klimaks)
Ada satu cabinet dalam bilik itu. Aku buka, dalam tu ada banyak buku-buku lama. Ada juga naskah Al-Quran lama dan buku-buku tafsir. Cari punya cari, tapi malangnya aku tak jumpa apa-apa kitab ilmu lama. Mungkin semua ayah aku dah simpan.

Sedang aku mencari buku, terdengar bunyi (krekk..krekkk..krekkk..) bunyi lantai kayu dipijak. Pada awalnya aku ingat Rayqal atau Halim yang naik ke tingkat atas.

Aku jenguk keluar dari pintu bilik tamu tu, alangkah terkejutnya di hujung ruang sebelah bilik tamu, dalam samar-samar malam aku nampak sosok seperti arwah atuk aku berdiri di tepi tangga. Ya tekaan aku tepat, kepalanya botak, badannya yang kurus tinggi dan sedikit membongkok sama seperti arwah atuk aku. Cuma aku tak nampak wajah dan kulitnya.

Terus aku rasa macam aku sedang bermimpi. Lutut aku terketar-ketar. Aku seperti mahu menjerit memangggil memberku di bawah. Terduduk aku di dalam bilik tamu, menangis. Ya aku tahu yang atuk aku dah arwah, aku sendiri yang mengebumikan dia. Yang berada di hujung tangga itu pasti hantu atau jin.

Aku memberanikan diri membaca ayat Qursi dan sejurus selepas aku baca, keadaan di luar rumah menjadi bising seperti dilanda ribut, dengan angin menghempas tingkap bilik tamu sehingga terbuka. Apabila terbukanya tingkap bilik itu, jelas terpampang susuk wanita berbaju putih rambut menggerbang sedang terbang berlegar-legar di sebalik tingkap rumah. Aku dah tak boleh bergerak. Lidah menjadi kelu. Nak lari tapi badan jadi keras macam batu.

Akibat terlalu takut, aku tak sedarkan diri seketika, pengsan. Tiba-tiba aku terjaga. Aku ingat seksaan dah berakhir, rupanya hari masih lagi larut malam… Belum sempat reda rasa takut dalam hati, aku terlihat susuk arwah atuk aku berselimut, berbaring di atas katil bilik tamu, yang jaraknya sedepa dari aku.

Aku secara minda separuh sedar berlari memecut ke keluar dari bilik tamu, dan terus terjun dari tangga tingkat atas untuk mendapatkan member aku yang sedang tidur. Nasib baik tak cedera.

Tetapi hampa, ketika aku sampai di bawah, aku lihat Rayqal dan Halim sudah tiada dan pintu rumah terbuka luas. Aku tanpa berlengah berlari ke Rumah Mak Nah dan disana aku nampak Mak Nah, Rayqal, Halim dan suami Mak Nah tengah duduk bersembang di ruangan dapur.

Aku: Korang pergi mana ha? Asal tinggal aku!
Halim: Kau yang hilang! Kitorang cari tak jumpa… sampai terpaksa telefon bapak kau suruh datang cari kau!
Rayqal: Kau pegi mana? Satu rumah kitorang cari??
Aku: Aku kat tingkat atas. Aku kena kacau hantu..!
Mak Nah: Sudah-sudah jangan bising-bising. Abang tutup pintu tu (Mak nah mengarahkan suaminya menutup pintu dapur)
Mak Nah: Cuba kamu cerita Dan, kamu ke mana?
Aku: (Aku cerita semua yang jadi kecuali part aku jumpa duit lama..)
Mak Nah: Tula lain kali jangan memandai. Tingkat atas rumah tu takde siapa berani naik. Bapak kau je yang ada sekali sekala naik situ.. Mak Nah malas nak pesan takut korang tak berani nak tido situ. Tingkat dua tu ada benda-benda halus.
Suami Mak Nah: Dahla..malam ni korang tido kat sini je. Esok pagi pergi ambil balik barang korang.

Maka tidurlah kami di rumah Mak Nah malam tu.
Keesokan paginya ayah aku sampai dengan abang aku. Abang aku turun dari kereta sambil sengih sinis kepada aku.

Along: Ngah, kene kacau ke semalam? haha
Aku: Sibuk lah kau. Siapa suruh kau datang?
Along: Alah, ni kampong aku jugak ape.. tulaa lain kali jangan nak tunjuk power..haha
Ayah: Ngah.. sini jap.
Aku: Ada apa ayah?
Ayah: Cerita kat ayah, apa angah buat semalam.
Aku: (Cerita semua niat aku yang nak cari kitab ilmu sampai part terjumpa hantu)
Ayah: Ngah… jangan terlalu ikut hati..ada sebab ayah sembunyikan kitab-kitab tu dari korang. Bukan ayah kedekut.. Cuma tak semua ilmu yang ada dalam kitab tu elok untuk kita amal. Elakkanlah bergantung pada yang lain selain Allah.
Ayah: Ayah dah agak dah ko mesti buat something wrong semalam. Sampai kat rumah kita benda tu mengacau.
Aku: Sorry ayah. Angah tak buat lagi. Dah serik!

(Penutup)
Selepas kejadian itu kami pun pulang ke rumah masing-masing. Aku sempat juga tanya Rayqal dan Halim kenapa diorang tinggal aku malam tu. Diorang cakap diorang dengar aku menjerit-jerit takut. Diorang pergi la cari aku. Kat bahagian bawah rumah tak jumpa. Diorang cuba naik kat atas. Tapi ternampak pula satu sosok orang tua kat hujung tangga. Terus diorang lari ke rumah Mak Nah. Diorang cuba call aku tapi tak dapat. Hmmm

Selepas kejadian itu aku dah tak taksub nak belajar ilmu-ilmu lama tu dah. Begitu juga dengan abang aku. Kitab-kitab lama tu kami biarkan dalam simpanan ayah. Biar menjadi sejarah sebab bahaya berilmu tanpa guru ni. Yelah dah ayah tak mahu ajar.haha

(Pengajaran)
Aku tak rasa 3 khalifah ni mengamalkan ilmu yang salah dan syirik sebab diorang kuat imannya.
Cuma cara kita beramal kepada ilmu tu yang menentukan salah benar ilmu kita. Keris yang abang aku guna untuk menyerang ayah aku adalah keris milik seorang panglima perang zaman kesultanan melayu lama. Arwah atuk aku yang simpan sebab hanya dia boleh menyekat jin yang ada berpenunggu dalam keris itu daripada mengganas. Aku kagum dengan orang zaman dahulu kala yang menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh demi bangsa, agama dan negara mereka. Hantu yang kat rumah arwah atuk aku tu bukan belaan arwah. Tapi jin yang mengambil kesempatan dan mungkin berdendam dengan arwah atuk aku kerana arwah juga berkebolehan mengubati sihir. Janganlah menuntut ilmu yang salah tetapi berbaliklah kepada Al-Quran dan Hadis Rasulullah. InsyaAllah hidup akan selamat.

(Kosa Kata)
‘Inseng’- naik gila

Akhir kata. Terima kasih kerana sanggup baca kisah saya kali ini. Segala salah silap harap dimaafkan
Assalamualaikum

#DANIAL
#LIKE FACEBOOK DANIAL FIKSYEN SYASYA#

#DANIAL

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]

41 thoughts on “#DANIAL-KITAB ARWAH”

  1. ilmu tumbisa @ tumbuk bisa . tangan pengamalnya berbisa jika ilmu tersebut digunakan dalam pertarungan . aku pernah menemani seorang sahabat menuntut dan diturunkan ilmu ini disekitar tahun tahun 80an .
    sahabat tersebut menjadi “abang kawasan” yang tersohor dizaman itu berasbab daripada ilmu itu .. ..
    cuma ianya agak panas dan cepat naik d***h ..dan yg kerap menjadi mangsa adalah isteri beliau sendiri ..
    diusia senja sahabat tersebut telah membuang segala ilmu dan amalan …yg tidak selari dengan kehendak agama islam …

    Reply
  2. kwn sy pun ada ilmu jugak. ilmu yg dituntut sendiri. dia bleh lari laju mengalahkan pelesit. 1st dia test ilmu dia kat mamak. time kedua masa tjumpa dia kt paradigm mall tgh shopping. dia tnampak saya laju je dia lari. betul2 hebat ilmu tu. laju dia mengalahkan peluru. jilake hutang saya bila la dia nak bayar puihhhh

    Reply
  3. made my day!
    Terima Kasih penulis.
    Kini saya berbuka puasa dengan gembira sambil membaca cerita anda.
    (Jam 5.30 ptg)

    Reply
  4. Arwah atok dulu pon ada banyak kitab. Antara nama kitab yang masih ingat ialah PAGAR HIKMAH. Banyak ilmu dalam tu. Guna zikir2 dan ayat al-Quran je. Pernah sekali amalkan ilmu ghaib. Memang menjadi. Tapi dah lupa dan buku tu pon dah x jumpa. Sedih. Huhu

    Reply
  5. sory eh aku terpikir kalo atok ko umo 124.. ayah ko mesti beza gn atok dalam 30tahun gitu.. so ayah ko dalam 90something cmtu.. katalah ayah ko pon gn ko beza 30 or 40.. umo ko skg 60-50 something?? hmm.. ntah kenapa aku terpikir bab umo lak.. cara penulisan ko mcm bebudak zaman skg je.. ada sesapa bleh jwab kemusykilan aku ni

    Reply
  6. Good story, good writing ? Puas hati bacanya.. Btw, bab Keris tu berdasarkan ilmu cetek saya lah, kalau disimpan dalam kain hitam, tugasnya berkhadam jahat – ilmu hitam, kalau merah utk berperang / lawan, yg kuning sebab lambangkan status atau tujuan berubat, dan kalau putih pula utk ‘tidur’kan khadam keris tu atau elakkan benda halus tertarik. Khadam keris ni wujud samada dari besi (jenis tua) tu sendiri (selalunya tak mudarat) ataupun di’isi’. Sbg org Melayu, molek kalau pertuanan Melayu dan senjata kegemilangan Melayu (Keris) ni dijadikan simpanan utk generasi akan dtg, dan bukan dikenali sbg medium tarik nombor ekor mcm zaman skrg ni..

    Reply
    • dulu dekat rumah ada keris dibalut kain kuning, memang untuk berubat dari arwah datuk. Tapi rasanya keris tu berisi kalau di tanya akan goyang seolah-olah mengangguk dan menggeleng. Lagi pulak guna limau nipis untuk bersihkan dia. Tah la keris tu dah bagi dekat darussyifa, sama macam duit2 lama, barang2 lama rasanya semua ada khadam huhu

      Reply
  7. kat mana ade tempat nak santau orang?saya nak Bomoh Siam.santau paling kuat.
    sangat memerlukan sekarang.Urgent! area KL /PERAK

    Reply
  8. orang perak dulu2 la paling byk amalkan ilmu2 mcm ni…ada yang sampai cucu cicit menanggung kesan.. takpe la..btol la ayah ko tu cakap, tak elok bergantung selain Allah… malas nak cakap lebih nnt terasa plak penulis…huhu

    Reply
  9. Mereka x amalkan ilmu salah. Ilmu betul tapi perlu kepada guru dan kemantapan rohani. Kalau tak, nanti tak dapat nak kawal, Dan akan jadi gila iseng. Bila writer sebut tntg ilmu kesufian dan tasauf, sy dh boleh agak. Sebab tu para ulama dan tok2 guru pondok zaman dulu amat digeruni penjajah. Sbb dorang ada ilmu dan rohani dorang mantap.

    Tntg keris tu pulak, ada khadam yg jaga. Kebiasaannya, ahli sufi yg diberi kelebihan oleh Allah, jgn sentuh sembarangan brg2 dorg. Setiap brg ada khadam nya. Tapi, bukan semua brg. Bergantung kpd jenis brg. Setiap ayat yg diamalkan untuk pertahankan diri, setiap ayat tu ada khadam nya. Tapi, dgan izin dAn bantuan Allah jua. Tapi rohani memg kena mantap. Tapi, apa2 pun, kena selalu ingatkan diri, semuanya atas izin Allah semata2. Nice writing! Love it! Saya suka mengaji kitab2 ulama silam dan dgar kisah tntg karamah para ulama. Cuma berhati2 kalau nak kongsi sbb ada segolongan yg akan menuduh kafir dan syirik.

    Reply
  10. hati2 lah pegang keris lama sebab… pernah sesaje mintak nak belek2 kat kawan yg de kedai brg terpakai… ia mcm pegang arus letrik… agaknya mcm tu kot cara seseorg kebal sbb ia hanya de arus kat tgn yg pegang tu je…

    Reply
  11. Arwah atuk sy dlu mcm tu jgk. Cma sy xsmpt bljr ilmu tu.. sbb time tu exam pmr. Tp lpas arwah atuk mninggal. Sy byk kali brmimpi. Atuk ckp brg2 mcm keris kapak parang ada dalam tanah bwah umah. Lpas tu sy mimpi jgk atuk sy mnangis tunjuk kitab2 buku2 yg dia baca smsa dia hidup.. Slps sy brmimpi mcm tu sy critakn dkt Ayah. Ayah marah kt sy. Sy cuba nk cri tp time tu adk bradik ayah sibuk brgaduh perebutan harta.. Temasuklah Dalam rumah tu tidak blh diusik .. Dlu sy slalu prgi ke rumah atuk. Atuk suka simpan brg2 lama. dlm rumah tu ade satu je bilik. Bilik tu mmg atuk xbgi langsung kami masuk. sy xtaw dlm bilik tu ada ape shnggalah sy brmimpi atuk sy mnunjukkan buku2 kitab2 lama. Skrg mak saudra sy tinggal dirumah atuk. Ntah betul ke tidak mimpi sy tu. Sy xcuba cari sbb takut mak saudara sy mrh

    Reply
  12. Best la cita hg nie..klw ad story up la lagi..org dlu2 klw beramal memang bersungguh2..tpi tiap amalanny mental mmg kena kuat..nk komen lebih2 pon xtau nk ckp ap sbb aq bukan tau sgt bab2 ilmu lama mcm nie..btw klw ad story share la lagi..boleh tmbah ilmu..

    Reply
  13. Saya setuju bab orang dulu2 mrk kuat dan kental agama so mrk leh handle jin2 ni…

    tp orang skrg agama ramai kelaut dan bila mewarisi ilmu2 sebegini mrk tak mampu nak hadap dan buat pulak perjanjian dgn jin setan…tu yg jadi syirik…zaman sekarang tak sesuai dah nak waris ilmu2 mcm ni…kecuali la ilmu dan amalan agama tu kuat..

    kisah wali2 songo di Pulau Jawa jika anda semua rajin tgk kat youtube…semua wali songo ada karamah…ada ilmu pertahan diri…terbang/ghaib..boleh turunkan hujan..boleh tukarkan batu jadi emas….dan mcm2 lagi…tp tingkat mrk tinggi dan digeruni musuh…

    Reply
  14. Danial…. Ooo danial oii…

    Aku nak tanya ni.. Kitab ni boleh dipelajari oleh kluarga shj or kalo ada org luar nak blaja boleh blaja…??

    Reply
  15. org dulu2 bkn mcm org skrg. mereka amal utk prthankn diri kluarga agama. cuba klau org skrg tgk? hmmm sihir menyihir la jwb nye
    #cumel

    Reply
  16. Gebang pasal kehebatan orang dulu mmg x abis.. semua hebat2.. ilmu macam2… sampai jepun selerak lari.. mat saleh terberak kena belasah… TAPI?? malaya tetap kena jajah? Time jepun masuk dulu.. sekejap je kena tawan 1 malaya.. nape jadi camtu ye? Mana dorang pegi? Cakap menuntut ilmu demi agama.. bangsa.. negara.. RASULULLAH S.A.W sendiri sebagai insan paling hebat x kebal… so… sendiri pikir le ilmu tu salah ke tak… jgn buta menilai kerana ikatan keluarga… haip… haha!!

    Reply
    • Sebab sikap gunting dalam lipatan sendiri yg menjual maruah dan nasib bangsa. Golongan munafik yg berpura2 sama2 berjuang ini yg berbahaya, mereka yg menggadai bangsa dan agama. Bacalah sejarah pakcik oi. Baca, hadam…fikir.

      Reply
  17. Org dulu memang hebat2 demi maruah ugama bangsa dan tanah air. Tp org zaman kini x kurang hebatnya jugak, demi harta hingga maruah diri dipijak, bangsa dikencing, negara dijual. Baru terpilih jadi wakil rakyat sepenggal 2 dah ada title billioner.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.