Assalamualaikum semua.
Nama aku Danial. Ini cerita aku. Aku pernah share cerita ni di FB personal aku. Kepada yang pernah baca, sila baca sekali lagi. Ewah.
==============================================================================
Dulu waktu aku belajar kat Polimas, aku ada seorang kawan yang terlalu taksub dalam ilmu persilatan. Waktu petang orang main bola, dia selalu lepak belakang bangunan sambil bersilat dan bukak bunga-bunga silat kat situ.
Nasaie namanya. Nama ni nama betul. Aku tak perlu cover sebab dia tak friend aku kt FB ni. Haha. Taksubnya dia dengan silat ni sampai MP3 player dia bukannya ada lagu Newboyz ke Siti Nurhaliza ke. Tapi banyak muzik-muzik gendang, serunai yang orang selalu guna waktu bersilat tu. Ada la jugak terselit lagu mentera semerah padi- M.Nasir dalam tu.
Kalau bab bersembang pun asyik silattttttt ja yang digebangkan dia. Selain silat dia selalu jugak cerita bab-bab mistik dan alam ghaib. Contohnya, katanya dia pernah bertemu dengan Hang Tuah. Dia juga selalu bertapa di Gunung Jerai dengan bapanya. Dia juga cakap yang Mahaguru dia ada di puncak Gunung Jerai. Mahaguru dia ni besar dan tinggi. Lebih kurang 4 tingkat bangunan ketinggiannya. (Hebat betul tahyul dia ni).
Kami semua member-member ni nak gelakkan dia tak sampai hati la pulak. Tapi kami lebih kepada kesiankan dia. Ya lah zaman tu orang sedang taksub dengan shuffle, dengan kumpulan Indie, ko pulak masih layan silat dan Alam Mistik. Ditambah pulak dia ni asyik bersembang pasal jumpa Hang Tuah, Hang Jebat la macam orang tak cukup akal.
Satu hari tu, hujung minggu. Aku dan budak-budak sewa rumah aku iaitu Hakim, Epol, Awie dan Tahir ada cabar dia. Kalau betul apa yang dia selalu gebangkan tu. Kami cabar dia untuk bawak kami jumpa ‘Mahaguru’ dia tu di Gunung Jerai.
Waktu itu kami ni yakin dia ni menipu. Yalahkan budak selenger, hidup dengan imaginasi sendiri, bercerita pun tergagap-gagap, masakan orang lain nak pecaya.
Yang peliknya. Dia ni konfiden gila. Siap ajak kami semua pergi Gunung Jerai malam tu jugak. Dia nak sangat tunjuk Mahaguru dia tu kat kitorang. Tapi sempat dia perli kami pulak time tu, dia cakap “Berani ka korang nak ke sana pukul 2 pagi? Hehe…” Sebab katanya dia selalu start naik ke sana mula waktu pukul 2 pagi sorang-sorang. Sampai kat atas puncak dalam pukul 4 pagi.
Kitorang kata tak ada hal. Sebab kami kan ramai… Ada 5 orang tak termasuk dia. So, apalah nak ditakutkan. Dijadikan cerita, kami pun ikut lah si Nasaie ni ke Gunung Jerai bertolak dari Polimas ni. Pukul 12 lebih dah gerak dah. Nasaie yang tunjuk jalan sebab dia anak jati Kedah. Hakim drive kereta awek dia.
Kitorang pun sampailah di kaki Gunung Jerai yang orang panggil Tangga Kenari kalau aku tak salah. Tempat tu gelap waktu tu.Ada la sedikit cahaya dari lampu jalan. Sebelum kami nak ke Tangga Kenari tu, kat situ ada satu tempat sungai yang boleh orang mandi-manda.
Selesai saja Hakim park kereta, kami semua pun turun. Berbekalkan lampu suluh dan keberanian yang secebis, kami keluar dari kereta. Nasaie waktu ni bertegas untuk berdoa dahulu untuk meminta kami semua selamat naik dan turun dari puncak gunung. Dia yang bacakan doa. Kami aminkan sahaja.
Kami pun teruskan perjalanan menuju ke Tangga Kenari untuk panjat Gunung Jerai. Tapi bila kami lalu di sungai tempat orang mandi tu. Yang aku pelik. Aku nampak ada sekumpulan remaja yang sedang bermandi manda kat situ. Muda-muda belaka. Mungkin belasan tahun sebab badan diorang kecik. Ada laki ada perempuan. Aku dalam otak fikir “Ni mesti mat mat rempit ni… malam-malam bawak awek nak projek kat sini lah tu”…
Tapi diorang ni asyik mandi je tak hiraukan kami. Ada sorang tu, lelaki tak berbaju, dia duduk atas sebuah batu dan pandang ja group kami ni. Aku nampak ja gelagat diorang dari samar-samar cahaya lampu oren TNB. Hakim ni boleh tahan bangang jugak sebab dia pergi tegur diorang ni.
Hakim: Nas, memang orang sini suka mandi sungai pagi-pagi buta ke? Apa bangang la diorang ni…
Nasaie: Jaga mulut hang tu Kim. Jangan tegoq. Jalan ja…
Bila kami dengar cakap Nasaie jangan tegur tu, aku dah mula rasa lain macam. Aku tahu yang diorang tu bukan manusia pun. Mungkin ada yang mahu bermain dan menduga kami. Kami teruskan perjalanan ke Tangga Kenari tu seperti biasa.
Tangga Kenari ni adalah salah satu trek untuk naik ke puncak Gunung Jerai. Yang berbezanya trek ni dengan jalan lain untuk ke puncak adalah laluan ini berbentuk tangga simen, bukan denai atau jalan hutan.
Kami pun mulalah panjat tangga tu. Baru 15 minit panjat, aku dah lenguh kaki dah. Aku rasa panjat tangga lagi penat dari panjat jalan bukit biasa ni. Cuma lebih selamat sikit jalan tak licin.
Sepanjang perjalanan tu macam-macam bunyi hutan yang kami dengar. Bunyi pokok bergoyang la, bunyi binatang, bunyi monyet. Dahla kiri kanan gelap, pokok besar-besar. Memang semua tak berani nak suluh kiri kanan. Semua suluh tangga je.
Rasa menyesal pulak pegi cabar ni Nasaie ni. Bila dah kat sini baru rasa macam dia ni betul-betul cakap benda yang betul. huhu.
Nasaie lead kat depan, Tahir duduk belakang sekali. Yang lain menyempit di tengah-tengah. Jalan pun rapat-rapat. Tiba-tiba boleh dijadikan cerita. Tahir yang duduk belakang sekali boleh pulak p****g kami dengan laju dan dia pun nak duduk tengah jugak. Hakim tanya dia.
Hakim: Woi Tahir. Ko asal ni?
Tahir: Aku dengar ada orang berjalan belakang aku. Kan aku jalan belakang sekali. Siapa yang duduk belakang aku.
Aku: Korang dengar tak apa Nas cakap tadi? Jangan tegur la bangang….
Kami pun berjalan berhimpit-himpit. Basically tak ada orang yang duduk belakang sebab semua naik serentak. Nasaie sorang ja laju kedepan, meninggalkan kami. Macam dah biasa budak ni kat sini.
Sampai satu part tu rasanya dalam pertengahan perjalanan. Dah lebih 40 minit kami menapak daki tangga ni. Letih gila woi. Aku suruh Nasaie stop sebab kami semua dah pancit. Nak rest. Budak Nas ni ikut ja. Kami semua duduk kejap dekat atas tangga tu. Sempat lagi borak-borak kosong. Tak berani nak sembang hal-hal mistik. Aku tengok muka Nas asyik pandang ke atas pokok. Mulut terkumat-kamit dia baca apa entah. Mungkin ayat Quran kot. Jangan jampi sudah lah..
Selepas beberapa minit berehat, Nas minta kami teruskan perjalanan. Sebab katanya dah lewat. Mahaguru dia dah tunggu kat atas. Aku dalam hati biar betul budak ni. Cakap jelah yang kau ni menipu. Aku dah tak sanggup nak naik lagi dah. Penat gile, takut, cuak semua dah bercampur baur dalam diri.
Awie: Nas, kita balik la jom. Aku dah tak larat ni… Kami pecaya la cerita hang tu. Jomla balik.
Hakim: Yelah tu Nas. Next time la kita datang lagi. Aku sakit perut ni… (tipu)
Nasaie: Kita dah nak sampai dah ni… Aku tak kira. Hampa nak balik, balik la sendiri. Aku dah berjanji dengan Mahaguru aku yang aku nak jumpa dia malam ni. Pi la balik!
Seraya dia halau kami balik tu, dia terus bangun dan berjalan meneruskan perjalanan. Kami yang risaukan dia ni berbincang untuk ikut saja dia, takut la pulak apa2 jadi nanti kat dia. Dah la tengah-tengah hutan, tengah pagi pulak tu. So kami decide untuk teruskan perjalanan. Ditambah pulak dengan bunyi beruk ke monyet yang kuat datang dari arah bawah, kami tak berani dah nak turun sebenarnya.
Dalam 20 minit kami berjalan perlahan-lahan sebab masing-masing dah penat. Air mineral pulak dah habis. Haus. Kaki pun dah start melecet. Sebab tu la kami jalan perlahan. Akhirnya sampai lah jugak ke destinasi yang si Nasaie nak sangat tunjuk kat kami ni.
Tempat yang Nasaie nak bawak kami untuk berjumpa dengan Mahaguru dia ni bukanlah kat atas puncak Gunung Jerai. Tapi menghampiri puncak la jugak. Dan kami terpaksa meredah hutan belantara untuk sampai ke lokasi itu.
Nampak macam budak Nasaie ni dah betul-betul expert dengan jalan sini. Kami yang penakut ni dah mula percayakan sedikit sebanyak kisah yang dia selalu gebangkan kat kami dulu.
Dalam hati tak payah cakap lah, cuak dan jantung berdetak-detak ahhh. Dub dab dub dab macam lagu Ayda Jebat tu… Serious memang rasa menyesal ikut. Jembalang apa yang budak Nasaie ni nak seru kejap lagi.
Setelah beberapa ketika mengikuti jalan yang bertanah merah. Kami sampai di suatu lokasi yang agak lapang seakan-akan tiada pokok dan tumbuhan tumbuh disitu. Di tengah-tengah kawasan lapasang tu ada batu besar yang leper. Kawasan yang sesuai sangat untuk dibuat gelanggang silat.
Nasaie tanpa segan silu pergi duduk dan bersila kat atas batu tu. Kami berlima hanya merhatikan gelagat budak poyo yang pandai bersilat ni dari jauh.
Sambil duduk, Nasaie gerak-gerakkan tangan dia seperti sedang membuka bunga silat. Sambil mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu.
Kami semua dah start rasa lain macam dah budak ni. Dah macam ajaran sesat pun ada. Aku pandang Tahir, Tahir tengok Hakim. Macam tulah kami saling pandang memandang sambil menunggu dan meneka apa yang bakal terjadi kat situ.
Setelah hampir 10 minit kami hanya melihat gelagat Nasaie dok terkial-kial tah buat apa atas batu tu. Aku rasa macam dah kena ‘game’ la pulak sebab tak ada apa yang terjadi pun. Habuk pun tarak..
Aku: Nas.. udah la tu. Jom balik.. kitorang dah ngantuk ni. Nas woi!
Budak ni tak layan langsung aku. Dah macam sawai dah dok bukak bunga silat dia tu. Kami pun berpakat, berbincang yang kami nak blah. Lantak lah dengan budak Nas ni. Dah macam orang tak betul dah. Esok siang kalau dia tak turun, kami cadang nak report je kat ranger hutan ke polis ke. Kitorang dah tak tahan dah kena ketik nyamuk.
Selangkah saja kami nak tinggalkan tempat tu si Nasaie ni boleh pulak menjerit dalam hutan belantara ni.
Nasaie: Jangan balik!!! Aku tak akan benarkan kalian balik!!!
Aku: Woi Nas! Ko dah gila ke dalam hutan menjerit-jerit ni?
Aku cakap dari jauh je. Tak berani nak pergi dekat dia.
Nasaie: Kalian sudah mencabar anak didik aku! Aku tak akan benarkan kalian tinggalkan tempat ini…
Waktu ni kami semua dah cuak. Awie dah macam nak nangis je. Aku masih buat lek buat cool. Aku cakap kat diorang. Ni mesti budak Nas ni berlakon ja lebih.. Nak mantapkan cerita bohong dia ni..
Hakim: Nas.. dah-dah la tu.. bawak mengucap. Dah suruh tok guru kau tu balik. Kitorang nak blah dah ni..
Nasaie: Kalian fikir anak didik aku ini main-main ya? Tunggu kalian punya balasan!
Budak Nasaie ni bangun dan perlahan-lahan menghampiri kami sambil membuat gaya-gaya silatnya.
Waktu ni aku dapat conclude yang budak Nasaie ni dah gila atau dia dah kena rasuk dengan jembalang hutan.
Barulah aku tersedar benda ni dah semakin serious. Aku suruh semua orang baca ayat Kursi banyak-banyak kali. Dah tak tahu nak buat apa dah ni. Nak lari bahaya sebab dalam hutan.
Kami decide untuk tangkap budak Nas ni dan bawak dia balik secara paksa. Kami berlima kepung dia dan ready untuk terkam. Dia masih lagi dalam keadaan kuda-kuda dia.
Aku bagi signal untuk semua terkam dia dan target tangan dan kaki dia untuk pegang. Kami pun terkam dia. Yang ajaibnya luar biasa kekuatan Nas kali ni. Habis 5 orang dia tepis macam tu saja.
Bergelimpangan kami terjatuh dek tepisan Nasaie. Dah tak boleh jadi benda ni. Awie dah start Azan. Kami semua ikut tindakan Awie azan kat situ.
Nasaie pulak masa kami Azan tu dia nak attack sorang-sorang dari kami. Jenuh kami bertempiaran lari kat situ sambil berteriak dan menjerit. Azan pun dah kemana. Semua mengelak serangan dia. Epol sorang yang jadi mangsa kena pelangkung dengan Nas sampai pensan kat situ.
Dalam keadaan hingar bingar kat situ. Kami terdengar suara manusia dari atas memekik.
“Hoi!!!””
Rupa-rupanya ada dua pakcik tua yang berpakaian seperti ranger hutan bergegas ke arah kami. Aku dapat nampak lampu suluh terpancar dari jauh mendekati kami…
Ranger 1: Hampa buat apa kat sini???
Ranger 2: Woi Hassan, budak tu dah kena tu… (sambil tunjuk ke arah Nasaie)
Ranger 1: Sat aku pi buat apa yang patut…
Ranger 1 yang bernama Hassan tu cekak sedikit tanah dibawah dan dibaca-bacanya sesuatu ke tanah itu dan dilemparnya tanah itu ke arah Nasaie.
Menjerit meraung lah budak Nas ni. Lepas tu jatuh terjelepuk kat tanah. Seraya itu kami semua dapat dengar dengan jelas suara beruk menjerit-jerit seperti bergayut di atas pokok berhampiran kami dan seakan-akan marah.
Ranger 1: Hang pi main jauh-jauh la jangan kacau orang!!!
Lepas je ranger tu cakap macam tu, bunyi monyet tu semakin hilang dan menjauhi tempat kami. Aku dan yang lain-lain terpaksalah menjawab soal siasat bertubi-tubi dari ranger-ranger hutan tu. Kami cerita benda yang sebenar.
Aku tengok ranger tu ada buat muka menyampah kat Nasaie. Dia dah sedar dari kene rasuk. Tapi still lemah. Epol pon dah ok. Tak pening-pening dah lepas kena pelangkung dengan Nas tadi. Ranger-ranger tu yang iring kami turun ke bawah sambil kami memapah Nas yang keletihan dan tidak bersuara dari tadi.
Ranger 1: Hampa jangan buat main dah lain kali kat sini. Tempat ni bukan untuk hampa… Dah pi balik rumah..Aku tak mau tengok dah muka hampa kat sini malam-malam macam ni…
Ranger 2: Budak ni (Nasaie).. aku dah lama perhati bang.. hang jangan buat benda ni dah lain kali..
Aku: Terima kasih lah pakcik-pakcik. Mintak maaf susahkan pakcik berdua. Kami serious minta maaf.
Kami pun papah Nas masuk dalam kereta. Dia kelihatan lemah dan trauma. Kemudian aku pusing belakang balik nak tengok ranger-ranger tadi pergi mane.
Alih-alih lesap macam tu ja. Hilang!!! Cepat betul diorang berjalan. Berdesup.. Ke yang tadi tu errr…..
Tapi bebudak yang mandi-manda tadi masih ada. Masih memerhatikan gelagat kami sahaja dari jauh. Kami kemudiannya balik ke rumah sewa dan tidur seperti biasa.
Benda bodoh macam ni dijadikan pengajaran. Tak buat lagi dah.
Untuk pengetahuan semua. Budak Nas ni memang ada menuntut benda yang pelik dan salah. Selalu dia pergi ke sana dengan bapak dia. Haritu je first time dia nak menunjuk kat kitorang, dia seru ‘Mahaguru’ dia sendiri. Tapi dia tak boleh handle sampai dirasuk oleh puaka Jerai tu.
Setelah kami rujuk kes dia ni kat Ustaz kami, Nasaie dihantar untuk jalani sesi kaunseling dengan Ustaz tu dan kini dia telah berubah. Dah berjuang di jalan yang benar dan jadi Guru Kafa dah pun. Alhamdulillah.
—Tamat—
Thank You/Danial/September 2017
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Lawati laman facebook penulis: https://www.facebook.com/Danial-Fiksyen-Shasha
gunung jerai ni banyak kisah dia..
kalau nak bwk budak2 kecik naik atas gunung better turun sblm pukul 6ptg..
seram dia lain macam ooo
Gunung jerai tu memang byk jembalang
Tempat orang membuang segala jembalang dan belaan. Last aku jejak masa daki nak ke air terjun putri mandi. Nak daki tu 3km, dok bajet 3km tu macam 3m, last2 kecundang tak sanggup nak daki dah. Dari jalan naik ke putri mandi tu kitorang cross tengah2 hutan bertembung dgn air terjun titi hayun tu. Masa tengah2 hutan tu memang feel lain mcm sebab tak penah hadap masuk hutan mcm tu. Dgn jalan berbatu bagai, mulut asyik membebel. Last2 masa kat air terjun titi hayun kitorang sampai part paling tinggi. Jauh dari semua orang mandi manda kat bawah2 tu. Tak tahu la bahana membebel gamaknya, terus kena cirit birit kat situ jgk. 4 jam kitorang stay situ sekali bbq, memang 4 jam tu aku asyik cirit je. Mujur la kitorang duduk level paling atas, tak nampak kat pengunjung lain part aku mencirit tu. Serius ckp, tu memang last aku jejak gunung jerai atau seangkatan dengannya termasuklah segala jenis hutan kat malaysia ni.
emm…nak masuk hutan ke hiking ke segala bukit bukau ker, ilmu kena penuh di dada, bukan takat ilmu hiking jer, sebab tu aku x minat dok masuk hutan hiking bagai, biaq la aku jakun ke , bela lemak ker, dr aku hiking masuk hutan tu baik aku jogging kat taman, boleh aku melantak sekali.. seram kot masuk hutan..pastu mulut plak jahat, hati pun sama …
Masuk hutan kena jaga mulut ja weh. Kat mana mana pun ada benda ni. Kat gunung jerai, gunung mat cincang tu hardcore sikit. Tapi kena takut dgn Allah SWT la noh.
semua kot ada benda ni, seram weh..
Dak danial ni student polimas Jitra yek, awat x habaq, kita berjiran rupanya, aku sebelah ja…cau
Seb bek Allah lindung klu x dh dibahamnye korg semua…
Berani2 jer pepagi buta cume berenam panjat Gunung Jerai tu…
Alhamdulillah ghupenyer Nas dh jd Cikgu KAFA yg terer bersilat yer…
Tu la d***h muda.suka sangat cabar2 kan dah kena.tapi klau korang xikut nas tu xjd asbab la Nas tu jd guru KAFA skg.terus2la dia sesat ikut ayah dia.
Tapi mmg btulla..nk msuk hutan ilmu kne ada.bukan stkat ilmu hisab.ilmu geografi..ilmu alam musti ad.lbih2 lg ilmu agama. Tu sebab akak pun xske msuk hutan.sebab ilmu2 semua tu xckup g?
beraninyaaa panjat gunung jerai pepagi camtu
insan yg lemah mcm geng sajat ni tak pernah la terfikir nak pergi tempat mcmtu
habis hg dok berani p mana?
Oi brader. Awat tak ada nama wak don ?
Aku pernah naik Gunung Jerai nie dulu mase aku join Kelab Kembara Poli aku, kitorang semua ada la dalam 60 orang lelaki dan perempuan termasuk 2 orang ustaz, dalam perjalanan naik tu mmg btul ckp danial, nak naik Tangga Kenari tu memang letih gila rasa mcm nak tercabut kaki aku
Ada la dalam 20 minit baru kitorang sampai dekat penghujung tangga tu, lepas habis jalan tangga tu dah senang sbb jalan dh rata, tapi sejujurnya dalam perjalanan kitorang naik tu memang takde nampak or dgr ape2 yang pelik pun, takde yang kena rasuk or histeria bagai..
Mungkin sbb time kitorang naik tu tengahari kan, so takde la terjumpa mende2 yg pelik nie semua, tapi dalam perjalanan naik tu mmg aku terjumpa byk tempat2 pemujaan, siap dengan colok dan buah bagai, kitorang tgk je memang tak la nak sentuh, tak pasal2 kena kacau jp lagi
Tu je la aku nak cerita pengalaman naik Gunung Jerai nie, apa yang boleh aku simpulkan, selagi niat korang baik InsyaAllah korang selamat,
tq sape yg bace sampai habis
dekkk hakak nak bagitahu… kalau naik sana 60 orang duk seminggu pun takpe dekk nak takut hape dekkk
60 org wei. Sebulan pun aku okay duduk kt gunung tu. cuba bayangkan kalo 6 org je. Silap2 1 hari pun gigil nk turun dah.
Best
Gunung Jerai ni memang tempat dia, kalau korang rajin bersembang dgn penduduk area2 situ,selalu nye ada pakcik2 yang jual jagung kat tepi jalan, diorang akan bukak citer pasal kerajaan bunian kat atas tu kalau korang sembang ngan diorang.
Gunung jerai selangkah hang bpijak kt tangga kenari tu jagalah mulut walau sepatah perkataan pun…jagalah pandangan jgn terdetik satu kata2 pun dlm hati… Tp bab ranger hutan..xpernah ada ranger hutan nama hassan yer dik.. Xde ranger hutan yg btugas di puncak lapang tu pagi2 buta mcm tu.. Siapapun mereka anggaplah Allah yg memberi bantuan
?
ehhhhh ko ni mokkk, patutlah cepat sgt naik carta. hehhh.
~cite ni aku dah baca, tapi aku tak drop komen. kakakakaka.
#KEDAH kakakaka
siasat tak sape renjer2 tu…
berani nye korang..
best cerita nie.
Assalamu’alaikum .
Kalau kita sebagai orang Islam mestilah beradab walau dimana jua kita berada tak kira hutan mana sekalipun yang penting sebelum jejak kaki ke rimba yang kita nak masuk bagilah Salam mohon pada Allah SWT supaya menjauhkan diri kita daripada segala malapetaka dan permudahkan perjalanan ke destinasi yang kita nak pi…. janganlah pi dok minta yang bukan-bukan..itu sahaja tip untuk masuk hutan sebagai aktiviti riadah.. sekian Assalamu’alaikum
Aku prnh hiking gunung jerai tahun 2017..aku thu lokasi brbatu y diceritakan tu..lbh krg sparuh prjlnan la xsmpai puncak lg..aku brehat tgu team y trkebelakang..dan kna tegur kt situ..hardcore pnya teguran..seram woiii..tp alhmdlh xde ap2 y pelik trjadi..