Darah Muda

Assalamualaikum kepada semua pembaca FS, dah lama aku nak kongsikan cerita ni kat FS cuma tak kesampaian sebab terlalu sibuk dengan final. Sekarang ni baru kelapangan untuk mengarang. Ni first time aku mengarang cerita, maaf cerita ni tak berapa nak seram. Nama aku fik, ni aku nk cerita pengalaman REAL aku dgn mmber class aku kena kacau dgn cik Pocong. Sebelum aku gi jauh lagi, nk kenalkan dgn mmber yang lain 2 org perempuan ‘KA, BELLA’, 4 org laki ‘SHA , JIM , FAD, AKU’.

Masa tu kita org kena buat 1 assigment ni kena guna printer, memasing rumah jejauh ada yg kelantan ada yg kt melaka semua, yg paling dekat rumah aku je kt puncak alam ( Btw masa tu kita orang study dekat salah satu University di shah alam). Okay sambung tadi, kebetulan pulak rumah aku ada printer masa tu, so kita org decide buat kerja kt rumah aku je. Kita org tolak dari shah alam dalam pukul 6 sampai rumah aku dalam pukul 7 malam macam tu. Punya tekun buat kerja tahu tahu pukul 1 pagi (rumah aku tu sabtu ahad je ada orang, hari lain family aku stay gombak sebab dia orang kerja kt KL) Memandangkan esok harinya ada class so kita org semua gerak balik.

Kita orang masa tu guna 2 kereta. Dlm perjalanan nak balik tu member aku si SHA ni yang lead kita org balik , dia pun orang puncak alam kononnya nk tunjuk jalan shortcut. Ikut punya ikut aku rasa pelik sebab jalan yg SHA bawak ni terus menghala ke kubur. Sampai je bebetul depan papan tanda kubur si SHA call aku dia kata salah jalan then dia cecepat U turun. Aku pun apa lagi ikut sekali. Then singgah jap kt petrons nak isi minyak. Masa tu si KA ni bagi tau. time U turn tadi ada cik pocong tengah berdiri kat depan papan tanda kubur tu sambil senyum sindir kat kita org semua. masa tu apa lagi mmg meremang bulu roma , aku tanya SHA ni asal dia ikut situ, dia kata yang dia dengar ada suara yang suruh dia ikut jalan tu. Kita orang fikir positif tak nak terlalu fikirkan sangat. yelah waktu dia kan keluarkan.

PART2
Esoknya pulak kita org nk lupakan kejadian semalam, and decide lepak kat bukit ampang and ajak member BELLA sorang ni Qi, and yes kita org nak pergi sana guna 2 kereta and yes SHA ni lead lagi ke sana, aku ni kerja ikut org je malas nak jadi waze ni hahahahhaha okay2 sambung, masa nk naik bukit ampang tu jalan nk ke atas gelap je kereta yg lalu 1 ,2 je sebab time tu pukul 11++ masa naik ni si KA ni suruh aku pasang lampu tinggi , aku pun ikut jelah sampai atas baru dia bagi tahu masa otw naik tadi ada ‘benda’ tumpang atas kereta SHA ni benda apa tu aku pun tak pasti. Malas nak tanya lelebih sebab si BELLA ni penakut.

Sampai je atas si JIM ni pulak nak ke toilet, sampai atas baru nak cakap huhu, nak turun balik jauh so dia amik botol and shh shh kt dlm huhu laki kan asalkan boleh je, than campak botol tu kat longkang, then terus gi kedai makan. Org KL ampang mesti tau kt atas tu ada gerai makan semua. Masa tengah syok2 kita orang makan semua tetiba si QI ni nampak ada cik pocong dlm kareta aku seat belakang tengah, dia pun suruh kita orang pandang nak make sure apa yang dia nampak tu betul ke tak ,bila pandang je Semua org nampak memang betul ada benda tengah duduk, tapi yg peliknya aku dgn si BELLA ni tak nampak apa apa pun, memang mintak tak nak nampak la. dia org kata benda tu muka hitam macam terbakar. dh takut semua kita orang pun nk bla dari tempat tu.

Tapi masa naik kereta tuh memang terasa meremang lah juga. Yang naik dengan aku masa tu ladies2 boy naik dgn SHA , masa nk gerak tu si SHA panggil aku untuk berhentikan kereta tapi aku tak perasaan lalu dia dtg dari belakang than ketuk tingkap tempat QI ni duduk, terus QI ni jerit macam org kena sampuk, yelah mana taknya orang semua tengah ketakutan .semua org kt situ tengok kami ni macam apa je, pujuk punya pujuk ,semua tenang tapi tak tenang sangat la . and terus BELLA lari ke kereta SHA and JIM naik dgn aku , QI dgn KA still naik dengan aku tapi dedua diam je,masa nk turun dari bukit ampang tu aku tak tunggu SHA aku gerak dulu and jumpa kt petronas bawah bukit ampang tu, masa otw turun tu semua yang ada dlm kate diam je lagi2 si QI ni and keadaan dalam kereta tu seram and sejuk yang amat, padahal aircond pasang 1 je.

Sampai je kat petronas semua keluar and duduk depan pintu petronas, memasing cuba tenangkan diri and then time around 2 AM /pagi , pintu kereta aku masa tu semua aku bukak kasi cik pocong ni turun sbb KA bagi tahu masa turun dari bukit ampang tu “Dia” still ada dlm kereta tu. bila semua dah tenang and KA bagi tau “Dia” dah takde, Lupa nak bagi tahu si KA ni hijab dia terbuka sikit so dia boleh nampak kita org pun gerak balik. so moral of the story, Kalau nk happy2 tu boleh but jangan sampai lupa dekat ALLAH, dia yang maha esa dia yang maha berkuasa. masa kita org kt puncak and bukit ampang tu kita org semua happy sangat sampai Lupa nk solat semua tu yg benda tu dtg nk nasihat agaknya huhu. sekian Terima kasih. Maaf kalau cerita aku ni tak seberapa.

KhFtn

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

6 Comments on "Darah Muda"

avatar
nora the explorer

hmm nora bagi 1 bintang

Zik

Berani bawa kereta sedangkan dalam tu ada cik po?? Gile seram……

Nauzubillahimin zaalik

Kamal

Pening aku baca..

dredd

X paham..sesak nafas ambo

Anamusafir

Salam, bila baca cerite ni, teringat kat nasihat seorang kawan.. bila waktu malam tu, lebih elok duduk di rumah (kalo xde perkara kecemasan la).. kalo nk kluar mkn pon, better kluar awal, so balik pon awal, xdela sampai jam 11 gitu.. lebih2 lg org pompuan, belum kawin..jagela perilaku, jgn slalu lepak mlm2… tak cukup kah waktu siang utk kite keluar??…ade sorg ustx nie gtau malam ni hitam, lmbg kejahatan, mcm2 ade bila mlm (gelap)..

izwan_rozali

mcam ulaq jlan cerita pun

wpDiscuz