Assalam, admin FS. Saya nak letak bab-bab dalam novel Dari Tanah Ke Tanah, boleh tak? Kalau boleh, terima kasih saya ucapkan. Kalau tak boleh, takpe. Saya faham. Novel ni bukan novel seram tapi psycho-thriller berkaitan dengan pesakit mental. Saya tulis novel ni berdasarkan pengalaman sendiri sebagai pesakit mental (kemurungan major) dan mudah-mudahan dapat educate rakyat Malaysia tentang penyakit ni.
- Tajul Zulkarnain.
PROLOG
SHRETTTโฆ shretttโฆ
โOi, cepatlah sikit!โ
โEh, sial! Kau bising-bising apa barang? Meh sini tolong aku kalau nak cepat. Jangan mengarah je pandai!โ
โSemuanya aku kena buat. Baik aku buat sorang-sorang lagi cepat!โ
โBerbunyik lagi kau! Ni! Pegang ni. Tarik belah sini. Aku kata belah siniii!!! Kau faham tak belah sini? Hah, tarik.โ
Shrettttโฆ shrettttโฆ shretttโฆ
โAduhโฆ celaka betullah kau ni. Jadah apa gali jauh-jauh?โ
โHeh, jangan banyak cakap boleh tak? Nak dekat-dekat kau galilah sendiri, jangan suruh orang. Oi, tariklah! Jangan nak kencing aku, woi! Beria suruh aku tarik rupanya nak kencing aku!โ
โTutup mulut burit ayam kau tu. Tarik! Tarik!โ
Shrettttโฆ shrettttโฆ shretttโฆ
Bunyi benda berat bergesel dengan tanah, ranting dan daun kering akhirnya berhenti. Hening malam dicemari pula oleh suara nafas mengah beradu hembus dan sedut. Semakin lama semakin mendap bunyinya sebelum hilang berganti suara unggas malam yang tidurnya terganggu.
โOkey, aku kira sampai tiga, lepas tu tolak. 1, 2, 3 tolak!โ
โIyyahhh!โ
โTolaklah kuat sikit! Macam bapok je kau ni.โ
โIyyahhhโฆ
Dup!
โAduh! Arghhhโฆ sial!โ
โBapak bapoklah kau ni! Cakap kemain hebat. Siallah, celakalah, burit ayamlah panggil ke orang tapi kau sendiri lembik ngalahkan sotong!โ
โTarik aku keluar! Tarik aku keluar!โ
โHa ha ha haโฆ tadi berlagak sangat. Tak sangka bacul jugak kau rupanya! Yang kau ikut terjun sekali sapa suruh?โ
โOi, sial! Tarik aku keluar!โ
โKau panggil aku apa?โ
โTarik aku keluar, taik!โ
โHa ha haโฆ mintak tolong tapi kurang ajar!โ
โOi, sial! Tarik aku keluar!โ
โTolongggโฆโ Suara meminta tolong kedengaran. Lemah bunyinya.
โShhh! Bunyi apa tu?โ
โMana? Mana ada bunyi! Kau jangan nak takutkan aku, woi! Tarik aku keluar!โ
โShhh!โ
Hening mencengkam.
โTolongggโฆโ Suara itu merayu lagi.
โHeh! Dia hidup lagilah! Dia hidup lagi. Tarik aku keluar! Tarik aku keluar!โ
โTak guna! Dia hidup lagi. Nah, ambik penyodok ni.โ
โNak buat apa?โ
Jeda.
โAh, tak nak aku! Kau nak kau buat. Aku tak nak! Aku nak keluar. Tarik aku!โ
โPala bapoklah kau ni. Kau cakap je hebat. Pung pang pung pang tapi bacul! Ke tepi kau.โ
Tuk! Tukk!! Tukkk!!!
TEPAT jam 4.30 pagi, seperti yang sudahku jangkakan, lampu dapur rumah itu menyala. Tingkap dapurnya berkaca seperti skrin televisyen LED, palang besi kekisi keselamatannya berjarak dan langsirnya pula jarang, memudahkan aku melihat segala apa yang berlaku di dapur itu dari luar.
Pagi itu sebagaimana pagi-pagi sebelumnya, aku melihat dia menyibukkan diri di dapur. Mengerekot mulutku menahan sebak bila ternampak dia terbongkok-bongkok menjinjing cerek besar yang berat berisi air itu ke kabinet. Halkumku tidak berhenti turun naik menelan liur menanggung sayat. Ingin sekali kuhulurkan tanganku tetapi apakan dayaโฆ
Tubuh yang tup-tup longlai, aku sandarkan pada penyandar bangku kereta. Kepalaku yang meminjam kekuatan penyandar kepala, kutelengken sedikit agar mudah mataku mengekori pergerakannya. Bukti betapa remuknya hati dia terpamer pada wajahnya, pada kusut masai rambutnya dan pada bahunya yang ditolak tinggi ke atas semasa dia menarik nafas. Spontan aku mencengkam dada kiriku yang mendabak sakit seolah-olah dicucuk oleh benda tajam. Dan air hangat mengalir dari bucu mataku lalu menitis ke pipi.
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan!
Aku terus memerhati sehinggalah dia menghilangkan diri dari dapur itu. Lampu dapur, seperti kebiasaannya dibiarkan menyala. Aku tahu dia bergegas ke bilik tidurnya untuk mengerjakan solat sunat tahajud sebelum waktu solat subuh menjelma. Dia memang gemar mengerjakan solat sunat tahajud itu.
Katanya kepadaku, โkerjakanlah solat sunat tahajud. Bila ada masa, kerjakanlah. Doa di akhir solat sunat tahajud tu bak anak panah malam. Bila dilepaskan dari busurnya, ia pasti akan mengenai sasaran. Maksudnya, apa saja doa yang dipanjatkan kepada Allah pada masa tu, pasti akan dimakbulkan-Nya. Pasti! Lambat dengan cepat je.โ
Kuraup dua tanganku ke muka yang sudah panas. Terasa air hangat yang merembes, menyelit di celah-celah jariku. Hanya itu yang termampu aku lakukan bila hati ini dirundung rindu terhadapnya.
Bersandar sambil menunggu dia kembali ke dapur itu. Air mata yang membasahi pipi kubiarkan kering sendiri. Tidak akanku kesat testimoni cintaku terhadapnya dari wajahku. Fikiranku mengulangi perbualan kami yang lalu. Alangkah bagusnya jika dia bersetuju untuk hidup bersamaku. Alangkah bahagianya hidupku.
Malang bagiku, dia menolak lamaranku. Dia tidak sanggup meninggalkan segala-gala yang telah dibinanya selama ini semata-mata untuk hidup bersamaku, walaupun segala-gala itu hanya mendatangkan derita kepadanya. Jujur aku tidak memahami kesetiaannya, sedangkan sudah acapkali aku melihat dia menangisi nasib dirinya.
Apa yang mahu dipertahankannya lagi?
Sudahku angkat ikrar berpaksikan nama Allah bahawa aku akan memberikan yang terbaik untuknya tetapi dia tetap menggeleng. Senyumannya tulus melambangkan keikhlasan hati menerima takdir hidup yang telah tertulis buatnya. Aku tidak sanggup menerimanya. Aku tidak faham!
Dia kembali ke dapur dan aku kembali memerhati. Wajahnya sedikit berseri berbanding tadi. Cahaya air wuduk terbias di mukanya. Rambutnya bersikat rapi, tidak masai seperti tadi. Dia membancuh minuman pagi, lalu meletakkan teko berisi kopi panas itu di atas meja.
Spontan aku memejamkan mata dan menghidu dalam-dalam aroma kopinya yang tetap akan segar di sanubariku buat selama-lamanya.
โAhhhโฆโ Kelopak mata yang melekat kupisahkan semula.
Aku rindu pada kopinya. Puas aku mencari kedai makan yang pandai menyediakan kopi setaraf dengan kopi yang dibancuhnya, namun tiada yang mampu menandinginya.
Dia menoleh laju ke arah pintu. Sesaat kemudian, kekasih hatinya masuk ke dapur lalu menghampirinya. Liurku telan lagi sambil mataku tajam memerhati. Seperti terdengar-dengar perbualan mereka di telingaku.
โSakit ke?โ soalnya.
โTakde apalah. Jangan awak risau,โ jawab kekasihnya.
Kesedihan merodok dinding hatiku. Bila dia mengusap lembut dahi lelaki itu, aku tersentak.
Ya Allah, mengapa hidup ini terlalu kejam? Mengapa Kau izinkan ia terjadi lagi? Mengapa, ya Allah?
Tidak sanggup menyaksikannya lagi, buru-buru aku meninggalkan lorong di belakang rumahnya itu.
Bersambung…
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
๐
Laaaa… mcm br baca mukadimah ja dah abih…..mm
haha
Da namanya pun prolog mak lmpir… Huhuhu
Aku suka cite triller sbb aku sendiri menulis thriller…. cumanya yang ni aku tidak faham. Antara dialog tu, siapa yang bercakap? X ada nama… x tau tuju pada siapa… tapi nnti utk yg kedua aku nak baca. Harap aku faham.
Sama la ngn nek cu, agak pening sikit awal cerita…dialog ngn jin kah? Hahahha
Hai nenek rindu betul cucu ngn nenek. Nek sihat? Jom jumpa kita lepak nenek belanja makan tony romas
๐
Tajul Zukarain: bila copy paste dari word ke FS , perenggan akan hilang. kena # TRIPLE
check before hantar . buat perenggan balik dalam FS ni.
Prolog bermaksud pendahuluan @ permulaan.
Citer best TZ. Cuma takde paragraph. Kena double cek bila lepas copy dari words ke blog. Then 1 lagi, kena letak nama kut untuk dialog. Sebab tak tahu siapa yang bercakap. Tu je.
Maira rate 8/10 utk prolog..
err…xpaham, berterabor plot dalam 1 cerita.
Storyline dah menarik n boleh faham… Cuma nama watak je xde.. Nama2 bg protagonis/antagonis penting utk prolog (walaupun kdg tu x perlu ada karakter).. Tp sbb ada ramai sgt watak dlm ni so aku konpius nak beza sape dgn sape… Lg2 part dialog..
Teruskan writer.. Fighting~ ?
Maaf TZ. Aida tak faham sangat yang part dialog tu. But still best. Keep it up.
Knp skrg byk btl cerita bsambong..br nk warm up dh hbs…
Cu, nek agak kurang jelas ngn dialog pertama yg cu sampaikan…agak pening sikit cu,, tak tahu cu berdialog antara sape ngn sape….
Assalam, kawan-kawan. Terima kasih semua yang sudi baca novel ni. Terima kasih juga pada Cerita El dan Maira kongsi ilmu. Actually novel aku ni dah siap dicetak. Kalau nak baca yang penuh, boleh hubungi FB aku. RM23 sm / RM26 ss termasuk pos saja harganya. In shaa Allah bila baca novelnya, korang akan faham cerita aku tu.
Lorrrr. Maknanye ni nk promote novel la ye.
Ingatkan dpt baca smpai ending.
Uarghhh
Jalan cerita yang menarik.. Cuma mungkin perlu diperkemaskan lagi dari segi pengenalan watak.terima kasih berkongsi cerita tntang pengalaman TZ mngenai pengalaman dan penyakit ni.setiap dari kita ada jalan cerita yang tersendiri cuma terpulang kepada diri kita sendiri bagaimana berhadapan dengannya. Teruskn berkarya TZ!!!
?
?
Semlm saya jumpa 2 novel penulis tajul zulkarnain…dlm hati writer yg sama ke dlm fiksyen syasya..dan hari ni saya baca prolog novel ni..menyesal tak beli๐
prolog tu prolog la tp tup2 dh habis
aik? hahahaha. cita yg lompat2