Dedek Kembali Lagi

Hai semua!! Sekian lama kisah kak yong dan dedek menyepi, baru sekarang aku dapat share story lagi dengan korang. Sorry sangat tak dapat nak kongsi dengan korang pasal dedek sebelum ni disebabkan kesibukan melanda diri. Hahah. Ayat poyo namati! Bila aku baca komen-komen yang korang rindu cerita aku ni, rasa terharu. Serius la! *lap hingus jap*

Okey, biar aku cerita kisah dedek sikit demi sedikit okey. Sejak tak bercerita dengan korang kat FS ni, aku pun dah tak tau nak cerita apa sebenarnya sebab aku jarang sangat balik rumah papa mummy. Almaklumlah aku tinggal luar sekarang ni walaupun ditegas oleh munmy papa. Kata dorang kesian dedek tinggal seorang diri tak ada kawan. Siapa cakap tak ada kawan? Punya ramai kawan dia yang tak lut tu mummy papa cakap tak ada kawan? Haa, yela bukan kawan manusia kan. So baru aku paham maksud mummy & papa.

Balik pada cerita seram dedek ni biar aku cerita masa aku balik rumah masa last month. Bila berjauhan dengan family ni, perasaan rindu tu mestila ada. Elok je aku habis kerja pukul 8 malam, aku drive balik rumah parents aku. Perjalanan cuma ambil masa 1jam 30 min je. So elok je dah sampai rumah aku tu terus aku redah masuk & tak bagi salam dah. Biasalah, aku kan ada kunci pendua. Masa masuk tu, aku dah terkejut gila. Mahu tak nya bila aku nampak dedek terpacak berdiri kat tangga sambil tengok aku tutup pintu. Bertuah punya adik! Nasib kakak engko ni tak m**i mengejut tau. Mengurut dada je aku time tu.

Dedek tanya aku, “kenapa yong balik tak beritahu?”. See? Macam polis je dedek soal aku. “Alahh sajela nak buat surprise. Ni kenapa tak tidur lagi?”. Dan tahu apa jawapan dedek? Alahh, korang mesti dah tau punya laaa. “Dedek tunggu Yong balik la. ” Dalam hati aku ni dah berdebar. “Macam mana dedek tau yong nak balik?”. Tau apa jadi? Dia tunding jari dia kat sebelah aku dan cakap, “Dia yang cakap. ”

Terus aku pusing arah dedek tunjuk tu. Ya Allah, nasib tak ada apa. Tapi jantung aku ni berdegup 1000 km/j. Sumpah aku dah cuak wehh! Dah la masa aku balik tu, mummy & papa oustation. Yang tinggal cuma dedek & bibik je kat rumah. Ikutkan hati, nak je aku patah balik ke rumah sewa aku tu. Bila fikir waras, tak jadi pulak nak balik sebab jauh. Aku dah tak cakap banyak terus aku heret dedek masuk bilik aku. Lepas aku mandi, aku baring sebelah dia. Lepas tu dedek bisik kat telinga aku. “Yong bawa balik siapa tu? Kenapa muka dia buruk sangat?”.

Terus terjegil mata aku yang layu ni. Aku capai fon then aku buka surah al-quran. Lepas tu aku dakap dedek erat-erat. Aku tak bagi dia pandang mana-mana sudut melainkan muka aku. Sebab aku dah tak sanggup dengar soalan creepy daripada dedek. Nak nangis beb! Akhirnya malam tu kitorang tertidur dalam suasana cerah sampai la ke pagi. Bila bangun je, aku dah tak nampak dedek. So pagi tu masa breakfast aku tanya dedek awal dia hilang dari bilik aku. Selamba je dia jawab, “dedek kasi chance kat kawan yong untuk teman yong tidur semalam.

Sumpah! gelap gelita hidup aku bila dedek cakap macam tu. Nasib juga la aku tidur m**i dan tak sedar dedek tinggalkan aku. Dengan siapa aku tidur malam tu, biar dedek jela yang tau. Aku dah tak nak tanya banyak lagi. Petang tu juga aku balik rumah sewa aku. HAHAHA. Sekian, daripada kak yong yang penakut.

Kak yong

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

19 thoughts on “Dedek Kembali Lagi”

  1. haahahahahaha yong ko memang kan….ilang lama ingt dah xnak muncul dalam FS …tapi yelah xkan nak wat cite plak kalau dah xde cite…. mmg sentiasa la dalam keadaan seram lah bila duduk dengan dedek….dedek plak jenis main lepas je cakap…. best x yong malam tu ko tido ngan kawan muka buruk tuh ahaks….selamat kembali yong

    Reply
  2. Setelah sekian lama Kak Yong menyepi, laaa ni dah ada semula. Tapi pendeknya story kali ni.
    Lepas ni jgn le berhibernasi lama-lama ye. Kami rindu.
    Kesian Dedek kena tinggal kontang-kanting je dengan bibik.
    Next time temankanlah dia…..

    Reply
  3. Punye lame dh x share citer, itu jeerrr citernye…
    X sempat ilang rindu peminat semua kat dedek…
    Punye lame dh x blk kg, sekejap noo baliknye plak yer…
    X sempat dedek nk berkenalan ngan kakak yg kurang cun tu…
    Kak yong cengkelat main kotor ar camni…
    ASK FOR MORE…!!!

    Reply
  4. Memang rindu ngan kisah DEDEK ni…. ayat paling win.. “dedek kasi chance kat kawan yong untuk teman yong tidur semalam. ha… ha…

    Reply
  5. Best la citer kak yong ngan dedek nie…. balik la slalu jenguk dedek mesti byk citer nanti…. kami tggu cerite seterusnye….

    Reply
  6. yong…osaaah ghindu mo ko.. nasib baik ko tido m**i malam tu kan kalo x mesti ko pengsan kalo tengok sape yang temankan..hehehe… ku tunggu cite seterusnya yong

    Reply
  7. Yong… cer tanya dedek, ayat al quran yg kak yong pasang tu takde efek ke kat “kawan” tu. Lg satu kalau bulan ramadhan “kawan2” dedek mmg ada check in lg x? Nak tahu sgt kak yong, please…

    Reply
  8. Kesian org yg hijab terbuka ni. Bawak la dia p berubat. Kesian, hidup x macam org normal nnt. Xyah gtau mummy & papa. Sndr bwk je..

    Reply
  9. ok abis pon cite dedek ni…maklumlah tahun 2018 baru baca…ape2 pon seram la dok ngan dedek ni..aduhai..x tau nak cakap camne

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.