DEJAVU

Assalamualaikum pembaca FS semua. Korang pernah tak mimpikan something tapi korang rasa benda tu betul-betul pernah jadi kat diri sendiri?

Aku sampai sekarang still ingat lagi kejadian tu, sebab masa tu kecik lagi dalam darjah 1 ke 2 aku pon dah lupa. Tapi sampai umur aku 29, aku still ingat sebab bila dah besar baru tahu seram rupa nya. Haha

Dulu masa aku kecik-kecik, aku ada satu family angkat, parents aku memang selalu pergi ziarah diorang sebab rumah masing-masing dekat dalam 20minit. Selalu kalau pergi bila ada ceramah agama atau kuliah kat surau sebelah rumah family angkat aku tu ( aku panggil Tok sebab dia dah tua).

Yang aku ingat, masa tu ada satu buaian kat pokok besar kat depan rumah Tok. Aku main buai sorang-sorang kat pokok tu and masa tu dah petang dekat nak senja. Masa syok main, tiba tiba ada seorang nenek tua dari jauh merangkak menghala kat buaian aku tu. Aku stop buai, aku perhati je dari jauh. Nenek tu merangkak slow motion, makin lama makin dekat, makin dekat and masa tu pulak mak aku jerit panggil aku suruh masuk rumah.

Bila aku toleh balik nak tengok, nenek tu dah hilang and aku pon tak de la rasa takut ke apa, just terus je masuk rumah Tok sebab dah nak maghrib. Tapi yang pelik nya, aku mimpi benda yang sama jadi kat buai tu and mimpi tu berulang tapi bukan kerap, macam selang bertahun-tahun mesti ada mimpi kejadian yang sama kat buai tu.

Sometimes rasa macam ” eh ni mimpi ke betul-betul jadi, sebab masa tu kecik lagi kan memori pulak makin lama makin tak ingat” and aku pon tak pasti apa motif nenek tu, kalau betul la jadi dalam realiti tapi kenapa sampai terbawa dalam mimpi?

Aku jenis yang kerap mimpi berlawan dengan hantu. Seriously boleh kata kerap sangat ada masa setiap hari, ada masa selang seminggu. Apa yang aku ingat masa dalam mimpi tu, aku baca ayat kursi dengan azan kuat-kuat, lepas tu terjaga terus susah nak lelap mata.

Husband aku boleh cakap aku ni nak jadi bidan ( mentang-mentang arwah nenek dia bidan ) haha. Tapi aku tak layan sangat mainan tidur. Tapi pelik jugak kerap betul mimpi. Harap nya dalam dunia nyata, iman aku kuat untuk hadap dugaan dari makhluk Allah yang satu tu kalau aku di duga bila Allah izinkan. Harap nya jangan la haha. Sampai sini je kisah aku.

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *