Assalamualaikum Warga Fiksyen Shasha (FS) Thanks a lot untuk Admin sebab sudi post pasal cerita saya ni… Saya minta maaf kalau cerita saya ni tak seram atau sedikit typo semasa menaip.. Cerita saya ni panjang sikit.. Maaf sebab letih plak korang nak baca banyak-banyak.
Cerita nie berdasarkan pengalaman saya dan keluarga.. Nama Aku Lin..
Dulu sebelum aku berpindah ke rumah baru, aku dan keluarga sering diganggu. Rumah aku ni jenis rumah kayu. Rumah lama biasalah kan. Mesti ada lubang-lubang dekat dinding tu. Kalau waktu pagi tu, akan nampaklah banyak lubang kat dinding tu. Aku tahu pun sebab cahaya boleh tembus dekat lubang tue.. hehe..
Aku tinggal dekat rumah dah dekat 14 tahun. Masa aku first duduk rumah tu. Umur aku setahun. Setahun tak tahu apa-apa lagi. Selepas umur aku 11 Tahun, baru aku faham pasal benda horror ni. Aku lupa nak cakap yang dekat kawasan rumah aku nie, ada jugak jiran-jiran. Tapi rumah jiran-jiran aku ni jauh-jauh lah. Kalau nak jerit tu tak dengarlah rasanya. Tapi kalau jiran sebelah rumah aku ni bersin, memang dengarlah sebab dia punya bersin tu kuat lain macam.. haha..
Aku ni ada 6 adik beradik. Aku nombor 4. Malam tu, lepas maghrib, aku, abang aku, adik aku yang laki and perempuan. Kire kami berempat lah. Tengah main kad, ala kad yang orang duk main judi tu. Tapi kitorang main saje-saje jela. Bosankan. Kami main kad dekat dengan pintu utama rumah kitorang. Masa tengah syok main tu, aku and adik beradik aku dengar bunyi macam orang ketuk pintu rumah aku pakai batang kayu. Kitorg diamlah. Sebab nak pastikan betul ke tidak. Lepas tu bila bunyi kali kedua tu kitorang larilah cari mak. Takutlah wehh. Lepas pada kejadian tu kitorang decide untuk tidur.
Kejadian kedua plak. Bilik mak aku, mak aku ni jenis berisi sikit kalau dia berjalan keluar dari bilik dia, mesti papan bilik dia akan berbunyi, tapi malam tu masa aku sorang-sorang tengah buat homework, aku dengarlah bunyi papan tu macam mak aku nak keluar, aku tunggu punya tunggu mak aku tak keluar jugak. Aku syak mungkin perasaan aku je kot. Lepas 5 minit kemudian bunyi balik. Lepas bunyi sekali lagi aku terus simpan homework aku n pergi tidur.
Cerita 3
Dekat dengan rumah aku ni ada rumah besar tapi Takde orang tinggal sebab tuan dia jarang-jarang balik. Aku dengan kawan-kawan aku sukelah bermain kat situ. Zaman budak-budakkan. Main nombor 1 lah. Masa kitorang tengah main tu, kitorang dengar bunyi orang tengah kemas. Dekat rumah besar ni, ada tingkap cermin, so boleh nampak lah apa kat dalam tue. Ada satu malam tu, jiran aku tidur kat situ sebab merajuk dengan mak dia. Malam dia tidur tu, dia dengar orang masak dan menyanyi, Dia pun intailah kot2 ada orang yang curi-curi masuk. Lepas jew dia intai, dia nampak tangan SAHAJA yang bergerak tengah memasak, so dia apa lagi. Lari tak cukup tanah lah..
Cerita 4
Masa mak aku tengah mengandungkan adik aku yang bongsu, ayah aku kahwin lain. Tapi mak aku tak tahu. Masa mak aku nak bersalin pun ayah aku pergi kejap-kejap je. Atuk dan nenek aku yang jaga mak aku masa kat hospital bersalin. Nenek aku sampai tak salin baju sampaj seminggu. Mak aku ada jugak call ayah aku suruh bawak baju untuk mak dan nenek aku, ayah aku just hantar baju tu pun marah-marah sebab menyusahkan dia. And then terus balik rumah. Tak teman pun mak aku masa kat hospital. Mak aku sedih tak payah cakap ahh. Kalau orang lain yang kena pun mesti menangis. Masa tu mak aku tak tahu yang aku dah kahwin lain. Lepas pada mak aku keluar hospital tu baru terbongkar. Mak dan ayah aku gaduh lah time tu. Kitorang ni senyap jew.
Ayah aku siap tampar lagi mak aku tapi mak aku sabar je sebab mak aku fikirkan anak-anak dia yang semuanya masih kecik ( termasuk aku). Mak aku suruh ayah aku pilih mak aku, atau bini kedua dia. Alhamdulillah ayah aku lebih pilih mak aku dan ceraikan bini kedua dia. Disebabkan bini kedua ayah aku tu diceraikan, dia pun mula berdendam dengan keluarga aku dan dia cakap dia takkan benarkan keluarga aku hidup bahagia. Dia ni jenis bermain dengan ilmu hitam, aku rasa dia gunakan ilmu hitam pada ayah aku dulu, sebab tu ayah aku asyik ikut cakap dia jew.
Dia hantar benda tu pada mak aku. Benda tu selalu ganggu mak aku sampai mak aku sakit. Dah puas kami bawak berubat lepastu sembuh kejap dan jadi balik. Ada orang cakap syaitan yang ada dekat rumah aku ni syaitan yang orang dah buang dekat tanah rumah baru aku. Kiranya dia memang dah stay sini lama. Sebab kejadian ni berlaku masa aku kena PLKN. So aku takde kat rumahlah. Mak aku jew yang cerita kat aku. Malam tu abang aku tengah tidur dalam pukul 9. Masa abang aku tidur, abang aku cakap dia kena tindih dan dia nampak adik aku masuk dalam bilik tapi buat tak tahu je kat abang aku.. Lepas abang aku dah bebas dari kena tindih tu, abang aku marahlah kat adik aku sebab buat tak tahu je mase dia panggil.. Guess what?? Adik aku cakap dia tak masuk bilik pun!! So sape yang masuk??
Malam kedua tu adik aku pulak yang kena, benda tu cekik tengkuk dia dan lepas tu adik laki aku nampak benda tu besar dan berbulu. Lepas pada tu lah mak aku panggil tok bomoh untuk buang hantu tu. Tok bomoh tu cakap rumah aku ni ada tiga ekor benda tu cakap dia tak nak tinggalkan rumah tu kecuali bagi adik aku yang bongsu pada dia sebagai tukaran. Mak aku takkan gila nak bagi anak dia pada syaitan Laknatullah tue. So dia minta d***h ayam hutan. Aku rasa, bomoh tu penipu je. Sebab lepas dia berubat tu, benda tu masih ada lagi.
Mak aku setiap hari akan rasa lenguh dekat pinggang dan lutut. Sebab benda tu bergantung pada badan mak aku. Setiap kali mak duduk dalam rumah mesti sakit habis badan-badan dia. Masa mak aku duduk dalam wad, tak rasa apa-apa pun. Walaupun mak aku dah banyak kali berubat, bekas isteri ayah aku akan hantar balik untuk sengsarakan lagi hidup kami sekeluarga. Sampai sekarang mak aku sakit.
Sekarang dia dah boleh jalan sangat sebab lutut dia sakit. Kalau ada mana-mana warga FS Nie yang tahu ustaz yang betul-betul boleh ubat mak aku, Pm Aku personal yew. Aku nak sangat tengok mak aku sembuh macam biasa. Siapa yang taknak kan tengok mak dia sihat. Mak aku sekarang ni tak boleh keluar mana-mana dah sebab sakit lutut. Mak aku just duduk dalam rumah tak keluar pergi mana-mana.. Harap sangat-sangat admin siarkan cerita saya eak..
Sesiapa yang tahu ustaz yang betul-betul boleh ubatkan orang yang kena tempias nie Whatapps Saya Personal yew.. 0199282326
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
hmm
Sedihnye hati bila tgk mak sakit. Xtry berubt ngn darussyifa?
Klu sakit lutut tu cuba pergi check doktor dulu. Sakit lutut ni mmg sakit orang perempuan tambahan lagi yang berbadan besar. Kalau yang mistik2 ni boleh la try darussyifa ataupun ustaz2 yang boleh dipercayai. Zaman skrg ni orang suka guna agama utk raih keuntungan. Kena berhati2 sikit. Semoga mak awak cepat sembuh. Amin
Ermmm…kalau dah kene buatan sihir ni gitu lah payah berubat payah nak lega seperti sedia kala… Hope boleh sembuh. Teman doakan…aamiin
Boleh cuba pergi darussyifa.