Dendam Berdarah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Hai FS! Ni kali pertama aku share cerita kat sini. Aku memang peminat setia FS since member kenalkan aku dengan page ni. Sejak tu, aku memang addicted giler baca cerita kat sini. Otw ke kelas, dalam kelas tengah tunggu lecturer, even lepas kelas tu buka facebook semata-mata nak scroll admin Fs publish cerita apa. Sebab aku memang dari kecik hijab memang tak terbuka sikit mahupun banyak. Dan ofkos sebagai seorang yang tak mampu rasa, nampak etc at least aku bolehlah mendalami perasaan seram tu dengan baca cerita korang dalam ni.

Ceh. Ok dah. Soory lah ye intro agak panjang. First time share so aku cerita sikit pasal diri aku supaya nanti korang boleh agak aku tulis cerita mana sebab cerita aku banyak part. Yelah hidup dah separuh dari setengah abad ni (apa maksud dia) so banyak benda yang terjadi di sekeliling. Cerita ni pengalaman orang di sekeliling aku dan ada beberapa kisah yang aku as witness. Yelah watak tambahan yang tak mampu alami semua ni. Eh btw, aku Bella. Paling penting Bella is not stand for Nabila. Hahahaha. Cerita ni berdasarkan kisah benar dan ada tokok tambah bagi melancarkan dan menambahkan tahap keseraman anda. Hahaha enjoy it!

Okay. Ni cerita hidup seorang kenalan yang aku kenali dalam 3 atau 4 tahun lalu iaitu Haziq. Aku kenal mamat ni sebab dia dulu satu sekolah dengan aku dan dia ni baru pindah masa SPM dan yeah ofkos sekelas. So, memang singkatlah perkenalan kami. Lepas SPM semua chow membawa haluan masing-masing. Aku jumpa balik mamat ni masa aku ngan family aku tengah buat short vacay dekat PD. So, lepas jumpa aku amek nombor fon dia supaya senang nak contact. Lepastu aku pun janji nak turun malamtu dekat cafe nak lepak2 yelah geng lama yang lama tak jumpa. Mesti ada cerita dia yang best sebab dulu dia ni memang diminati ramai.

Hensem giler mamat ni weh. Serius cakap. Nasiblah masa tu nak spm so aku memang tak fikir perasaan cinta apa semua ni kalau tak dah habis menggedik lah aku dengan dia ni dan sebab aku pernah dikecewakan satu ketika dulu. Aku memang sejenis yang open minded dengan sesiapa pun. Jenis aku kalau orang nak kongsi aku akan simpan cerita tu. Laki atau perempuan tak kisah. Kalau taknak kongsi pun aku tak kisah well tak semua orang akan semudahnya percaya orang lain. Zaman sekarang ni sahabat yang kita anggap sahabat pun bukanlah dia the one. Trust me. Ok sorry lah muqaddimah kedua yang tak berapa panjang juga. Haha #jangankecamadikbongsubarunakbelajar

So, lepas Maghrib aku call dia cakap aku dah tunggu dekat cafe dia pun turun.

“Apa cerita sekarang Bell? Makin lawa do aku tengok. Yelah dulu masa sekolah selekeh giler kau”.

“Takde cerita do. Macamni lah jugak. Kau dengan siapa kat sini Ziq?”.

“Giler tunggu aku. Kau dari dulu tak habis2 nak menyakat aku tak padan muka ayu tapi kerja menyakat je. Aku ada kursus kat sini kebetulan malamni free takde apa2 program esok baru majlis penutupan. Japg ada kawan aku nak join kita kat sini. Bosan la tu kot kat bilik”

“Eloklah la tu boleh borak panjang sikit. Kau dengan Sha cane? Dah kawin ke?”

“Hmm. Something bad happen to Sha. Nak cakap pun tak guna dah. Semua dah terjadi”

First time, aku nampak lelaki nangis depan aku sebab perempuan. Aku nampak lah macam mana dalamnya cinta Haziq ni untuk Sha. Apapun aku doakan Haziq dapat jodoh yang serba serbi elok macam Sha atau lebih baik dari tu. Part Sha ni aku sambung kalau ada reader yang nak sambungan dia. Hehehe! Borak2 tu tukar2 cerita aku pun risiklah pasal relationship Haziq ni. Dia mengadu dah banyak kali dia cuba nak jalinkan hubungan dengan perempuan lepas Sha takde tapi asyik tak jadi je. Sampai dia fedap dah katanya nak tunggu je jodoh tu datang. Takyah nak pening cari. Haha.

Okay jom start. Aku dalam ni adalah Haziq.

Aku ni nak cakap pandai tak jugak tapi bila exam tu tak pernah pulak dapat bawah top 5. Nak cakap atlet tak jugak walaupun realitinya aku antara pemain bola sepak sekolah. So background pasal aku boleh dikatakan memang boleh jadi jejaka idaman para gadis. Haha. Ditakdirkan Allah kurniakan aku rupa paras ala2 P’Shone. Tak kenal? Ahhhh google! Tapi tu nama watak dalam cerita bukan nama sebenar pun. Aku ada beberapa kawan rapat iaitu Izwan (Wan), Irfan (Ipan), Firdaus (Aus), Syahid (Ed) dengan Amir. Segak je nama semua tapi sudahnya nak jugak nama popular. Haha

Cerita ni bermula masa kitorang cuti sem. Masa tu aku ingat lagi Ipan nak belanja kitorang dekat restoran makanan korea dekat satu mall area Putrajaya. Well Ipan ni boleh dikatakan dari keluarga yang berada jugak sebab ayah dia ada company sendiri. Mama dia pula ada butik sendiri. So, masa otw ke mall tu macam biasa lah nak kena cari parking dulu. Kitorang naik sekali je Ipan drive. Kebetulan kitorang pegi tu lepas Maghrib so parking masih lagi full dan berlegar lah kami mencari parking. So, lepas dah parking kitorang turun lah. Lepas je dah turun aku nampak sehelai macam kain kuning ke kaler apa pun tak ingat tapi yang aku ingat kain tu memang kain yang agak lusuh dan buruk.

Yang aku pun tak baca apa tetiba jadi budak rajin pegi amek kain tu p buang dekat tong sampah dekat escalator. Then kitorang pun teruslah pegi restoran tu walaupun sebenarnya tekak aku memang tak berapa nak telan makanan korea apa semua ni tapi demi dorang sangguplah juga temankan layan borak. Masa tu aku ingat lagi dah nak dekat midnight so kitorang pun plan terus nak layan movie tengah malam. So before masuk panggung tu dah beli tiket apa semua aku pegi tandas tak sanggup aku nanti tengah layan movie nak melayan pun hajat saham ke so aku buang siap2. Guest what? Aku nampak lagi kain tu dekat sinki tandas tu weh! Sebijik kain yang sama! Tapi kalini kain tu macam ada titisan d***h plus ada tulisan yang aku taktau bahasa apa. Masa tu aku dah seriau la cane boleh kain yang aku dah buang dekat tingkat bawah boleh ada balik dekat tingkat atas. Tapi aku positive je masa ni yelah kena kekalkan macho tu weh haha. Aku decided tanak bagitau dulu dekat dorang yelah manatau itu hanya suratan kebetulan sahaja. Nanti yang ada dorang gelakkan aku cop aku penakut. Haha

Aku keluar dari tandas dan what? Aku dekat sebuah rumah yang tak siap! Kauuu rasa apa aku rasa masa ni. Weh tahap kemachoan aku dah nak menjunam dah ni. Aku nak patah balik ke toilet pun aku taktau arah mana. Belakang aku ada hutan. Depan ada tapak rumah. Aku tak masuk rumah tu aku stay dekat tempat katne aku berdiri tadi. Statik. Masa ni aku ingat Wan pernah cakap (antara kitorang dia boleh cakap basic agama dia lebih sikit dari kitorang) kalau kita sesat cepat2 azan dan baca ayat kursi. Kalau nampak kawan2 masa sesat tu, try panggil dia 3 kali je. Kalau dia tak toleh atau rasa tak dengar takyah ikut jejak dia. Syaitan Iblis Jin ni tak boleh b***h atau sentuh kita tapi diorang boleh guide kita supaya kita cederakan diri sendiri. Apa yang aku ingat dulu Baba cakap bila kena macamni, tak boleh takut atau lemah semangat. Senang benda tu kacau. Nak cakap kawan2 prank takkan dorang hebat sangat tukar panggung tetiba boleh jadi macam satu dunia lain dalam tak sampai 10 minit aku dalam toilet tadi.

Aku rasa lama giler aku ter’sesat’. Sepanjang tempoh tu, dari jauh aku nampak ular besar giler menuju tempat aku. Macam2 aku nampak. Tapi yang aku nampak tu semua binatang cuma yang beza saiz dan fizikal tu lain dari yang selalu kita nampak. Ular besar 3 kali ganda dari biasa. Anjing hitam. Kucing hitam. Gagak hitam. Yang aku perasan binatang tu semua macam bawa sesuatu dekat mulut dorang. Bila aku tengok betul2 kain yang aku jumpa tu! Astaghfirullah. Dalam hati aku sape lah yang buat khianat dekat aku ni. Binatang tu semua menuju tempat aku tapi dalam 1 atau 2 meter lagi tu tetiba macam hilang.

“Ya Allah, Kau tunjukkan jalan keluar padaku. Sesungguhnya jika ini tipu daya Syaitan maka selamatkan aku dan lindungi aku dari segala bahaya. Hanya Engkau berkuasa atas segala sesuatu dan sesungguhnya aku yakin akan kuasaMu”

Lepas je aku doa macamtu, aku rasa dunia aku gelap. Pengsan la kot.

Okay tu cerita aku.

Versi dorang pula. Aku keluar je dari toilet dengan menunduk rambut pulak aku basahkan dan pomade yang pakai tadi dah hancur which is selama ni rambut adalah benda yang sangat aku concern bila dekat public. Ipan dengan Aus dah start hairan dah keluar2 je macamtu. Tetiba Amir cakap,

“Weh Ziq. Ko kenapa camtu? Dahlah wayang tak lama lagi nak start. Lama giler dalam toilet macam perempuan. Kena sampuk ke?”

Lepas je Amir cakap camtu, tetiba aku angkat kepala dengan mata merah bagai sambil senyum simpul. Wan ni dia dah perasan start aku dalam tandas lagi. Yelah dia kan ada kelebihan dan ayah dia ada ajar sikit2 pasal alam ghaib ni. Dia dah rasa lain macam dan nak cancel je plan tapi sebab aku tak keluar lagi dari toilet so dia abaikan dulu perasaan dia tu. Tetiba aku macam normal dan ajak dorang lepak tempat lain. Tapi still rambut aku tak kalihkan dari tutup muka aku. Wan dah agak benda tu tipu walaupun aku dah macam normal. Tetiba aku duduk, sambung lagi senyum. Wan tetiba buka kasut aku dan picit ibu jari kaki aku sambil baca beberapa p****g ayat quran i guess. Terjadilah perbualan antara Wan dengan aku :

Wan : Kau siapa? Datang dari mana?

Aku : (Suara garau dan serak sambil ketawa) Arghhhhhh! Sakitlah bodoh!!!! Tuan aku hantar aku supaya lelaki ni menderita sebelum m**i! Sebab tuan aku sayangkan dia tapi dia taknak tuan akuuuuuuu!!!!

Aus, Ipan, Ed dengan Amir dah cuak belakang Wan.

Wan : Dengan nama Allah, sebelum terjadi sesuatu yang tak baik ke atas engkau dengan izin Allah, lebih baik kau tinggalkan jasad manusia ini sekarang!

Aku : Arghhhhhhhh! Sakit!!!!!!!!! Baiklah aku akan tinggalkan dia sekarang. Tapi aku akan datang lagi. Hehehehehe

Aku tak sedarkan diri lagi. Aku sedar je aku dah dekat sofa di ruang tamu rumah aku. Aku tengok jam dinding masa tu dah 4 pagi. Aku rasa badan aku penat giler. Aku bangun je nampak Aus dekat luar rumah berdiri sambil senyum. Dalam hati aku kenapa mamat ni dekat luar rumah aku 4 pagi ni. Buang tabiat ke apa. Aku berkira2 nak bangun nak buka pintu bagi Aus masuk tapi tetiba ada tangan pegang aku. Aku toleh rupanya Wan.

“Camna ko boleh ada sini Wan? Japlah aku nak buka pintu. Aus kat luar tu”

“Takyah buka pintu. Tu bukan Aus.”

Aku tengok balik kat luar rumah. ‘Aus’ dah takde. Aku toleh balik dekat Wan. Wan takde jugak! Aku syak mesti jadi macam dekat mall tu. Tiba2 lampu rumah padam. Aku raba cari handphone aku. Aku on flashlight. Tiba2 dekat sudut rumah aku nampak susuk seorang wanita cantik anggun berkebaya warna merah tengah tenung aku sambil senyum. Weh nak cair aku tengok dia senyum. Tapi aku ingat balik cane perempuan ni boleh masuk dekat rumah aku padahal tadi aku ingat lagi lock pintu sliding aku elok je kunci. Dah sah bukan orang ni. Aku baca ayat kursi tapi aku tak pejam mata aku takut kalau aku pejam mata bila buka mata nanti depan mata aku nanti nampak sesuatu yang aku taknak tengok. Huih seram.

Aku baca ayat kursi dalam hati walhal dalam hati cuak giler dah. Dalam kejauhan tu, aku nampak perempuan tadi tu tiba2 bergerak cumanya aku tak nampak kaki dia. Dia macam berjalan smooth je macam jalan dengan skateboard. Menuju dekat aku. Imagine tak macamana cuaknya aku masa tu! Aku nak jerit tapi lidah aku macam kelu tiba2. Makin aku tengok perempuan tu tiba2 perlahan2 dia berubah jadi seorang nenek tua yang Subhanallah muka dia sangat buruk dan makin dekat dia dengan aku tu bau wangi tu berubah jadi bau yang sangat busuk dan hanyir. Allah nak muntah aku masa tu. Dalam hati aku doa lah cepat2 azan Subuh.

Aku tak tahan dengan bau tu lepastu aku ambik kunci kereta dompet semua keluar rumah. Masa nak buka pintu rumah tu, tiba2 ada suara dekat belakang “Dah sedar lah tu hehehehe……” Kecut weh perut aku masa tu. Aku terus pecut ke masjid dekat dengan rumah aku tu. Bayangkan seorang yang agak jarang ke masjid sebab tuntutan kerja (padahal liat bangun haha) sebelum subuh dah sampai masjid. Haha. Aku terus ambik wudhu dan solat tahiyatul masjid sementara tunggu subuh. Tak lama lepastu ada beberapa orang jemaah datang dan ada sorang macam pakcik aku agak dia ni Imam la kot. Dia sentuh bahu aku dan bagi salam lepastu duduk sebelah aku. Perbualan aku dengan pakcik tu lebih kurang macamni lah..

Pakcik : Anak nama siapa? Pakcik ni orang panggil Pak Mat. Anak ada masalah ke? Kenapa duduk sorang2 dekat sini?

Aku : Saya Haziq. Takde lah pakcik saja datang masjid awal . Hehe

Pakcik : Tadi sebelum pakcik masuk masjid, pakcik ada rasa benda tak elok ada berdekatan. Jarang pakcik rasa macamtu. Itu yang pakcik agak anak ni ada masalah. Kalau ada nak kongsi dengan pakcik mungkin pakcik boleh bantu InshaaAllah.

Aku pun cerita apa yang terjadi dekat aku sejak akhir2 ni. Pakcik tu cakap benda yang kita dah detect awal ni senang kita nak ubat. Jangan bila dah makin teruk baru nak berubat. Lepas solat subuh, aku sembang dengan pakcik ni macam2 nasihat Pak Mat ni kasi aku. Paling penting kena jaga solat dan pergantungan dengan Allah tu kena tinggi. Biasanya kalau 10 orang senang dengan kita, aka nada 100 orang bencikan kita. Bila orang dah benci ni macam2 dia buat termasuklah berdamping dengan syaitan semata2 nak jatuhkan kita. Nauzubillah. Masa sembang dengan pakcik ni aku rasa yang amal ibadah aku tak complete lagi. Yelah aku buat yang wajib je. Sunat apa semua tu memang jarang lah buat. Bukan aku taktau buat Cuma entahlah rasa liat nak buat. Pak Mat nasihatkan pagar rumah dan diri sendiri dengan ayat quran. Lazimi dan amalkan baca hari2. InshaaAllah segala gangguan mudah kita tangkis. Aku sempat bertukar alamat dengan Pak Mat. Yelah kitorang kan boleh katakan jiran. Kalau taktau takrif jiran ni meh aku bagitau, jiran tu yang duduk 40 rumah di hadapan, belakang, kiri dan kanan kita. Haaaa itu jiran.

Masa aku dah sampai rumah, tengok pintu rumah dah terbuka. Agak dah dorang dah sampai. Tapi yang peliknya macam ramai je jemaah dalam rumah aku ni. Macam ramai orang. Kereta pun banyak. Aku pun masuk kat rumah. Sampai je dekat rumah ada Ibu dengan Baba dengan dorang Ipan sume ada. Yang pelik tu sedara mara aku pun ada! Dah kenapa ni dalam hati aku. Masuk2 je Ibu tanya “Ziq, ok ke tak?” Aku pelik. “Ziq ok je Bu. Ada apa ni?”

“Weh tau tak tadi kitorang dapat call dari private number. Dia cakap dia nak kau m**i! Bukan aku je tau semua dapat call tu pada masa yang sama dengan nombor entah negara mana aku pun taktau. Tapi bila cek takde pun kod tu dari mana2 negara. Tu yang kitorang semua mai sini”

Ipan cakap, lepas je dapat call tu dia terus call yang lain. Dia call Baba jugak Baba pun dapat call tu dengan ayat yang sama! Weh masa tu aku dah seram. Sape yang nak sangat b***h aku ni. Aku pun cerita dengan dorang pasal kejadian yang aku alami dan baru aku buka citer pasal kejadian dekat mall tu dengan Ibu Baba. Aku taknak bagitau sebab aku taknak dorang risau. Masa aku cerita ni, Ibu tengah buat air dekat dapur. Tetiba Ibu jerit. Bergegas kitorang ke dapur, nampak bangkai tikus macam disiat2 daging dia tu dekat pintu dapur . Ewww geli aku. Yang aku perasan bangkai tikus tu takde d***h pun walaupun daging dia macam dah disiat2 dengan pisau or something tajam. Lepastu Ed tolong bersihkan.

Tetiba dengar suara orang bagi salam dekat pintu depan. Aku pun buka pintu. Pak Mat rupanya. Aku jemput dia masuk. Dia borak dengan Baba. Lepastu dia panggil aku duduk sebelah dia.

Pak Mat : Pakcik dapat rasa ada yang tak sukakan kamu Ziq. Yang lagi parah orang tu macam nak sangat kamu m**i. Ada tak kamu bermusuh dengan sesiapa?

Aku : Eh, takdelah pulak pakcik sebab saya ni tak suka bermusuh dengan sesiapa. Kalau ada yang tak suka dalam diam tu saya tak tau la pulak.

Pak Mat : Masa pakcik datang rumah kamu ni, pakcik dapat rasa ada benda tak elok dalam rumah ni. Tapi bukan berpunca dari rumah ni. Sebab benda tu hanya ada bila kamu ada. Maksudnya dia ada di manapun kamu berada. Pakcik rasa lebih elok kalau kamu minta maaf dengan sesiapa yang kamu tak sengaja ke terkecilkan hatinya atau mungkin ada cinta orang yang kamu tolak? Hehe. Bergurau pulak Pak Mat ni.

Aku : Cakap pasal tolak cinta ni. Dulu adalah seorang ni nama dia Ayu. Dia memang cantik putih pulak tu. Kawan2 dia pernah bagitau saya yang dia suka saya. Sampaikan dia pernah bagi saya hadiah hampir setiap hari. Saya tak sukakan dia sebab masatu saya dah ada awek nama Sha. Tapi saya tolak dia secara baik. Tak tahu la pulak kalau dia masih berdendam sampai sekarang. Masa saya tolak dia tu, dia senyum je . Tak rasa pulak yang dia ada motif tu dendam sampai sekarang.

Pak Mat : Bukan kita nak menuduh. Tapi berdasarkan apa yang kamu cerita dekat pakcik tadi subuh, mungkin ada eloknya kamu pergi berjumpa dia selesaikan secara baik kalau betul dia yang lakukan. Benda macamni tak elok simpan lama. Boleh rosakkan diri sendiri dan hancurkan orang sekeliling Ziq.

Aku : Yang saya perasan, sejak hari tu saya akan jumpa macam2 binatang dekat mana2 je. Normal lah tapi yang tak normal bila tak pelihara kucing tetiba je ada kucing dalam bilik dan macam2 lagi benda aneh cuma tak seteruk sekarang dan masa tu saya anggap benda tu biasa2 je tu yang tak ambil kisah tu.

Sedang leka bercerita tiba2 handphone aku berbunyi. Tertera private number. Aku jawab tapi aku on speaker. So, semua dengar “Makin hebat kau sekarang. Bercerita seolah2 tahu nyawa kau dah tak lama lagi. Hahaha… Best tak tikus tu? Kalau nak nanti aku hantar lagi. Hahahaha….Nanti aku telefon lagi yerrr lama kita tak berborak…”

Bayangkan weh dapat call macamtu. Ingatkan salah nombor tapi dia sebut nama aku! Suara tu memang aku kenal. Memang suara Ayu. Tak syak lagi dah. Aku memang kena jumpa dia kena bersemuka dengan dia ni. Tergamak dia huru harakan hidup aku macamni padahal dia cantik kot boleh je cari laki lain dari aku. Inilah manusia bila hidup bertuhankan nafsu memang akan lupa segala hukum Tuhan! Yang aku risau masa ni adalah Sha! Sebab lepas call tu, tetiba ada sms “Sha apa khabar?” Aku call Sha terus. Sha cakap dia okay takde pape. Alhamdulillah bakal suri hati tuuuu takkan tak risauuu bhaii.

Tapi aku tak puas hati aku nak juga jumpa Sha ni sebab aku tau Sha ni jenis memendam. Masalah apapun dia takkan bagitau. Ni yang buat aku tambah sayang ni taknak buat aku risau lah tu. Tapi baru nak keluar rumah, tetiba ada sms lagi “Selangkah lagi kau keluar dari rumah, aku akan persembahkan mayat Sha di depan mata kau” Aku terduduk masa tu bayangkan tak boleh nak buat apa dah. Aku risaukan Sha tapi dalam masa yang sama aku taknak risikokan hidup Sha sebab kerisauan aku. Pak Mat cakap, call Sha suruh jangan keluar rumah. Baca mathurat dengan ayat Kursi banyak2.

Aku terdetik nak reply mesej Ayu ni. “Kenapa kau buat aku macamni? Apa salah aku dengan kau?” Sent.

Tet tet. Bunyi mesej sampai. Terduduk aku baca mesej dari Ayu. Tak sangka sedalam tu kebencian dia dengan aku. Dia tunggu aku berjaya dulu dia tunggu aku dengan Sha bahagia dulu baru perlahan2 dia hancurkan aku. Sampainya hati kau Ayu. Aku ingatkan lepas aku tolak kau sampai tu je rupanya tu baru intro. Allahuakbar. Lindungi kami dari segala bahaya Allah.

Sampai sini saja lah dulu cerita pasal ni. Sorry gais, kalau ada ayat aku berterabur ke hape. Maklumlah aku tak pernah dapat A subjek BM. Kalau ada yang nak aku sambung cerita ni dengan pasal Sha InshaaAllah aku sambung di lain hari masa dan ketika. Well apapun, kita ni sebagai manusia jangan sombong asyik menongkat langit je. Asyik semai perasaan tak elok dalam diri tu yang nak je berkawan dengan syaitan. Syaitan ni dia tak minta duit sebagai balasan tau. Aim dia hampir dah tercapai then dia akan slowly hancurkan kita, rosakkan akidah kita supaya kita pun join sekali the final place for them nanti. Nauzubillah. When life knock you down, masa tu kembalilah pada Allah. Kita ni terlalu asyik kejar dunia sampai lupa The Most Important. Sampai lupa kita berada di dunia ni atas asbab apa. Allah rindu rintihan kita memohon pertolongan dariNya. Apapun semoga cerita yang aku sampaikan ni korang faham dan boleh ambil pengajaran. Yeah agak panjang sebab perjalanan hidup kita ni nak tulis memang sangat panjang so yang ni aku dah pendekkan. Hati2 kot2 ada merati dari celah langsir. Hehe. Wassalam. Tido jangan lupa cuci kaki weh! Nanti ada usap2 kaki! Bai!
#Bella

Bella

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

23 thoughts on “Dendam Berdarah”

  1. Kurangkan gelak .itu jelah.apa2 pun tahniah anda berjaya buat saya takut ke tandas tgh malam tadi.hahaaa. Ni baru habis baca.semalam tertidor pulak.

    Reply
  2. asal tibe2 ko tak habiskan cerita ni erk? sengaja nak org comment, sambung laa lagi, best laa cite awk, mohon sambung… jilake hanat tol..

    Reply
  3. beriye mcm PShone, weiii ku minat gila kat Mario tu. takkan la mamat tu muka mcm Mario. ahahah.

    Moga Haziq aka Pshone Malaysia (sgttt) tu sembuh.. nanti sambung cerita Sha ok?

    Reply
  4. kenapa nak kene tunggu orang request “sambung laa” “sambung please” bru ko nk tulis?? menyampah betul aku dengan spesis demand2 mcm nie. Dh ko yg nk hantar sgt citer kt FS nie tulis je la sampai habis. Bajet2 nk berseries plak. Cube jd mcm Kucingkelabu-rul tu. satu citer die fuhh panjang nk mampus tp settle trus skali publilsh jer. Bc pn puas hati tak ade nk tertunggu2.

    Reply
  5. Aduyai.. Engko ni buat samBungan pulak, engko ingt aku senang ka nk connect wifi kt laut ni gara2 nk baca fiksyenshasha ni.. Hehe acah je gurau je.. Smbong cepat kk.. Aku nk tau cmne dia nk lari dr ayu tiny ?????

    Reply
  6. kalau panjang sangat tulislah kat tempat lain dulu. sakit pulak hati aku ni. aku baca fiksyen shasha ni nak release tension tapi kalau semua penulis bodoh macam kau…

    Reply
  7. Sambung please… Korang yang komen ni chill la. Bella baru nak ada feel macam writer ternama kat dalam FS ni.. Bella jangan kecik ati k.. Dorang gurau je tu, cuma kasar sket gurauan mereka. 😉

    Reply
  8. Atas cite antu..
    Komen makio.
    Sume dah jadi antu jugak ke…ehehehehe..

    amik le yg baik². cer buang ayat burok tu. burok bebeno muke bile marah weiii ??

    Reply
  9. turn-off and pissed off sebab sharing kau ni ada berbaur narsissitic, tak straight forward dan meleret. terus aku jump komen je. please improve la jangan merapu berlebihan.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.