Dendam Dalam Diam

DENDAM DALAM DIAM

Hi semua warga fiksyen shasha. Aku pun salah seorang pengemar koleksi cerita fiksyen shasha. Hari ini giliran aku pula berkongsi sebuah kisah misteri mengenai kejadian yang menimpa diriku. Kisah aku ini bermula selepas aku menamatkan pelajaran di salah sebuah Universiti pada Mei
2019. Biasalah dah habis belajar mesti nak cari kerja. Kisah aku ini pun terlalu baru dan aku sebenarnya masih trauma dengan kejadian ini. Sekarang ini aku masih lagi dalam proses terakhir untuk berubat. Tapi aku gagahkan diri untuk ceritakan kisah ini untuk disiarkan supaya menjadi pengajaran buat semua di luar sana.

Cerita aku bermula pertama kali aku melangkah ke alam perkerjaan pada Jun 2019 di salah sebuah syarikat swasta. Tempat kerja dan rumah family aku memang jauh , boleh dikatakan 1 jam perjalanan. Aku pula masa tu Fresh Graduate ( Biasalah tak ada kereta ) hidup pun atas tanggungan family. Jadi aku dipelawa oleh kakak sepupu aku Kak Ji untuk tinggal bersamanya sebab tempat kerja aku tu dekat je dengan rumah akak sepupu aku Ji. Segala kejadian aneh dalam diri aku bermula daripada sini. Satu persatu situasi dan cerita mula dirungkai di dalam keluarga kak Ji. Ops lupa nak kenalkan, Kak Ji tinggal bersama suami dan dua orang anaknya. Dan aku menumpang menyewa dirumahnya.

Hari pertama aku tinggal dekat rumah diorang aku dah rasa pelik sebab family ini macam ada masalah. Tapi aku pikirkan yang positif saja , mungkin memang suami isteri tak tidur sebilik sebab anak anak dia tidur bersama kak Ji ini. Memang positif sangat la aku berpikir. Hari demi hari apa yang aku pikirkan tu sebenarnya diluar jangkaan. Hidup sebagai suami yang akur dan patuh pada seorang isteri, aku sendiri tidak tahan melihatnya. Segala kemahuan dan arahan isterinya memang dipatuh oleh si suami dan anak-anaknya. Anak kak Ji ini seorang perempuan seorang lelaki. Sampai satu hari tu kak Ji sendiri cerita dengan aku, dia kahwin atas desakan keluarga sedangkan dia dulu cintakan orang lain. Keluarga kami menentang sebab kak Ji ini tersuka dengan lelaki bukan beragama ISLAM. Perkara tersebut membuatkan Kak Ji tidak suka pada bapanya, kebetulan ibunya telah meninggal dunia ketika kak Ji ni berumur 19 tahun (sekarang berumur 34 tahun). Lebih 15 tahun dia hidup bersama suami dia yang dia kata dia tak suka. Aku pun naik pelik pikirkannya. So aku abaikan sahaja, sebab aku pikirkan dia main- main je.

Dah Sebulan aku tinggal di rumah tu, Kak Ji mula tunjukkan diri dia yang sebenar. Aku pun jadi pelik. Ada satu hari tu dia bawak aku dengan anak anak dia jumpa seseorang. Aku ingatkan kawan dia, tapi aku pelik kenapa lelaki bukan sama agama. Benda tu jadi tanda Tanya, yela kenapa bukan kawan perempuan? Sebab orang dah berkahwin mesra-mesra dengan kawan lelaki kan?… Nak dipendekkan cerita hubungan diorang macam dah berkahwin. Aku mula rasa geram dengan sikap tak malu mereka didepan aku dan anak anak kak Ji. Slumber bercium cium. Maksiat depan mata aku , rasa kesian bila aku pikirkan muka suami kak Ji. Aku nekad untuk bagitahu suami kak Ji tentang semua perkara , tapi aku Cuma bagitahu suami dia, kak Ji sedang dipikat oleh lelaki Bergama Hindu, kita kena selamatkan dia sebelum dia sesat.

Aku tidak mahu keruhkan keadaan rumahtangga mereka dengan cakap isteri dia buat maksiat belakang suaminya. Aku masih cari cara lain untuk selamatkan kak Ji . Tapi kak Ji ini dia sebenarnya badan dia memang ada saka keturunan. Apa yang suami dia dan aku rancangkan mesti dia dapat tahu. Pada mulanya aku ingat anak dia yang bagitahu, tapi lama kelamaan rasa pelik sangat, benda anak dia tak tahu pun dia boleh tahu. Seramm aku masa tu.

Bulan ogos 2019, detik paling tidak disangka, kak Ji dapat tahu aku dengan suami dia rancang untuk pisahkan kak Ji dengan lelaki india tu. Mana tidaknya, kak Ji semakin hari semakin berpakaian seperti orang beragama hindu, bertindik di hidung, memakai pottu , memakai Thali dan sebagainya. Paling dasyat yang aku tak boleh terima dia pergi sambut deepavali dan pergi dekat berhala yang dekat penang tu , tak silap aku namanya Batu Cave. Semua benda ini aku bagitahu suami dia, senang cerita kak Ji rasa macam aku ini orang yang dia percaya tapi aku dah tipu dia (tikam belakang). Kak Ji rasa aku ini backup suami dia.

Sampailah ke pengetahuan bapak kak Ji, suami kak Ji yang bagitahu bapak kak Ji. Suami dia berharap dengan campur tangan bapak mertua dia, semuanya boleh selesai. But wrong decision sebab benda tu buat keruh lagi keadaan. Kak Ji mengamuk ambil pisau ugut b***h diri dan sebagainya. Aku rasa terlalu seram masa tu, aku rasa aku punca segalanya. Tapi tak akan aku nak diam tengok maksiat, masa tu aku rasa apa yang aku buat tu betul. Ada satu hari tu aku aku contact dengan pakwe aku, aku dah tahan nak simpan sorang-sorang, tapi tiap kali aku nak cakap, aku rasa takut kak Ji boleh tahu. ( saka dia dimana mana je). Serammm….. Rasa macam berat sangat mulut untuk cerita walaupun aku tahu apa yang Kak Ji buat tu salah.

Kemudian bermula bulan ogos tu juga aku rasa macam macam benda pelik berlaku dekat diri aku. Aku menjadi seorang yang cepat marah, menengking, tapi bukan tiap masa, dan aku rasa macam diperhatikan, aku akan rasa ada orang dekat sebelah aku masa aku tidur tapi kalau bukak mata tak ada apa apa. Biasanya benda macam ini jadi kalau aku balik kerja duduk rumah kak Ji. Masa awal aku nak tidur rumah dia, mak aku ada pesan apa-apa yang berlaku solat jangan tinggal. Masa tu aku tak tahu kenapa mak aku cakap macam tu.

Bila sekarang ini aku Tanya mak kenapa, mak aku kata dia memang tahu kak Ji ni ada saka keturunan, tapi benda tu jarang kacau orang tapi benda tu akan protect kak Ji. Aku pun rasa macam ada batu hempap dekat diri aku, ya ALLAH kenapa mak aku tak bagitahu awal, kalau tak aku memang tak masuk campur urusan dia dengan suami dia. Patutlah kak Ji geram , marah , benci dekat aku, lama juga aku tak bercakap dengan dia walaupun duduk serumah. Masa tu aku rasa stress gila, aku kadang rasa nak sakitkan diri. Aku rasa macam ada benda menghantui diri aku. Aku nak dengar Azan pun rasa tak suka, solat aku makin lama makin aku tinggal, selang seli aku solat. Aku akan ikut dan dengar je cakap kak Ji aku, kadang waktu magrib tu dia akan bawak aku keluar beli barang semua. Dulu kalau keluar waktu magrib, aku bersunguh cari surau dalam mall untuk solat sementera tunggu kak Ji beli barang.

Tapi sekarang lepas aku berubat baru aku sedar aku diperbodohkan sejak dari awal aku tinggal dekat rumahnya. Ustaz yang ubatkan aku ini cakaplah aku ini dah lama terkena dengan kak Ji ini sebab dia berdendam dan iri hati dengan aku. Cara kena tu ustaz Cuma cakap melalui makanan yang aku makan. Yesss baru teringat, kebanyakan hari kadang kak Ji tak bagi aku masak, dia akan volunteer diri dia untuk masak. Cuma aku tak tahula daripada makanan apa. Sedangkan kak Ji ni dikenali sebagai seorang yang tak suka masak dan rajin makan kedai.

Cerita pasal dendam dan iri hati ini. Pernahla kak Ji ini cerita dia rasa cemburu tengok aku ada mak ayah and happy family. Pernah dia tengok gambar family kitaorang dekat facebook dia cakap bestnya korang , semoga korang sentiasa happy. Macam tula lebih kurang ayat dia, aku pun tak berapa nak ingat. Aku tak sangka pula benda tu buat dia terasa sampai irihati tengok aku. Yang kedua kadang mak ayah aku hantar aku balik ke rumah kak Ji , biasa kan ada cuti sabtu ahad. Jadi ahad tu biasa sebelum mak aku balik dia akan cium pipi dan dahi aku sebelum balik. Yang ni pun kak Ji pernah cakap bestnya kau ada mak. Ketiga dia ada terdengar kadang aku borak dengan pakwe aku, pernah sekali kak zaila siap cakap untung lah ada pakwe layan kau, family pun okay kau ada pakwe, macam kak Ji dulu family tak bagi kahwin dengan lelaki pilihan dia. Dia cakap itu punca dia jadi tak suka dengan suami dia. Kalau nak dipendekkan cerita dulu sebelum kak Ji kahwin dia cuba sampai b***h diri taknak khwin. Lama dia duduk hospital sebab makan ubat berlebihan. Tapi usia dia panjang , dapatlah selamatkan. Jadi kisah dan perngai pelik kak Ji sebenarnya dah bermula zaman kak Ji anak dara lagi.

Hari demi hari, Aku sebenarnya tak sedar aku ini diperbodohkan. Aku sampai jadi takut untuk ingkar semua cakap kak Ji. Aku ini kategori bibik dekat rumah kak Ji. Aku takut sangat dekat dia sampai aku akan buat semua kerja rumah dia termasuk masak bila hari sabtu dan ahad. Masa ni aku dah jarang balik rumah aku. Sebab aku takut nanti kak Ji kecik hati aku balik rumah. Jadi most of time aku spent time cuti dirumahnya dengan menjadi seorang bibik. Biasa Jam 3 atau 4 baru habis kerja dan aku mandi dan makan. Masa tu aku tak rasa aku dipergunakan, tapi lepas dah berubat ini baru aku dapat pikir apa yang aku buat dulu tu. Kenapa aku jadi bodoh. Paling aku tak boleh percaya, kak Ji marah dan geram dekat aku sebab aku bagitahu suami dia pasal hubungan dia dengan uncle india tu.

Tapi lepastu kak Ji tetiba berbaik dengan aku, msa tu aku pikir positif jela mungkin kak Ji sedar dia buat salah. Tapi sangkaan tu meleset sebab Uncle india tu dan kak Ji masih marah dan tak puas hati sebab aku masuk campur hal diorang. Senang cerita diorang hantar benda syirik ( aku tak tahu diorang hantar apa sebab ustaz taknak bagitahu) dekat diri aku. Motif utama diorang nak aku jadi seorang yang agresif, pemarah, lawan cakap semua orang tua, paling penting dia nak pisahkan aku dengan mak ayah aku. Kedua yang dia paling cemburu dia nak pisahkan aku dengan pakwe aku. Sebab dan alasan dia , aku ni dah masuk campur dan buat kak Ji dan Uncle gaduh sampai diorang dah break sekejap dan kak Ji gaduh sekali dengan bapak dia.

Tapi masa tu aku happy diorang break, aku nasihatkan kak Ji, cuba kesiankan isteri dan anak –anak uncle. Jangan rampas uncle tu daripada anak bini dia. Haih aku m**i-m**i ingat kak Ji dah insaf dan dengar cakap aku . Sebab masa tu dia nangis-nangis dan nekad untuk dengar cakap aku. Tapi esok harinya dia dengan uncle tu dah berbaik dan boleh berborak macam biasa sampai 5 ke 6 pagi, lepastu subuh baru dioarang tidur. Bapak kak Ji pun kena heart attack lepas tahu perbuatan kak Ji..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

2 thoughts on “Dendam Dalam Diam”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.