Dendam Kerana Mulut

Assalamualaikum. Selamat Sejahtera (In case ada non muslim baca). Cerita yang aku nak bagitahu nie bukanlah seram mana tapi terpanggil pulak nak cerita. First story aku namakan dia sebagai Anne. Dia sepupu aku sebelah ayah. Rumah kami selang 2 buah rumah je. Anne satu-satunya anak yang normal. Kakak dan adiknya dilahirkan kurang upaya dimana hanya mampu terbaring sahaja.

Keluarga Anne bukanlah orang senang. Sebenarnya tiba-tiba je aku dapat tahu pakcik aku (Ayah Anne) sakit. Sebab aku study jauh, jarang balik. Aku dengar-dengar je lah yang pakcik aku kena busung. So aku assume mungkin terlanggar busut sebab busut kan ada pantang. Since arwah atuk pernah bengkak kaki akibat buang busut. Tapi rupanya akibat buatan orang.

Anne agak rapat dengan aku. Aku dapat tahu dia dipaksa bukak hijab untuk berhati-hati benda tu banyak nak berdamping dengan ayah dia. Sampai kurus kering nampak tulang dan busung dia agak besar macam orang pregnant 9 bulan. Cuma mampu terbaring je. Bila check kat hospital, scan takde apa-apa sakit. Tapi bila kitorang amati hasil scan tu nampak macam rangka bayi! Memang real punya rangka bayi.

Berbalik pada cerita Anne dibuka hijab. Anne dah kurus sangat, cengkung, dah tak ceria lah. Bila aku tanya, macam mana rasa bukak hijab? Dia cakap dia takut nak tidur, sampaikan nak basuh pinggan, dia ternampak belakang rumah melalui cermin tingkap, mesti ada macam-macam hantu tengok dia. Termasuklah penanggal. Aku suruh dia bagitahu macam mana rupa hantu tu semua. Dia cakap penanggal tu memang macam dalam tv, hanya kepala dan usus cumanya penanggal tu jauh lebih seram berbanding dalam tv. Ada budak kecik mata merah, bogel. Ada nenek tua pakai baju lusuh. Aku bayangkan sendiri pon aku takut. Dia sampai menangis bila ternampak benda tu semua. Reason dia kena bukak hijab sebab orang tu cakap hamba Allah yang menghantar nie memang nak ayah dia mati. Kiranya tunjang keluarga memandangkan ayah dia seorang sahaja yang bekerja.
Bila keadaan makin teruk, means ramai yang ubatkan pakcik aku nie cakap belaan hamba Allah nie akan kacau sesiapa yang membantu keluarga dia. Of course lah kitorang akan bantu. Sebab siapa lagi yang mereka boleh harapkan memandangkan adik beradik sebelah ayah Anne dah tak kisah pasal mereka.

Sebab apa? Senang je. MULUT. Macam mana tahu? Motif hamba Allah tu buat macam tu sebab mulutlah. Dan kami sedara mara nie terus dapat tangkap kenapa hamba Allah nie sungguh-sungguh nak dia mati. Keluarga pakcik ni memang nampak kesian. Yalah, anak dua orang cacat dan tak berkemampuan. Tapi itulah, mereka punya mulut, astaghfirullah! Makcik jenis melepak dengan orang bawak dua anak cacat tu, bila dengar je cerita pasal orang, dibawaknya ke rumah kepada pakcik. Pakcik pulak bawak pegi rumah-rumah depan. Cerita yang ditokok tambah. Sebab aku sekeluarga pun pernah kena dengan mereka nie.

Nak dijadikan cerita pakcik dah nazak sangat. Sebenarnya masa dia kena buat ni, aku ada rasa macam serves him right, sebab, masa aku sekolah menengah dulu, bila aku datang rumah dia, dia ada gatal nak pegang-pegang aku. Seriously aku tak suka dan tak selesa sebab aku nak diri aku suami aku je pegang. Gelilah gila! Peganglah bini kau sendiri kan? Okaylah, back to waktu dia nazak. Aku kat rumah baru cuti sem, pagi tu lah makcik yang lain datang rumah cakap pakcik dan takde. Mak aku nangis. Tapi aku? Entahlah, aku masih tak dapat maafkan dia. Sebab apa? Sebab dia paling banyak mengata keluarga aku sampaikan kakak dan abang aku tak bertegur sampai sekarang. Punca dari mulut dia. Taknaklah bagitahu cerita apa, kalau korang nak tahu, tanyalah. Baru aku cerita, HAHA.

Bila dia nak meninggal, doctor cuma assume dia ada banyak penyakit. Sampaikan masa dikafankan pun, ada sarungkan plastic sekali. Takde siapa boleh dekat atau cium. Takpelah, aku datang bacakan Yassin jugak walaupun hati aku keras tak maafkan. Kakak aku dah maafkan walaupun aku tahu dia terkesan dengan perbuatan pakcik. Lepas arwah meninggal, benda tak habis dekat situ, masih ada dendam kesumat sampaikan benda belaan hamba Allah ni nak cuba dekat Anne pulak.

Bila berubat, jumpa jarumlah, Pontianak tumpanglah, benda nak masuklah. Memang aku ada time Anne nie berubat. Seram weyh tengok depan mata jarum karat keluar dari pinggang dia. Sehelai rambut putih Pontianak punya dicabut sampaikan pakcik tu tanya buat apa bela Pontianak, padahal Anne tak bela. Kadang-kadang Anne nampak nenek tua, budak kecik cuba nak dekat dengan dia. Boleh pulak dia cerita benda alah tu tengok dia dari rumah aku, kat bilik aku, tak ke gila?! Patutlah aku tak boleh tidur! Pernah sekali Anne cakap jerangkung nak takutkan aku, dia ketuk-ketuk tingkap bilik. Jadah ek! Abang aku suruh aku bukak tingkap, ketuk pakai kayu hoki, lagi tak munasabah! Boleh dikatakan lepas arwah meninggal, benda belaan nie nak kacau Anne pulak memandangkan Anne dah habis sekolah dan kerja. Tapi tak boleh masuk sebab Anne ada pendinding. Gais, wajib amalkan ayat pendinding ye! Bukan untuk hantu tapi untuk elak dari perbuatan orang. Kita sekarang tak tahu manusia nie kadang-kadang orang, kadang-kadang iblis.

Aku pernah sampai sebulan tidur dekat bilik mak ayah aku. HAHA. Takut weyh, tidur macam ada benda tengok, aku siap bukak surah al-Mulk lagi baru dapat tidur. Tambah pulak, abang aku cakap dia balik malam, ada benda tengok dia tak puas hati. Lepas tu ada sekali Anne suruh aku datang rumah dia dengan abang aku. Otw yang tak jauh tu, dia jerit suruh cepat, ada benda ikut, kau rasa apa aku rasa? Abang aku iyekan sebab dia nampak benda tu. Dia cakap benda tu nak masuk rumah dia melalui aku. Nasib baik aku cepat.

Bila nak balik, dia boleh cakap, benda tu ikut je aku. Dia suh aku baca ayat kursi. Memang aku tak tidurlah malam tu! Dengar bunyi benda jatuh atas bumbung tempat aku duduk. Bunyi orang berjalan atas rumah aku. Bunyi mak memasak kul 2 pagi. Kejadah! Sampailah cuti sem habis, aku berkobar nak balik study. Takut! Tapi kat rumah sewa pun kena kacau! Tak logic lah! Aku buat apa eh?

Kat rumah sewa aku pulak, pukul 12 lebih rasanya aku terlelap, lampu bukak. Tiba-tiba ada orang ketuk tingkap bilik. Bilik aku tingkat atas, jadah apa ketuk dekat luar. Mana ada balkoni?! Meloncat aku masuk bilik sebelah lalu bilik air. Kawan aku gelakkan, jangan main-main. Sekali tingkap bilik kawan aku pun kena ketuk! Berlumba masuk master bedroom. Dekat master bedroom tak aman, sama jugak. Kali nie lebih kuat ketuk! Macam nak pecahkan cermin. Last-last kami bukak Yassin, slow-slow bunyi tu hilang.

Esoknya kecoh satu kolej. Terus ramai-ramai bacakan Yassin kat rumah. Kitorang test ketuk pakai kuku yang panjang, sama bunyi! Meremang bulu roma aku! Kata sorang budak berilmu nie, ada orang tak jaga kebersihan. Benda tu suka. Hmm. Master bedroom paling bersepah. Anne kan boleh nampak benda, dia cakap jerangkung tu kacau sebab ada yang tak bersih. okay, sama. so, sah sebab kotor. Kalau yang dekat rumah aku tu, sebab benda tu nak try aku. Ehh!

Moral of the story secara keseluruhan, janganlah bila kau dengar cerita pasal orang, kau sampai-sampaikan. Kita tak tahu kisah sebenar. Kadang-kadang ada hati yang terluka, aib yang terbuka, maruah yang tercalar. Dan janganlah lupa untuk jaga kebersihan. Pasal Anne, sampai sekarang masih lagi diganggu. Macam apa yang ustaz cakap, dia takkan berhenti selagi semua tak mati!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

anon

Sila tinggalkan komen yang berkaitan dengan cerita :)

17 Comments on "Dendam Kerana Mulut"

avatar
hszr91

nak beli kopok lekor jap,jap lagi baca

Kin

Aku mcm x berapa paham….

najah

aku bce ulang2 kali . nak faham kan berbelit mata. hahhaha mata ea berbelit . tapi shokk lahhh . boleh lah dr tkde ? gws anne.

alyaantasya

Mata ye yg berbelit cam ne rupenye tu?

Kak Yulie

Kenkdg kita dah memaafkan, tapi bukan melupakan…
Bukan xnak melupakan, tapi beringat utk lebih waspada di masa akan datang…
Kalau ko x memaafkan, xdenye ko sudi bacakan Yassin kat arwah tu…

Tapi kesian Anne, msti die sgt lemah dgn ujian ni semua…
Ayah dah takde, adik beradik OKU, terpaksa dibukakan hijab, gangguan yg bersilih ganti dtg…
Allahuakbar…
Semoga Anne kuat…!

Apid

ya betol moga dia tabah…dengan hijab yang terbuka

Hasfa

Huhuhu aku yang baca pun dah takut apelagi hang yang kene kacau betul ii

cikimy

kesiannya anne, semoga anne terus tabah & kuat..tak dapat bayangkan kalau hari2 kena kacau macam tu..

medical student

admin. gmbar tu ko ke yg letak? takdeee. nampak macam busuk je?

Kak Yulie

Haahahhaha…
Akk pon tgk gmbr tu terus pikir mulut busuk beracun mcm longkang DBKL…
Xde pon pikir mulut berhantu ke cemane…

mei ting

Kesian anne?harap ko tabah lh ya?
Btw,apa yg berlaku smpai kn abang ngan kakak u tk bertegur smpai skrg…??

miss fiza

Bertabahlah..

CERITA EL

JARUM? Ish! Tak dapat bayangkan

Kris

apa jadi dengan abang n kakak awak

missmanaged

huhu cerita ni banyak nasihat yang deep!!
#muasabahdirimiss

anamusafir

story best. tapi ayat kurang tersusun.

Apid

tak dapat ku bayangkan camne hidup anne dengan hijab terbuka…dah mcm2 setan dia nampak ..aje gila hidup camtu

wpDiscuz