Dendam Mereka

Assalammualaikum kepada pembaca-pembaca Fiksyen Shasha. Semoga semua berada didalam keaadaan yang sihat dan dilindungi dibawah lindungan-Nya. Hari ini saya ingin berkongsi sebuah cerita yang dialami oleh rakan baik saya sendiri. Firstly, I have asked her permission to share this story.

“Apabila hati kau busuk maka hidup kau pun akan menjadi gelap kerana sifat dendam yang sangat kuat menguasai diri kau”

Bila siang diganti malam saat itu kau akan teras sakit di seluruh badan seperti ada sesuatu sedang menyucuk badan kau dengan menggunakan benda yang tajam. Saat itu hanya kesakitan dan keperitan sahaja yang kau rasa kerana tiada siapa yang dapat merasakan apa yang dirasai oleh kau. Apabila kau menceritakan semua itu kepada keluarga kau, tiada langsung pun yang percaya kerana bagi mereka di zaman globalsasi ini mana mungkin ada perbuatan yang kuno itu di lakukan.

Jadi apa yang kamu mampu buat adalah meratapi kesakitan dan keperitan yang dirasai oleh kau setiap hari apabila malam menjelma. Sehingga lah satu hari kau tekad ingin berjumpa dengan seorang ustaz untuk meminta bantuan kerana tidak sanggup menahan kesakitan yang dirasai oleh kau selama ini. Apabila kau bertemu dengan seorang ustaz, maka badan kau dengan serta merta jatuh rebah di lantai. Bagaikan ada sesuatu yang ingin keluar daripada badan kau tetapi kau tidak tahu apakah benda itu.

Kau sudah hilang arah, menjerit, mengilai dan kertawa seperti orang yang kerasukkan dan saat itu baru kau tahu yang diri kau telah diambil alih oleh seekor makhluk yang tidak diundang. Apa yang dilakukan oleh ustaz itu adalah dia membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan mula berhubung bersama makhluk itu. Dan saat itu kau tidak mampu untuk bergerak walaupun sedikit dan tidak mampu bersuara. Kau seperti berada disebuah alam yang lain iaitu disebuah alam yang manusia tidak nampak dan tidak tahu bertapa seramnya alam itu. Kau terkunci disitu dan apa yang kau nampak hanya diri kau yang sedang dikawal oleh sesuatu mahkluk.

Kau langsung tak faham apa yang sedang berlaku. Dan ustaz itu terus menanyakan soalan kepada makhluk itu. Kenapa, mengapa dan siapa. Ya dia adalah seekor mahkluk yang telah diarahkan oleh tuannya untuk menganggu kau dan menyiksa kau atas permintaaan mereka. Siapakah mereka? Ya keluarga sendiri. Kerana hasad dengki mereka terhadap kau kerana kau mempunyai apa yang mereka tidak mempunyai. Kau mempunyai hati yang baik, sifat yang mulia, sikap yang sopan dan sangat menghormati orang manakala mereka pula mempunyai hati yang busuk, sikap yang kurang ajar, sering menipu dan juga mempunya dendam yang sangat kuat.

Apabila muncul kau didalam keluarga mereka, mereka berasa sangat terancam kerana diri kau itu akan memusnahkan segalanya. Ya segalanya yang telah pelajari iaitu mempelajari ilmu hitam demi kepetingan mereka tetapi apabila kau. Seorang hamba yang taat akan perintah Allah, sering solat, sering mengaji dan sering membuatkan kebaikkan jadi mereka menjadi semakin panas kerana diri mereka sudah penuh dengan segala keburukkan. Jadi apa yang boleh mereka lakukan adalah m******h kau dengan perlahan-lahan.

Tapi kuasa Allah siapa tahu. Allah telah melindungi kau daripada segala perbuatan jahat manusia yang tidak pernah puas. Dengan izin Allah, ustaz itu telah berjaya menghalau makhluk itu daripada menghuni badan kau. Ya mahkluk yang telah menganggu kau selama ini, yang telah diarahkan oleh tuannya. Ustaz menceritakan segalanya apa yang terjadi, kau telah diberi makan sesuatu yang tidak elok. Makanan yang sangat kotor iaitu bangkai haiwan. Ustaz berpesan kepada kau jangan sesekali menyimpan sifat dendam didalam diri kau kerana sifat dendam itu boleh memakan diri kau.

Maka dari hari itu kau telah meminta izin daripada keluarga untuk berpindah rumah kerana kau tahu kehadiran kau didalam rumah itu tidak disenangi oleh keluarga kau. Dan kau juga berharap agar keluarga kau dapat berubah kembali ke jalan yang benar. Meninggalkan segala ilmu yang mereka pelajari kerana dosa syirik itu tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T. Doa anak yang soleh dan solehan In Sha Allah akan dimakbulkan cuma cepat atau lambat sahaja.

Manusia tidak akan pernah puas dengan apa yang mereka ada dan juga apabila seseorang itu berada atas daripada mereka. Timbul lah sifat iris hati dan dendam dalam diri mereka. Tapi kita kena yakin bahawa Allah sentiasa berada disisi kita. Jika hidup kau penuh dengan kegelapan cubalah mencari jalan menuju ke cahaya kerana disitu kau akan faham apa erti kehidupan tanpa mempunyai sifat-sifat yang keji.

Okay semua. Cerita yang saya kongsikan ni adalah cerita sebenar yang dialami oleh seorang hamba Allah dan itu semua angkara perbuatan ibu dan ayahnya sendiri. Saya mulanya terkejut dengan cerita dia kerana saya tak sangka keluarga dia seperti itu. Maaf jika awak semua tak faham apa yang ‘KAU’ cuba sampaikan sebab tu semua atas penulisannya sendiri.

Cerita yang dia cuba sampaikan adalah dia tak sangka yang keluarganya sanggup buat dia macam tu. Ibu yang telah melahirkan dia, Ayah yang telah menjadi hero bagi dia sanggup menghantar ‘makhluk’ tu kerana dendam dan hasad dengki dan juga kerana ingin meneruskan mempelajari ilmu hitam.

Pada satu hari dia ajak seorang rakan dia pergi berjumpa dengan seorang ustaz untuk meminta tolong. Masa dia jumpa ustaz tu badan dia terus rebah jatuh atas lantai dan dia tidak mampu untuk bergerak dia hanya mendengar cerita daripada rakan yang meneman dia. Patut lah selama ni ibu dan ayah dia buat tak tahu sahaja rupanya tu memang rancangan dorang untuk ‘m******h’ anak mereka sendiri.

Demi mengelakkan sifat dendam timbul dalam diri dia, dia mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah itu kerana dia tahu kehadiran dia tidak disengangi oleh ibu bapanya dan dia berharap supaya ibu bapanya bertaubat sebelum terlambat.

Tapi cerita ni tak habis dekat sini dan ada sambungan cuma ‘KAU’ tak nak cerita lagi. Saya harap awak semua dapat memahami apa yang ‘KAU’ cuba sampaikan.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Qira Hyun

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

5 thoughts on “Dendam Mereka”

  1. harap sgt lembut hati la ‘kau’nak sambung story ni..
    anggap la kisah hidup ‘kau’ ni boleh menjadi pengajaran pada org lain

    #sambungstory

    Reply
  2. takde feel langsung baca kau kau ni. kau yang sakit ke aku yang sakit ni?
    *jangan malas tukar word tu jadi aku

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.